Layan

Saturday, March 17, 2012

Ulasan oleh saya :- "SIAPAKAH SEBENARNYA WAHHABIYYAH DAN PENOLAKAN ULAMA-ULAMA SEDUNIA TERHADAP ALIRAN ITU"

Alhamdulilah segala pujian hanya bagi Allah,Tuhan semesta dan sekalian ciptaan yang ada,aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah sahaja dan tiada sekutu bagiNYA,dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul dan hambaNYA.Aku bersaksi bahawasanya tiada setinggi-tinggi kalimah tauhid,melainkan hanya mentauhidkan Allah denagan kalimahnya yang unggul ! LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH...Sesiapa yang sudah di berikan hidayah olehNYA,maka tidak dia akan sesat,dan sesiapa yang telah disesatkan olehNYA,maka tiada yang memberi hidayah,melainkan Allah sahaja.

Tajuk hari ini saya hendak kupas kan mengenai,SIAPAKAH SEBENARNYA WAHHABIYYAH DAN PENOLAKAN ULAMA-ULAMA SEDUNIA TERHADAP ALIRAN ITU,atau dengan pendekatan tulisan yang selalunya masyarakat memahami ialah Wahabi,maka saya selaku penulis akan menggunakan  pendekatan nama Wahabi sahaja.Justeru sebelum kita mengenalinya dan meneruskan perbahasan bersama-sama,seeloknya kita mengetahui dan memahami sedikit sebanyak istilah makna Wahabi itu berikut  menurut kamus :-

Dari segi istilah bahasa :-

الوهاب(Al-Wahhab) - Anugerah,Memberi,Kurnia dan seumpamanya,dan ia termasuk salah satu nama-nama Allah taala yang indah.

Dari segi istilah ilmu akidah  terbahagi kepada 2 bahagian :-

الوهاب(Al-Wahhab) - Merujuk kepada fahaman dan gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab  di semenanjung arab timur.Kalau merujuk pada penggunaan istilah kalimah الوهابي(Al-Wahhabiy) pula,
maka ia bermaksud kepada ayahnya atau disandarkan kepada ayahnya yang bernama,Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali.

Akan tetapi nama الوهابي (Al-Wahhabiy) atau Wahabi disandarkan terus kepada Muhammad itu,sebagaimana lumrahnya kaum arab atau adat bangsanya yang menyandarkan nama-nama bagi keturunan mereka terhadap si anak.Contoh-contoh lain seperti,nama bagi para-para Imam mazhab,Muhammad Bin idris,Nukman bin Thabit yang digelarkan Syafi'ie,hanbali serta hanafi dan maliki,sedangkan asal  kepada nama para-para Imam adalah lain,inilah yang dimaksudkan menyandarkan setiap nama anak dgn nama keturunan mereka.Maka mengertilah...

الوهابية(Al-Wahhabiyyah) - Maka ia bermaksud kepada pengikut simtom fahaman,gerakan dan pegangan Muhammad Bin Abdul Wahhab.Oleh itu sesiapa sahaja manusia yang mengikut-ikut metodologi mereka,adalah dianggap termasuk golongan mereka juga.

Sejarah Kemunculan Wahabi berserta kesimpulannya(diringkaskan agar tidak terlalu panjang oleh saya) :-

Fahaman Wahabi atau Wahhabiy ialah aliran pemikiran yang diasas kan sendiri oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali (1115/1206H-1703/1792M) iaitu pada kurun ke 18 masihi di satu negeri semenanjung arab di Riyadh, dan kini negara itu digelar arab saudi,nama Riyadh itu adalah negeri Najad/Najd Al-Hijazi yang terletak di sebelah timur Madinah Al-Munawwarah,manakala disebelah lainnya pula ada dinamakan Najad Al-Yamani.Akan tetapi yang dimaksudkan saya adalah Najad Al-Hijazi sahaja.Maka fahamilah,ini kerana ada Hadith yang mengatakan Didalam Sohih Imam Bukhari  m/s 2089 Juz 6 No. 6681 yanag berbunyi :-

"YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI." LALU SAHABAT BERTANYA : "NEGERI NAJAD KAMI WAHAI RASULULLAH?" BAGINDA BERSABDA LAGI SAMBIL MENGULANGI DOANYA YANG SAMA : "YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI."


LALU SAHABAT BERTANYA LAGI SOALAN YANG SAMA DAN MENYANGKA BAHAWA RASULULLAH S.A.W AKAN MENDOAKANNYA PADA DOA YANG KETIGA.LALU RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "DISANALAH (NAJAD) TIMBULNYA GEMPA BUMI (KEKACAUAN),FITNAH DAN MUNCULNYA TANDUK SYAITAN."


(FYI : Kalau mahukan keterangan lebih lanjut berkenaan hadith ini,sila lihat ulasan oleh saya mengikut kaedah Para Ulama dan fakta-fakta geografi di dalam ulasan berkenaan,sila kan melihatnya agar "complete".Tajuknya :- "FAKTA PENGUKUHAN,KECELARUAN UMMAT").

Sambungan semula : Fahaman ini mula diperolehinya hasil pembelajaran singkat dengan beberapa orang guru dan respon beliau terhadap isu-isu agama di zamannya.Beliau mula mengenal Ilmu Fiqh dari ayahnya sendiri yang bertugas sebagai Qadhi/Hakim dalam mazhab Hanbali.Ayahnya adalah seorang ulama yang neutral dan terus mengambil pendekatan terbuka sebagaimana pengikut Mazhab Hanbali yang lain.

