Layan

Monday, May 16, 2011

KENAPA? DAN KENAPA? DAN MENGAPA?!

Bismillahirrahmanirrahim

Kenapa kita sanggup berjalan kaki untuk berdating,
Tapi kita tak sanggup untuk berjalan kaki ke masjid.

Kenapa kita sanggup keluarkan duit untuk belanja awek,
Tapi kita tak sanggup berinfak di jalan Allah.

Kenapa kita selalu on time apabila ada date dengan awek,
Tapi kita tak penah on time apabila solat.

Kenapa kita sanggup tak tidur semata-mata ingin menemani awek,
Tapi kita tak sanggup tak tidur untuk bermunajat kepada Allah.

Kenapa kita sanggup bangun pada malam hari untuk call awek kita,
Tapi kita tak sanggup bangun tidur untuk berqiammullail.

Kenapa kita selalu mengingati tarikh birthday awek kita,
Tapi kita tak pernah nak ingat tarikh-tarikh penting dalam sejarah Islam.

Kenapa kita sanggup berubah demi awek,
Tapi kita tak pernah nak ubah diri mengikut ajaran Islam.

Kenapa kita suka hobi awek kita,
Tapi kita tak pernah suka dan amalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kenapa kita sanggup baca hasil tulisan awek kita,
Tapi nak baca Al-Quran pun 3 minggu sekali.

Kenapa kita sanggup pegang tangan awek kita yang mana kita tahu perbuatan itu berdosa,
Tapi kita tak sanggup pegang anjing atau babi yang mana kita hanya perlu samak sahaja.

Kenapa kita sanggup buat dosa lalai dengan bercouple,
Tetapi kita tak sanggup nak kan pahala dengan meninggalkan dosa lalai itu.

Kenapa dengan kita ni sebenarnya?

Kenapa?

"Hasibu Anfusakum Qobla An Tuhasibu"

"Bemuhasabahlah keatas diri kamu,sebelum diri kamu dimuhasabahkan kelak"




Berkenaan pemahaman terhadap : APAKAH ITU BID'AH???(oleh saya)








Assalamu'alaikum wa rahmatuAllahi Wa barakatuhu..semoga saudara saudari semuanya dalam rahmat dan redha Allah selamanya..

Bismillahir rahmanir rahim..
Segala puji bagi Allah kami memuji,memohon pertolongan,keampunan dan hidayah Mu..
dan kami memohon perlindungan Mu agar dijauhkan kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami,
sesungguhnya sesiapa yg diberi hidayah oleh Allah,maka dialah yg berada diatas landasan hidayahNya
dan sesiapa yg disesatkan oleh Allah,maka dia tidak akan mendapati penolong yg membimbingnya

Saya menyaksikan bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Esa Yang Maha Kuasa, Maha Mulia dan maha pengampun
dan saya menyaksikan bahawa junjungan kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam adalah hamba yang menjadi utusan kekasih dan kesayanganNya.
Setinggi-tinggi makhluk yang dimuliakan dengan Al-Quran yang Agong,sebagai mukjizat yang berkekalan sepanjang masa,
dengan peraturan-peraturan dan undang-undang penyuluh mereka yang mengkehendaki petunjuk.Ia dikhususkan dengan kata-kata yang singkat dan padat
lagi agama yang mudah. Selawat dan sejahtera semoga melimpah kepadanya dan keluarga mereka serta sekalian orang-orang yang soleh dan solehah.



dan saya bersaksi bahawasanya Allah telah berfirman didalam kitabnya Al-Quran yg bermaksud :



"..Pada hari ini aku telah sempurnakan agama bagi kamu dan aku telah mencukupkan nikmat-nikmat Ku
         kepada kamu dan aku telah redhakan ISLAM itu menjadi agama untuk kamu.."(Surat Al-Maidah : 3)



dan saya bersaksi juga bahawasanya Nabi Muhammad S.a.w pernah bersabda yg bermaksud :


    Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.anha katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yg mengada-adakan sesuatu yg tiada daripadanya dalam urusan(agama)kami,maka ia adalah ditolak"
        
              (Diriwayatkan daripada Al-Bukhari dan Muslim/Muttafaq 'alaihi).

Dan pada riwayat yg lain oleh Imam Muslim :"Barangsiapa yg melakukan sesuatu amalan yang tidak ada diatasnya urusan(agama)kami, maka ianya adalah ditolak"

Maka yg dimaksudkan oleh hadith "Barangsiapa yg mengada-adakan sesuatu yg tiada daripadanya dalam urusan(agama)kami,maka ia adalah ditolak"

adalah bererti diada-adakan ialah mereka-reka dan membuat suatu yg baru
yg tidak ada contohnya daripada Nabi s.a.w,demikian inilah yg dikatakan dgn makna bid'ah sebenarnya.

dan erti dalam urusan kami ini ialah dalam agama kami ini atau dalam syariat kami ini,terutama dalam urusan Aqidah dan Ibadat,
yg telah sempurna dan ditunjukkan cara keimanan dan perlaksanaannya amal yg bersangkut paut dgn hal ibadat itu.

dan erti suatu yg tiada daripadanya ialah suatu pekerjaan agama yg tiada daripada agama atau tiada didasarkan kepada suatu dalil-dalil hukum hakam syarak
menurut kaedah atau peraturan pengambilan suatu hukum.

dan erti tertolak ialah tiada dihukum sah suatu yg diadakan itu dan tidaklah diterima.

