Layan

Sunday, March 4, 2012

Ulasan oleh saya :- Gejala tranformasi zaman ke zaman yang suka membid'ah kan dalam perkara khilafiyah(perselisihan) adalah satu Natijah(Kesan) KEJAHILAN





                     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kejadian beberapa fenomena baru atau lama dikalangan penuntut ilmu kini didalam sikap mereka yang amat terburu-buru didalam sesuatu perihal,adalah sememangnya merupakan salah satu sifat yang amat dicela dalam Islam, kecuali dalam beberapa perkara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.  Didalam hadith-hadith Baginda s.a.w.


 Namun hakikatnya, selain daripada perkara-perkara tersebut,sifat terburu-buru didalam sesuatu urusan atau pun perihal, merupakan satu bentuk tipu daya iblis bersama konco-konconya(pengikut-pengikutnya  ini termasuk manusia atau selainnya) terhadap ketua makhluk(manusia).


Faktor utama pengulasan saya kali ini ialah terhadap suatu tranformasi zaman, dimana mengenai gejala sebahagian penuntut ilmu dewasa ini, yang masih lagi dalam proses pembelajaran dalam bidang ilmu agama Islam atau yg sudah diiktiraf ijazah dan diploma serta sebagainya,kononnya sudah pandai mengkritik, menyalahkan dan berdebat dalam perkara-perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.


(P/S :- Post mengenai ulasan ini telah saya muat kan dalam ulasan saya pada Hari jumaat bersamaan 1 april tahun 2011 pada tajuk :- BERANI BERFATWA....)


 Barangkali mereka merasakan, setelah membaca dan memahami beberapa buku sebahagian para ulama’ yang mengkritik dan membuat ulasan ilmiah terhadap sesuatu perkara ilmiah tersebut, mereka sudah rasa cukup untuk terlibat sama dalam menyuarakan pandangan mereka, sekaligus meletakkan diri mereka setaraf dengan para-para ulama’ yg sudah jauh berpengalaman dan darjat taqwanya disisi Allah dan kelakuannya disisi masyarakat jauh lebih baik jika dibandingkan.


Mari kita lihat sedikit perbualan daripada seorang tokoh imam yang terkenal Abu Hanifah(wafat 150 Hijrah) yang dapat dijadikan satu pengajaran buat kita,dimana suatu tika itu Beliau dilantik menjadi seorang Qadi(iaitu Jawatan yang berperanan mengadili suatu kes dan secara langsung sebagai penasihat kepada pemerintah) oleh Abu Ja'far Al-Mansur yang ketika itu menjadi khalifah(pemerintah).
Beliau lalu menolak jawatan tersebut atas dasar takut terlibat sama dengan kezaliman yang tidak diredhainya.Walaupun sudah disebat dengan 10 kali sebatan setiap hari,namun Beliau tetap dengan pendiriannya serta tidak goyah dengannya,sehingga suatu hari itu Beliau membuat satu helah yang membuatkan Abu Ja'far tidak mampu memaksanya lagi.Apabila ditanya Beliau,mengapa menolak jawatan tersebut???
Imam Abu Hanifah lantas menjawab :-
"Aku tidak layak untuk menjadi Qadi !
Lantas Khalifah  Abu Ja'far membalas :-
"Engkau Berbohong !
Lalu Imam Abu Hanifah menjawab :-
"Lihat,engkau sendiri telah mendakwa aku berbohong,jadi bagaimana mungkin engkau ingin melantik seorang pembohong yang sememangnya tidak layak untuk dijadikan Qadi???
Dengan helah tersebut,Abu Ja'far lantas mati akal dan telah meracuni Imam Abu Hanifah melalui minumannya.Syahidnya Beliau ketika sujud.
Sumber dari :- (Dr.Abdul Razzaq Asyraf Al-Kailani didalam kitabnya,min mawaqif  'uzama al-Islamiyyah m.s 95)


Maka dari kisah tersebut,dapat kita simpul kan menjadi beberapa kesimpulan,salah satunya ialah sifat Beliau didalam merendahkan diri sehingga disebat 10 kali.Ini sendiri oleh beliau yang jauh bandingan nya terhadap kita,apakah kita merasa lebih berhak daripada Beliau? lantas menganggap 100 kitab seperti sudah berada sebati untuk turut menceburi didalam ke khilafan ulama'.
Terutama didalam contoh-contoh berikut seperti Gejala membid’ahkan amalan membaca yasin malam Jumaat,membid’ahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban,membid’ahkan golongan yang berzikir secara kuat dalam keadaan berjamaah, dan sebagainya, merupakan antara ciri-ciri utama golongan penuntut ilmu yang dangkal asasnya dalam bidang ilmu agama itu sendiri.