Bagaimanapun Muhammad wahabi seringkali berselisif fahaman dengan pendapat ayahnya sendiri yang bermazhab hanbali,kerana Muhammad Wahabi dikatakan mengambil pandangan beberapa tokoh Hanbali yang paling keras serta begitu fanatik terhadap Ibn Taimiyyah Al-Harrani dan anak muridnya Ibn Qayyim Al-Jauziyah.Kemudiannya pandangan beliau di simpulkan dengan beberapa pengalaman dan pemerhatiannya sendiri.

Melihat tindakannya sebegini,telah menjadikan beliau Muhammad Wahabi telah bertindak " lebih agresif" daripada Sheikh Ibn Taimiyyah,walaupun keduanya tidak pernah berada sezaman.Maka situasinya yang begini telah membuatkan ayahnya kecewa terhadap sikap Muhammad Wahabi.

Lebih-lebih lagi apabila Muhammad Wahabi sudah bersikap dan bersemangat untuk membanteras bid'ah dan syirik selepas kepergian ayahnya ke Rahmatullah,yang kononnya dilakukan segolongan mazhab Islam.Kelakuannya yang suka mencemuh dan menghukum serta memandang salah orang lain memakan dirinya apabila beliau mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri dan masyarakat,serta dibuang luar daerah dimana tempat beliau berhijrah bersama ayahnya (di Huraimilah pada tahun 1139 H),dan berjaya melarikan diri daripada kelompok yang menghalang beliau,maka lalu dengan itu,beliau telah membina balik empayarnya bersama seorang rakan kongsi politik barunya iaitu Muhammad Bin Saud di kawasan pedalaman terpencil Madinah tempat para badwi,dan nama julukan kawasan itu ialah dar'iyyah

Berbagai-bagai juga pengalaman pahit umat islam tika itu,apabila kawasannya telah diserang dan dikepung serta ditawan oleh golongan Wahabi(pengikut Muhammad Wahabi) di Makkah dan Madinah(pada bulan Muharram bersamaan 1220H/1805M-Sila lihat tajuk yang bertanda * di bawah),dan pada bulan Zulqaedah tahun 1217H.Mereka telah menyerang Thaif  berserta kabilah/puak-puak lainnya yang berlegar di sekitar kawasan itu,dan telah banyak membunuh beribu-ribuan umat Islam termasuk kanak-kanak,orang-orang tua,hamba sahaya dan sebagainya.Mereka turut merampas hak-hak umat Islam tika itu dan menyembelih bayi-bayi diatas dada ibunya dan telah diperlakukan hina terhadap kaum wanita dan sebagainya yang sukar dan sedih untuk diungkapkan..

Kesimpulannya :-

Maka setelah kita menyelusuri dan memahami serta mengetahui fakta latar belakang sebenar Wahabi ini,ternyata sekali kita dapat beberapa kesimpulan,antaranya ialah :-

1.Fahaman Wahabi merupakan satu aliran pemikiran keras yang dinisbahkan/disandarkan kepada
pengasasnya iaitu Muhammad Bin Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf An-Najdi.

2.Diperingkat pertama ianya hanya menular kepada fahaman-fahamannya dan tafsirannya dalam memahami Islam,namun beliau mula mengaktifkan dakyahnya setelah kematiaan ayahnya secara "lebih agresif" dan radikal.

3.Walaupun mendapat tentangan dari abang kandungnya serta ayah dan para-para ulama.Ia sedikit pun tidak melemahkan semangat jihad Muhammad Bin Abdul Wahhab(Muhammad Wahabi).Bahkan beliau mula mencari platform politik bagi menyebarkan fahamannya secara lebih berkesan dan menyeluruh.

4.Muhammad Wahabi dan Muhammad Saud berjaya menubuhkan pakatan ketenteraan berskala besar dan bertembung dengan kerajaan Islam Uthmaniyyah (pada tahun 1205H).Siri peperangan ini diteruskan pula oleh anak cucu cicit mereka selepas itu,sehingga mereka berjaya menjelmakan sebuah negara yang bernama "Arab Saudi" (pada tahun 1930M) dengan restu daripada kerajaan British.

5.Tindakan gerakan Wahabi yang menggunakan bekalan senjata bagi memerangi umat Islam yang tidak sehaluan metodologi dan fahaman mereka,cukup untuk dijadikan satu bahan bukti yang kukuh,bahawa fahaman radikal mereka menjadi penyumbang terbesar kepada kegiatan terrorisme agama.Tidak hairanlah,jika modus operandi seperti Al-Qaeda,Taliban,jamaaah Islamiyyah dan kumpulan mujahiddin Malaysia dilihat mempunyai persamaan dengan gerakan Muhammad Wahabi.Ini kerana kesemua mereka itu berasas kan satu metodologi akidah,serta satu fahaman dan gerakan nekad untuk menubuhkan negara Islam mengikut acuan mereka sendiri,seperti yang pernah dilakukan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab(Muhammad Wahabi).Maka berhati-hatilah...

Bukti-bukti kezaliman tentera Wahabi :-


* Sejahrawan Wahabi iaitu Sheikh Uthman Bin Basyar An-Najdi Al-Hanbali sendiri memperakui tentang keganasan tentera Wahabi.Didalam bukunya yang bertajuk,Unwan Al-Majdi Fi Tarikh An-Najdi(m/s 135 juz 1).Beliau mendedahkan :-


  • Pada bulan Muharram tahun 1220 Hijrah bersamaan 1805 Masihi,tentera Wahabi membunuh umat Islam yang menunaikan Ibadah haji.Kaum Ibu dipaksa menjual harta milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh tentera Wahabi.