Demikianlah perbincangan ataupun penulisan ini adalah karya ketika saya masih lapang dan sekadar untuk mengisi masa kosong saya
krn ingin memanfaatkan masa itu dgn sebaik-baiknya..krn MASA itu adalah EMAS..Maka tajuk atau topik perbincangan saya yg pertama ini adalah berkaitan dgn
BID'AH yg seringkali menjadi tanda tanya ummat kini,walaupun usahanya sudah berkali-kali dibuat tetapi para pewaris Nabi tidak juga pernah merasa bosan untuk
menyahut seruan ummat kini yg menjadi perindu ketika suatu nabi ditanya sahabat,apakah yg dirindukannya itu wahai Rasulullah?
Nabi bersabda: aku rindukan saudara-saudaraku. maka sahabat bertanya : bukankah kami ini semua adalah saudara-saudaramu.
Rasulullah S.a.w bersabda : kalian semua mmg adalah saudaraku,tetapi yg aku maksudkan adalah meraka yg beriman dgn tuhan dan aku walaupun ketiadaan aku
disisi mereka..subahanaAllah begitu dan betapa Rindu dan sayangnya Rasulullah s.a.w terhadap kita,jadi marilah kita menyahut rindu itu
dgn mengamalkan sunnah nya yg sohih..

bersambung dgn perbahasan kita ini ada setengah org menyangka bahawa terdapat bid'ah dlm hukum hakam akidah.Membincangkan bid'ah tentang akidah adalah
tidak boleh krn tidak ada asasnya dlm agama,krn dgn sempurnanya agama islam ini bererti kita tidak dapat lagi melakukan bid'ah terhadapnya,
maka perbincangan ini saya memohon pada Allah taala agar diberi petunjuk dlm menerangkan pengertian bid'ah dan jenis-jenisnya mengikut petunjuk syarak
daripada Al-Quran dan As-Sunnah/Hadith yg sohih,dgn merujuk kpd kitab-kitab berkaitan dgn hal bid'ah,dan rujukan utama saya adalah kitab berkaitan bid'ah
karya Sheikh sayyid al-hafiz Abu al-fadl abduAllah as-siddiq al-ghumari(1328H - 1413H).Dan Kepada Allah jualah saya berharap dan kepadaNya pula saya berserah
dan berlindung. Segala puji dan nikmat adalah kepunyaan Allah dan daripadaNYa taufiq dan perlindungan..

PENDAHULUAN :-

Bismillahir rahmanir rahim...

Bid'ah lawannya sunnah adalah lafaz berbentuk mufrad iaitu lafaz kata untuk seorang dan jamaknya badhoi' iaitu lafaz kata untuk ramai,
yg bererti suatu yg baru diadakan,bagi orang yg mengadakannya di panggil mubtadi' dan bid'ah dalam hal keduniaan adalah tidak dilarang oleh agama
akan tetapi bid'ah dalam urusan agama adalah sama sekali dilarang,krn ini adalah satu bentuk pencerobohan secara terang-terangan
terhadap kesucian agama islam dan terhadap Allah dan RasulNya.dan juga demikian barangsiapa yg mengadakan suatu perbuatan lalu
dikatakan dan disandarkan pada agama,padahal ianya tidak ada asal dan contohnya pada agama,maka perbuatan ini sama sekali salah dan ditolak,
berdasarkan hadith yg menyatakan :"Barangsiapa yg mengada-adakan dalam urusan agama kami ini akan suatu yg tiada daripadanya maka ia ditolak"

dan adapun sunnah lawannya bid'ah yg bermaksud jalan Rasulullah dan para sahabatnya.Umat islam wajiblah mengambil suatu jalan
yg dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat yg berkaitan dgn urusan agama,demikian itulah yg dimaksudkan oleh sunnah bagi kata lawannya bid'ah.
maka dapat diambil satu kesimpulan bahawa sunnah diperintahkan supaya diikuti dan bid'ah diperintah supaya dijauhi,sbb bid'ah adalah sesat.

adapun pekerjaan yg berhubungan dgn kehidupan seperti perniagaan,pertanian,perusahaan dan sebagainya
adalah tidak termasuk dalam pengertian hadith atau makna bid'ah tersebut,yg demikan tidaklah dilarang mengada-adakan suatu cara
atau peraturan yg baru mengikut kesesuaian zaman selama tidak ada keterangan yg melarangnya oleh suatu sebab.


dalam kitab mufradat Al-Quran,al-Raghib Al-Asfahani menyebutkan :-



Al-ibda'u bermaksud : "Al-inshau son'atin bila ihtizain wa iqtidain"
         
          bermaksud : Mewujudkan satu ciptaan tanpa peniruan dan ikutan.


maka didalam Al-Quran,apabila dilafazkan kalimat bid'ah itu digunakan atau dikaitkan kpd Allah ta'ala,maka ia bermaksud mewujudkan sesuatu tanpa
alat,material,masa dan tempat.Perwujudan yg sedemikian rupanya hanya bagi Allah sahaja.
Sheikh sayyid al-hafiz abu al-fadl abdullah as-siddiq al-ghumari(1328H - 1413H) dan sheikh Muhyiddin abu zakaria yahya bin syirfu an-nawawi(631H - 676H).

Perkataan al-badi'u dan al-mubdi'u adalah sama ertinya,erti bagi keduanya dlm bahasa malaysia adalah pencipta.