"Mereka berlagak bagai ulama’ dengan tanjak "Nas-Nas" yang mereka sangka, 
sudah cukup untuk menuduh sesuatu golongan yang lain itu salah atau sebagai pelaku bid’ah".
Nah  hasilnya ! Golongan penuntut ilmu yang bersikap sedemikian sememangnya tidak dapat menjadi seorang ulama’ masa hadapan yang berkualiti. Ini kerana, mereka tergesa-gesa dalam melibatkan diri terutamanya dalam mempersalahkan sesetengah golongan yang mengamalkan sesuatu perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.
Malah ramainya di kalangan golongan penuntut ilmu ini lantang membid’ahkan perkara-perkara tersebut, dengan alasan, tidak menjumpai dalil atau sandarannya dalam Islam. Kalaulah Al-Qur’an dalam kepala, Kutub Sittah (buku hadis yang enam) pernah dikhatamnya, dan buku-buku fiqh Islam yang utama sudah selesai dipelajarinya, tidak mengapalah kalau berani menyatakan sesuatu itu bid’ah kerana tidak menjumpai dalilnya dari nas-nas Islam.
Ini tidak ! Baru setakat pernah baca buku Sifat Solat An-Nabi karangan Sheikh Al-Albani (itu pun  hanya sekadar membaca terjemahan buku tersebut) dan sebagainya,sudah berani menuduh sesuatu amalan itu bid’ah.Memanglah, tidak dapat dinafikan, ada yang membaca jenis buku-buku yang “suka bid’ah membid’ahkan” ini, lalu terpengaruh dengan uslub(kaedah atau cara) dan pemikiran penulis buku tersebut lantas terlibat sama dalam membid’ahkan sesama Islam.
Kami tidak layak untuk membincangkan perkara apa yang telah ulama’ bahaskan sehingga turut "perlu" melibatkan diri didalam kencah “bid’ah membid’ahkan amalan khilafiyah(Perselisihan)” tersebut,kerana para ulama’ yang lebih muktabar sudahpun menjawab pertuduhan-pertuduhan mereka.


Skop perbincangan variasi(kepelbagaian) di sini tidak lebih dari mengajak diri kita sendiri dan saudara seperjuangan yang masih lagi dalam peringkat “penuntut ilmu”,supaya tidak terfitnah dan terkeliru dengan “gejala bid’ah-membid’ahkan” ini,kerana sekurang-kurangnya,untuk menyatakan sesuatu itu bid’ah,mestilah telah atau pernah khatam(habiskan,tamatkan) Al-Qur’an dan fahami tafsirnya oleh berbagai-bagai ulama',Sohih Al-Bukhari,Sohih Muslim dan kitab-kitab sunan yang lain,kaedah Usul Fiqh dan kaedah-kaedah selainnya untuk membuat kesimpulan bahawa sesuatu hal itu merupakan perkara yang amat bid’ah.
Bahaya Membid’ahkan Sesuatu Tanpa Asas Ilmu yang Kuat :-
Dewasa ini, ramai dari kalangan golongan penuntut ilmu yang ghairah membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah kerana terpengaruh dengan karangan-karangan beberapa kerat ahli agama yang menimbulkan perkara-perkara tersebut. Namun, tanpa mencermin diri mereka sendiri, mereka turut berlagak seperti ahli-ahli agama tersebut dengan turut membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah(perselisihan) tersebut.


Padahal, para penuntut ilmu terbabit tidaklah mempunyai latar belakang ilmu seperti golongan ulama’ yang membincangkan mengenainya.


Contohnya :-



Sheikh Al-Albani yang terjerumus dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah” dan berpendapat bahawa, hanya pendapatnya sahajalah yang benar dalam setiap masalah yang diutarakannya (rujuk buku Sifat Solat An-Nabi s.a.w.),namun Beliau sekurang-kurangnya mempunyai sedikit latar belakang ilmu dalam bidang hadith, walaupun ramai ulama’ mempertikaikan beliau kerana tidak mempunyai latar belakang ilmu Usul Fiqh yang mantap. Sekurang-kurangnya, beliau sudah pernah mengkhatamkan buku-buku hadith.