  • Penduduk Mekah kelaparan kerana sekatan ekonomi yang dilakukan oleh tentera Wahabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan dengan bergelimpangan mayat-mayat mereka.
  • Sheikh Uthman An-Najdi juga menyatakan bahawa tentera Wahabi menjual daging-daging keldai dan bangkai kepada penduduk Islam dengan harga yang tertinggi dalam keadaan penduduk kelaparan.

Nota kesimpulan :- Jadi berasaskan kepada bukti-bukti yang cukup kukuh diatas ini,telah jelas lah kepada kita bahawa "kezaliman" tentera Wahabi ke atas ummat Islam bukanlah fitnah atau sekadar cakap kosong atau penipuan fakta,tetapi inilah fakta sebenar yang telah dinukil kan sendiri oleh tokoh sejahrawan Wahabi,maka mengertilah.Moga Allah jauhkan diri kita daripada fitnah-fitnah mereka.

Firasat Ulama tentang Muhammad Bin Abdul Wahhab :-

Ramai Ulama Sunni mempunyai firasat yang jelas tentang Muhammad Wahabi ini.Antaranya ialah Imam Al-Habib Alawi Bin Ahmad Bin Hasan Bin Habib Abdullah Al-Haddad didalam kitabnya yang berjudul "Misbahul Anam" m/s 15 telah menceritakan sebagai berikut :-

"Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesolehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya.Beliau adalah salah seorang pemuka keluarga kita Abu Alawi yang lahir dan membesar di makkah dan kerap berulang alik ke madinah.
Nama beliau ialah Musa Bin Hasan Bin Ahmad Al-Alawi berketurunan Sayyidina Uqail Bin Salim,saudara kepada Sayyidina Qutubus Syahir Sheikhul Kabir Abu Bakar Bin Salim.

"Beliau berkata :- Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada Al-Sheikh Muhammad Hayat As-Sindi Al-Madani.Muhammad Bin Abdul Wahhab juga sering berulang alik ke majlis Sheikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya.

"Aku mendengar daripada orang-orang soleh dan ulama sebagai santapan kerohanian daripada mereka,mereka berfirasat mengenai Muhammad Wahabi dengannya,Allah akan menjauhkan RahmatNYA dan dibinasakanNYA

Katanya lagi : "Dan demikian yang telah berlak(firasat mereka telah benar menjadi kenyataan) sehingga Sheikh Abdul Wahhab(Bapa kepada Muhammad Wahabi)  juga berfirasat sedemikian terhadap anaknya.Dia telah menasihati dan mengkritik anaknya serta memperingati orang lain berhubung sikap anaknya itu.Diantara ulama yang mempunyai firasat sedemikian juga ialah Sheikh Muhammad Sulaiman Al-Kurdi Al-Madani Ash-Shafi'ie" -Selesai nukilan oleh beliau-

Dan ramai lagi para-para ulama yang berfirasat sedemikian serta yang mengulas penjelasan mengenai penyewelengan Muhammad Wahabi.Ya memang firasat bukanlah satu hujjah,akan tetapi ianya tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Apatah lagi,jika ada fakta lain yang membuktikan kebenaran firasat tersebut.Ingat junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda didalam Hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dan Imam At-Thabrani :- "Takutilah firasat orang mukmin,kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah."


Apakah firasat para Alim ulama dan Mantan Mufti Mazhab Hanbali dan Syafi'ie ini serta tokoh-tokoh Ulama Muktabar yang lain ditolak mentah-mentah? Atau ianya hanya fitnah dongengan terhadap Muhammad Bin Abdul Wahhab(Muhammad Wahabi) ? Dan bagaimana pula realiti sejarah yang sudah tercatat dan bukti perkataan daripada sejahrawan Wahabi juga serta beberapa bukti lain?Fikirkanlah,semoga Allah mengurniakan kepada kita deria fikiran yang benar...


Beberapa Metodologi Aliran Wahabi :-


Kaedah atau metodologi merupakan satu mekanisme terpenting didalam menentukan pemikiran seseorang, sama ada berfahaman Wahabi atau sebaliknya.Sebagai berikut merupakan sebahagian metodologi teras utama didalam aliran fahaman Wahabi.Diantaranya ialah :-


  • Meneruskan fahaman memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian untuk mengkafirkan umat Islam yang bertawassul kepada para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dan orang-orang soleh yang telah meninggal dunia.(Bertawassul  maksudnya berdoa seperti :- Ya Allah dengan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w,maka sembuhkanlah aku).Dalam masa yang sama,mereka mendakwa Abu jahal dan Abu lahab lebih ikhlas beriman kepada Allah,berbanding umat islam yang bertawassul kepada para Nabi,Rasul dan orang-orang soleh yang meninggal dunia. (Buktinya sila lihat kitab -Kaifa Nafham At-Tauhid karangan Muhammad Ahmad Bashmil m/s 16).

  • Bergerak aktif dengan isu-isu syirik mensyirik,kafir mengkafir,walaupun dengan isu furuk(cabang) yang kecil atau khilaf(perselisihan kefahaman dalil-dalil Al-Quran dan Hadith antara ulama) didalam Ilmu Fiqh.Buktinya :-Mantan Mufti Arab Saudi iaitu Sheikh Abdul Aziz Bin Baz mendakwa bahawasanya Amalan-amalan mendendangkan Takbir hari raya secara berlagu(mendayu-dayu) sebagaimana yang diamalkan di nusantara adalah amalan yang sesat lagi syirik.Masya Allah..Lihat lah berjuta-juta umat Islam dirantau ini telah dihukum kan syirik dan sesat oleh Wahhabiy atau Wahabi hanya disebabkan berselisih fahaman didalam masalah furu'(cabang-cabang kecil hukum fiqh).Mudah-mudahan dijauhkan daripada sedemikian.

