Layan

Saturday, November 27, 2010

يا أخي لا يأس(Wahai Saudaraku Janganlah Putus Asa)

Dengan nama-Mu Ya Allah yang mengajar dengan 'qalam

Apa yang ada di langit dan di bumi, sekalian makhluk berhajat yang terbaik untuk dirinya, semua itu telah di tetapkan atau telah di rancang oleh ilahi.

Jika satu ketetapan telah turun kepadamu berupa masalah yang amat berat dirasai , ketahuilah itu hanya 1 dugaan yang cuba untuk mewarnai hidupmu bahkan kegembiraan sangat banyak di turunkan tapi hanya di pandang sekelip mata sahaja.

Dirimu hanya bergelumang dengan kesedihan disebabkan masalah yang turun dari ketetapan tuhan umpama dirimu telah mati dengan satu tikaman sahaja yang tidak mampu untuk menangkis dengan perisai kesabaran ilmu yang engkau miliki.

Jika teliti kembali kesenangan yang diturunkan padamu ia amat banyak dan melimpah luah berbanding kesusahan yang hanya diturunkan sekali sekala yang sepatutnya ianya berupa sekejap shaja waktunya tetapi kerana dirimu membiarkan berada dalam keadaan sedemikian dan berfikir tentang kesusahan itu maka ia dirasai amat panjang waktu itu.

Lihatlah kepada dirimu wahai saudaraku ukurlah semula nikmat kesenangan, kegembiraan yang telah Allah anugerahkan kepadamu selama ini yang dianggap hanya sedikit sahaja sedangkan nikmat itu masih ada pada dirimu bahkan engkau menginginkan kesenangan yang lain.

Kesihatan tubuh badan, ketenteraman tanah air, kemudahan makanan dan pakaian, udara serta air yang bersih, dan disisimu ada dunia yang terbentang luas dan engkau tidak merasainya dan engkau memiliki kehidupan malah engkau tidak tahu, kedua matamu , lidah serta mulutmu, kedua tangan dan kakimu. adakah itu semua bukan satu kesenangan kegembiraan yang engkau miliki?! fikirkanlah wahai saudaraku...

Rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, jangan biarkan dirimu dalam kesedihan selama-lamanya. carilah ia, jangan biarkan ia hilang di arus keadaan.

Cubalah amati dan memahami ayat dari surah asyarh 98:5-8

5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

8. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


penyair ada berkata:
wahai saudaraku janganlah engkau bersedih , bersyukurlah dalam kesabaran kepada Allah.
wahai saudaraku janganlah engkau berputus asa, kelembutan yang tersembunyi itu adalah milik Allah.
berapa banyak peristiwa yang telah berlaku dari kita ini yang telah Allah muliakan,
dan berapa banyak kesabaran kita daripada musibah itu,
ku berwasiat kepadamu gunakanlah sabar kerana ia cantik, itu adalah sebaik-baik wasiat.


waallahu taala 'alam

اللغة العربية مصر(Bahasa Arab Ammiyah mesir)