Maka kalaulah kita renung-renungkan balik diri masing-masing sebagai ahli penuntut ilmu,kita masih belum pernah lagi mengkhatamkan buku hadith Sohih Al-Bukhari,tetapi sudah bijak dan pandai bersuara seperti suara-suara ulama’ yang terlibat dalam gejala bid’ah-membid’ahkan tersebut.


Oleh yang demikian, penuntut ilmu tidak selayaknya menjerumuskan diri dalam pertellingkahan para ulama’, apatah lagi menjadi pihak yang menyalahkan golongan yang mengamalkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut.

Ketahuilah, ramai dari kalangan golongan tersebut (penuntut ilmu yang terlibat dalam bidang bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah),suka berpegang kepada Uslub(konsep):- “tiada bid’ah hasanah(yang baik)”.

Walaupun kerap kali bila diajukan,tidak pernah mereka itu mengaku,malah mengatakan pengikut salaf(generasi) soleh.Yang demikian, dalam pandangan mereka, apabila mereka membid’ahkan sesuatu amalan dan pengamal amalan tersebut, secara tidak langsung, mereka telah pun menuduh pengamal-pengamal amalan tersebut sebagai golongan yang sesat.


Hal ini secara tidak langsung  telah menunjuk kan,bahawa golongan penuntut ilmu tersebut sudah sampai berani sugguh menuduh sesama Islam sebagai golongan sesat kerana menuduh amalan yang meraka lakukan sebagai Bid’ah Dholalah(yang sesat sekali,ini kerana tiada bid’ah hasanah di sisi mereka).

Ingatlah ! Bahawasanya Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kita,jika seseorang muslim itu menuduh muslim lainnya sebagai kafir,maka salah seorang darinya akan jatuh kafir.Hal ini menunjuk kan,kalaulah orang yang dituduh sesat tersebut,tidak sesat disisi Allah,maka hukum sesat tersebut akan jatuh menimpa kembali ke atas orang yang menuduh itu.


Serta jangan fikir, memperkatakan sesuatu itu bid’ah, merupakan suatu perkara yang remeh-temeh.Kalaulah kita masih lagi tidak mampu menilai, yang mana dinamakan bid’ah dari sudut bahasa, dan yang mana dinamakan bid’ah dari sudut istilah syarak, maka lebih baik kita menjauhkan diri kita dari menuduh sesuatu itu bid’ah apatah lagi menuduh pelakunya sebagai pengamal bid’ah.

Sedangkan bid’ah dari sudut syarak itu sendiri, menurut ijma'(majoriti) Ulama' Usul Fiqh :- ianya merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan kesesatan, dan pengamalnya akan dijatuhkan hukuman yang berat didalam Islam.


Al-imam Ibnu Lub dalam menyangkal pendapat golongan yg tidak menyenangi amalan berdoa selepas solat mengatakan :-


Paling tinggi alasan yg dikemukan oleh mereka yg menolak amalan berdoa selepas solat ialah perkara tersebut tidak diamalkan oleh generasi salaf.
katakanlah alasan ini benar,namun apa yg tidak dilakukan oleh mereka tidak mewajibkan adanya hukum kecuali keharusan meninggalkannya dan tiada halangan
untuk melakukannya.Adapun yg mengatakan haram atau makruh tidak mungkin,apatah lagi jika perkara yg dilakukan itu mempunyai asas secara umum yg ditetapkan dalam syarak seperti amalan berdoa.


Ibnu Al-'Arabi berkata :- Bid'ah dan Muhdathah itu bukanlah dicela krn namanya demikian dan bukan juga dicela krn maknanya.
Tetapi yg dicela daripada bid'ah itu ialah perkara yg menyanggahi sunnah.Yang dicela daripada muhdathah(perkara baru yg diada-adakan) 
ialah yg membawa kepada kesesatan.


InshaAllah saya akan ulas kan lagi didalam pengulasan lagi satu,agar tidak menjadi pungulasan yang panjang lebar,sehingga mungkin amat menyulitkan pada ummat kini.Allah lebih maha mengetahui apa-apa yang telah saya ulaskan.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
Wasalamu'alaikum Warahmatullah WaBarokatuhu...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.