Contohnya drpd Al-Quran surat al-baqarah : 117 dan surat al-an'am : 101

yg bermaksud :-

               "Allah jualah yg menciptakan langit dan bumi(dgn segala keindahannya)..."

maka makna disitu sebagaimana yg telah diberitahu lepas ia bermaksud mewujudkan sesuatu dgn tanpa apa pun
yg melibatkan harta benda keduniaan,dan perwujudan sebegitu rupa hanyalah bagi Allah sahaja.
Perkataan ini juga diguna pakai sama ertinya dgn al-mubda'u yg bermakna yg dicipta.
Contohnya seperti perkataan "haza amrun badi'un" yg bermaksud : ini adalah suruhan yg dibuat(yg cipta).
bermakna ia mengatakan terhadap sesuatu suruhan yg tidak ada peniruan dan ikutan sebelumnya.
Samalah dgn makna al-ibda'u dan al-bid'u yg bermakna mewujudkan satu ciptaan dgn tanpa peniruan dan ikutan sebelumnya.

dan bid'ah dalam mazhab adalah bermaksud :

Mendatangkan satu pendapat di mana orang yg mengatakan pendapat itu atau mengamalkannya tidak mengikut pedoman yg dibawa oleh pembawa syariat(Nabi s.a.w),
tidak mengikut contoh-contohnya yg terdahulu dan tidak mengikuti prinsip-prinsipnya yg diyakini itulah maksud bid'ah dalam mazhab.



maka atas pengertian inilah  diriwayatkan hadith yg bermaksud :

"Setiap perkara yg baru diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap yg sesat berada di dalam neraka".

(sanadnya sahih bagi riwayat abu daud di bawah tajuk : As-sunnah no.4607 dan At-tirmidzi di bawah tajuk : Al-'ilm no.2676
 dgn sanad hasan sahih(bagus lagi betul)dan Ibnu majah pada muqoddimahnya Halaman 42 dan 43.Ahmad 4/126 dan 127 dan Al-hakim 1/95 dan 96
dgn sanadnya sahih dan tidak ada 'illat(kecacatan) dan dipersetujui oleh Adz-dzahabi dan ibnu hibban).



DAN BEBERAPA CONTOH BID'AH :-

Di antara ulama ada yg menerangkan beberapa bid'ah yg dilarang antaranya ialah seperti :

!. meminta kpd Allah melalui org mati,bernazar untuk melakukan suatu dikubur org yg tertentu yg dianggap sebagai keramat atau wali.

2.menyerahkan hukum agama kpd akal fikiran manusia dan menolak nas atau keterangan dari Allah dan RasulNya atau meninggalkan hukum Allah
krn mengikut fikiran dan pendapat manusia.

3.mengerjakan ibadat yg berlainan daripada perintahNya atau menyamakan urusan riba dgn urusan jual beli yg diharuskan.

Selain daripada itu ada lagi bid'ah yg bercampur atau bid'ah campuran iaitu suatu perbuatan yg mengandungi dua jurusan.
jurusan yg pertama itu adalah menunjukkan jurusan bukan suatu perbuatan bid'ah dan jurusan keduanya menunjukkan secara terang-terangan bid'ahnya.
krn tidak ada contoh/perintah atau asalnya daripada agama.(imam nawawi 631H - 676H).

Ada ada ulama berpendapat bahawa beberapa contoh bid'ah itu ada lima bahagian iaitu wajib,haram,makruh,sunat dan harus.
Dan ada juga berpendapat bahawa bid'ah itu ada dua,bid'ah petunjuk dan bid'ah sesat.

yg berpendapat lima bahagian itu mengatakan :

1.Wajib ialah seperti menyusun dalil-dalil oleh ulama kalam dalam usaha menolak hujah-hujah yg dikemukakan oleh
ulama mulhid(yg mengingkari ketuhanan) atau ahli bid'ah dan gologan yg seumpama dgnnya dan ada sebahagian yg mengatakan status bid'ah ini hendaklah diukur
melalui kaedah-kaedah syarak.


2.sunat ialah seperti mengarang kitab-kitab ilmu,membina sekolah,kem-kem tentera dan selainnya.Ada juga berpendapat seperti solat terawih(secara berjemaah),
membicarakan berkaitan hal tasawuf secara terperinci dan hal-hal berkaitan ilmu kalam dan contoh seterusnya ialah seperti menganjurkan majlis-majlis untuk
mendapatkan penjelasan dan hujah(berkaitan hal-hal keagamaan),dgn niat untuk mendapatkan kerdhaan Allah semata-mata dan melakukan kerja-keraj kebajikan yg
tidak pernah dilakukan semasa awal zaman islam(zaman Rasulullah s.a.w).


3.Harus ialah seperti menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman tempat tinggal tanpa berlebih-lebihan dan
ada juga berpendapat seperti bersalaman(berjabat tangan)selepas solat subuh dan asar.dan bacaan isti'azah dan basmallah dalam solat,
tetapi sesetengah ulama' berselisih pendapat mengenai bid'ah pada kategori ini,ada yg menganggap bid'ah ini makruh ada yg menganggap ianya sunat
yg pernah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w dan selepasnya.Begitulah yg telah dinukilkan oleh al-hafiz ibn hajar al-asqalani dalam kitabnya fathul bari.(13/268)


ada sebahagian yg menyamakan haram dan makruh krn ianya sudah terang-terangan jelas hukum haram dan makruhnya,dan ada juga sebahagian yg mengatakannya
bahawa yg keempat dan kelima itu adalah haram dan makruh dan dibahagikan mengikut kategorinya.

4.makruh ialah seperti menghiasi corak-corak masjid dan mengindahkan mushaf Al-Quran.

5.Haram ialah seperti Mazhab-mazhab Qadariyah,jabariyah,murji'ah dan mujassimah.Dikatakan uasaha menyangkal mazhab-mazhab terbabit
termasuk dalam bid'ah yg wajib.


dan bid'ah itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1.yg berkaitan dgn usuluddin(akidah).