  • Sheikh Khalil Harras(Pemimpin Ansar As-Sunnah)Mesir mendakwa Imam Nawawi dan Imam Izzuddin Abd As-Salam(Sultan Al-Ulama) sebagai ulama yanag SESAT,kerana mentakwilkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith dalam memahami sifat-sifat Allah 'azza wajalla.Malah ulama sunni yang lain seperti Ibn Farouk,Imam Al-Haramain,Al-Ghazali,Imam Ar-Razi,Imam Al-Hulaimi,Imam Al-Amidi,Ibn Aqil,Imam Ibn Al-Jauzi dan ramai lagi mengikutnya dianggap sesat.Astaghfirullahal 'azim...Beliau juga telah menganggap ajaran kesufian(ilmu tasawuf) adalah ajaran yang menyeleweng yang diambil dari campuran agama Budhha,kristian,meyembah bintang dan lain-lain.Inilah sebagai salah satu contoh doktrin Wahhabiy atau Wahabi yang radikal(melampau).(Buktinya sila lihat kitab Dakwatut Tauhid,cetakan Darul Kutub Al-Ilmi,karangan beliau).

  • Pengkafiran puak Wahabi terhadap ulama sunni juga boleh dilihat menerusi kitab karangan tokoh Wahabi sendiri.Antaranya ialah :- Sheikh Ali Bin Abdul Aziz Bin Ali Al-Syabl yang mendakwa akidah Imam Ibn Hajar Al-Asqalani(Seorang tokoh ulama pakar Hadith) adalah bertentangan dengan Al-Quran,As-Sunnah dan Ijma' ulama.Beliau juga secara jelas menegaskan bahawa Akidah Imam Ibn Hajar Al-Asqalani bertentangan dengan Nabi,para sahabat dan tabi'in.Ertinya secara tidak langsung beliau telah mengklasifikasikan ulama sunni yang mulia ini sebagai Seorang  ulama yang Berakidah SESAT.Dan yang peliknya,fahaman ini telah disokong pula oleh pembesar Wahabi,seperti Sheikh Abdul Aziz Bin Baz,Sheikh Soleh Fauzan,Sheikh Abdullah Bin Uqail,Sheikh Abdullah Bin Mani' dan Sheikh Abdullah Bin Al-Ghaniman.Inilah salah satu "bukti" doktrin TAKFIR(mengkafirkan ulama) dan TABDI'(menghukum ulama sesat) Wahabi.(Buktinya sila lihat kitab At-Tanbih 'ala Al-Mukhalifatil 'Aqidati fi Fathil Bari)

  • Mempraktikan Nusus Mutasyabihat secara literal(secara zahir).Mereka mendakwa Allah azza wajalla mempunyai mata,tangan,telinga,jari,muka,mulut,betis,duduk diatas 'Arasy,turun bergerak dan lain-lain.Tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan Allah azza wajalla tidak menyerupai makhluk.Maha Suci Allah daripada dakwaan yang batil lagi kontradik ! Buktinya didalam kitab Arba'in  Al-Hadith Al-Qudsi Wa Dzikri karangan Dr.Aidh Al-Qarni,(Betapa Bodoh dan Jahilnya Umat Islam di nusantara ini kerana ada yang sudah diterjemahkan dalam bahasa melayu dan indon).Dalam kitab itu,Dr.Aidh Al-Qarni "tanpa segan silu" telah mendakwa Allah azza wajalla bersemayam di atas 'Arasy (duduk seperti makhluk duduk diatas kerusi).Manakala Kursiy pula didakwanya sebagai tempat Allah meletak kan kedua telapak kakiNYA.Maha Suci Allah azza wajalla dari apa-apa yang telah mereka perdakwakan ! Maha Suci Allah daripada sifat-sifat makhluk dan yang menyerupai makhluk ! Akidah ini terang-terang amat bertentangan dengan Al-Quran,Hadith dan Ijma' Ulama.(Sila lihat didalam kitab Al-Baghdadi,Al-Farq Baina Al-Firaq,1998.Cetakan Darul Makrifah,m/s 292).

  • Mendasari salah faham terhadap Bid'ah dengan menganggap semua Bid'ah adalah sesat.Contohnya :- Menyapu muka selepas solat,wirid,tahlil,yassin,doa qunut,zikir jemaah,menyambutmaulidur rasul,nisfu sya'ban dan lain-lain dikira sebagai bid'ah yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.Ini lah merupakan doktrin uatama Wahabi dan ia boleh dirujuk melalui kitab-kitab Wahabi sendiri dalam pelbagai versinya.


  • Menyerang golongan Tasawuf dan Tarekat.Sebahagian Wahabi mendakwa bahawa golongan ini amat sesat lagi kufur.Mereka juga mendakwa bahawa ilmu ini diambil daripada falsafah Hindu,Yahudi,Budha,Kristian dan lain-lain. (Buktinya sila lihat kitab Dakwatut Tauhid,cetakan Darul Kutub Al-Ilmi,karangan Sheikh Khalil Harras,m/s 231).

  • Menentang fatwa kebangsaan dan fatwa negeri umat Islam yang sedang berkuat kuasa.Sebaliknya mereka hanya menerima pakai fatwa daripada kalangan tokoh-tokoh Wahabi sahaja.