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa amiyyatil misriyyati – ya'ni dialek orang mesir adalah suatu bahasa yang telah tersebar luas kesuluruh pelusuk Negara Arab. Semua itu atas beberapa faktor yang membuatkan bahasa mereka serta negara mereka dikenali ramai.
Bahasa amiyah ini mudah digunakan serta mudah difahami oleh seluruh kaum arab kerana bahasanya hampir serupa dan tidak jauh beza dari bahasa fushah.
يالاه كلِمْني بالعامية
Yallah kallimni bil amiyyah
Jom berbual denganku amiyah mesir
1. Bahagian Pertama :-
Bahasa arab amiyah ini dia mempunyai perbezaan daripada bahasa arab fushah dari segi sebutan serta kalimah dan cara perbualan. Jadi untuk yang pertama ni kita kenali perubahan dari segi sebutan huruf.
Semua huruf yg terdapat dalam amiyah ini dengan arab fushah adalah sama melainkan huruf ini sahaja yang sebutan berubah seperti berikut :
· ث = ta contoh : كَثِيْر = katiir - banyak.
· ج = ga contoh : جَامَعَةْ = gama’ah - university.
· ظ = dho contoh : بِالظَبْط = bidhobt - tepat sekali!!
· ق = a~ contoh : قَلَمْ = alam - pen.
Sebelum kita pergi lebih jauh, ada sedikit perbezaan sebutan pada huruf diatas untuk orang kampung di mesir ni. Hanya sedikit perbezaan pada huruf ق dan جiaitu :
Dialek orang kampung :
· ق = ga contoh : قَهْوَةْ = gahwah - kopi
· ج = ja contoh : جَايْ = jai - datang.
Ingat! Berbeza ngn dialek orang bandar :
· ق = a~ contoh : قَهْوَةْ = ahwah - kopi
· ج = ga contoh : جَايْ = gai - datang.
jadi hati-hati ya siapa yang berurusan dengan orang kampung jangan tersalah faham.
tapi dalam pebentangan ini Saya hanya akan tumpukan dialek orang bandar. kita sendiri yang membezakannya dengan dialek orang kampung.
Dalam bahasa arab ini dia mempunyai 2 keadaan ; sama ada yang menunjukkan sifat pada lelaki (muzakkar) atau yang menunjukkan pada sifat perempuan (muannas).
Nak mengenalinya mudah sahaja. Kerana muannas itu mempunyai ta marbutoh ة dihujung perkataan. Manakala muzakkar tidak mempunyai tanda apa2 dalam perkataan.
isim isyarah Maksudnya Nama isyarat macam menunjuk kan sesuatu,
 Contoh dlm bahasa fushah :هذا هذه 
 Dan bagi bahasa amiyah adalah :
·  ده = هذا  = da - itu/ini - (digunakan untuk perkataan muzakkar)
· دي  = هذه = di - itu/ini - (digunakan untuk perkataan muannas)
Di bawah ini adalah beberapa contoh penggunaan muzakkar .
· ده كِتَابْ = da kitab -ini buku
· ده قَلَمْ = da alam - ini pen
· ده بَابْ = da bab - ini pintu
· ده شِبَّاكْ = da shibbak - ini tingkap
· ده كُرْسِيّ = da kursiy - ini kursi
· ده بِيت = da bait - ini rumah
· ده شَارِعْ = da syaarie’ -ini jalan
Di bawah ini pula contoh perkataan muannas.
· دي صُوْرَةْ = di suroh -ini gambar
· دي كَرَّاسَةْ = di karraasah -ini notebook
· دي سَاعَةْ = di saa’ah - ini jam
· دي لَمْبَة = di lamba - ini lampu
· دي اُوْضَةْ = di uudoh - ini bilik
· دي طَرَابِيْزَةْ = di tarabiizah - ini meja
· دي جَامَعَةْ = di gama’ah - ini university

Friday, November 26, 2010

( Hargailah Waktumu)نقدر وقتك

Hukum kematian manusia masih terus berlaku,
Sebab dunia juga bukan kekal selamanya,
Adakalanya manusia menjadi penyampai berita,
Dan esok harinya dia menjadi sebahagian dari suatu berita,
Ia dicipta sebagai makhluk yang sentiasa kacau dan gelisah,
Sedang engkau mengharap selalu damai dan tenteram,

Wahai orang yang selalu melawan tabiat,
Engkau mengharap percikan api dari genangan air mata,
Ketika engkau mengharap yang mustahil terwujud,
Engkau sudah membina harapan dibibir jurang yang curam,
Hidup adalah tidur yang panjang dan kematian adalah hidup,
Manusia diantara kedua-duanya dalam alam impian dan khayalan,

Maka selesaikan segala tugas dengan segera,
Nescaya usiamu akan menjadi lembaran sejarah yang akan ditanyakan,
Bersegeralah dalam membuat kebaikan,
bagai kuda yang masih muda,

Kuasailah waktu sebab ia dapat menjadi punca malapetaka,
Dan zaman tidak akan betah menemani anda,
Sebab ia akan selalu lari meninggalkan anda,
Sebagai musuh yang menakutkan,
Dan kerana zaman sememangnya diciptakan sebagai musuh orang-orang yang bertakwa”




Syukran...
*Dari kitab la tahzan - 'aid alqorni..