2.yg berkaitan dgn perkara furu'(syariat)


yg berkaitan dgn akidah umumnya berkenaan dgn pegangan dan fahaman terhadap ketuhanan.

yg berkaitan dgn furu' pula umumnya adalah berkenaan dgn hal-hal seperti berbilang solat jumaat pada suatu tempat
dan berzikir menggunakan tasbih dan melepaskan tangan ketika solat serta melakukan azan solat fardhu sebanyak dua kali dan sebagainya.

itulah kesimpulan atau ringkasan diantara contoh-contoh atau sifat-sifat bid'ah.


KESEPAKATAN ULAMA' TENTANG ADANYA BID'AH YG TERPUJI DAN BID'AH YG TERCELA :-

Maka secara kesimpulannya,menurut ijma' ulama(kesepakatan seluruh ulama') bahawasanya pembahagian Bid'ah itu ada yg terpuji dan tercela,
dan orang yg pertama sekali mengatakan demikian ialah saidina Umar al-khattab R.anhu.dan daripada kenyataan tersebut nyatalah bahawa erti bid'ah
menurut istilah ulama' ialah satu jalan atau satu cara perbuatan yg diada-adakan dalam agama
yg tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan zaman sahabat-sahabatnya,dgn maksud untuk mendampingkan diri kpd Allah
atau untuk beribadat kpd Nya krn ingin mendapatkan pahalaNya.


Imam Syafi'e berkata : "Al-bid'atu bid'atani :
Mahmudah wa Mazmumah.fama wafaqas sunnah,fahuwa mahmud,wama kholafaha fahuwa mazmum" yg bermaksud : "Bid'ah itu ada dua macam bid'ah iaitu :
yg Terpuji dan yg Tercela,maka bid'ah yg sesuai akan sunnah adalah yg terpuji dan bid'ah yg menyalahinya adalah yg tercela"


dan juga para ulama' bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yg menyebutkan : "Setiap yg bid'ah itu sesat" merupakan hadith yg umum dan perlu dikhususkan.
tidak ada yg menyanggahi kesepakatan ini kecuali Imam Al-Syatibi,pengarang kitab al-i'tisam.beliau menolaknya walaupun demikian beliau mengakui ada juga
bid'ah yg wajib dan sunat tetapi tidak mengatakan ianya bid'ah akan tetapi memasukkan ianya kedalam kategori maslahah al-mursalah(kepentingan umum),
justeru pandangan beliau hanya berlainan dari segi lafaz sahaja,dgn kata lain bid'ah yg dituntut itu tidak boleh dinamakan
sebagai bid'ah yg baik tetapi hendaklah dinamakan maslahah.(Al-Syatibi,Kitab Al-I'tisam(1/35-40)(2/311-320).
Sesiapa yg mahukan keterangan mengenainya lebih lanjut silalah merujuk kitab terbabit.


Imam Ash-shafi'e mengatakan : Setiap yg mempunyai sandarannya dari syarak,bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf.
Ini krn mereka meninggalkan amalan dgn perkara tersebut mungkin disebabkan adanya keuzuran yg tidak memungkin kan mereka mengamalkannya pada masa itu
atau krn ada perkara lain yg lebih baik untuk mereka lakukan atau lagi mungkin juga krn amalan tersebut tidak sampai ke pengetahuan meraka.

Al-imam Ibnu Lub dalam menyangkal pendapat golongan yg tidak menyenangi amalan berdoa selepas solat mengatakan :

Paling tinggi alasan yg dikemukan oleh mereka yg menolak amalan berdoa selepas solat ialah perkara tersebut tidak diamalkan oleh generasi salaf.
katakanlah alasan ini benar,namun apa yg tidak dilakukan oleh mereka tidak mewajibkan adanya hukum kecuali keharusan meninggalkannya dan tiada halangan
untuk melakukannya.Adapun yg mengatakan haram atau makruh tidak mungkin,apatah lagi jika perkara yg dilakukan
itu mempunyai asas secara umum yg ditetapkan dalam syarak seperti amalan berdoa.



Ibnu Al-'Arabi berkata : Bid'ah dan Muhdathah itu bukanlah dicela krn namanya demikian dan bukan juga dicela krn maknanya.
Tetapi yg dicela daripada bid'ah itu ialah perkara yg menyanggahi sunnah.Yang dicela daripada muhdathah(perkara baru yg diada-adakan)
ialah yg membawa kepada kesesatan.


Kapada (Ahlu raddun 'ani kulli bid'ah dholalah)Ahli yg menolak bid'ah itu semuanya sesat :-
 
Kami rasa tidak mungkin ulama Anda, seperti Ibnu Taimiyah,ibnul Qayyim,Albani dan ibn Baz sampai merasa lebih benar dari asy-Syafi’i, an-Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Baihaqi dan ulama salaf lainnya. Mungkin ulama Anda hanya sekadar memiliki pemikiran yg berbeza sahaja, sebagaimana lazimnya ulama berbeza pendapat tanpa menyalahkan pendapat lain.Kerana perselisihan diantara ulama itu adalah rahmat,jadi kami rasa "Anda sahaja yang berlebihan" dan kemudian menyalahkan ulama salaf demi membela pendapat ulama Anda. Kalau benar demikian, maka bererti Anda telah melebih-lebih terhadap ulama anda sendiri...fikirkanlah saudaraku..