  • Bersikap fanatik dengan fahaman dan pemikiran tokoh-tokoh Wahabi seperti Muhammad bin Abdul Wahhab,Al-Albani,Bin Baz,Al-Uthaimin,Soleh Al-Fauzan dan para pengikutnya.Dalam masa yang sama juga,mereka mentohmah ulama sunni.Buktinya :- didalam kitab Liqaul Baabil Maftuh,karangan Sheikh Al-Uthaimin(salah seorang tokoh ulama Wahabi) telah mendakwa bahawa Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani bukan dari kalangan ulama Ahli Sunnah Wal jamaah dalam membicarakan Nama-nama dan Sifat-sifat Alla azza wajalla.Alasannya ialah Beliau mendakwa metodologi kedua-duanya amat bertentangan dengan aliran Salaf As-Soleh dalam bidang Akidah.Masya Allah ! Lihatlah "Tuan dan Puan",bagaimana ulama Wahabi ini secara lancangnya telah memperlekeh kan dua tokoh ulama besar ini.Bahkan dengan selamba mengeluarkan meeka daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.JIKA PARA ULAMA BESAR DITOHMAH SEBAGAI BERIKUT DENGAN MUDAHNYA.MAKA BAGAIMANA DENGAN UMAT INI PULA????

  • Menolak pendekatan Mazhab dalam Islam dan mendakwa mengikut Mazhab adalah sebagai Ahli Bid'ah yang sesat lagi kafir.(Buktinya lihat karangan Sheikh Ma'sumi Khodanji didalam kitabnya yang bertajuk Hal Lil Muslim Mulzamun Bi ittiba' Mazhabin Muayyinin).

  • Menghapuskan kesan sejarah warisan Rasulullah s.a.w dan para sahabat radhiyallahu 'anhum atas alasan kesan berkenaan mendatangkan bid'ah,syirik dan khurafat dalam agama.Dalam masa yang sama mereka menyimpan barangan koleksi tokoh-tokoh Wahabi mereka seperti Sheikh Soleh Al-Uthaimin dan lain-lain sebagai kenangan.

  • Wahabi kontemporari menganjurkan gejala terrorisme agama seperti Al-Qaeda,Salafi Jihadi,Jemaah Islamiyyah(JI),Abu Sayyaf,Taliban,Sipah e'Sahabat,Lasykar e'Janghavi,Al-Shabab Al-Somali dan lain-lain lagi di seluruh dunia.(Lihat artikel Prof. Dr. Abdul Rahman Al-Zunaidi didalam "Saudis and Terror-Cross Cultural Views telah memuatkan artikel beliau yg berjudul : "Wahhabism & Exporting  Terrorisme)"

    Kesimpulannya,kesemua HAL-HAL yang berkenaan atau pun berkaitan boleh lihat sendiri didalam Kitab-kitab yang telah di senaraikan pada hujung ulasan berikut diatas.Dan Pengenalan didalam bentuk  sebegini tidak lah memerlukan sebarang pengakuan dan penafian.Maksudnya,seseorang itu tidak perlu mengatakan " Saya adalah Wahabi " atau saya " Bukan Wahabi",sebaliknya cukuplah seseorang itu dikatakan Wahabi jika dia memahami Islam berdasarkan metodologi diatas.


    LARANGAN MENYAMAKAN ALLAH DENGAN CIPTAAN-CIPTAAN NYA :- 



    بسم الله الرحمن الرحيم
    قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)
    لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
    Maksudnya,Allah berfirman :-
    [1]Katakanlah (Wahai Muhammad) : “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,
    [2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
    [3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,
    [4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. 
    Juga didalam firmanNYA :- 

                                         (11) لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ 

               MaksudNYA :-

            (11)"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia", dan Dia lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.








SIMTOM-SIMTOM WAHABI :- 

Jika kita mengkaji sendiri dan akan didapati diantara Puak Wahabi sama ada yang klasik mahupun Moden.Didapati antara kebanyakan simtom nya sebagai berikut :- 

1.Kerap kali mengkritik dan meremehkan kedudukan Ulama Sunni.Tetapi mereka begitu menderita "kepanasan" apabila tokoh-tokoh Wahabi dikritik oleh Ulama Sunni yang lain.Dan mereka menggunakan pelbagai cara,istilah mahupun label untuk menyerang Ulama Sunni berkenaan.Antara istilah yang biasa digunakan ialah seperti : "Dia Syiah ! Dia Ahbash ! Dia Ekstrem,fanatik mazhab,ahli Bid'ah dan lain-lain yang seumpanya".

2.Merasakan diri mereka lebih sunnah,lebih suci dan lebih baik dari orang lain.Kebiasaannya mereka yang mempunyai jiwa yang keras,angkuh dan mengenali Islam secara "Short Cut" amat sangat berpotensi untuk menjadi Wahabi.

3.Mudah menuduh saudara se Islam dengan tuduhan kafir,bid'ah,sesat dan mushrik.Walaupun hanya melibatkan perselisihan pendapat Ulama atau ia hanya isu-isu kecil didalam Ilmu Fiqh.

4.Mewajibkan menyimpan janggut dan melabuhkan kain atau seluar yang mana panjangnya tidak melebihi paras buku lali.Jika melebihi paras buku lali dikira Haram sekalipun didalam Solat.

5.Solat dalam keadaan meletak kan tangan atas dada,mengangkang kedua kaki dengan luas serta menempelkan jari jemari kaki dengan makmum yang berada disebelahnya.Mereka mendakwa inilah sunnah yang sebenar.Sila lihat beberapa kepingan gambar rajah
di bawah ini :-


Berikut adalah merupakan salah satu kaedah solat yang masyhur dikalangan puak Wahabi dan telah diamal kan diserata dunia.Dan ternyata amat sekali jauh dengan kaedah Sifat Solat Nabi yang telah diutarakan oleh para-para Ulama Muktabar,buktinya sila lihat didalam kitab-kitab Fiqh Ulama 4 mazhab berkenaan tatacara solat.

