Layan

Wednesday, September 8, 2010

Fadhilatuz Zikkruallah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..orgpegg-tasbih
Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul ‘Izzati kerana saya masih mampu untuk menulis lagi buat semua pembaca yang dirahmati Allah swt..
Pada hari ini saya kongsikan sedikit ilmu yg ada didalam bab ganjaran bagi orang yang sentiasa berzikir..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasullulah saw bersabda :
” Allah swt berfirman:
Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengngati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka.
Apabila mereka mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekati mereka dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
Apabila diadatang  kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak”.

Kesimpulan dari hadis di atas ialah :-
1. Allah swt sangat menjaga orang yang sentiasa berzikir.
2. Allah swt selalu hampir dan dekat dengan orang yang sentiasa berzikir.
3. Berzikir sangat banyak fadhilatnya.
4. Selalulah berzikir untuk ketenangan hati dan meraih mawaddah Allah swt. InsyaAllah~

Sekian,Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu 'alaikum Warahmatuallahi Ta'ala Wabarokatuhu..

FAKTA : 6 Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Sumber : Assyifaul hayati