 AL-QURAN MEMPERAKUI BID'AH YANG BAIK :-

At-Tabrani meriwayatkan dalam kitab Al-Awsat,athar yg bersumberkan daripada Abu Umamah R.anhu katanya : "Sesungguhnya Allah memfardhukan kpd kamu puasa
dibulan ramadhan.Dia tidak memfardhukan kpd kamu beribadat di malam harinya(iaitu solat terawih secara berjemaah).Beribadat di malam hari itu adalah perkara
baru yg kamu ada-adakan.Oleh itu hendaklah kamu bertekun dan berterusan mengerjakannya.Ini krn ada manusia dari kalangan bani israel yg telah mencipta satu
bid'ah.Lantaran itu Allah mencela mereka apabila mereka meninggalkannya.Allah berfirman yg bermaksud :"...dan(perbuatan mereka beribadat secara)"Rahbaniyyah"
merekalah sahaja yg mengadakan dan merekanya(padahal)kami tidak mewajibkannya keatas mereka,(mereka berbuat demikian) krn mencari keredhaan Allah,
dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut sewajibnya..."(Al-Hadid : 27)

Dalam sanad athar ini terdapat zakariya bin abu maryam.
Ibnu Hibban menyenaraikannya termasuk dalam perawi yg thiqah(dipercayai).An-Nasa'ie mengatakan : periwayatannya tidak kuat.


tidak cukup dgn itu Ad-dar qutni mengatakan : Periwayatannya boleh diambil kira.Kefahaman yg dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat Al-Quran tersebut
adalah Sahih(betul).Ini krn ayat terbabit bukanlah mencelah golongan manusia itu(bani israel)krn mengada-adakan hidup Rahbaniyyah(kependetaan).
Ini krn mereka mengadakannya tujuan adalah untuk mendapatkan keredhaan dari Allah.Tetapi Al-Quran mencela meraka krn disebabkan mereka tidak menunaikan
dgn sebenar-benarnya cara kependetaan yg meraka ada-adakannya.ini menunjukkan satu bid'ah yg baik disyariatkan(yg diperakui oleh syarak)
seperti yg jelas ketara melalui ayat itu(surat Al-Hadid : 27 ).

Ibnu Kathir Rahimahumullah tidak dapat menanggapi maksud dalam menafsirkan ayat ini.Lantaran itu beliau mentafsirkan
bahawa ayat ini mencela bid'ah secara mutlak,sedangkan tafsiran itu adalah salah.(sheikh sayyid al-hafiz abu al-fadl abdullah al-ghumari)

KESIMPULAN :-
1. Berdasarkan pernyataan  diatas maka dapat disimpulkan bahawa tidak tepat jikalau semua bid’ah itu adalah sesat (dhalalah).

2. para ulama mengklasifikasikan bid’ah kedalam dua kategori atau bahkan terdapat yang mengklasifikasikan menjadi lima. namun secara garis besar dapat dibahagi menjadi bid’ah hasanah (terpuji) dan bid’ah sayyiah (tercela).


Adapun yang dimaksudkan bid’ah hasanah itu ialah segala amaliyah(perbuatan) keagamaan yang belum terdapat pada zaman nabi s.a.w namun diamalkan setelah nabi yang tentunya berlandaskan pada syariat islam. sedangkan yang maksud dengan bid’ah sayyi’ah ialah segala amaliyah yang tidak terdapat pada zaman nabi s.a.w namun diamalkan pada zaman setelah nabi s.aw serta bersalahan dengan Syari’at islam.

3. Hendaklah kita saling hormat menghormati dan menghargai pendapat golongan yang berbeza pemahaman sehingga tidak akan menimbulkan permusuhan seperti yang kerap terjadi. kegiatan menjaga hati orang lain yang berbeza pemahaman atau penafsiran untuk tidak menganggapnya sebagai ahli bid’ah memang harus dijaga.ini kerana menganggap seseorang sebagai ahli bid’ah bererti telah menganggapnya sebagai ahli neraka (penghuni neraka). Na’udzubillah. Padahal yang berhak untuk menentukan syurga dan neraka hanyalah Allah semata.



Semoga Allah S.W.T selalu membimbing, memberikan ilmu yang bermanfaat, aminn, WaAllahu’Alam..



Saturday, May 14, 2011

ulasan daripada saya mengenai : Nasihat yang tercela

Assalamu'alaikum..saudaraku sekalian..

Bismillahir rahmanir rahim...

As-Solatu wa Salamu ala Rasulillah wa Habibillah Muhammad Sal-lallahu-‘Alaihi wa Salam ibni Abdillah. Allahumma solli ala saidina, nabiyyina Muhammad wa’ala alihi wa sohbihi ajmain. Salamun ‘ala mursalin wal-hamdulillahi ‘ala kulli hallin. Asyhadu an’laa ilaha ill-Allah. Asyhadu an’naMuhammadan abduhu wa rasuluhu. Allahul-Sami’ul-Raqibul-Syahidul-Hakimul-Lathiful-Khabirul-Azhimul-Azizul-‘Alim. Wallahu ‘ala kulli shay’in Qadir. Inna Allaha kaana Ghaffurur-Rahim.










Wahai saudaraku yang dimuliakan Allah,dengarlah.Dan sesungguhnya pada hari ini, aku berikan kamu pengajaran tentang sesuatu yang amat penting dan perlu sangat di utamakan. Sungguh hal ini amat merisaukan kerana manusia sememangnya tiada yang terlepas dari kesalahan dan kesilapan.

"Kerendahan akhlaknya maka kamu maafkanlah dia. Kurangnya pemahaman maka bertanyalah. Keraguan maka kamu telitilah".



Wahai ahli syurga, marilah untuk bersama dan mendengar. Sesungguhnya nasihat yang tercela dan membawa kecelakaan itu ialah pada lidah orang yang memberikan nasihat. Sesungguhnya nasihatmu itu berguna sekiranya tepat pada ilmunya dan benar pada kesalahan. Namun kecelakaan itu bukan sahaja pada orang yang degil mendengar nasihat bahkan ianya juga pada si pemberi nasihat itu.



Wahai kesayanganku, apabila seseorang itu memberikan nasihat hendaklah kau diam dan tenang. Dan janganlah disebabkan hawa nafsu mu dan keras hatimu itu membuatkan kau berdegil pada orang yang berilmu. Nasihat itu ubat dan Degil itu penyakit.Nasihat itu penawar dan Degil itu merosakkan. Orang yang degil itu ialah disebabkan oleh sifat yg terlalu cintakan dunia. Yang bersarang di hatinya. Cintakan dunia itu ialah disebabkan banyaknya menurut hawa nafsu. Sungguh cinta dunia itu ialah penyakit yang kritikal dan ialah juga pokok, akar dan merupakan ibu kepada sifat-sifat mazmumah/tercela.



Surah Al-A’raf ayat 79,Allah berfirman :-



“Tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberikan nasihat.”





Surah Al-Jaatsiyah ayat 23



“Dengan yang demikian, bagaimanakah fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya (sebagai) Tuhannya yang dipatuhinya…”





Surah Al-Baqarah ayat 74



“… hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi…”





Dari Abu Hurairah, Rasullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :-



“Barangsiapa bertengkar dalam suatu permusuhan, tanpa ilmu, nescaya sentiasalah dia dalam kemurkaan Allah sehingga dia mencabut dirinya daripadanya(meninggalkan perbuatan itu).”

(Dirawikan Ibnu Abid Dunya dan Al-Ishfahani – dipandang hadith ini dhaif oleh kebanyakan ulama hadith)











Sesungguhnya hawa nafsu itu menyuruh kepada selainNya. Dan adalah hawa nafsu itu pandai menggoda dan ia juga termasuk senjata syaitan yang utama. Hawa nafsu sentiasa menggoda dan tiadalah seseorang itu boleh mengawal dan menundukkannya melainkan dengan bermujahadah. Hampir mustahil bagi seseorang menundukkan hawa nafsunya melainkan dengan bermujadah. Mengalahkannya dengan berperang  dan tidak menurut kemahuannya. Jinakkanlah hawa nafsu itu dan jangan diturutkannya sekalipun hawa nafsu itu telah dikendalikan. Hawa nafsu itu ibarat anak kecil yang meronta. Yang memaksa untuk kepuasannya. Bagaimana kamu menerima dan menurut seorang anak kecil?



Berkata Waliyyullah Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani :-



“Nafsu ini selalu membisikkan kejahatan. Ia menuntut dan menuntut lagi sehingga ia dikendalikan oleh hati. Perangilah ia dalam setiap keadaan. Janganlah kamu menurutnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya.” (Surah Asy-Syams ayat 8) Jinakkanlah nafsumu dengan mujahadah. Sungguh jika ia telah jinak, ia akan tunduk kepada hati, kemudian hati tunduk kepada nurani, dan nurani tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”





Hati yang dikuasai nafsu pasti tidak akan suka menerima nasihat dan pengajaran. Sesungguhnya nasihat dan pengajaran itu menyuruh kepada kebaikan dan langsung kepada yang bertentangan dengan nafsu.



Kecelakaan besar bagi orang yang memberi nasihat itu ialah pada lidahnya yang banyak mengutuk dan mencela. 

Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :



“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka.”
(Riwayat Imam Tirmidzi, Imam Al-Nasa’I, Ibn Majah dan Imam Ahmad) 


dan baginda bersabda lagi :-



“Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka melaknat, suka bercakap kotor dan keji.”
(Riwayat Imam Tirmidzi – katanya Hassan Gharib, Al-Iraqi pula berkata sanadnya sahih)


dan bersabda lagi :-

"Sesiapa yg tidak memiliki sifat peramah dan lemah lembut dalam pergaulan adalah tidak mempunyai apa-apa kebaikan"(Hadith riwayat bukhari dan muslim)

Hendaklah orang yang tahu kesalahan saudaranya itu menasihati dengan berkata yang lemah lembut, penuh kesopanan dan bukanlah dengan kekasaran.

Contohnya :-



* “Janganlah kamu lakukan begini dan begini. Ianya salah.”



Atau



* “Apa yang kau buatkan itu ialah suatu kesalahan. Semoga kamu tinggalkan perbuatan ini.”



Ataupun



* "(menyindir) Pemuda itu tidak ada pengalaman (lalu jangan ditunjukkan orang langsung kepadanya supaya dijaga aibnya dan juga supaya dia faham)"



Atau juga



* "Saudaraku, beginilah yang lebih baik kau lakukan."





Dan perlulah dengan pertuturan yang jelas dan baik-baik. Menasihatilah saudaramu itu pada tempat yang asing dari orang-orang (masyarakat) supaya menjaga aibnya dan berkatalah dengan tenang dan berlemah lembut.



Berkata Imam As-Syafie



“Barangsiapa mengajari temannya secara rahsia, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan menghiasi temannya itu."







Berkata Umar Radhi-Allahu-anhu



“Kebajikan itu barang yang mudah, muka yang jernih dan perkataan yang lemah lembut.”





Nabi Muhammad bersabda



“Berkata-kat yang baik itu sadaqah.”



Dan



“Jagalah dirimu dari api neraka, walaupun dengan sekeping tamar! Kalau kamu tidak memperolehnya (iaitu sekeping tamar), maka dengan perkataan yang baik.”

(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim dari Uda bin Hatim)



Hindarilah daripada berkata seperti:



* “Kau ini bodoh.”



Atau



* “Sungguh celaka kau ini, tidak boleh berbuat begini.”



Atau juga



* “Kau ini lemah. Bukan begini sepatutnya kau perbuat.”



Ataupun



* “Hai orang yang bodoh, kenapa kau tidak mahu mendengar.”



Atau juga



* "Kau ini memangnya sial. Tengok apa sudah berlaku. Celaka."



Atau begini



* "Diamlah, kau budak-budak dan masih bodoh. Apa kau tahu."



Dan begini



* "Begini kau perbuat. Sungguh sial dan celaka. Laknat bagimu."





Wahai yang aku cintai, kesemua ini ialah merupakan perkataan yang bertentangan dengan nasihat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Baginda mengajar supaya kita menjadi lemah lembut. Janganlah memaki, mengutuk dan menghina. Dan jikalau dikhuatiri kemarahanmu pada kesalahan saudaramu itu, oleh kerana keterlaluan perlakuannya, maka nasihatilah saudaramu itu di tempat yang asing daripada masyarakat dan orang-orang awam. Hal ini demi menjaga aibnya. Sungguh orang yang menjaga aib saudaranya, Allah akan menutup aibnya di hari kiamat kelak.


Rasulullah pernah bersabda :-

"Sesiapa yg menutupi keaiban saudaranya,Allah akan menutup keaibannya dihari kiamat kelak"
(Hadith riwayat Muslim)



Berkata Ibnu Umar :-

“Sesungguhnya orang yang sangat dimurkai Allah ialah tiap-tiap orang yang mencela, lagi mengutuk orang.”





Wahai kesayanganku, aku ceritakan kepada kamu bahawa



Suatu hari beberapa orang Yahudi datang pada Rasullah s.a.w dan berkata “Celaka bagimu.” Rasul kita hanya menjawab “Juga bagi kalian.” Mendengar hal itu, Ummul Mukminin, Aisyah RadhiyaAllahu 'anha berkata “Celaka dan laknat bagi kalian!” Rasullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda “Wahai Aisyah, Allah menyukai kelembutan dalam setiap hal.” (Lihat Sahih Muslim hadith ke-2593) 

Maka kita telah dapati satu pengajaran dari hadith ini ialah berlemah lembut. Walaupun Aisyah berkata seperti demikian, Nabi Muhammad hanya menegur Aisyah dengan tenang dan lemah lembut. Bukanlah dengan cercaan dan makian mahupun bahasa kesat selepas berbuat demikian.

Baginda s.a.w pernah bersabda lagi :-

“Aku berpesan kepadamu bahwa janganlah engkau suka mengutuk.”
 (Riwayat Imam Ath-Thabrani dan al-Albani menyatakan ianya sahih)



Dari Abu Darda’, beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda :-



“Sesungguhnya apabila seorang hamba mengutuk sesuatu, naiklah kutukan itu ke atas langit, lalu ditutup pintu-pintu langit kerananya. Kemudian turun ke bumi, lalu ditutup pintu-pintunya kerananya. Kemudian ia mengambil kanan dan kiri, maka jika ia tidak menemukan tempat, niscaya ia kembali kepada yang dikutuk, jika ia tidak sampai menerimanya, dan jika tidak nescaya ia kembali kepada yang mengucapkannya.”

(Riwayat Imam Abu Daud dan dinyatakan hasan lighairih oleh al-Albani)



Dalam "Janji dan Sumpah Iblis" penulisan Adil Akhyar katanya "Ada setengah ulama mengganggap ucapan-ucapan seperti "sial", "laknat", "celaka", dan seumpamanya sebagai doa, kerana ada sebuah hadith daripada Rasulullah Sal-lallahu-'Alaihi wa Salam yang melarang perbuatan seperti itu. Sebab dikhuatiri, jika ucapan itu berkebetulan dengan masa pengabulan doa dan permintaan, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu."



Diriwayatkan dari Jabir Radhi-Allahu-anhu, katanya "Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah Sal-lallahu-'Alaihi wa Salam sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Ansar merasa tidak selesa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu "Jalanlah laknat!" - Katanya. Maka baginda marah kepada orang Ansar itu lalu bersabda "Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat."



Kemudian Baginda bersabda lagi "Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan."



Sungguh apa yang keluar dari mulut itu. Apa yang diucapkan oleh lidah itu merupakan doa dan akan naik ke langit oleh ucapan tersebut. Oleh itu, berhati-hatilah kalian. Jangan sehingga kalian menasihati disertakan dengan cercaan dan celaan. Di khuatiri permintaan tersebut akan makbul dan ditimpa kepada orang yang dinasihati. Lebih malang lagi, jika kutukan itu tidak menimpa yang yang terkena kutukan, ditimpa pula kepada orang yang mencela. Naudzubillahi min zalik.



Bagaimanalah dengan seorang yang ingin menasihati saudaranya, namun dia pula mendoakan yang buruk untuk saudaranya. Berhentilah, nasihatilah mereka dengan baik bukan dengan cara makian atau pertengkaran.



Nabi Muhammad bersabda



“…Mencukupilah dari manusia itu kejahatan, bahawa dia menghinakan saudaranya yang muslim.”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)



Imam Al-Ghazali berkata dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin :-


“Penghinaan yang paling berat ialah pertengkaran. Kerana orang yang menolak perkataan orang lain, adalah meletakkan orang itu pada kebodohan dan kedunguan.”



Imam Al-Ghazali berkata lagi :-

"Bahawa yang dekat pada mengutuk ialah berdoa terhadap manusia dengan sesuatu yang tidak baik atau jahat. Pendek kata, cela dan cercaan ini juga ialah doa yang mungkin tidak mustahilnya di terima oleh Allah Al Mujib ‘Azza wa Jalla".




Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatuAllahi wa barakatuhu..

Monday, May 9, 2011

MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI (post oleh amy ameera,kali ini bukan saya)

Assalamualaikum semua..

Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima..

MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI

Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.


MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:


(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:

عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.


Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).


Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).


Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.


Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.


Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.


EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.


SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:

"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى

(31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ......

Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:

نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى
لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).

Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.


APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف. أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).


CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa"

Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.

Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya?

Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.

Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.

4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?

Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”.

Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah.

Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.

Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937)

6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.

Jawapan saya: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja.

7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.

Jawapan saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya.

8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?

Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.

Jawapan saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.

Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:

((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))

Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)).

9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?

Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin.

Jawapan saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya..

Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.

9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?

Jawapan saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya.

Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.

Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.

10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.

Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar.

11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke?

Jawapan saya: Lihatlah bagaimana anda gagal memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul.

12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah.

Jawapan saya: Anda juga gagal dalam memahami maksud zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan.

13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita.

Jawapan saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati.

14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak?

Jawapan saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada jawabnya dan termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah ataupun disebut lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up.

Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).

14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati.

Jawapan saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha…

Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!!

15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama.

Jawapan saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal.

16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.

Jawapan saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? Kasihan dengan pasangan anda yang pertama tadi..

Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut.


Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.

((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))

Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).

Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.

Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.

Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?

Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.

17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana.

Komen saya: Kan’tidak cerdikan namanya tu’. Perkara yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda.

Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik?


MANHAJ DALAM MEMAHAMI AGAMA

Tidak dinafikan, adakalanya mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang dakwah atau mereka yang baru menemui jalan keinsafan, mereka mempunyai semangat yang meluap-luap berjuang untuk Islam. Tapi masalahanya semangat yang meluap-luap tanpa latar belakang ilmu yang kuat boleh menyebabkan perjuangan yang dibawa itu merosakkan lebih daripada membaiki.

Semua tak boleh, itu zina, ini zina, itu haram, ini haram sehingga menyempitkan ajaran Islam yang luas dan membesar-besarkan perkara lebih daripada skop asalnya.

Walhal manhaj dakwah yang sebenarnya adalah manhaj berasaskan وسطية /wasatiyyah (pertengahan). Tidak dinafikan, kalau orang itu dilihat mempermudah-mudahkan urusan agama maka kita perlu memberikan peringatan keras kepada mereka. Sebaliknya pula kalau orang itu dilihat terlalu memayah-mayahkan agama maka kita perlu memudahkannya bagi mereka. Namun, semua itu perlu dilakukan atas dasar ilmu. Bukan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh, apabila wujud sebahagian daripada sahabat Nabi mempermudah-mudahkan urusan berwudhuk sehingga tidak meratakan air ke tempat-tempat yang sepatutnya, maka Nabi memberikan amaran keras kepada mereka berupa seksaan api neraka.

Sebaliknya apabila ada pula sebahagian sahabat yang memayah-mayahkan urusan berwudhuk sehingga membasuh anggota wudhuk secara berlebihan, maka Nabi berkata bahawa basuhan wudhuk itu hanya tiga kali. Andainya masih wujud keraguan dalam hati tidak rata, maka usah dilayan, itu hanya was-was syaitan.

Caranya adalah bersikap keras kepada mereka yang nampak mempermudah-mudahkan agama, dan bermudah-mudah bagi mereka yang nampak memayah-mayahkan agama. Tetapi perlu diletakkan dalam kepala bahawa tujuan akhirnya adalah supaya kedua-dua golongan tersebut kembali kepada kesederhanaan dalam beragama.

Kata Imam Syatibi: Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain.

Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama.

Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama.

Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan)

Janganlah terlampau mempermudahkan dan jangan terlampau menyusahkan. Ambil jalan pertengahan. Untuk pesakit darah tinggi, berikan ubat yang menurunkan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan normal. Pesakit darah rendah pula, berikan ubat yang meninggikan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan tahap normal. Apa yang penting adalah memastikan kenormalan tekanan darahnya..

Akhir kata, semoga segala penjelasan itu dapat dicerna dengan baik. Andai timbul sebarang persoalan tak faham lagi berkenaan zina hati, maka bak kata rakan saya: “Sila hantukkan kepala anda ke dinding”….hehe sekadar bergurau. Jangan lagi membesarkan isu lebih daripada skop yang sepatutnya.

Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama.

Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik.

Sekian, wassalam.

-Semoga setiap persoalan yang bermain di fikiran kita, akhirnya dapat
dileraikan.. InsyaAllah..
  
DARI SAYA : NOOR A'MIRAH- kepada SESIAPA yg bergiat dan aktif dalam perjalan yg diredhai ALLAH, jgnlah ANDA terlalu menyekat pemikiran, sesungguh nya ISLAM itu tidaklah rumit. JGNLAH ANDA selalu meletak kan HUKUM sehingga dapat memesongkan pemikiran dari ilmu yg telah termaktub. bercakap lah melalui ILMU yang SOHEH mengikut kitab-kitab dan sunah Rasulluah. dan jganlah meletakkan hukum pada sesuatu kejadian tanpa mengetahui apa yg terSIRAT dalam terSURAT. kemungkinan akan menjadi FITNAH dalam agama. wallahu a'lam- dari HATI...