Didalam penjelasan oleh Ulama 4 mazhab akan jelas membukti kan kepada kita bahawa cara praktikal solat Wahabi amat berbeza sekali,bahkan sangat bertentangan dengan jumhur Ulama,sekalipun mereka ada berdalil kan dengan beberapa Hadith,tetapi dalil yang dipergunakan oleh mereka telah disaring dan diteliti oleh jumhur Ulama yang sememang nya pakar dalam disiplin Ilmu Hadith Dan Fiqh ternyata tidak boleh dijadikan hujjah oleh majoriti Ulama.Namun ianya amat berbeza dengan fahaman Wahabi.

Kenampakannya,mereka banyak menolak Dalil-dalil Jumhur Ulama,bagi membuatkan dalil mereka berguna,dan ini amatlah menyalahi konteks didalam disiplin Ilmu sehingga kebanyakannya daripada mereka itu amat menyanggahi amalan jumhur Ulama.

Dan dibawah ini pula adalah salah satu contoh-contoh tatacara Solat kaum Yahudi.Kalau di lihat ternyata sekali amat sama dengan tatacara solat Wahabi cumanya berbeza sedikit dengan kedua lengan yang agak"lurus",sila lihat gambar rajah di bawah berikut.Maka berhati-hatilah :-

Solat Kaum Yahudi :-


Solat Wahabi :-


KESIMPULANNYA IALAH :-

Maka sebaik-baiknya kita ikuti lah pendapat jumhur Ulama atau Mazhab Muktabar.Bukannya dengan mengikuti amalan Wahabi persis Yahudi.Maka lihat dan sedar lah.

Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahabi persis yahudi. Bersolatlah cara sunni.
InshaAllah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar. 


Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan Ulama muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak. 



6.Golongan Wahabi juga bersolat dengan menggerak kan jari telunjuk ketika bertashahhud dengan pelbagai "fesyen" yang pelik sekali.


7.Kebanyak kan Wahabi terus bangkit daripada solat dan "cabut lari" sejurus selesai menunaikan solat.Bagi mereka zikir dan wirid berjemaah tidak dilaku kan Nabi Muhammad s.a.w dan ia dinamakan Bid'ah yang sesat.Paling minima,hormatilah mereka yang sedang berzikir,berwirid didalam masjid.Bukannya bersangka buruk terhadap mereka dan menuduh mereka sebagai sesat apabila berzikir secara berjemaah.


8.Merasa jelek akan suatu Majlis zikir,tahlil,talqin,kenduri arwah,membaca yasin malam jumaat,Qunut,doa selamat,bacaan qasidah,burdah,majlis berselawat dan seumpamanya.Malahan berkata pula amalan berkenaan adalah satu Bid'ah yang sesat.Kita memohon kepada Allah azza wajalla daripada dijangkiti fahaman ekstrem.


Akhir sekali,jika seseorang itu memiliki salah satu daripada simtom-simtom diatas ternyata kepada kita bahawa dia sebenarnya telah diresapi oleh virus-virus fahaman Wahabi.Ini kerana fahaman dan pemikiran seseorang itu akan dinilai mengikut atau berdasarkan simtom dan metodologinya yang ada.Ia bukanlah sekadar dakwaan,jenama ataupun penafian.


LALU BAGAIMANA HENDAK MENGEMBALIKAN MEREKA KEPADA METODOLOGI DAN SIMTOM YANG BENAR DI ATAS JALAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH :-


Dan bagi saya yang berpandukan kepada kebanyakan perkataan Ulama ialah :-

  1. Apabila berhadapan dengan orang awam,anda perlu mendekati dan menasihatinya supaya kembali kepada akidah yang benar serta berpegang dengannya juga kepada pandangan mojoriti jumhur Ulama dan mengikuti fatwa semasa yang berkuat kuasa didalam negerinya.
  2. Jika dia adalah seorang ahli akademik sama ada didalam bidang agama atau dunia,anda perlu lah tampil kan kepadanya serta berbincang dengan membawa kan fakta-fakta,hujjah atau kitab-kitab karangan Ulama tertentu sebagai rujukan kepada mereka.
  3. Jika dia dari kalangan pendakwah tegar Wahabi yang bersifat Radikal dan berpotensi menjadi terrorisme agama,anda perlulah menggunakan kekuatan undang-undang untuk membendung kesemua kegiatan mereka.Mereka patut ditangkap,dipenjara dan perlu menghadiri beberapa sesi pemulihan agar pemikiran mereka kembali ke tahap neutral supaya tidak akan menimbul kan huru-hara dalam masyarakat dan mengancam keselamatan negara.

Pendek kata,kita wajib lah seharusnya mempunyai pelbagai plan atau pendekatan tersendiri untuk memperbaiki sebarang fahaman dan pemikiran yang tidak selaras dengan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Setiap pendekatan perlulah tidak dalam keadaan terburu-buru juga hendaklah meraikan masa,tempat,keadaan dan tahap pemikiran mereka.

Semoga kita berhasil memulihkan semula fahaman manusia yang menyimpang untuk dibawa ke arah jalanNYA yang lurus...