الله يدعونا(Allah is Calling)


Tuhan memanggilku
Ku sahut sekali sekala
Tuhan memanggilku
Ku cuba menyahutnya
Tapi aku memaksa diriku untuk menerimanya
Itulah diriku tidak jinak dengan tuhan
Tuhan memanggilku
Rabbuna zolamna anfusana wa illam tagfirlana wa tarhamna la nakunanna minal khosirin
Tuhan memanggilku
Ku sahut bertalu – talu
Kerja ku menyahutnya
Ya Allah jinakkanlah diriku dengan-Mu Ya Allah
akan ku hinakan diri ku dengan sebuah penyesalan..
wahai diriku...
tidakkah engkau terfikir
berapa banyakkah Allah telah melihat perbuatan dosamu
yang sering mengumpul kedunian dan lupa kematian..
wahai hatiku....
tidakkah engkau merasakan kepatuhan kepadaNya
yang telah memberikan segalanya yang engkau pinta lalu kau lupa untuk mensyukurinya....
wahai ilmu yang ku dapati...
adakah ia tidak berjaya memberi manfaat kepadamu..
yang sering engkau dengar dan engkau abaikannya...
aduhai malangnya empunya diri ini…
sering leka dengan sendiwara duniawi…
yang cukup untuk menjauhkan rahmat-Mu dari diri ini…

T____T 



Friday, November 19, 2010

Nasihat untuk Ahlud Dai'e

بسم الله الرحمن الرحيم                      

Wahai orang yang telah meletakkan dirinya untuk memberi petunjuk kepada hamba Allah,
Mulailah dari dirimu sendiri, betulkanlah ia, perelokkanlah ia.
Hati-hati jangan sampai perbuatanmu bertentangan dengan ucapanmu.
Sesungguhnya itu adalah sifat buruk dan tercela.
Jika kamu berbuat demikian, maka pengikutmu hanya akan terdiri dari orang-orang yang bodoh yang pertimbangan akalnya tidak boleh dipercayai...

Hmm..Alangkah indahnya bait-bait syair ini yg berbunyi :-


يـا أيهـا الرجـل المعلـم غيـره
هـلا لنفسـك كــان ذا التعلـيـم
تصف الدواء لذي السقام وذي الضنى
كيمـا يصـح بـه وأنـت سقـيـم
وأراك تلقـح بالـرشـاد عقولـنـا
نصحا وأنـت مـن الرشـاد عديـم
لا تنـه عـن خلـق وتأتـي مثلـه
عـار عليـك إذا فعلـت عظـيـم
ابـدأ بنفسـك فانههـا عـن غيهـا
فـإذا انتهـت عنـه فأنـت حكيـم
فهناك تقبـل إن وعظـت ويقتـدى
بالـرأي منـك وينـفـع التعلـيـم
Wahai orang yang mengajar orang lain ,
Mengapa pelajaran itu tak kau sampaikan kepada dirimu sendiri?!
Mulailah dengan dirimu, cegahlah agar ia tak menyimpang,
Jika berhasil, maka kau telah bersikap bijaksana,
Kau senaraikan ubatan bagi si pesakit agar sembuh,
Sedangkan kau sendiri sakit,
Kami lihat kau selalu memperbaiki akal kami dengan petunjukmu ,
Namun kau sendiri jauh dari petunjuk itu,
Jangan kau larang seseorang berperangai tertentu,
sedangkan kau sendiri melakukanya,
jika kau lakukan ini maka sungguh besar aibmu
(jika kau ikuti nasihatku) akan didengar dan di ikuti ucapanmu,
Dan akan bermanfaat ajaranmu.


Aduhai..Wahai saudaraku, janganlah sampai semangatmu menuntut ilmu hanya untuk memperindahkan gaya bahasa dan sususan kata-kata, tidak untuk beramal dan berakhlak. Sikap demikian ini merupakan kerugian yang nyata.

Saidina ali karamallahuwajhah berkata:
“Ilmu orang munafik terletak pada lisannya, dan ilmu orang mukmin terletak pada amalannya”
Beliau juga berkata:
“betapa banyaknya dai’e menyuru ke jalan Allah padahal ia lari meninggalkannya. Betapa banyak orang mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang ia benci. Dan betapa banyaknya pembaca ayat-ayat Allah tapi tidak mengamalkannya”


Wahai saudaraku jangan terlalu berharap untuk menjadi ulama yang tinta mereka disisi Allah lebih berharga daripada darah syuhada, sebelum ilmu merasuki batinmu , bertautan dengan basirahmu, dan mendorongmu untuk memohon, merendahkan diri, takut kepada Allah dan berusaha menyandang akhlak para salaf radhiyallahu anhum.

Jika kamu amati dengan pengamatan yang adil dan bijaksana , kamu akan melihat dengan jelas perbezaan antara ulama yang hanya suka berbicara, mengarang dan pandai meyusun kata-kata dengan ulama pada zaman permulaan seperti hasan al basri yang hidupnya selalu diliputi dengan rasa berhati-hati dan takut kepada Allah, dan seperti juga Muhammad bin wasi’ dan ibnu sirin.

Diriwayatkan bahawa ibnu sirin ketika diminta berfatwa tentang persoalan halal dan haram, wajahnya menjadi pucat kerana takut kepada Allah taala. Begitu juga sufyan athauri yang sangat alim, zuhud, tawadhu’ dan berani berkata yang hak kepada para penguasa yang zalim.

Manusia dewasa ini gemar menulis buku, marangkai kata-kata dihadapan kawan-kawannya dan banyak membicarakan biografi orang-orang soleh. Ia senang dan bersemangat, kerana berbicara itu mudah tapi mengamalkannya sulit.
Ia seperti seorang yang penakut yang berlagak berani , bertingkah seperti seorang pahlawan dan suka menceritakan peperangan. Selama tidak menghadapi musuh, maka ia selamat. Namun, jika di ajak bertempur, terserlahlah sifat-sifat penakutnya.

Jika kamu ingin mendidik seseorang , berperilakulah dengan lemah lembut, nasihatilah mereka. Sesuaikanlah nasihat yang kamu sampaikan dengan tingkatan akal dan fahaman mereka, sehingga nafsu mereka tunduk , dan hati mereka pun mau menerimanya. Ketahuilah , Allah taala telah meletakkan setiap hamba sesuai dengan akal dan kedudukannya. Orang yang bijaksana akan memperhatikan hikmah Allah yang terdapat pada makhluk-makhluk-Nya, mengikuti sunnah-Nya, iaitu bersikap lemah lembut, ramah tamah dan berusaha menutupi aib-aib mereka . 

Jangan berharap dapat merubah salah satu tabiat mereka kerana tabiat itu sulit untuk di ubah . Kecuali, jika pendidikan tersebut dilakukan dengan lemah lembut dan dengan menjaga nafsu mereka agar tidak berubah dan bergelojak. Sebab , jika nafsunya bergelojak ia akan lari. Dan pendidikan tidak akan membuahkan hasil..

WaAllahu A'lam Bissowab..
Sekian Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum WarahmatuAllah Wabarokatuhu..

Monday, November 15, 2010

Sedikit ulasan tentang Pengkid & Tomboy

Selamat Pagi 
MalaysiaSelamat Pagi 
Malaysia 
Pagi tadi saya dijemput menjadi tetamu undangan Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan isu gejala PengKid di Malaysia. Ketika saya mula-mula mendengar tajuk slot ini, saya terimbas kembali perkataan PengKid yang saya sudah dengar sejak dulu lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki? Apakah pula beza mereka berbanding dengan ‘Tomboy’ dan ‘Lesbian’.
Menurut sedikit kajian yang saya lakukan, beza antara PengKid dan Tomboy ialah
  • Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.
  • PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.
Apa yang mahu dibincangkan sebenarnya ialah adakah PengKid ini disebabkan genetik (lahir dalam keadaan yang berbeza dan mempunyai naluri yang berbeza sejak lahir) atau ia disebabkan oleh pengaruh. Sebelum saya berikan pendapat saya, bolehkah anda berikan pendapat anda sendiri atau apa yang anda percaya selama ini?
Hasil kajian saya, tidak ada kajian Sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir pun mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay.
Selamat Pagi 
Malaysia
Semasa temubual, saya tegaskan tentang satu perkara. Tidak kira PengKid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian Sains dan kajian Psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu.
Daripada sudut agama pula, seperti kita semua tahu, mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang salah itu tidak berdosa. Namun jika kita bertindak ke atas niat itu, itu yang menyebabkan dosa. Ustaz Razali, pengarah bahagian penyelidikan JAKIM yang turut menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia ini menerangkan kepada kami bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan bahawa gejala PengKid ini ialah sesuatu yang jelas HARAM. Agak menarik juga apabila saya baca mengenai satu kajian barat yang mengatakan bahawa, salah satu faktor mengapa gejala sebegini boleh berlaku ialah kurangnya didikan agama di rumah. Saya percaya anda boleh lihat dan fikirkan sendiri tentang kebenaran kajian ini.
Semasa membuat kajian, saya mendapat bantuan daripada Tuan Abdul Razak  mengenai kedudukan gejala PengKid ini menurut pandangan Islam. Ini adalah sumbangan beliau mengenai perkara ini.

Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

Daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).

Terima kasih Tuan Abdul Razak...


Petikan Diambil Dari : En.Osman Bin 'Affan..

Moga Ada Manfaatnya..Amin ya rabbal 'alamin~
Salam WarahmatuAllah....

Saturday, November 13, 2010

أيها الناس من الدعوة لماذا؟mengapa wahai penda'wah?

Letih :-
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha para Rasul dan para sahabat r.a. Berapa banyak usahaku ini hendak dibandingkan dgn usaha Ash-Shahid Imam Hassan Al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih??

Kecewa :-
 
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa?? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuanganNya! siapalah aku untuk kecewa?!

Sibuk :-
 
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah...aku  hendak dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.


Pedih :-
 
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah ERTI kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah r.a yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa :-
 
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar ya'ni suruhan kpd kebaikan dan cegah kemungkaran yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang???

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, Namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak  bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untuk aku berputus asa. Hanya ada satu jalan untuk aku ya'ni Gigih berusaha! 
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah,maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)
 
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan... 
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.  
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... 
Moga lelah kita dihargai Ilahi walau dicemuh insani...AMINNN...YA RABBB..
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WAN NAJATUHU FIL HAYATAK
ASSALAMU'ALAIKUM

Friday, November 12, 2010

Sedikit ulasan dari saya mengenai 'Sifat Hasad Dengki'

Hasad dengki. Apa tu? Hahaha..Buat2 tak pernah dengar pulak!Sepak kang! *Ganas gak?!hahahaha,
okeylah,bak kata bebudak zaman sekarang,haa..orang2 zaman skang ni ramai yang ada PHD..apakah itu?! JENG2~! ‘perasaan hasad dengki’lah~!.HAHAHAHA.. Kadang-kadang benda yang orang lain lebih dari kita tu kecik je, mula la kita pun anto antu jin setan ape kat dia...hahahaha...

Tapi tu teknologi zaman silam anto benda2 alah tu sume...Bagaimana pula dgn fesyen zaman skang?! pergh! semua guna kaedah mami jarum,tahu tak?hahaha..Pernah tengok mami jarum?kalau pernah,Alhamdulilah,senang sikit,malas aku nk cerite panjang2,med hai~ Huhu..gitula kaedah yang selalu digunakan oleh kaum wanita kan? Kan? :p So, teknik orang lelaki mcm mana lak?! Ada jugak kot diorg ni guna kaedah yang sama. Sampai ada jugak yang menggunakan teknik backhand *otai gyler..hahaha,untuk menumbangkan orang yang didengki...okeylah..haa..

 Sebut je Dengki, semua org tau bahawa ini adalah sifat mazmumah.apa itu sifat mazmumah?sifat mazmumah itu adalah sifat2 seperti iri hati,Hasad dengki,benci membenci dan macam2lah panjang gak karang aku cerita sifat ni,hahaha,okeylah..ada sebahagian orang kata sifat Dengkilah bagus…Boleh meningkatkan jati diri??hah?yeke?? Orang yang mempunyai sifat tercela sangat dibenci orang ramai. Orang yang pendengki ni memang takleh tengok orang  yg lebih pada dia, biar sikit pun. Kalau boleh sampai kerepot pun dialah nak yang atas sekali sedangkan dunia berputar dan hidup ini ada turun naiknya...


Sifat dengki ni akan merosakkan potensi diri. Betul ke? Bila seseorang itu bersifat dengki, maka dia dibenci…time tu ko buatlah hape pun takde dah sape nak pandang. Kalau cakap berisi pun, orang malas nak layan. Bila dah jadi mcm ni, kita pulak dah susah hati. Bila susah hati, makin lah rasa dengki tu mencanak-canak naiknya. Pastu mula plan itu ini nak jatuhkan orang...

Sifat dengki juga adalah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis laknatullah apabila menolak perintah ALLAH SWT supaya sujud kepada Nabi Adam. Begitu juga kejadian Qabil yang membunuh Habil. Dengki adalah sikap dimana bila orang naik, kita pulak nak jatuhkannya pulak..

Bukan tak boleh orang mukmin bersifat dengki tapi biarlah sekadar berusaha menjadi terbaik dan bukan menjatuhkan orang. Percayalah bahawa tidak rugi berusaha keras untuk menjadi yang terbaik daripada menjatuhkan orang tapi kita tu tak baik-baik jugak..??tak ke BANGO?! Namanya tu? hahaha *Sorry,agak ganas sikit! hahaha :p

Bak Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim)..Hadoi..Alangkah comelnya dunia ni kan,hahaha..kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasik up lu punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain...right2??! hahaha!


Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali rahmatuallahi 'alaik) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki :-

Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.

Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus Cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman skang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.

Takabbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.

'Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.

Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.

Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.

Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.

Hmm,Bagaimana mencegah perasaan dengki? Cubalah bersifat "qanaah" iaitu berasa cukup dengan apa yg ada slps berusaha... Redhalah dengan ketentuan ALLAH dan bersyukurlah sekurang-kurangnya kita masih diberi nikmat hidup...Kerana takdir yang ALLAH beri tidak sama. Namun ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNya...

Wei,opss kan dah..hehehe,YaAllah~!,Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki!okey?! cubalah Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri kita,drpd duk melayan Feeling2 dengki ini.entah BILA? lagi untuk mencari kebahagiaan dalam diri,andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi D A K I dalam hati kita...betol tak! Hahaha..

Just ingatlah,Sesiapa yg susah walaupun telah berusaha, tetapi bersabar dan TETAP bersabar, maka ALLAH akan memberi pahala atas kesabaran itu.JANGAN RISAU & RAGU2 Malah sesiapa yg diberi kesenangan dan berkongsi kesenangannya dgn ikhlas, maka pahala juga baginya. Cukuplah dengan apa yang telah ditakdirkan namun berusaha kearah kehidupan yang lebih baik adalah sifat yang terpuji...okey? :)

Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya : “sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”

Moga kita semua dalam golongan yang dicintai ALLAH...aaaminnnn~ 


WaAllahu A'lamu Bissowab..salam'alaik.. :)

Sedikit ulasan dari saya mengenai 'Memfitnah'




 oleh saya,ulasan yg pertama :-

Di dalam Al Qur’an surah Al Baqarah ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan..Bahkan dosa syirik juga tidak akan diampunkan oleh Allah ta'ala..

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah ya'ni pembukaan Kota Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqarah ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli… yang artinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”. Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’idah, Dzulhijjah dan Muharram.

Hakikatnya, Dosa membuat fitnah itu boleh menjauhkan diri kita dari syurga.Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud :- "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah..."
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Dan 'KINAYAH' ya'ni 'PERUMPAMAAN'  Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya & Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti...
Na'uzubillahi min zalik...

Jadi dalam Agama Islam,sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain,jadi Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar??

Imam Ghazali Rahmatuallahi 'alaik dalam buku Ihya Ulumuddin pernah menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah..AstaghfiruAllahal'azim...

Hmm..dan mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang yg berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :- Adakah kamu semua mengetahui apakah  itu ghibah ya'ni  (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?Rasulullah 'alahissalam bersabda lagi: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya..
(Hadis riwayat Abu Hurairah RadiyaAllahu 'anhu)

Dan lagi  Larangan Allah subhanahu wata'ala dalam mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarangnya seperti dalam firman-Nya yg bermaksud :- Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain..(Surah al-Hujurat, ayat 12)

 Dan Justeru itu,maka setiap org Muslim perlulah bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah..

Dan Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita tersebut ialah memastikan sumber berita itu, ya'ni siapakah yang mula menyebarkan berita & rantaian orang yang membawa berita itu..

Tentu anda semua tidak lupa & tahu pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman bin Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah 

Malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu diMelaka tidak terkecuali kerana fitnah juga.. 
 Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Maka,pernah x anda terfikir yg fitnah itu adalah syirik dan dosa lebih besar dari pembunuhan..
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu..jika anda pernah menfitnah sesiapa,cepat2lah meminta maaf dan bertaubat,sesungguhnya Allah itu MAHA PENERIMA TAUBAT..

jazakumulloh khoiron...
was-sholatu was-salam 'ala rosulillah, wa akhiru da'wana,'anil hamdu lillahi robbil 'alamin...

Pantun untuk pimpinan umno bukit katil



Merdu Suara Dato Hang Jebat
Mengaji Al Qur'an dengan berlagu
Kalau berani mari berdebat
Sudah lama hamba menunggu

Beri Beras di Bukit Pulau
Jamu durian di Paya Dalam
Perangai macam orang sasau
Tak tidur siang dan juga malam

Dari seberang ke Bukit Pulau
Singgah sebentar di Kampung Galas
Perangai pelik bagai nak sasau
Ceroboh Surau dan juga markas

Ganggu ceramah ganggu PASTI
Ceroboh markas dan juga pejabat
Ini alamat orang nak mati
perangai biadap dan juga jahat

Bukit Katil ke Padang Jambu
Singgah sebentar di Bukit Beruang
Muka tembok tak tahu malu
Ceroboh dan rampas harta orang

Makan suap makan rasuah
Duit banyak bersepah-sepah
Perangai jijik makin parah
Rakyat meluat, loya menyampah

Dua tiga kucing berjalan
Mana nak sama si kucing hodoh
Perangai buruk macam syaitan
Surau dan Pasti hendak diroboh

Pisang emas di bawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh bayar
Hutang zalim di bawa mati

Diari Seorang Isteri

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....