ANTARA TOKOH-TOKOH WAHABI :- 

Tokoh-tokoh Wahabi yang sezaman dan mengiringi perjuangan beliau Muhammad Bin Abdul Wahhab An-Najdi ialah :- 

  1. Ibnu Al-Alusi(1202-1217H).
  2. Sheikh Sidq Hassan Al-Khan Al-Qanuji Al-Hindi.
  3. Sheikh Hamad Bin Nasr Bin Uthman An-Najdi.
  4. Sheikh Ahmad Ibrahim Bin Isa An-Najdi.
  5. Sheikh Jamaluddin Al-Qasimi Al-Dimasyqi.
  6. Sheikh Muhammad Khalil Harras Al-Masri.
  7. Sheikh Abdul Razzaq Afifi.
  8. Sheikh Muhibbuddin Al-Khatib Al-Dimasyqi.
  9. Sheikh Ahmad Syakir Al-Masri.
  10. Sheikh Hamid Al-Faqi(mantan ketua Ansar Sunnah Mesir dan merupaka nsahabat kepada Sheikh Ahmad Syakir Al-Masri).
  11. Muhammad Bin Hussain Nasif(Wafat 1971M).Beliau tinggal di Jeddah tetapi banyak menyalurkan dana bagi penyebaran Wahabi di Mesir,Hijjaz dan sekitarnya.
  12. Sheikh Abdur Rahman Al-Mu'allimi Al-Yamani(1313-1386H).
Kumpulan Wahabi Nasr Al-Din Al-Albani :- 
13.Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani.
14.Sheikh Zuhair Syawisy.
15.Sheikh Muhammad Nasib Al-Rifa'i Al-Halabi.
16.Sheikh Mahmud Mahdi Istanbuli.

Kumpulan Wahabi Di Saudi Arabi :-

17.Sheikh Abdul Aziz Bin Baz An-Najdi.
18.Sheikh Hamud Bin Abdullah Al-Tuwaijri.
19.Sheikh Hamad Al-Ansari.
20.Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza'iri.
21.Sheikh Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin.
22.Sheikh Abdullah Bin Sa'di Al-Ghamidi.
23.Sheikh Ali Bin Muhammad Nasr Al-Faqihi.
24Sheikh Abdullah Bin Muhammad Al-Duwaisy.
25.Dr. Rabi Bin Hadi Al-Madkhali.
26.Dr. Soleh Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan.
27.Sheikh Dr.Bakar Bin Abdullah Abu Zaid.
28.Sheikh Abdul Latif Bin Abdur Rahman Ali Sheikh.
29.Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Bin Mani'.
30.Sheikh Sulaiman Bin Nasr Al-Ulwan.
31.Sheikh Abdus Salam Bin Barjas Bin Nasr.
32.Sheikh Ibrahim Al-Saliman Al-Jabhan.
33.Sheikh Abdullah Al-Ghaniman.
34. Sheikh Dr. Safar Bin Abdur Rahman Al-Hawali.
35.Sheikh Khalid Bin Muhammad Al-Anbari.
36.Sheikh Furaih Bin Soleh Al-Bahlul.
37.Sheikh Muhammad Bin Saif Al-Ajami.
38.Sheikh Abdullah As-Sabti.
39.Sheikh Muqbil Bin Hadi Al-Wada'ie Al-Yamani.
40.Sheikh Abdul Badi Saqr.
41.Sheikh Amru Abdul Mun'im.
42.Sheikh Muhammad Bin Jamil Zainu Al-Halabi.
43.Abdur Rahman Al-Dimasyqiyah Al-Lubnani.
44.Abu Abdullah Mahmud Bin Muhammad Al-Haddad Al-Masri.

Kumpulan Wahabi di Jordan :-
(Merupakan kumpulan Wahabi yang paling keras dan berbahaya)

45.Sheikh Abdur Rauf Al-Abbush Al-Zarqa'ie.
46.Sheikh Yusuf Al-Barqawi.
47.Sheikh Muhammad Bin Ibrahim Syaqrah.
48.Sheikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar.
49.Sheikh Dr. Ahmad Al-Uwaishah.
50.Sheikh Ali Hassan Al-Halabi.
51.Sheikh Salim Al-Hilali.
52.Sheikh Masyur Hasan Al-Salman.
53.Dr. Muhammad Abu Arhim.
54.Dr. Marwan Al-Qaisi.
55.Dr. Iwadh Mansur.
56.Dr. Muhammad Ahmad Khatib.
57.Sheik hAZbdul Qader Al-Arnawuth.
58.Sheikh Murad Shukri.

Serta ramai lagi nama Tokoh-tokoh Wahabi yang tak disebutkan,disebabkan atas faktor masih panjang lagi perbahasan dan cukup lah sekadar umum begitu.Kerana apa yang penting ialah kita memahami aliran pemikiran mereka sekaligus boleh membantah fahaman mereka serta dapat kita menghindari tokoh-tokoh tersebut agar pegangan kita menjadi kuat.InshaAllah...

Perlu disedari bahawa Fahaman ini sudah menular kedalam setiap Tokoh,pemimpin dan juga Ahli Akademik dan masyarakat.Bahkan bukan sahaja di tempat kita,malahan di seluruh rata dunia ini.Dan cukuplah sebenarnya bagi kita selaku orang-orang awam berpegang dengan hujjah majoriti Ulama serta mengikuti pandangan terkuat didalam mazhab dan bersikap lapang,juga peganglah kepada fatwa semasa didalam negeri masing-masing.

Hal ini sangat penting agar Para-para penyampai dan penuntut Ilmu serta masyarakat tidak tetipu dengan dakyah golongan ini.Serta anak-anak kita yang mahu melanjut kan pembelajaran di luar negara supaya berhati-hati dengan virus golongan Wahabi,yang akhirnya akan membawa kepada Manusia Radikal serta Terrorisme dan seumpamanya didalam Agama Islam.Na'uzubillahi min zalika..

Antara senarai Tokoh-tokoh Ulama yang mengkritik dan menyangkal golongan Wahabi :-

Sebenarnya terdapat beratus-ratus kitab-kitab mereka dalam menyangkal Golongan Wahabi.Namun saya(penulis) berasa amat sedih sekali dan bengang dengan pemimpin Wahabi,kerana pandai mereka cuba meracuni pemimpin setiap negara di muka bumi ini,sepertimana kaum yahudi dan nasrani meracuni persekitaran bumi.

Justeru disebabkan keracunan dan bisa mereka itulah Para Ulama kini tidak dapat lagi menyuarakan dan mengkritik mereka dengan bebas,atas kerana faktor politik dan negara,dan juga kerana mereka pemimpin dan pengikut puak Wahabi ada hubungan akrab terhadap kerajaan Bani Saud disamping telah berjasa dalam membina kerajaan sendiri.

Terkecuali lah hanya Para-para Ulama yang benar-benar mengikhlas kan diri diatas perjuangan terhadap kebenaran dan diberi kekuatan oleh Allah azza wajalla.Antara Ulama Sunni dan kitabnya yang lantang mengkritik Wahabi ialah :-

  1. Kitab Fasl Al-Khitab Fi Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Sulaiman Ibn Abdil Wahhab.(Ini adalah kitab yang paling terawal didalam mengkritik fahaman adik beliau,kerana Sheikh Sulaiman adalah abang kandung kepada Muhammad Ibn Abdil Wahhab).
  2. Kitab As-Sowaiqul Ilahiyyah Fi Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah,telah dikarang oleh sheikh Sulaiman juga iaitu abang kandung pengasas Wahabi.
  3. Kitab Fitnah Al-Wahhabiyyah oleh Al-'Alim Al-'Allamah Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.
  4. Kitab Ad-Durarus Saniyah Fi Al-Raddi 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Al-'Alim Al-'Allamah Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.(Kitab ini Telah diterjemah kan di dalam bahasa Malaysia yang bertajuk : Permata yang berharga : Hujjah Menolak  Wahabi)
  5. Kitab Khulasatul Kalam Fi Bayani 'Umara Al-Balad Al-Haram karangan oleh Al-'Alim Al-'Allamah Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. (Kitab ini mengandungi kisah-kisah serangan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh tentera Wahabi ke atas penduduk Mekah,Madinah dan Thaif).
  6. Kitab Saif Al-Jabbar oleh Sheikh Fadhlur Rasul.
  7. Kitab Al-Aqwal Al-Mardiyyah Fi Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah karangan oleh Sheikh Al-Faqih 'Atha Al-Kasam Al-Dimasyqi Al-Hanafi.
  8. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Soleh Al-Kuwaisy Al-Tunisi.
  9. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar Al-Mahjub.
  10. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah  oleh Sheikh Muhammad Soleh Al-Zamzami Al-Syafi'ie.
  11. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah  oleh Sheikh Ibrahim Ibn Abdul Qadir Al-Tarabulasi Al-Rayahi Al-Tunisi.
  12. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Abdul Muhsin Al-Asyniqiri Al-Hanbali.(Mufti Madinah)
  13. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Al-Makhdum Al-Mahdi.
  14.   Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Ibn Kiran.(Qadhi Jama'ah di Mahgribi).
  15. Kitab Ar-Radd 'Ala Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikhul Islam Al-Tunisi : Sheikh Ismail Al-Tamimi Al-Maliki.
  16. Kitab Ar-Radd 'Ala Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Ahmad Al-Misri Al-Ahsa'i.
  17. Kitab Ar-Radd 'Ala Muhhamd Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Muhammad Ibn Sulaiman Al-Kurdi Al-Syafi'ie,gelarannya ialah Ibn Marzuq Al-Syafi'ie.Beliau adalah guru kepada Muhammad Ibn 'Abdil Wahhab : Sheikhnya ini telah berfirasat bahawa,Muhammad Ibn 'Abdil Wahhab akan menjadi orang sesat dan menyesat kan sepertimana firasat Sheikh Muhammad Hayat As-Sindi dan Ayahnya(Ayah kepada Muhammad Ibn Abdil Wahhab).
  18. Kitab Ar-Radd 'Ala Ibn Abdil Wahhab oleh Al-'Allamah Barakat Al-Syafi'ie Al-Ahmadi Al-Makki.
  19. Kitab Tathir Al-Fuad Min Danasi Al-Itiqad oleh Sheikh Muhammad Al-Muthi'ie.(Ulama Besar Di Universiti Al-Azhar Asy-syarif).
  20. Kitab Al-Bayan Al-Qawim Li Tashih Ba'dhil Mafahim oleh Dr. Sheikh Ali Jumuah.(Mufti Mesir).

Dan Ramai lagi keluaran-keluaran oleh Para-para Ulama,namun kerana ruang yang amat terhad dan tangan yang menaip ini mempunyai had-hadnya,cukuplah sekadar apa yang mampu.Alhamdulilah penulisan dan pengulasan oleh saya daripada karangan kitab-kitab para Ulama,telah tamat dinukil kan.

Dengan kesempatan ini,marilah sama-sama kita berlapang dada dan mewujudkan disiplin serta kasih sayang diantara sesama Islam.Mudah-mudahan Allah tidak membolak-balik kan kita kepada kafir setelah hidayahNYA.Moga Allah bantu kita didalam menegak kan yang Hak dan menolak yang Batil.

Allah Maha Mengetahui Apa-apa yang telah saya tuliskan,
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
Wasalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu...