Layan

Monday, April 16, 2012

Aqidah di dahulukan,Feqah di utamakan ( 1 )

                      
                         السلام عليكم ورحمة الله
               
                       بسم الله الرحمن الرحيم
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏قال :-                  ‏
   ‏من يرد الله به خيرا ‏ ‏يفقهه في الدين "        ‏ "

Bahawasanya Rasulullah bersabda,yang bemaksud :-

" Barang siapa yang Allah kehendaki kebajikan,
nescaya Allah beri faham tentang agama ".
(H.R Imam Bukhari & Muslim).

Alhamdulilah,Segala puji Allah pada Allah,puji Allah pada makhluk,puji makhluk pada Allah,puji makhluk pada makhluk.Saya akan menghuraikan secara ringkas dengan izin Allah tetapi padat,ianya saya merujuk lebih kepada kitab العقيدة المرشدة (Al-Aqidah Al-Mursyidah/akidah yang lurus) karangan Imam Ibn Tumart(524 H) dan telah dibaca oleh Imam Ibn 'Asakir(620 H) semoga Allah memberkati dan meredhai mereka berdua.

Dan sekarang ini pun telah ada bukunya yang dihuraikan secara ringkas didalam bahasa kita,namun ianya berbeza daripada huraian saya disini,kitab itu telah diulas oleh Imam Ahmad Faidzurrahim Bin Hj. Muhammad Alwi semoga Allah memberkati dan meredhai amalan beliau.

Justeru dengan kitab rujukan saya ini,adalah kitab pegangan para "Ahlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Al-Maturidi",bagi menolak dan membuktikan kepada para puak atau golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk serta yang menyamakan Allah dengan berjisim 'ADALAH SALAH',moga dijauhkan dan dihapuskan golongan itu.

Dan menjadi bukti,bahawa banyak dikalangan para Ulama salaf dan khalaf dalam menggunakan kitab ini,antaranya adalah Al-'Alim Al-Hafiz Al-'Allamah Salahuddin Khalil Bin Kaikaladi Al-Alla'i (761 H) Semoga Allah meredhai dan merahmatinya.Beliau menjudulkan kitab ini dengan nama العقيدة المرشدة (Al-'Aqidah Al-Mursyidah/akidah yang lurus),dan berkata :-

,وهذه العقيدة المرشدة جري قائلها علي المنهاج القويم"
"والعقد المستقيم واصاب فيما نزه به العلي العظيم

Yang bermaksud :- " (Imam Ibn Tumart) pengarang kitab Aqidah Al-Mursyidah ini berada diatas jalan dan Aqidah yang lurus,dan beliau adalah benar didalam mentanzihkan Allah (menyucikan Allah azza wajalla daripada persamaan dengan ciptaanNYA)".

Amma Ba'du :- Saya mulakan tulisan ini sebagaimana juga oleh Imam Ibn 'Asakir dengan kalimah yang agung iaitu بسم الله الرحمن الرحيم yang diperincikan maksudnya :-

 ب (bi/dengan & kaedah ilmu nahu yang dinamakan Huruf jar).

اسم (ismun/nama),maka di hazaf (buang) huruf  ا (alif) disebab kan م (mim) itu berbaris 'kasrah' (baris bawah),jadi memadai dibaca dengan بسم (bismi/dengan nama).

Allah adalah dinamakan لفظ الجلالة  (lafzul Jalalah/lafaz kebesaran Allah atau lafaz yang Maha Mulia),menurut pendapat yang sahih,kalimah Allah adalah berasal daripada kalimah إله (ilah/yang diangkat, yang dibesarkan, yang disembah atau yang terbit),kalimat  إله  (ilah) menunjukkan umum, sama ada kepada Allah,Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil,adapun apabila ditambah kan dihadapan nya ا ل (alif & lam).Maka akan menjadilah ia satu kalimah yang sungguh sempurna serta sangat agung iaitu  الله yang dinamakan لفظ الجلالة untuk menunjukkan kepada nama 'khas' bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang bermaksud Tuhan yang layak disembah dengan sebenarnya.

Di samping itu, nama Allah ini mempunyai karakteristik yang tidak terdapat pada nama-nama tuhan yang bathil :-


Pertama, apabila lafaz الله (Allah) dihilangkan huruf  ا  (alif) nya, maka ia berbunyi لله (lil lahi / bagi Allah), sebagaimana terdapat dalam firman Allah azza wa jalla :-



Yang bermaksud :- "Dan kepunyaan Allah lah di langit dan bumi. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".(Surat Al-Fath ayat 7)

Apabila huruf ل (lam) nya yang pertama dihilangkan, maka ia berbunyi له (lahu / bagi NYA),sebagaimana terdapat dalam firman Allah azza wa jalla :-




"Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang rugi serugi-ruginya.(Surat Az-Zumar : 63)

Dan bila huruf ل (lam) nya yang terakhir dihilangkan, maka ia berbunyi هُوَ/ هُ (hu atau huwa/dia).Kata ini juga menunjuk kepada Allah azza wa jalla,sebagaimana di dalam firmanNYA :-



"Katakanlah, “Dialah Allah yang Maha Esa". (Surat Al-Ikhlas : 1)

Huruf وَ  (waw,wa/dan) pada kalimah هُ (hu/nya,ia,dia) adalah waw tambahan,jikalau kita pecahkannya menjadi 2 bahagian,maka akan menjadilah هُ (hu/nya,ia,dia) dan وَ (waw,wa/dan),jadi kesimpulan nya bila dikumpulkan menjadi satu,akan menjadilah kalimah هُوَ (huwa/dia) dan ianya juga membawa kepada 3 pengertian iaitu sama ada :-  1.DIA lah Allah yang Maha Esa. 2.dan DIA lah Allah yang Maha Esa. 3.Katakanlah (kepada) هُ (nya/kaum yahudi) وَ (dan) Allah lah Tuhan yang Maha Esa.

Sebabnya ada riwayat daripada Imam Bukhari katanya :- "ketika itu kaum yahudi datang kepada Rasulullah,dia berkata  :- "Wahai Muhammad ! Sifatkan kepada kami Tuhan yang kamu sembah,maka Allah pun turunkan Surat Al-Ikhlas ini kepada Rasulullah".

Jadi jikalau di sandarkan kepada kita contohnya,maka boleh sahaja kita menjawab kepada kaum yahudi tu :- "Dan dia lah Allah Tuhan yang Maha Esa" atau "Dia lah Allah Tuhan yang Maha Esa" atau juga difahami "Katakanlah(wahai Muhammad dan majoriti umat Islam) kepadanya(kaum yahudi),dan Allah lah Tuhan yang Maha Esa".Kaum yahudi itu pasti "boleh fahami" dengan maknanya yang tidak lari kepada makna lain yg boleh menyekutukan nama Allah,moga dijauhkan.

Namun pengertian yang bertepatan dengan majoriti adalah pengertian :-  "Katakanlah,Dialah Allah yang Maha Esa". (Surat Al-Ikhlas : 1)

Maka demikianlah pendapat saya yang faqir lagi hina dihadapan Allah azza wa jalla.

الرحمن (Ar-Rahman/yang Maha Pemurah) adalah salah satu sifat Allah didalam الاسماء الحسنى (Al-Asmaul Husna/99 nama-nama indah),ianya diambil daripada kalimah  رحمة (rahmah/rahmat),apabila ditinjau daripada segi bahasa serta kaedah ilmu-ilmu nahu, الرحمن (Ar-Rahman/yang Maha Pemurah) adalah diatas وزن (wazan/timbangan) فعلان (Fa'laan/yang bermaksud untuk menunjuk kan lebih dan banyak),dan ini bermaksud rahmat disini sangat luas bagi makhlukNYA.

Kesimpulannya,makna disebalik الرحمن (Ar-Rahman/yang Maha Pemurah) adalah Allah itu banyak memberikan rahmat keseluruh manusia umumnya,sama ada yang kafir,munafiq,sesat,murtad,beragama Islam,beriman atau tidak beragama Islam,beroleh juga rahmatNYA,akan tetapi hanya untuk rahmat didunia sahaja.


Manakala الرحيم (Ar-Rahim/yang Maha penyayang) diambil atas وزن (wazan/timbangan) فعيل (Fa'il/yang bermaksud untuk menunjuk kan banyak sahaja),tidak seperti وزن (wazan/timbangan) فعلان (Fa'laan/yang bermaksud untuk menunjuk kan lebih dan banyak).Dan keputusan kaedah oleh Ulama bahasa arab bahawa bertambahnya binaan huruf menunjukkan bertambahnya makna.

Kesimpulannya,makna disebalik الرحيم (Ar-Rahim/yang Maha penyayang) adalah Allah itu banyak memberikan rahmat keseluruh manusia yang beragama Islam lagi beriman dan bertaqwa,iaitu patuh meninggalkan laranganNYA dan patuh kepada suruhanNYA,ini lah nikmat yang dikhususkan bagi hambaNYA yang taat,dan beroleh nikmat yang tak terhingga diakhirat.Tidak bagi orang yang selain islam dan kafir.

Demikian lah pendapat saya yang juga menjadi pendapat beberapa kalangan para Ulama yang masyur.
                                                      

                                                            العقيدة المرشدة

                                                  -: قال الشيخ فخر الدين بن عساكر رحمه الله

                                    (Telah berkata Sheikh Fakhuruddin Ibn 'Asakir semoga Allah merahmatinya) :-
                                                                             
                                         ( 1 ) متن (matan/tesk yang pertama)

                        . اعلم أرشدَنَا الله وإياكَ أنه يجبُ على كل مكلفٍ أن يعلمَ أن الله عزَّ وجلَّ واحدٌ في مُلكِهِ
Ketahuilah,semoga kita dan engkau diberi petunjuk oleh Allah.Sesungguhnya wajib keatas setiap para mukallaf agar mengetahui bahawa Allah Azza wa jalla itu Maha Esa pada kekuasaanNYA.

                                                   
                                          المفردات (Al-Mufradat/Kosakata)

  •  مكلفٍ (mukallaf) : Orang yang baligh dan berakal sihat serta sampai kepadanya seruan Islam.




  • واحدٌ (wahidun) : adalah bermaksud satu,jikalau disandarkan kepada Allah,maka maknanya akan berubah menjadi tiada sekutu dan syirik bagi Allah yang Maha Esa.Bukanlah satu itu membawa makna daripada jalan yang boleh dikira seperti 1,2,3,4 dan seterusnya,kerana pengiraan itu adalah dipanggil jisim dan boleh dibelah bahagikan,adapun Alah azza wa jalla tidak meyerupai jisim dan zatNYA tidak boleh dibelah bahagikan.




  •  مُلكِهِ (Mulkihi,mulk/kekuasaanNYA) : ianya juga membawa maksud kepada السلطان (As-Sultan/kerajaan dan kekuasaan),akan tetapi yang lebih layak disandarkan adalah makna kekuasaan,ini kerana kerajaan juga,adalah kelakuan makhluk,sedangkan makhluk tiada kuasa,manakala Allah itu mempunyai kerajaan dan lagi mempunyai kuasa yang menyeluruh.




                    ترشد من الاية (Turshidu minal ayat/panduan daripada ayat)



  • Diwajibkan kepada setiap para mukallaf meyakini dan mempercayai secara جزم (jazam/pasti),tanpa ada keraguan dan syak bahawa Allah tidak mempunyai sekutu dalam kekuasaanNYA,ini bermaksud tidak ada yang selain Allah dalam mentadbirkan ciptaanNYA.Dan tidak ada tuhan yang wajib dan berhak disembah selain Allah subhanu wa ta'ala.


                                          ( 2 ) متن (matan/tesk yang kedua)

                 خَلَقَ العالمَ بأسرِهِ العلويَّ والسُّفليَّ والعرشَ والكرسيَّ والسمواتِ والأرضَ وما فيهمَا وما بينهمَا
Allah menciptakan seluruh alam,baik alam diatas mahupun alam dibawah,'arash,kursi,tujuh petala langit dan bumi serta segala apa yang berada di langit dan bumi dan segala apa-apa yang berada diantara keduanya.


                                            المفردات (Al-Mufradat/Kosakata)

  •  العلويَّ (Al-'Ulwiyya/alam atas) : ialah dimaksudkan langit,awan,bulan,bintang,planet,matahari dan yang berkait rapat dengan setiap suatu diatas.

  • السُّفليَّ (As-Sufliyya/alam bawah) : ialah dimaksudkan bumi dan setiap makhluk yang berada dibawahnya,seperti manusia,air,tumbuhan,binatang dan yang berkait rapat dengannya.


  •  والسمواتِ والأرضَ وما فيهمَا (wassamawati wal ardo wa ma fihima/dan tujuh petala langit dan bumi serta segala apa yang berada di langit dan bumi) : ini lah maksud terperinci daripada perkataan  العلويَّ dan السُّفليَّ,bahawasanya apa yang berada di tujuh petala langit adalah syurga,dan apa yang berada di langit ialah para malaikat.Sementara itu,apa yang berada di tujuh petala bumi ialah neraka jahanam,dan terbukti wujud di bawah bumi yang ketujuh(Umumnya telah berkata Imam Al-Hakim,bahawa riwayat yang menceritakan sedemikian adalah riwayat yang benar),sedang yang berada dibumi itu,adalah para manusia,jin,binatang,tumbuhan dan kebendaan. 

  •  وما بينهمَا (wama bainahuma/dan segala apa-apa yang berada diantara keduanya iaitu langit dan bumi) : ialah dimaksudkan seperti bulan,matahari,bintang dan yang berkait rapat dengannya.

  • العرشَ ('Arash/makhluk) : ialah makhluk tersendiri yang paling besar bentuk dan saiznya,dikelilingi olehnya para malaikat yang tidak terbilang banyak,dan mempunyai tiang-tiang yang dijunjung oleh lapan para malaikat yang sangat gagah, serta terletak di tempat yang sangat tinggi umumnya,dan kesemuanya itu adalah dibawah kekuasaan Allah azza wa jalla.

  • الكرسيَّ (kursi/makhluk) : ialah makhluk tersendiri yang diciptakan Allah di mana saiznya amat besar namun lebih kecil dari العرشَ ('Arash),umpamanya padang yang luas ( العرشَ  ) dengan sebentuk cincin ( الكرسيَّ ),umumnya makhluk ini berada dibawah kekuasaan Allah azza wa jalla.


                      ترشد من الاية (Turshidu minal ayat/panduan daripada ayat)

  • Bahawa segala suatu yang berada di alam ini,sama ada yang berada dilangit,bumi,diatas dan dibawahnya dan di antara kedua-duanya,'arash,kursi,begitu juga dengan perbuatan-perbuatan dan niat-niat hamba,yang termasuk juga dalam hal alam.Kesemuanya itu adalah ciptaanNYA serta dibawah pentadbiranNYA dan kekuasaanNYA.



                                                 ( 3 ) متن (matan/tesk yang ketiga)

                                      ،جميعُ الخلائِقِ مقهورونَ بقدرتِهِ، لا تَتَحركُ ذرةٌ إلا بإذنِه
                                            ليسَ معهُ مدبرٌ في الخَلقِ ولا شريكٌ في الملكِ
Kesemua makhluk tunduk pada kekuasaanNYA ,tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan izinNYA,tiada yang bersama denganNYA sebagai pentadbir sekalian makhluk dan tidak ada sekutu didalam kekuasaanNYA.



                                              المفردات (Al-Mufradat/Kosakata)


  •  الخلائِقِ (kholaiqi/ciptaan-ciptaan) : kalimah الخلائِقِ adalah satu bentuk kata جمع (jama'/tiga atau lebih),manakala kalimat مفرد (mufrad/tunggal) nya ialah خلق (kholaqa/cipta).Kesimpulan maksud disini ialah bahawa,ciptaan-ciptaanNYA adalah ciptaan yang berupa makhluk,samada dari jenis manusia,jin,malaikat,binatang,tumbuhan,kebendaan,planet-planet dan sebagainya,adalah ciptaanNYA yang kesemua ciptaan itu sujud serta patuh kepadaNYA.

  • ذرةٌ (zarrah/lalat,habuk-habuk debu yang kelihatan pada sinar cahaya matahari,sebiji sawi,semut kecil dan atom) : orang arab mengungkapkan sesuatu yang paling kecil dengan sebutan zarrah.Namun maksud yang lebih tepat pada zaman sekarang adalah atom,ianya adalah sesuatu bentuk yang terlebih kecil dan halus daripada kesemua bentuk yang kecil,atom itu hanya dapat dilihat melalui alat mikroskop yang paling besar di makmal para saintis,tiada seorang pun yang dapat melihat atom dengan matanya tanpa alat.

  •  مدبرٌ (mudabbirun/pentadbir) : pentadbir disini mempunyai dua kategori 1.Pentadbiran yang menyeluruh.2.Pentadbiran suruhan.Pentadbiran yang menyeluruh ialah pentadbiran Allah keatas setiap makhluk ciptaanNYA,manakala pentadbiran suruhan ialah suruhan Allah keatas para malaikat seperti menurunkan wahyu kepada para nabi dan rasul,pencatit amal,penjaga langit,bumi,neraka,syurga dan sebagainya.


  •  ولا شريكٌ في الملكِ (wala syarikun fil mulki/tidak ada sekutu didalam kekuasaanNYA) : bermaksud bahawa setiap makhluk ciptaanNYA tidak mempunyai kekuasaan melainkan Allah azza wa jalla sahaja,walaupun makhluk itu adalah pentadbiran suruhan,namun bukanlah ianya berkuasa melainkan hanya sebagai suruhan,seperti suruhan beribadah,memujiNYA bagi umum semua makhluk dan suruhan khusus adalah para malaikat seperti pencatit amal,penjaga langit,bumi,neraka,syurga dan sebagainya.Dan setiap para makhluk ciptaanNYA adalah mempunyai kadar serta had ukuran tertentu bagi suatu urusan yang disuruh oleh Allah azza wa jalla,bukanlah ini bermakna Allah itu memerlukan makhluk,bahkan makhluk itu ciptaanNYA adalah menyembah dan memuji Allah azza wa jalla.Apakah makhluk seperti manusia mampu menyahut seruan itu?Tidak,bahkan malaikatlah yang mampu menyahut suruhan itu untuk menjaga langit,bumi dan sebagainya,dan Allah azza wa jalla adalah segala-galanya tanpa had.



                        ترشد من الاية (Turshidu minal ayat/panduan daripada ayat)

  • Allah adalah pentadbir segala sesuatu,Dia yang mengatur setiap perkara dengan kehendak dan ilmuNYA yang azali.Maka tidak akan berlaku apa-apa di setiap perilaku ciptaanNYA melainkan hanya dibawah keizinan,kekuasaan dan kehendak Allah azza wa jalla,bukanlah bermaksud bila Allah menciptakan kejahatan ia bertujuan untuk menzalimi makhlukNYA dan dikatakan pula,kalau begitu Allah tidak adil.Bukan dan tidak sama sekali,bahkan ianya untuk menguji setiap hambaNYA,adakah makhluk itu seperti manusia dan jin dibiarkan beriman dan bersenang,tanpa diuji setakat mana ia mampu untuk menjadi sebenar-benar hamba yang setia dan patuh lagi taat kepadaNYA.




                                    ( 4 ) متن (matan/tesk yang keempat)

                                                 حيٌّ قيومٌ لا تأخذُهُ سِنةٌ ولا نَومٌ
Maha Hidup,Maha Kekal lagi mentadbir sekalian ciptaanNYA,tidak ditimpa rasa mengantuk dan tidur.




                                          المفردات (Al-Mufradat/Kosakata)


  • حيٌّ (hayyu/hidup) : bukanlah bermaksud حيّ (hayya/mari),jadi apabila disandarkan untuk Allah azza wa jalla,maka ia bermaksud yang bersifat Maha hidup secara azali dan sediakala yang tiada permulaan serta tidak berhajat kepada roh,daging mahupun darah dan sebagainya.


  • قيومٌ (qayyum/mentadbir sekalian ciptaan,kekal) : ia tidak bermaksud Allah itu menjelma dan bersatu dalam rupa atau diri makhluk,terdapat para Ulama menafsirkan قيومٌ (qayyum/mentadbir sekalian ciptaan,kekal) dengan makna : "Zat yang Maha Kekal yang tidak akan binasa".


  •  سِنةٌ (sinatun/mengantuk) : ialah yang mana ini merupakan sifat makhluk,Maha Suci Allah daripada sifat yang menyamai makhluk.


  •  نَومٌ (nawmun/tidur) : ialah merupakan sifat bagi makhluk sahaja,apabila akal sudah hilang dan  tiada mendengar percakapan orang disebelahnya lagi,Maha Suci Allah daripada sifat demikian.




                           ترشد من الاية (Turshidu minal ayat/panduan daripada ayat)


  • Allah adalah bersifat dengan sediakala dan tiada permulaan ataupun had ukuran,tiada pula menjelma dalam diri makhluk tiada juga bersifat dengan sifat makhluk.Sifat seperti menyayangi adalah umum,namun cara menyayangi Allah itu tiada diketahui caranya.Maka fikirkanlah ciptaan Allah,dan janganlah berfikir dengan zat-zat Allah azza wa jalla.





                                    ( 5 ) متن (matan/tesk yang kelima)


عالمُ الغيبِ والشهادَةِ، لا يخفَى عليهِ شىءٌ في الأرضِ ولا في السماءِ، يعلَمُ ما في البر والبحرِ، وما تسقُطُ من ورقَةٍ إلا يعلمُهَا، ولا حبةٍ في ظلماتِ الأرضِ ولا رَطبٍ ولا يابسٍ إلا في كتابٍ مبينٍ. أحاطَ بكل شىءٍ عِلمًا وأحصَى كلَّ شىءٍ عَدَدًا
Maha mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata,tidak tersembunyi padaNYA segala sesuatu yang berada dibumi mahupun dilangit,Dia Maha mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut,dan tidaklah gugurnya dedaunan melainkan diketahuiNYA,dan tidak ada biji didalam kegelapan bumi(perut bumi) sama ada yang basah mahupun yang kering kecuali sudah tertulis didalam kitab yang nyata.IlmuNYA meliputi segala sesuatu,dan dia Maha mengetahui jumlah dan bilangan segala sesuatu.






                                     المفردات (Al-Mufradat/Kosakata)







  • الغيبِ (ghaibi/yang tidak kelihatan pada mata kasar) : sesuatu yang ghaib itu adalah bermaksud seperti halnya neraka,syurga,jin,angin,akhirat,hari kiamat,padang mahsyar dan sebagainya.


  •  يخفَى (yakhfa/tersembunyi) : ini bermaksud yang tersembunyi seperti halnya didalam sel-sel tubuh badan makhluk,makhluk di dasar laut dan sebagainya.

  •  البر (barri/daratan) : segala sesuatu yang berada di setiap daratan,dari jenis makhluk,tumbuhan serta kebendaan dan sebagainya.

  • البحرِ (bahri/lautan) : segala sesuatu yang berada di dasar laut dan di permukaan nya.

  • حبةٍ في ظلماتِ الأرضِ (habbatin fi dzulumatil ardhi/biji didalam perut bumi) :  dikatakan biji-bijiran daripada tumbuhan serta buah-buahan dan begitu juga halnya bercucuk tanam dan segala perbuatan manusia di alam bumi ini.

  •  ولا رَطبٍ ولا يابسٍ (wala ratbin wala yabisin/sama ada yang basah mahupun yang kering) : basah dan keringnya sesuatu itu yang umum.

  •  إلا في كتابٍ مبينٍ (illa fi kitabin mubin/kitab yang nyata) : jadi bila telah sampai pada ayat ini menjadikan makna sebelum-sebelum ini menjadi sempurna,ini bermakna setiap perbuatan dan apa-apa yang berlaku,sama ada basah dan keringnya,semua itu sudah tertulis didalam kitab yang nyata,yang dikenali dengan اللوح المحفوظ (lauh mahfuz/kitab yang nyata),dikatakan disitu tertulislah apa-apa segala kejadian di alam ini dan sebagainya sehingga hari kiamat.

  •  أحاطَ بكل شىءٍ عِلمًا (ahatha bikulli syai-in 'ilman/IlmuNYA meliputi segala sesuatu) : bermaksud ilmu dari segi umum mahapun terperinci,Dia Maha Mengetahui sesuatu itu sejak azali,dari sebelum terciptanya serta terjadinya tempat,makhluk,bentuk,kebendaan,kelakuan dan sebagainya.Ilmu Allah itu Maha Luas dan tiada bandingan,Maha Esa lagi abadi,tidaklah sama sekali ilmu sempurna pada makhluk itu sama dengan sempurnanya ilmu Allah,tidak layak bagi makhluk disandarkan kepada Allah.


  • وأحصَى كلَّ شىءٍ عَدَدًا (wa ahso kulla syai-in 'adada/dan dia Maha mengetahui jumlah dan bilangan segala sesuatu) : bermaksud segala apa pun bilangan dari segi yang tidak dapat dibilang oleh mata kasar manusia mahupun boleh dibilang,Dia Maha Mengetahui tanpa ada pengiraan,dan Dia Maha Mengetahui sesuatu terjadinya sejak azali lagi.





                    ترشد من الاية (Turshidu minal ayat/panduan daripada ayat)



  • Allah Maha Mengetahui dari sebelum adanya sesuatu ciptaanNYA sejak azali lagi,bukanlah Allah itu baru mengetahui sesuatu bila terjadinya sesuatu itu.Maha suci Allah daripada sebarang kejahilan yang bersamaan dengan makhluk,sedang Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Luas IlmuNYA serta tidak pernah putus,mahupun berubah-ubah.



Alhamdulilah,puji saya pada Allah,matan ini ada lagi baki dalam 26 lagi,akan di siapkan dalam masa yang akan mendatang,terimalah hasil daripada saya yang faqir lagi hina di depan Allah azza wa jalla.

Pada yang tepat serta benar itu datangnya daripada Allah dan keburukan itu datangnya daripada Allah jua,kita hanyalah pelakon yang mempunyai pilihan tersendiri,sedang pencipta segala sesuatu itu hanyalah bagi Allah tuhan sekalian ciptaan.

Wallahu Ta'ala A'lamul Ghuyub,
Wabillahi taufiq wal hidayah,
Wasalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuhu.

Thursday, March 29, 2012

Pembetulan Satu Kewajipan Ummah :- Tafsir Ayat Fitnah

Assalamu’alaikum Wa RahmatuAllahi Wa Barakatuhu..

Alhamdulillah ,kita bersyukur dan memuji sebanyak-banyaknya,meminta ampun dari apa jua kesalahan sama ada yg diketahui atau tidak diketahui dan kita memohon agar dijauhkan daripada segala
Percakapan yg sia-sia dan penyewelengan kata-kata..Aku bersaksi bahawasanya Allah itu tuhanku dan  tidak ada yg sekutu baginya dan aku bersaksi dgn sebenar-benar saksi bahawasanya Nabi  Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah dan hambaNYA yg menjadi kekasih kesayanganNya..Maka sesiapa yg mendapat hidayah daripadaNya,tidak kan didapati pada dirinya kesesatan,dan sesiapa yg disesatkanNya,maka tidak akan didapati penolong yg akan memberinya petunjuk..

Adapun selepas itu,maka Sebaik-baik perkara yg berlaku adalah kitabuAllah yg mulia dan sebaik-baik hidayah adalah Nabi Muhamad kita Shallahu ‘alaihi wasallam,dan seburuk-buruk perkara itu adalah perkara yg dibuat-buat,dan setiap yg dibuat-buat itu adalah bid’ah,dan setiap bid’ah itu adalah sesat,dan setiap yg sesat itu adalah menuju ke neraka..

Dan aku bersaksi bahawasanya benar akan firman tuhanku mengenai ayat "Wal fitnatu ashaddu minal qotli" dan firmanNya "Wal fitnatu akbaru minal qotli..", yg bermaksud "Sesungguhnya fitnah itu adalah lebih dasyat daripada membunuh" dan "Sesungguhnya fitnah itu lebih besar daripada membunuh",jadi apakah maksud disitu?apakah ianya benar-benar satu maksud yg telah difahami kita selama ini iaitu fitnah dgn erti menuduh org?

Alhamdulilah,pada hari ni saya diberi kesempatan lagi membuat satu artikel mengenai kesalahan kita didalam memahami maksud sebenar didalam ayat Al-Quran mengenai “FITNAH” dan membetulkan kesalahan kita adalah satu perkara yg ibadah,yg mana kita akan mendapat pahala dgn membetulkan kesalahan kita,krn memang fitrah manusia itu tidak pernah selamanya baik belaka,dan fitrah juga manusia itu memohon kesalahan diatas apa yg telah berlaku.

Maka dgn itu saya telah mengada-ngadakan satu bid’ah yg baik menurut ijma’(sepakat ulama) iaitu membuat artikel mengenainya,krn apa dikatakan bid’ah,krn tidak pernah ada contoh atau ikutan daripada Rasulullah S.A.W,dan saya memohon ampun daripada setiap kesalahan saya pada para pembaca,krn yg baik itu adalah daripada Allah,dan yg buruk itu adalah daripada kesilapan dan kesalahan saya sendiri,jadi mari kita mulakan pembicaraan mengenainya sekarang tanpa melengahkan masa..

Bismillahir rahmanir rahim..

*(PENDAHULUAN)

Fitnah :  apakah maksudnya dari segi bahasa?

Didalam kamus Al-mu’jamul ‘arabiyyul malizi al-kabir kita akan dapati maknanya seperti berikut :-
Fatana yaftinu fatnan futunan : -
1. dia adalah al-ma’adina – meleburkan,seperti kita katakan : fatanathun nar yg bermaksud sesuatu yg dileburkan.
2. Shahsun menunjuk kan pada seseorang,maka dia bermaksud menyiksa untuk mengubah pendiriannya.seperti didalam (surat Al-Buruj : Nombor  85 ayat ke 10).
3. Dia juga bermaksud ”diuji” seperti dalam (surat At-taubat : Nombor 9 ayat ke 126).
4. Menunjuk kan sesuatu keatas seseorang seperti menarik atau menggoda,contoh dikatakan : fatanahul mal yg bermaksud Harta yg mengujinya atau fatanathul mar-ah yg bermaksud perempuan yg menggodanya.
5. Ataupun menunjukan keatas seseorang yg melakukan sesuatu seperti “berpaling” contoh seperti dalam (surat Al-maidah : Nombor 5 Ayat ke 49).

Ada sesetengahnya juga  yg menujuk kan keatas makna syaitan atau pencuri yg mengaku baik.
Seperti didalam Hadith mengatakan “Al muslimu Akhul Muslimi yas’uhuhal ma-u wash shajaru,wa yata’awanani ‘alal “fattani” yg bermaksud “Seorang muslim itu adalah saudara kpd muslim yg lain,kedua-duanya berkongsi air dan pokok serta saling tolong-menolong untuk menghadapi “syaitan”(Al-Hadith).
Menurut sebahagian lainnya.Fitnah bererti adalah memasukkan emas ke dalam api untuk menguji kualitinya.Perkataan ini biasanya diunakan dgn makna ujian dan cubaan.Kadang-kadang fitnah ini datang dari Allah dan kadang-kadang pula dari manusia,seperti sakit,musibah,kematian,azab dan pelbagai tragedi lain.(selesai nukilannya oleh Ibid.j.4,h.166,167 dan 169).

Maka kesimpulannya fitnah itu adalah diertikan dgn menuduh dia akan seseorang atau mengatakan sesuatu berita terhadap seseorang  tanpa sebarang bukti atau pun adanya bukti akan tetapi sebenarnya tidak benar  akan buktinya.itu daripada segi definisi yg difahami oleh masyarakat kita.
Jadi,apakah maksud yg sebenarnya ?yg betul-betul difahami didalam makna  konteks  ayat Al-Quran?

*(BERAPA KALI KAH DISEBUT AYAT MENGENAI “FITNAH” DIDALAM AL-QURAN AL- KARIM ITU??)
Perkataan fitnah telah disebut dan diulang-ulang didalam Al-Quran sebanyak “34 kali” iaitu didalam  surat Al-Baqarah (2) : 191,217,102,193 dan Ali ‘Imran (3) : 7 dan An-Nisa’ (4) : 91 dan Al-Maidah (5) : 41,71 dan Al-An’am (6) : 23 dan Al-A’raf (7) : 155 dan Al-Anfal (8) : 25,28,38,73 dan At-Taubat (9) : 47,48,49 dan Yunus (10) : 85 dan Al-Isra’ (17) : 60 dan Al-Anbiya’ (21) : 35,111 dan Al-Hajj (22) : 11,53 dan An-Nur (24) : 63 dan Al-Furqan (25) : 20 dan Al-Ankabut (29) : 10 dan Al-Ahzab (33) :  14 dan As-Saffat (37) : 63 dan Az-Zumar (39) : 49 dan Az-Zariyat (51) : 14 dan Al-Qamar (54) : 27 dan Al-Mumtahinah (60) : 5 dan At-Taghabun (64) : 15 dan Al-Muddaththir (74) : 31.
Manakala perkataan Al-Futun jamak kpd perkataan fitnah telah disebutkan sekali sahaja pada surat Taha (20) : 40.Begitu juga dgn perkataan Fatinin telah diulang sekali didalam surat As-Saffat (37) : 162.Perkataan Maftun juga diulang sekali dalam surat Al-Qalam (68) : 6.
(Selesai nukilan mengenai berapa perkataan ayat fitnah didalam Al-Quran)

*(MAKNA KONTEKS SEBENAR-BENARNYA YG DIFAHAMI DIDALAM AYAT AL-QURAN)
Mengikut Ad-Damaghani(1970M) perkataan ayat Al-Quran mengenai fitnah itu mempunyai 11 makna yg digunakan iaitu :-
1.Kemusyrikan.
2.Kekafiran.
3.Azab.
4.Ujian dan Dugaan.
5.Dibakar dgn api.
6.Pembunuhan.
7.Dihalang-halangi dari jalan yg benar.
8.Kesesatan dan Kebingungan.
9.Uzur.
10.Kesukaran.
11.Gila.
(Selesai nukilannya Ad-Damaghani(1970M),op.cit.,h.347,348 dan 349).

*(APAKAH YG DIMAKSUDKAN OLEH AYAT AL-QURAN “WAL FITNATU ASHADDU MINAL QOTLI DAN WAL FITNATU AKBARU MINAL QOTLI,YG MANA SERING DIGUNA PAKAI OLEH KITA DIDALAM MENGHUJAHI SEORANG YG TERKENA FITNAH??)

Mengikut keterangan imam ibnu kathir yg  menjelaskan bahawasanya imam Abu ‘Aliyah,mujahid,said bin jubair,ikrimah,al-hasan,Qatadah,Ad-Dhohak dan rabi’ ibn anas mengertikan “FITNAH” ini dgn makna “SYIRIK” jadi makna sebenarnya disitu ialah “Dan Syirik itu lebih dasyat daripada membunuh”.
(Selesai nukilannya)

Didalam kitab lubabun nuqul fi asbabin nuzul oleh imam jalaluddin as-sayuthi mengenai sejarah penurunan ayat Al-Quran “….WAL FITNATU ASHADDU MINAL QOTLI….”(Surat Al-Baqarah (2) : 190-193) dan ”…..WAL FITNATU AKBARU MINAL QOTLI…..”(Surat Al-Baqarah (2) :  217).adalah sebagai berikut :-
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini diturunka berhubungan dgn peristiwa”Perjanjian di hudaibiyah” iaitu ketika Rasulullah dihalangi oleh kaum Quraisy untuk memasuki BaituAllah.Adapun isi kandungan perjanjian tersebut antara lainnya ialah :-
“Agar kaum muslimin menunaikan umrah pada tahun berikutnya”.
Maka apabila telah sampai masanya mengikut perjanjian,kaum muslimin telah menyiapkan diri untuk menunaikan umrah,Akan tetapi mereka merasa bimbang,jikalau kaum Quraisy tidak menepati janji-janji mereka,malahan mereka memerangi dan menghalangi kaum muslimin untuk memasuki ke masjidil haram,sedangkan mereka(kaum muslimin) enggan berperang pada bulan haram krn pada hari itu adalah diantara bulan yg haram berperang.Maka telah turunlah ayat ini surat Al-Baqarah (2) : 190-193 yg membenarkan berperang untuk membalas serangan musuh.(Diriwayatkan oleh Al-Wahidi dari Al-Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)

Dan ayat lain yg berikutnya,yg semisal atau sama perkataan yg sering diguna lagi oleh kita iaitu
”…..WAL FITNATU AKBARU MINAL QOTLI…..”(Surat Al-Baqarah (2) :  217).
Menurut suatu riwayat,Rasulullah s.a.w telah mengirim suatu pasukan di bawah kepimpinan Abdullah bin jahsy.Mereka telah bertempur dgn pasukan yg dipimpin oleh ibnu Hadhrami.Dan akhirnya telah tewas pasukan musuh dan telah terbunuhlah ketua pasukan musuh itu,dan pada waktu itu sebenarnya tidak berapa jelas mengenai bulan mereka berperang sama ada bulan Rejab atau jamadil awwal dan jamadil akhir.Akan tetapi pihak musyrikin telah menggempar-gempurkan berita bahawa kaum muslimin telah berperang pada bulan haram.Maka Allah telah menurunkan ayat ini (Surat Al-Baqarah (2) : 217).
(Selesai nukilan oleh imam as-sayuthi)

Jadi begitulah keterangan-keterangan mengenainya oleh ulama-ulama masyur,bahawasanya tiada satu pun didalam ayat Al-Quran mengenai apa yg telah dihujahi kita selama ini,AstaghfiruAllahal ‘Azim,inilah yg dikata-katakan oleh ulama adalah satu fitnah dalam agama dan satu bid’ah yg tercela,didalam Al-Quran Allah telah berfirman :- “WAHAI ORANG-ORANG YG BERIMAN,JIKA DATANG KPD KALIAN  ORANG YG FASIK MEMBAWA BERITA,MAKA TELITILAH BERITA ITU AGAR KALIAN TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG KEPUTUSAN KPD SUATU KAUM,TANPA PENGETAHUAN SEHINGGA KALIAN AKAN MENYESAL ATAS APA YG TELAH KALIAN KERJAKAN”(Surat Al-Hujurat (49) : 6),jadi sekiranya kita mendapati ada dikalangan masyarakat kita yg berhujahkan dgn berlatar belakangkan ayat tersebut,maka wajiblah kita  yg telah mengetahui perkara sebenar ini dgn menegurnya,agar tidak terus-menerus membuat bid’ah yg tercela dan fitnah didalam agama yg tidak diketahui,moga dgn ikhlas amalan kita ini dgn menegurnya secara hikmah beroleh pahala yg berganda-ganda..
(Alhamdulilah,selesai nukilan oleh saya)

Dan Allah itu maha mengetahui apa-apa yang telah saya ulas kan,

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

Wasalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu...

Tuesday, March 27, 2012

FAKTA PENGUKUHAN,KECELARUAN UMMAT

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah,tuhan kami,tiada tuhan melainkanNYA dan Nabi Muhammad adalah pesuruh dan hambaNYA,mudahan dijauhkan dari segala perilaku yang buruk,hanya bagi NYA segala kebaikan,dan yang buruk itu adalah kesilapan manusia.Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan daya serta kekuatan dari NYA...

Pada hari ini,alhamdulilah..dipanjangkan nyawa untuk menjadi sebab-sebab umat Islam beroleh manfaat,dan moga manfaat yang telah saya bina ini dapat memberikan manfaat yang berterusan hingga ke hari kiamat.Saya bersaksi,"bahawa hendaklah orang yang hadir dikalangan kamu menyampaikan kepada orang yang tidak hadir,mudah-mudahan Allah memberi sinar kepada wajah orang yang mendengar ucapan ku (ucapan Baginda s.a.w),kemudian menjaganya dan mengamalkannya sebagaimana yang telah didengari itu".(Muttafaq 'alaihi,tirmidzi,ibnu majah,abu daud dan Hadith ini Sahih).

Dan dengan itu saya hendak berkongsi berkenaan "Hadith Najad",hadith Najad berkenaan bukanlah perihal agama,ianya merujuk kepada suatu tempat negeri didalam geografi,dan kalau di lihat peta sekarang,Negeri Najad telah pun di "Gubah" oleh puak Wahhabiyyah dengan julukan nama Riyadh.InshaAllahu Taala juga dalam masa yang sama ingin membantu sahabat-sahabat dapat berhujjah kepada mereka puak Wahhabiyyah yang menolak hujjah Ahlus sunnah Wal Jamaah berkenaan Hadith berikut.

Kononnya adalah terletak di Negeri Iraq.Perbahasan ini adalah bersifat umum,oleh itu tak perlu lah ada pihak yang mengkritik dan sebagainya.Moga-moga kita tergolong didalam golongan yang berdisiplin didalam mengutarakan pendapat dan FAKTA yang sebenar.Maka dengan itu mari sama-sama satu persatu kita rajin kan diri untuk tambahkan "knowledge/pengetahuan" :-

Didalam Sahih Imam Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,An-Nasa'ie dan Ibnu Majah Rahmatullahi 'alaihi yang berbunyi :-

"YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI." LALU SAHABAT BERTANYA : "NEGERI NAJAD KAMI WAHAI RASULULLAH?" BAGINDA BERSABDA LAGI SAMBIL MENGULANGI DOANYA YANG SAMA : "YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI."

LALU SAHABAT BERTANYA LAGI SOALAN YANG SAMA DAN MENYANGKA BAHAWA RASULULLAH S.A.W AKAN MENDOAKANNYA PADA DOA YANG KETIGA.LALU RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "DISANALAH (NAJAD) TIMBULNYA GEMPA BUMI (KEKACAUAN),FITNAH DAN MUNCULNYA TANDUK SYAITAN."

Sebahagian Ulama mengatakan :-

Jadi dengan sebab hadith berkenaan ini lah,yang membuatkan para-para sahabat tidak ada lagi yang menetap atau bermukim di tempat yang akan timbulnya kekacauan,fitnah dan munculnya tanduk syaitan,yang datang di negeri Najad berkenaan hanyalah datang sebagai ziarah untuk berperang disebab kan berlakunya perang bani hanafiyyah atau peperangan Riddah yang  berlaku pada bulan disember tahun 632 M,yang dipimpin oleh Musailamah pendusta.

Serta wujudnya Muhammad Ibn Abdul Wahhab yang digelarkan Golongan Wahhabiyyah pada tahun 1153 H/1744 M bersama-samanya juga dipimpin oleh Muhammad Bin Su'ud,dan hasil pemberontakan puak Wahhabiyyah ini lah Negara tersebut dinamakan Saudi Arabia(Padahal bukan pun tempat diorang,bukan pun tempat tu asal keturunan diorang,biasalah arab badwi ni -Pent-).

Buktinya sila lihat didalam kitab ( Gambar ) :-



Didalam kitab tersebut yang berbahasa arab,telah menyebutkan ( Gambar dan terjemahan nya ) :-



"Dan sebahagian Ulama mengatakan :- Yang di maksud kan daripada Tanduk Syaitan itu adalah merujuk kepada munculnya Musailamah Pendusta dan Muhammad Bin Abdul Wahhab.."



Dan sebahagian kitab sejarah mencatatkan,setelah berlakunya siri peperangan Bani Hanafiyyah,keluar lah di akhir zaman didalam negeri Musailamah Pendusta akan seorang lelaki yang mengubah Agama Islam.Dan telah datang sebuah Hadith daripada Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu 'Anhum,beliau mengatakan Bani Hanafiyyah itu adalah kaum Musailamah Pendusta,dan didalamnya beliau telah berkata :-

Bahawasanya lembah yang dihuni mereka itu sentiasa mengeluarkan fitnah sehingga ke akhir zaman. Dan sentiasa fitnah itu keluar dari kalangan pendusta mereka sehingga ke hari Kiamat. Di dalam riwayat yang lain disebutkan : Kecelakaanlah bagi Al-Yamamah sebagai satu kecelakaan yang berterusan.-Tamat Nukilan-




Justeru selain daripada siri peperangan tokoh berkenaan,ada beberapa lagi siri peperangan,kekacauan dan kefitnahan agama Islam dan sebagainya telah berlaku dibeberapa kawasan sekitar Negeri Najad antara lain nya peperangan :-

( Thalhah al-Khuwailid )
•Daripada Bani Asad di Najad.
•Antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam solat dan zakat.
•Pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.

( Perang Daumatul Jandal )
•4000 tentera Islam berhadapan dengan 15000 Bani Kilab yang murtad.
•Daumatul Jandal terletak antara Syam dan Kufah.
•Khalid al-Walid datang dengan 6,000 tentera lalu mengalahkan Bani Kilab. 



( Perang Zafar )
•Dipimpin oleh seorang wanita murtad bernama Salma.
•Dibunuh Khalid al-Walid di Zafar. 



( Perang Darin )
•Berlaku di Pulau Darin di Teluk Parsi (sekarang dalam negara Bahrain).
•Diketuai oleh Hutam. Mereka berundur lalu berkubu di Pulau Darin.
•Selepas sebulan, Ala bin Hadrami menyerang ketika tentera Hutam sedang berpesta.
•Hutam berjaya dibunuh. 


Buktinya didalam kitab ( Gambar ) berikut :-





Didalam kitab itu telah menyebutkan ( Gambar berserta fakta Geografi ) :-


الارتداد - adalah perbuatan mengikuti para peramal murtad,seperti Thalhah Bin Khuwailid,Al-Aswad Al-Unsi dan musailamah pendusta.Mereka juga menolak untuk membayar zakat setelah Rasulullah s.a.w wafat.
Didalam peta berkenaan(bertanda "X") adalah kawasan dan sekitarnya bagi Negeri Najad yang mana pernah berlaku  beberapa"kes Murtad".( Untuk keterangan lebih lanjut mengenai siri peperangan berikut,inshaAllah boleh didapati dimana-mana kedai buku berdekatan untuk penambah baik maklumat,kerana apa yang saya mahu bincangkan bukanlah berkenaan ini).

Alhamdulilah setelah ditelusuri dengan beberapa fakta peperangan dan fitnah Musailamah Pendusta dan Muhammad ibn abdil Wahhab serta yang berada di sekitarnya.Anda perlu teliti bahawa kes antara zaman fitnah Musailamah Pendusta dan Muhammad Ibn Abdil Wahhab adalah tidak sama,ini kerana zaman Musailamah Pendusta adalah telah lama berabad berlaku dan setelah itu barulah munculnya fitnah baru iaitu Golongan Wahhabiyyah yang diasaskan oleh Muhammad Ibn Abdil Wahhab.

Mengapa disandarkan kepada Muhammad Ibn Abdil Wahhab itu dengan sandaran Wahhabiyyah.Ini kerana sandaran itu telah diguna pakai sendiri oleh kritikan abangnya (Sheikh Sulaiman Ibn Abdil Wahhab) dalam membendung fahaman aliran sesat adiknya itu(Muhammad Ibn Abdil Wahhab).Bahkan sebenarnya julukan itu adalah adat kebiasaan keturunan Arab,yg akan menyandarkan nama keturunan mereka kepada seseorang yang berketurunan sesama mereka.(Boleh lihat dalam keterangan saya mengenai "Siapakah Wahhabiyyah" di blog ini).

Mereka yang kebanyakan apabila dikatakan para Ulama bahawa Muhammad Ibn Abdil Wahhab adalah penimbul teras utama dalam perpecahan majoriti umat Islam,kebanyakannya lebih kepada aliran fahaman puak Wahhabiyyah,lantas dengan kritikan itu,telah membuatkan sikap  mereka seperti "Cacing kepanasan",tambahan dalam masa yang sama,boleh pula memalsukan fakta-fakta serta membuta kan diri mengikut telunjuk lubang najis itu(Muhammad Ibn Abdil Wahhab).

Lantas dengan keluarnya Hadith Najad ini,ramai para Ulama tidak kira daripada yang Wahhabiyyah atau Non-Wahhabiyyah,bakal menolak dan berhujjah dengan kebenaran masing-masing,serta ada pula wujud pihak mereka memalsukan Hadith berkenaan demi fahaman menyeleweng mereka itu dan begitulah sebaliknya.Sehingga mungkin kebanyakan kitab yang telah kita teliti daripada golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) banyak nya telah ditokok tambah dan di tukar-tukar kan,dan hanya sebahagiannya sahaja yang masih selamat untuk dijadikan pegangan bagi menolak dan membendung kegiatan dakyah mereka.
Moga Allah membantu kita..

Maka bagi mereka yang telah berhujjah dengan beberapa hujjah terbatas pengetahuan para Ulama mengenainya(Hadith Najad),akan saya saringnya dan berhujjah secara disiplin ilmiah serta dikuatkan dengan isu-isu fakta terhadap peta dunia kepada mereka.Sebagaimana yang telah dilakukan para Ulama Muktabar,moga Allah membantu saya dan semua umat Islam...

Pertamanya adalah persoalan,yang di hujjah kan kebanyakan para Salafi "Palsu" atau secara metodologinya adalah Wahhabiyyah,antara berikut ialah :-

Soalan 1 :- “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Bukhari, dalam Sahih al-Bukhari, no: 6681]

Hadis ini menunjukkan negeri Najd tersebut adalah tempat keluarnya Tanduk syaitan serta berlakunya gempa bumi dan fitnah daripada tempat tersebut. Persoalannya, "Najd" yang disebutkan dalam hadis ini ialah Najd yang mana? Adakah Najd yang bertempat di Arab Saudi demi meyakinkan ajaran wahabi adalah ajaran yang membawa fitnah..

Untuk mengetahui dengan lanjut makna/ maksud sebenar hadis ini adalah dengan melihat hadis lain yang menerangkan dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut. Hadisnya adalah seperti berikut:

Soalan 2 :- Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”. Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Thabrani dalam Mu'jam al-Ausath (1/246 & 1/4256), Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyik (1/120), Abu 'Ali al-Qusyairy al-Harany dalam Tarikh al-Raqah (2/20/1-2), Abu Nu'aim dalam al-Haliyyah (6/133), dan lain-lain; Rujuk Silsilah al-Sahihah, no: 2246]

Ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dimana Salim Ibn Abdullah Ibn Umar Radhiallahu'anhuma pernah berkata:

Soalan 3 :- Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…” [Hadis riwayat Muslim, dalam Sahih Muslim, no: 2905] 


Soalan 4 :- Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah :
Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah” [Lihat Fathul Bari, Syarah Sahih bukhari, 13/47] 

JAWAPAN NYA :- 
Bismillahir Rahmanir Rahim farrij 'alal muslimin,tawakkaltu 'ala Allah wa la hawla wa la quwwata illa billah.Berkenaan hujjah ini akan dijawab satu persatu oleh saya,inshaAllah moga diberi taufiq dan hidayahNYA... :-

Jawapan 1 :- Hadith berkenaan Negeri Najad ini bukan lah terbatas hanya didalam Sahih Imam Bukhari,bahkan selain daripadanya adalah seperti Imam Muslim,Abu Daud,Tirmidzi,Nasa'ie dan Ibn Majah.Lagi pun tiada satu pun sebenarnya dalam karangan para Ulama Muktabar Hadith yang mengatakan Negeri Iraq.Jadi bagaimana anda boleh membawa hujjah lafaz matan ini adalah riwayat Bukhari sahaja?Dan yang lainnya tiba-tiba "Iraq" ? Maka ternyata hadith berkenaan adalah keluaran versi Ulama Wahhabiyyah iaitu Sheikh Al-Albani yang tertipu dengan kedangkalan diri nya yang bertemakan nafsu.Saya yakin ramai yang sebenarnya tidak tahu darjat sebenar tahap keilmuan Sheikh Al-Albani berkenaan,sudah kah pernah menyelusuri beberapa metodologi beliau? Maka kalau sudah,bererti anda telah tertipu dengan nya.

Disini saya membawa beberapa pendekatan tentang Sheikh Al-Albani yang banyak telah dikritik oleh para Ulama.Antaranya ialah kenyataan Murid Kanan al-Allamah al-Imam al-Muhaddith Sheikh Abdullah bin As-Siddiq al-Ghumari iaitu Al-Allamah Sheikh Mahmud Said Mamduh tentang kesilapan metodologi hadith yang diperjuangkan Al-Albani dan para muridnya. Beliau telah mengarang banyak kitab untuk mendedahkan beberapa kesilapan metodologi Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam ilmu hadith.


Antara karangan beliau ialah : "At-Ta’rif bi Awham Man Qassama al-Sunnan Ila al-Sahih Wa al-Dhaif (Satu pengenalan bagi mereka yang mendatangkan kesamaran dengan membahagikan Al-hadith kepada Sahih dan Dhaif). Kitab ini berjumlah enam jilid bermula bab Taharah (bersuci) sehingga bab kelebihan Makkah. Di dalam kitab ini Allamah Sheikh Mahmud Said Mamduh berjaya menjelaskan metodologi songsang Al-Albani satu persatu. Beliau telah mengesan hampir "1000 hadith" yang telah ditashih (sahih) dan ditad’ifkan (lemah) mengikut selera hawa nafsu Sheikh Al-Albani. Penjelasan ini membuktikan Sheikh al-Albani tidak memiliki konsistensi kukuh dalam pentashihan hadith.


Walaupun menceburi bidang hadith, Sheikh Al-Albani sebenarnya tidak mempunyai silsilah perguruan dalam bidang hadith secara bersanad. Jika dikaji secara "teliti" dalam terjemahan biografi Sheikh al-Albani, tidak diketahui siapakah gurunya yang meriwayatkan hadith kepadanya. Ajaib sekali jika seseorang yang menceburi bidang hadith tidak memiliki guru hadith yang memiliki silsilah yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Disamping itu, Sheikh Al-Albani juga bertanggungjawab merungkai metodologi ilmu hadith yang telah sekian lama disusun rapi oleh para ulamak hadith. Contohnya :- Para ulama hadith telah sepakat membahagikan hadith kepada 4 bahagian Utama : Iaitu Hadith Sahih, Hadis Hasan/Maqbul (yg tidak menepati spesifikasi sahih dan tidak pula dhaif), Hadith Dhaif dan Hadith Maudhu' (Rekaan). Tetapi bila hadirnya Sheikh Al-Albani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadith kepada dua bahagian sahaja. Iaitu Hadith Sahih dan Hadith Dhaif/Maudhu' (rekaan).


Bukan sekadar itu, Al-Albani juga turut menjelaskan bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif berkenaan. Sedangkan para ulama menaskan : ”Para Ulama Hadith, Feqah dan selainnya menjelaskan : Diharuskan dan disunatkan beramal dengan hadith dhaif di dalam kelebihan-kelebihan perkara ibadah, galakan terhadap janji-janji baik Allah dan larangan terhadap janji-janji buruk Allah selagi mana hadith tersebut tidak mencapai tahap hadith  Maudhu' (rekaan),”-Imam As-Suyuthi di dalam Kitabnya Tufah al-Abrar dan Imam An-Nawawi di dalam al-Azkar, hlm 14, Cet Dar al-Makrifah, 1996



Oleh itu, tidak pelik jika ada pihak yang membicarakan ilmu hadith, secara sombong menolak keberhujahan hadith-hadith hasan atau hadith dhaif dalam bidang dan kelasnya sebagaimana yang dibenarkan para Ulama hadith, feqah dan selainnya. Dakwaan mereka,bahawa hadith berkenaan tidak sahih. Atau hadith berkenaan adalah hadith dhaif. Ternyata sikap begini tidak mencerminkan metodologi Ahlul Hadith yang sebenar. Sebaliknya, mencerminkan sikap penolakan terhadap hadith secara halus. Inilah salah satu hasil dari pegangan Ijtihad Al-Albani yang perlu ditolak secara jujur.

Selain itu, Al-Albani juga begitu gigih ingin menilai semula hadith-hadith Nabi s.a.w yang telah dinilai sahih oleh para Ulama Muktabar sebelumnya.Dalam kes ini, perlu dipertanyakan Siapakah Al-Albani dan siapakah gurunya? Dimana sanadnya atau silsilah (penyampaian) periwayatannya? Dimana Standard beliau dalam disiplin ilmu hadith? Apakah beliau Al-Hafiz, Al-Hakim, Al-Hujjah, Pakar Ilal(cacat-cela) Al-Hadith? Pendek kata, Sheikh Al-Albani juga perlu dinilai secara Jarh dan Ta'dil oleh para Ulama yang layak menilai penghadithan nya. jadi, mengapa harus ada "pihak" yang menuduh kita ekstrem bila kita ingin mengadili beliau berdasarkan metodologi Ahli Hadith yang silam? Sepatutnya, ia bukan isu yang perlu dipertikaikan.


Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan Al-Albani, khususnya bab feqah, disana terdapat "beberapa fatwa syaz* Al-Albani yang bertentangan Ijma' Ulama". Contohnya :- 




  • Masalah wajibnya dipindahkan maqam Nabi s.a.w dari masjid Nabawi Asy-Syarif kerana maqam tersebut dianggap sebagai berhala. Nauzubillahi min zalika. Ummuhatul Mukminin Aisyah r.anha didakwa beliau harus utk berzina dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi sa.w. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar-benar berlaku. Dan direkodkan dalam kitabnya. 

Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya? Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah...


    *(Syaz adalah bermaksud suatu fatwa yang sahih,namun ada lagi fatwa yang terlebih sahih sangat daripada fatwa sahih berkenaan,maka fatwa berkenaan adalah ditolak hujjahnya sama sekali kerana ijma' (sepakati) lebih utama berbanding pendapat sendiri tanpa ijma' (sepakati). Wallahu A'lam Bis Sowab...


    Kini sudah 10 tahun Sheikh Al-Albani bersemadi di Tanah Perkuburan Jabal Nasir, di Amman, Jordan . Namun fikrah dan metodologi hadith moden yang dirintisnya mendapat tempat dalam masyarakat disebabkan beliau pernah menjawat Mahaguru Hadith di Universiti Islam Madinah. 


    Memandangkan metodologi hadithnya bertepatan dengan aliran Salafiah Wahhabiyyah, maka namanya dijulang dan beliau diberi penghargaan serta dimasyhur ke tahap Amir Mukminin Fi al-Hadith. Muncul pula murid-murid yang mengagung-agungkan Al-Albani ke serata dunia, dengan sokongan wang ringgit yang banyak menyebabkan fikrah Al-Albani mudah tersebar dengan cepat. Berbanding karya Ulama yang hebat dalam pelbagai bidang tetapi kurang diberi perhatian sesetengah pemerintah. Akhirnya, karya berkenaan terkubur begitu sahaja.


    Apapun kesalahan Al-Albani dalam bidang hadith perlu diperjelaskan. Bukan bermaksud bila kita membicarakan kesalahan seseorang ulama bererti kita mencela keperibadiannya. Tidak sebegitu ! Bahkan tujuannya ialah "ingin diperbetulkan kesilapannya". Dan memberi ingatan kepada umat ini agar tidak tersalah faham dengan pendapat yang sememangnya salah. Apatah lagi untuk mengambil manfaat dari metodologi songsang yang diperjuangkannya.


    Justeru, diperingatkan kepada para pendakwah, penceramah atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam bidang hadith supaya berpegang kepada metodologi yang telah disepakti Ulama hadith. Dan usah mengambil jalan pintas untuk menghukum hadith jika anda tidak mengetahui disiplinnya.Dikhuatiri, jika anda menukil tashih dan tashih al-Albani, anda akan dikenali sekapal dgn metodologi songsang ini. Dan tidak hairanlah jika anda dituduh Wahhabiyyah. Atau di gam oleh negeri-negeri tertentu.

     Bagi mereka yang tidak tahu apa-apa akan hal ini,dia pasti berkata :- Sheikh Al-Albani pun ulama juga... Saya ni siapa? Masalahnya bukan siapa saya, kita dan mereka.Tetapi permasalahannya ialah metodologi songsang, tiada disiplin ilmu dan kesalahan seseorang perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku keracuan dan salah faham sesama Islam. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu bidang yang melibatkan sumber-sumber perundangan Islam iaitu Al-Hadith. Wallahu'alam Bis Sowab.



    Jawapan 2 :- Usul Hadith mana yang dipakai kan ini?Al-Albani? Demi Allah itu semua tidak benar ! Malah amat sekali pelik.Selama yang saya telah kaji hujjah ini,ada beberapa banyak kesalahannya,iaitu :-



    • Hadith lafaz Bukhari adalah Sahih,jadi bagaimana pula tiba-tiba dengan lafaz Thabrani,didalam kajian fakta geografi saya mengenai Najad,tenyata wujud negeri itu,dan hanya kawasan negeri itu sahaja yang digelar najad.Tiada pun mengatakan Negeri Iraq itu sebagai Negeri Najad.Bahkan dinamakan Negeri Iraq itu disebabkan dekat dengan laut,ada juga mengatakan Iraq kerana tanah nya yang datar,jarang terdapat pergunungan yang tinggi.Tanah datar tersebut itu adalah diantara Sungai Tigris dan Eurafat atau Negeri As-Sawad dan Al-Jazirah.MAKA TIADA SATU PUN DINAMAKAN OLEH AHLI KAJI GEOGRAFI YANG MENGATAKAN IRAQ ADALAH NEGERI YANG DINAMAKAN NAJAD JUGA.Maka amatilah kebenarannya...
    Buktinya ( Gambar ) :-  










    Jawapan 3 :- Lafaz matan ini adalah amat  pelik sekali dan sangat bertentangan dengan lafaz matan yang sebenar didalam Hadith riwayat Imam Bukhari No : 7093 :- 



    عن ابن عمر رضي لله عنهما أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو مستقبل المشرق يقول : " ألا إن الفتنة هاهنا من حيث يطلع قرن الشيطان . رواه البخاري

    Ertinya :- "Dari Ibnu Umar r.a. beliau mendengar Rasululullah s.a.w bersabda dalam keadaan mengarah ke bahagian arah timur Madinah : " Ingatlah bahawasanya fitnah datang dari sana dari tempat terbitnya tanduk syaitan".

    Maka setelah diteliti,lafaz matan Hadith pada soalan 3 tadi adalah pelik,kerana Salim bin Abdullah bin Umar berada di Negeri Iraq,jadi mengapa dikatakan Rasulullah s.a.w dengan mengisyaratkan kearah timur? mengapa tidak keluarkan hadith yang mengatakan "Disinilah terletaknya maksud yang dikatakan Rasulullah" tetapi sebaliknya Salim mengatakan arah timur sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w.Ternyata hadith ini lafaznya telah digubah,Na'uzubillahi min zalika...

    Jadi Alhamdulilah,lafaz matan yang sebenar dapat kita ambil didalam hadith riwayat Imam Bukhari.Bahawasanya yang kita fahami ialah ketika itu Baginda Rasulullah s.a.w berada di Madinah Al-Munawwarah dan Ibnu Umar r.anhu mendengarnya ketika itu juga di kawasan Madinah Al-Munawwarah.Maka justeru dengan itu  isyarat Baginda s.a.w adalah ke arah timur madinah,dan timur Madinah adalah Negeri Najad,bukannya Negeri Iraq yang terletak di sebelah utara.Sila lihat sendiri dengan mata bukan lutut pada peta yang telah diberikan.Maka tolonglah mengerti...


    Jawapan 4 :- Saya pelik lah dan sangat-sangat hairan,dengan kata-kata Al-khattabi :- "Dia kata Najad sebelah timur,lepas tu tiba-tiba pula kata orang yang duduk dekat Madinah itu najadnya Negeri Iraq,dia dekat mana masa tu agak-agaknyalah,dekat planet Marikh kot.Takkanlah tak boleh tengok peta atau menanyakan kepada yang lebih pakar.Padahal Negeri Iraq adalah disebelah utara daripada Kota Madinah Al-Munawwarah,dan di kawasan belah timur Madinah adalah kawasan Negeri Najad,Ada banyak tanda soalan,apakah Al-Khattabi melihat kepada peta dahulu ataupun peta politik ketika itu?Lantas mengeluarkan pendapat yang amat bertentangan dengan hadith dan kedudukan para kaji geografi yang terlebih afdhal? Dan apakah Al-Khattabi Ulama pakar Geografi Dunia? Apakah Sheikh Ibn Hajar Al-'Asqolani termasuk Pakar Geografi Dunia juga?

    Lepas itu dikatakan pula oleh beliau mengikut bahasa,apa kena bahasa dengan fakta Ilmu Geografi Peta Dunia?Perbincangan Najad adalah satu perbincangan mengenai suatu Negeri,bukannya perbincangan mengenai agama,seperti Fiqh atau Aqidah.Tidak bahkan sama sekali tidak,kerana perbincangan ini adalah mengenai "Tempat" tidak perlu ada Ijma' ulama,yang memerlukan dari segi bahasa atau pun syarak.Akan tetapi ianya perlu ada kajian  khusus Peta atau Tempat oleh  Ijma' Ahli Geografi mengenainya.Maka berfikirlah...

    Kalau nak ikut juga bahasa,tak apa.Mari kita lihat sendiri sejauh mana kebenaran bahasa itu mengikut ijma' Ahli yang pakar Geografi dunia  :-

    Najad dikatakan tanah tinggi,sedangkan itu sebenarnya bukanlah mengikut bahasa pun,memang Najad itu  sendiri kawasannya adalah kebanyakan tanah tinggi,bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah(Jalan pesisir pantai laut merah) dikatakan Najad.Ternakan yang dipelihara di Najad diberi minum airnya di Tihamah sebab Tihamah itu kawasannya di pesisir pantai laut merah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Al-Rummah (sumur) dikira Najad sehinggalah ke penghujung Dzatul Iraq dari Wilayah Al-Hijjaz keseluruhannya,barat Al-Yamamah,timur Al-Hijjaz. 

    Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekitarnya adalah al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. "Suatu ketika dahulu manusia akan mengira,apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah Al-Munawwarah adalah Najad.”


    Buktinya  ( Gambar ) :-


    Dan ini ( Gambar  B.Arab )  peta nya :- 



    Atau dalam bahasa kita ( Gambar ) :-



    Lagi satu pula,beliau kata "Najad" : kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada Ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah”.

    Ini sangat-sangat bertentangan dan pelik,mengapa mereka berhujjah dengan perkataan ini,sedangkan mereka bodoh tak faham maksud perkataan Ulama ini dan tidak mengkajinya,lantas dengan "Haprak" lebih nak lawan ASWJ,tengok-tengok kena batang hidung sendiri.sebab Negeri Najad sebenarnya adalah sebelah timur madinah.Demikian pula adalah Daerah Tihamah kebanyakan nya pergunungan dan sedikit tanah tinggi,Kalau kita tengok Geografinya pun sudah tahu,buat apa mahu banyak bertanya dan masih lagi mahu "Tegak kan benang yang basah" ?



    Buktinya tengok peta dan kedudukan Geografinya ini sekali lagi dan silalah amatinya dengan kebenaran dan berfikir lah sebaiknya :-









    Akhir sekali,semoga dengan fakta-fakta,bukti-bukti logik akal berserta kedudukan Najad didalam Geografinya,dapat kita berfikir,kerana "Sebaik-baik orang yang berfikir adalah orang-orang yang tidak terlalu bodoh lagi sombong".



    Dan Allah maha mengetahui apa-apa yang telah saya tuliskan,

    Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, 

    Wasalamu'alaikum Warahmatullahi Wa barakatuhu...


    Saturday, March 17, 2012

    Ulasan oleh saya :- "SIAPAKAH SEBENARNYA WAHHABIYYAH DAN PENOLAKAN ULAMA-ULAMA SEDUNIA TERHADAP ALIRAN ITU"

    Alhamdulilah segala pujian hanya bagi Allah,Tuhan semesta dan sekalian ciptaan yang ada,aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah sahaja dan tiada sekutu bagiNYA,dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul dan hambaNYA.Aku bersaksi bahawasanya tiada setinggi-tinggi kalimah tauhid,melainkan hanya mentauhidkan Allah denagan kalimahnya yang unggul ! LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH...Sesiapa yang sudah di berikan hidayah olehNYA,maka tidak dia akan sesat,dan sesiapa yang telah disesatkan olehNYA,maka tiada yang memberi hidayah,melainkan Allah sahaja.

    Tajuk hari ini saya hendak kupas kan mengenai,SIAPAKAH SEBENARNYA WAHHABIYYAH DAN PENOLAKAN ULAMA-ULAMA SEDUNIA TERHADAP ALIRAN ITU,atau dengan pendekatan tulisan yang selalunya masyarakat memahami ialah Wahabi,maka saya selaku penulis akan menggunakan  pendekatan nama Wahabi sahaja.Justeru sebelum kita mengenalinya dan meneruskan perbahasan bersama-sama,seeloknya kita mengetahui dan memahami sedikit sebanyak istilah makna Wahabi itu berikut  menurut kamus :-

    Dari segi istilah bahasa :-

    الوهاب(Al-Wahhab) - Anugerah,Memberi,Kurnia dan seumpamanya,dan ia termasuk salah satu nama-nama Allah taala yang indah.

    Dari segi istilah ilmu akidah  terbahagi kepada 2 bahagian :-

    الوهاب(Al-Wahhab) - Merujuk kepada fahaman dan gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab  di semenanjung arab timur.Kalau merujuk pada penggunaan istilah kalimah الوهابي(Al-Wahhabiy) pula,
    maka ia bermaksud kepada ayahnya atau disandarkan kepada ayahnya yang bernama,Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali.

    Akan tetapi nama الوهابي (Al-Wahhabiy) atau Wahabi disandarkan terus kepada Muhammad itu,sebagaimana lumrahnya kaum arab atau adat bangsanya yang menyandarkan nama-nama bagi keturunan mereka terhadap si anak.Contoh-contoh lain seperti,nama bagi para-para Imam mazhab,Muhammad Bin idris,Nukman bin Thabit yang digelarkan Syafi'ie,hanbali serta hanafi dan maliki,sedangkan asal  kepada nama para-para Imam adalah lain,inilah yang dimaksudkan menyandarkan setiap nama anak dgn nama keturunan mereka.Maka mengertilah...

    الوهابية(Al-Wahhabiyyah) - Maka ia bermaksud kepada pengikut simtom fahaman,gerakan dan pegangan Muhammad Bin Abdul Wahhab.Oleh itu sesiapa sahaja manusia yang mengikut-ikut metodologi mereka,adalah dianggap termasuk golongan mereka juga.

    Sejarah Kemunculan Wahabi berserta kesimpulannya(diringkaskan agar tidak terlalu panjang oleh saya) :-

    Fahaman Wahabi atau Wahhabiy ialah aliran pemikiran yang diasas kan sendiri oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali (1115/1206H-1703/1792M) iaitu pada kurun ke 18 masihi di satu negeri semenanjung arab di Riyadh, dan kini negara itu digelar arab saudi,nama Riyadh itu adalah negeri Najad/Najd Al-Hijazi yang terletak di sebelah timur Madinah Al-Munawwarah,manakala disebelah lainnya pula ada dinamakan Najad Al-Yamani.Akan tetapi yang dimaksudkan saya adalah Najad Al-Hijazi sahaja.Maka fahamilah,ini kerana ada Hadith yang mengatakan Didalam Sohih Imam Bukhari  m/s 2089 Juz 6 No. 6681 yanag berbunyi :-

    "YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI." LALU SAHABAT BERTANYA : "NEGERI NAJAD KAMI WAHAI RASULULLAH?" BAGINDA BERSABDA LAGI SAMBIL MENGULANGI DOANYA YANG SAMA : "YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI."


    LALU SAHABAT BERTANYA LAGI SOALAN YANG SAMA DAN MENYANGKA BAHAWA RASULULLAH S.A.W AKAN MENDOAKANNYA PADA DOA YANG KETIGA.LALU RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "DISANALAH (NAJAD) TIMBULNYA GEMPA BUMI (KEKACAUAN),FITNAH DAN MUNCULNYA TANDUK SYAITAN."


    (FYI : Kalau mahukan keterangan lebih lanjut berkenaan hadith ini,sila lihat ulasan oleh saya mengikut kaedah Para Ulama dan fakta-fakta geografi di dalam ulasan berkenaan,sila kan melihatnya agar "complete".Tajuknya :- "FAKTA PENGUKUHAN,KECELARUAN UMMAT").

    Sambungan semula : Fahaman ini mula diperolehinya hasil pembelajaran singkat dengan beberapa orang guru dan respon beliau terhadap isu-isu agama di zamannya.Beliau mula mengenal Ilmu Fiqh dari ayahnya sendiri yang bertugas sebagai Qadhi/Hakim dalam mazhab Hanbali.Ayahnya adalah seorang ulama yang neutral dan terus mengambil pendekatan terbuka sebagaimana pengikut Mazhab Hanbali yang lain.

    Bagaimanapun Muhammad wahabi seringkali berselisif fahaman dengan pendapat ayahnya sendiri yang bermazhab hanbali,kerana Muhammad Wahabi dikatakan mengambil pandangan beberapa tokoh Hanbali yang paling keras serta begitu fanatik terhadap Ibn Taimiyyah Al-Harrani dan anak muridnya Ibn Qayyim Al-Jauziyah.Kemudiannya pandangan beliau di simpulkan dengan beberapa pengalaman dan pemerhatiannya sendiri.

    Melihat tindakannya sebegini,telah menjadikan beliau Muhammad Wahabi telah bertindak " lebih agresif" daripada Sheikh Ibn Taimiyyah,walaupun keduanya tidak pernah berada sezaman.Maka situasinya yang begini telah membuatkan ayahnya kecewa terhadap sikap Muhammad Wahabi.

    Lebih-lebih lagi apabila Muhammad Wahabi sudah bersikap dan bersemangat untuk membanteras bid'ah dan syirik selepas kepergian ayahnya ke Rahmatullah,yang kononnya dilakukan segolongan mazhab Islam.Kelakuannya yang suka mencemuh dan menghukum serta memandang salah orang lain memakan dirinya apabila beliau mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri dan masyarakat,serta dibuang luar daerah dimana tempat beliau berhijrah bersama ayahnya (di Huraimilah pada tahun 1139 H),dan berjaya melarikan diri daripada kelompok yang menghalang beliau,maka lalu dengan itu,beliau telah membina balik empayarnya bersama seorang rakan kongsi politik barunya iaitu Muhammad Bin Saud di kawasan pedalaman terpencil Madinah tempat para badwi,dan nama julukan kawasan itu ialah dar'iyyah

    Berbagai-bagai juga pengalaman pahit umat islam tika itu,apabila kawasannya telah diserang dan dikepung serta ditawan oleh golongan Wahabi(pengikut Muhammad Wahabi) di Makkah dan Madinah(pada bulan Muharram bersamaan 1220H/1805M-Sila lihat tajuk yang bertanda * di bawah),dan pada bulan Zulqaedah tahun 1217H.Mereka telah menyerang Thaif  berserta kabilah/puak-puak lainnya yang berlegar di sekitar kawasan itu,dan telah banyak membunuh beribu-ribuan umat Islam termasuk kanak-kanak,orang-orang tua,hamba sahaya dan sebagainya.Mereka turut merampas hak-hak umat Islam tika itu dan menyembelih bayi-bayi diatas dada ibunya dan telah diperlakukan hina terhadap kaum wanita dan sebagainya yang sukar dan sedih untuk diungkapkan..

    Kesimpulannya :-

    Maka setelah kita menyelusuri dan memahami serta mengetahui fakta latar belakang sebenar Wahabi ini,ternyata sekali kita dapat beberapa kesimpulan,antaranya ialah :-

    1.Fahaman Wahabi merupakan satu aliran pemikiran keras yang dinisbahkan/disandarkan kepada
    pengasasnya iaitu Muhammad Bin Abdul Wahhab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Musyarraf An-Najdi.

    2.Diperingkat pertama ianya hanya menular kepada fahaman-fahamannya dan tafsirannya dalam memahami Islam,namun beliau mula mengaktifkan dakyahnya setelah kematiaan ayahnya secara "lebih agresif" dan radikal.

    3.Walaupun mendapat tentangan dari abang kandungnya serta ayah dan para-para ulama.Ia sedikit pun tidak melemahkan semangat jihad Muhammad Bin Abdul Wahhab(Muhammad Wahabi).Bahkan beliau mula mencari platform politik bagi menyebarkan fahamannya secara lebih berkesan dan menyeluruh.

    4.Muhammad Wahabi dan Muhammad Saud berjaya menubuhkan pakatan ketenteraan berskala besar dan bertembung dengan kerajaan Islam Uthmaniyyah (pada tahun 1205H).Siri peperangan ini diteruskan pula oleh anak cucu cicit mereka selepas itu,sehingga mereka berjaya menjelmakan sebuah negara yang bernama "Arab Saudi" (pada tahun 1930M) dengan restu daripada kerajaan British.

    5.Tindakan gerakan Wahabi yang menggunakan bekalan senjata bagi memerangi umat Islam yang tidak sehaluan metodologi dan fahaman mereka,cukup untuk dijadikan satu bahan bukti yang kukuh,bahawa fahaman radikal mereka menjadi penyumbang terbesar kepada kegiatan terrorisme agama.Tidak hairanlah,jika modus operandi seperti Al-Qaeda,Taliban,jamaaah Islamiyyah dan kumpulan mujahiddin Malaysia dilihat mempunyai persamaan dengan gerakan Muhammad Wahabi.Ini kerana kesemua mereka itu berasas kan satu metodologi akidah,serta satu fahaman dan gerakan nekad untuk menubuhkan negara Islam mengikut acuan mereka sendiri,seperti yang pernah dilakukan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab(Muhammad Wahabi).Maka berhati-hatilah...

    Bukti-bukti kezaliman tentera Wahabi :-


    * Sejahrawan Wahabi iaitu Sheikh Uthman Bin Basyar An-Najdi Al-Hanbali sendiri memperakui tentang keganasan tentera Wahabi.Didalam bukunya yang bertajuk,Unwan Al-Majdi Fi Tarikh An-Najdi(m/s 135 juz 1).Beliau mendedahkan :-


    • Pada bulan Muharram tahun 1220 Hijrah bersamaan 1805 Masihi,tentera Wahabi membunuh umat Islam yang menunaikan Ibadah haji.Kaum Ibu dipaksa menjual harta milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh tentera Wahabi.


    • Penduduk Mekah kelaparan kerana sekatan ekonomi yang dilakukan oleh tentera Wahabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan dengan bergelimpangan mayat-mayat mereka.
    • Sheikh Uthman An-Najdi juga menyatakan bahawa tentera Wahabi menjual daging-daging keldai dan bangkai kepada penduduk Islam dengan harga yang tertinggi dalam keadaan penduduk kelaparan.

    Nota kesimpulan :- Jadi berasaskan kepada bukti-bukti yang cukup kukuh diatas ini,telah jelas lah kepada kita bahawa "kezaliman" tentera Wahabi ke atas ummat Islam bukanlah fitnah atau sekadar cakap kosong atau penipuan fakta,tetapi inilah fakta sebenar yang telah dinukil kan sendiri oleh tokoh sejahrawan Wahabi,maka mengertilah.Moga Allah jauhkan diri kita daripada fitnah-fitnah mereka.

    Firasat Ulama tentang Muhammad Bin Abdul Wahhab :-

    Ramai Ulama Sunni mempunyai firasat yang jelas tentang Muhammad Wahabi ini.Antaranya ialah Imam Al-Habib Alawi Bin Ahmad Bin Hasan Bin Habib Abdullah Al-Haddad didalam kitabnya yang berjudul "Misbahul Anam" m/s 15 telah menceritakan sebagai berikut :-

    "Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesolehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya.Beliau adalah salah seorang pemuka keluarga kita Abu Alawi yang lahir dan membesar di makkah dan kerap berulang alik ke madinah.
    Nama beliau ialah Musa Bin Hasan Bin Ahmad Al-Alawi berketurunan Sayyidina Uqail Bin Salim,saudara kepada Sayyidina Qutubus Syahir Sheikhul Kabir Abu Bakar Bin Salim.

    "Beliau berkata :- Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada Al-Sheikh Muhammad Hayat As-Sindi Al-Madani.Muhammad Bin Abdul Wahhab juga sering berulang alik ke majlis Sheikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya.

    "Aku mendengar daripada orang-orang soleh dan ulama sebagai santapan kerohanian daripada mereka,mereka berfirasat mengenai Muhammad Wahabi dengannya,Allah akan menjauhkan RahmatNYA dan dibinasakanNYA

    Katanya lagi : "Dan demikian yang telah berlak(firasat mereka telah benar menjadi kenyataan) sehingga Sheikh Abdul Wahhab(Bapa kepada Muhammad Wahabi)  juga berfirasat sedemikian terhadap anaknya.Dia telah menasihati dan mengkritik anaknya serta memperingati orang lain berhubung sikap anaknya itu.Diantara ulama yang mempunyai firasat sedemikian juga ialah Sheikh Muhammad Sulaiman Al-Kurdi Al-Madani Ash-Shafi'ie" -Selesai nukilan oleh beliau-

    Dan ramai lagi para-para ulama yang berfirasat sedemikian serta yang mengulas penjelasan mengenai penyewelengan Muhammad Wahabi.Ya memang firasat bukanlah satu hujjah,akan tetapi ianya tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Apatah lagi,jika ada fakta lain yang membuktikan kebenaran firasat tersebut.Ingat junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda didalam Hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dan Imam At-Thabrani :- "Takutilah firasat orang mukmin,kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah."


    Apakah firasat para Alim ulama dan Mantan Mufti Mazhab Hanbali dan Syafi'ie ini serta tokoh-tokoh Ulama Muktabar yang lain ditolak mentah-mentah? Atau ianya hanya fitnah dongengan terhadap Muhammad Bin Abdul Wahhab(Muhammad Wahabi) ? Dan bagaimana pula realiti sejarah yang sudah tercatat dan bukti perkataan daripada sejahrawan Wahabi juga serta beberapa bukti lain?Fikirkanlah,semoga Allah mengurniakan kepada kita deria fikiran yang benar...


    Beberapa Metodologi Aliran Wahabi :-


    Kaedah atau metodologi merupakan satu mekanisme terpenting didalam menentukan pemikiran seseorang, sama ada berfahaman Wahabi atau sebaliknya.Sebagai berikut merupakan sebahagian metodologi teras utama didalam aliran fahaman Wahabi.Diantaranya ialah :-


    • Meneruskan fahaman memecahkan Tauhid kepada 3 bahagian untuk mengkafirkan umat Islam yang bertawassul kepada para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul dan orang-orang soleh yang telah meninggal dunia.(Bertawassul  maksudnya berdoa seperti :- Ya Allah dengan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w,maka sembuhkanlah aku).Dalam masa yang sama,mereka mendakwa Abu jahal dan Abu lahab lebih ikhlas beriman kepada Allah,berbanding umat islam yang bertawassul kepada para Nabi,Rasul dan orang-orang soleh yang meninggal dunia. (Buktinya sila lihat kitab -Kaifa Nafham At-Tauhid karangan Muhammad Ahmad Bashmil m/s 16).

    • Bergerak aktif dengan isu-isu syirik mensyirik,kafir mengkafir,walaupun dengan isu furuk(cabang) yang kecil atau khilaf(perselisihan kefahaman dalil-dalil Al-Quran dan Hadith antara ulama) didalam Ilmu Fiqh.Buktinya :-Mantan Mufti Arab Saudi iaitu Sheikh Abdul Aziz Bin Baz mendakwa bahawasanya Amalan-amalan mendendangkan Takbir hari raya secara berlagu(mendayu-dayu) sebagaimana yang diamalkan di nusantara adalah amalan yang sesat lagi syirik.Masya Allah..Lihat lah berjuta-juta umat Islam dirantau ini telah dihukum kan syirik dan sesat oleh Wahhabiy atau Wahabi hanya disebabkan berselisih fahaman didalam masalah furu'(cabang-cabang kecil hukum fiqh).Mudah-mudahan dijauhkan daripada sedemikian.

    • Sheikh Khalil Harras(Pemimpin Ansar As-Sunnah)Mesir mendakwa Imam Nawawi dan Imam Izzuddin Abd As-Salam(Sultan Al-Ulama) sebagai ulama yanag SESAT,kerana mentakwilkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith dalam memahami sifat-sifat Allah 'azza wajalla.Malah ulama sunni yang lain seperti Ibn Farouk,Imam Al-Haramain,Al-Ghazali,Imam Ar-Razi,Imam Al-Hulaimi,Imam Al-Amidi,Ibn Aqil,Imam Ibn Al-Jauzi dan ramai lagi mengikutnya dianggap sesat.Astaghfirullahal 'azim...Beliau juga telah menganggap ajaran kesufian(ilmu tasawuf) adalah ajaran yang menyeleweng yang diambil dari campuran agama Budhha,kristian,meyembah bintang dan lain-lain.Inilah sebagai salah satu contoh doktrin Wahhabiy atau Wahabi yang radikal(melampau).(Buktinya sila lihat kitab Dakwatut Tauhid,cetakan Darul Kutub Al-Ilmi,karangan beliau).

    • Pengkafiran puak Wahabi terhadap ulama sunni juga boleh dilihat menerusi kitab karangan tokoh Wahabi sendiri.Antaranya ialah :- Sheikh Ali Bin Abdul Aziz Bin Ali Al-Syabl yang mendakwa akidah Imam Ibn Hajar Al-Asqalani(Seorang tokoh ulama pakar Hadith) adalah bertentangan dengan Al-Quran,As-Sunnah dan Ijma' ulama.Beliau juga secara jelas menegaskan bahawa Akidah Imam Ibn Hajar Al-Asqalani bertentangan dengan Nabi,para sahabat dan tabi'in.Ertinya secara tidak langsung beliau telah mengklasifikasikan ulama sunni yang mulia ini sebagai Seorang  ulama yang Berakidah SESAT.Dan yang peliknya,fahaman ini telah disokong pula oleh pembesar Wahabi,seperti Sheikh Abdul Aziz Bin Baz,Sheikh Soleh Fauzan,Sheikh Abdullah Bin Uqail,Sheikh Abdullah Bin Mani' dan Sheikh Abdullah Bin Al-Ghaniman.Inilah salah satu "bukti" doktrin TAKFIR(mengkafirkan ulama) dan TABDI'(menghukum ulama sesat) Wahabi.(Buktinya sila lihat kitab At-Tanbih 'ala Al-Mukhalifatil 'Aqidati fi Fathil Bari)

    • Mempraktikan Nusus Mutasyabihat secara literal(secara zahir).Mereka mendakwa Allah azza wajalla mempunyai mata,tangan,telinga,jari,muka,mulut,betis,duduk diatas 'Arasy,turun bergerak dan lain-lain.Tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan Allah azza wajalla tidak menyerupai makhluk.Maha Suci Allah daripada dakwaan yang batil lagi kontradik ! Buktinya didalam kitab Arba'in  Al-Hadith Al-Qudsi Wa Dzikri karangan Dr.Aidh Al-Qarni,(Betapa Bodoh dan Jahilnya Umat Islam di nusantara ini kerana ada yang sudah diterjemahkan dalam bahasa melayu dan indon).Dalam kitab itu,Dr.Aidh Al-Qarni "tanpa segan silu" telah mendakwa Allah azza wajalla bersemayam di atas 'Arasy (duduk seperti makhluk duduk diatas kerusi).Manakala Kursiy pula didakwanya sebagai tempat Allah meletak kan kedua telapak kakiNYA.Maha Suci Allah azza wajalla dari apa-apa yang telah mereka perdakwakan ! Maha Suci Allah daripada sifat-sifat makhluk dan yang menyerupai makhluk ! Akidah ini terang-terang amat bertentangan dengan Al-Quran,Hadith dan Ijma' Ulama.(Sila lihat didalam kitab Al-Baghdadi,Al-Farq Baina Al-Firaq,1998.Cetakan Darul Makrifah,m/s 292).

    • Mendasari salah faham terhadap Bid'ah dengan menganggap semua Bid'ah adalah sesat.Contohnya :- Menyapu muka selepas solat,wirid,tahlil,yassin,doa qunut,zikir jemaah,menyambutmaulidur rasul,nisfu sya'ban dan lain-lain dikira sebagai bid'ah yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.Ini lah merupakan doktrin uatama Wahabi dan ia boleh dirujuk melalui kitab-kitab Wahabi sendiri dalam pelbagai versinya.


    • Menyerang golongan Tasawuf dan Tarekat.Sebahagian Wahabi mendakwa bahawa golongan ini amat sesat lagi kufur.Mereka juga mendakwa bahawa ilmu ini diambil daripada falsafah Hindu,Yahudi,Budha,Kristian dan lain-lain. (Buktinya sila lihat kitab Dakwatut Tauhid,cetakan Darul Kutub Al-Ilmi,karangan Sheikh Khalil Harras,m/s 231).

    • Menentang fatwa kebangsaan dan fatwa negeri umat Islam yang sedang berkuat kuasa.Sebaliknya mereka hanya menerima pakai fatwa daripada kalangan tokoh-tokoh Wahabi sahaja.

    • Bersikap fanatik dengan fahaman dan pemikiran tokoh-tokoh Wahabi seperti Muhammad bin Abdul Wahhab,Al-Albani,Bin Baz,Al-Uthaimin,Soleh Al-Fauzan dan para pengikutnya.Dalam masa yang sama juga,mereka mentohmah ulama sunni.Buktinya :- didalam kitab Liqaul Baabil Maftuh,karangan Sheikh Al-Uthaimin(salah seorang tokoh ulama Wahabi) telah mendakwa bahawa Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani bukan dari kalangan ulama Ahli Sunnah Wal jamaah dalam membicarakan Nama-nama dan Sifat-sifat Alla azza wajalla.Alasannya ialah Beliau mendakwa metodologi kedua-duanya amat bertentangan dengan aliran Salaf As-Soleh dalam bidang Akidah.Masya Allah ! Lihatlah "Tuan dan Puan",bagaimana ulama Wahabi ini secara lancangnya telah memperlekeh kan dua tokoh ulama besar ini.Bahkan dengan selamba mengeluarkan meeka daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.JIKA PARA ULAMA BESAR DITOHMAH SEBAGAI BERIKUT DENGAN MUDAHNYA.MAKA BAGAIMANA DENGAN UMAT INI PULA????

    • Menolak pendekatan Mazhab dalam Islam dan mendakwa mengikut Mazhab adalah sebagai Ahli Bid'ah yang sesat lagi kafir.(Buktinya lihat karangan Sheikh Ma'sumi Khodanji didalam kitabnya yang bertajuk Hal Lil Muslim Mulzamun Bi ittiba' Mazhabin Muayyinin).

    • Menghapuskan kesan sejarah warisan Rasulullah s.a.w dan para sahabat radhiyallahu 'anhum atas alasan kesan berkenaan mendatangkan bid'ah,syirik dan khurafat dalam agama.Dalam masa yang sama mereka menyimpan barangan koleksi tokoh-tokoh Wahabi mereka seperti Sheikh Soleh Al-Uthaimin dan lain-lain sebagai kenangan.

    • Wahabi kontemporari menganjurkan gejala terrorisme agama seperti Al-Qaeda,Salafi Jihadi,Jemaah Islamiyyah(JI),Abu Sayyaf,Taliban,Sipah e'Sahabat,Lasykar e'Janghavi,Al-Shabab Al-Somali dan lain-lain lagi di seluruh dunia.(Lihat artikel Prof. Dr. Abdul Rahman Al-Zunaidi didalam "Saudis and Terror-Cross Cultural Views telah memuatkan artikel beliau yg berjudul : "Wahhabism & Exporting  Terrorisme)"

      Kesimpulannya,kesemua HAL-HAL yang berkenaan atau pun berkaitan boleh lihat sendiri didalam Kitab-kitab yang telah di senaraikan pada hujung ulasan berikut diatas.Dan Pengenalan didalam bentuk  sebegini tidak lah memerlukan sebarang pengakuan dan penafian.Maksudnya,seseorang itu tidak perlu mengatakan " Saya adalah Wahabi " atau saya " Bukan Wahabi",sebaliknya cukuplah seseorang itu dikatakan Wahabi jika dia memahami Islam berdasarkan metodologi diatas.


      LARANGAN MENYAMAKAN ALLAH DENGAN CIPTAAN-CIPTAAN NYA :- 



      بسم الله الرحمن الرحيم
      قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)
      لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
      Maksudnya,Allah berfirman :-
      [1]Katakanlah (Wahai Muhammad) : “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,
      [2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
      [3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,
      [4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. 
      Juga didalam firmanNYA :- 

                                             (11) لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ 

                   MaksudNYA :-

                (11)"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia", dan Dia lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.








    SIMTOM-SIMTOM WAHABI :- 

    Jika kita mengkaji sendiri dan akan didapati diantara Puak Wahabi sama ada yang klasik mahupun Moden.Didapati antara kebanyakan simtom nya sebagai berikut :- 

    1.Kerap kali mengkritik dan meremehkan kedudukan Ulama Sunni.Tetapi mereka begitu menderita "kepanasan" apabila tokoh-tokoh Wahabi dikritik oleh Ulama Sunni yang lain.Dan mereka menggunakan pelbagai cara,istilah mahupun label untuk menyerang Ulama Sunni berkenaan.Antara istilah yang biasa digunakan ialah seperti : "Dia Syiah ! Dia Ahbash ! Dia Ekstrem,fanatik mazhab,ahli Bid'ah dan lain-lain yang seumpanya".

    2.Merasakan diri mereka lebih sunnah,lebih suci dan lebih baik dari orang lain.Kebiasaannya mereka yang mempunyai jiwa yang keras,angkuh dan mengenali Islam secara "Short Cut" amat sangat berpotensi untuk menjadi Wahabi.

    3.Mudah menuduh saudara se Islam dengan tuduhan kafir,bid'ah,sesat dan mushrik.Walaupun hanya melibatkan perselisihan pendapat Ulama atau ia hanya isu-isu kecil didalam Ilmu Fiqh.

    4.Mewajibkan menyimpan janggut dan melabuhkan kain atau seluar yang mana panjangnya tidak melebihi paras buku lali.Jika melebihi paras buku lali dikira Haram sekalipun didalam Solat.

    5.Solat dalam keadaan meletak kan tangan atas dada,mengangkang kedua kaki dengan luas serta menempelkan jari jemari kaki dengan makmum yang berada disebelahnya.Mereka mendakwa inilah sunnah yang sebenar.Sila lihat beberapa kepingan gambar rajah
    di bawah ini :-


    Berikut adalah merupakan salah satu kaedah solat yang masyhur dikalangan puak Wahabi dan telah diamal kan diserata dunia.Dan ternyata amat sekali jauh dengan kaedah Sifat Solat Nabi yang telah diutarakan oleh para-para Ulama Muktabar,buktinya sila lihat didalam kitab-kitab Fiqh Ulama 4 mazhab berkenaan tatacara solat.

    Didalam penjelasan oleh Ulama 4 mazhab akan jelas membukti kan kepada kita bahawa cara praktikal solat Wahabi amat berbeza sekali,bahkan sangat bertentangan dengan jumhur Ulama,sekalipun mereka ada berdalil kan dengan beberapa Hadith,tetapi dalil yang dipergunakan oleh mereka telah disaring dan diteliti oleh jumhur Ulama yang sememang nya pakar dalam disiplin Ilmu Hadith Dan Fiqh ternyata tidak boleh dijadikan hujjah oleh majoriti Ulama.Namun ianya amat berbeza dengan fahaman Wahabi.

    Kenampakannya,mereka banyak menolak Dalil-dalil Jumhur Ulama,bagi membuatkan dalil mereka berguna,dan ini amatlah menyalahi konteks didalam disiplin Ilmu sehingga kebanyakannya daripada mereka itu amat menyanggahi amalan jumhur Ulama.

    Dan dibawah ini pula adalah salah satu contoh-contoh tatacara Solat kaum Yahudi.Kalau di lihat ternyata sekali amat sama dengan tatacara solat Wahabi cumanya berbeza sedikit dengan kedua lengan yang agak"lurus",sila lihat gambar rajah di bawah berikut.Maka berhati-hatilah :-

    Solat Kaum Yahudi :-


    Solat Wahabi :-


    KESIMPULANNYA IALAH :-

    Maka sebaik-baiknya kita ikuti lah pendapat jumhur Ulama atau Mazhab Muktabar.Bukannya dengan mengikuti amalan Wahabi persis Yahudi.Maka lihat dan sedar lah.

    Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahabi persis yahudi. Bersolatlah cara sunni.
    InshaAllah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar. 


    Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan Ulama muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak. 



    6.Golongan Wahabi juga bersolat dengan menggerak kan jari telunjuk ketika bertashahhud dengan pelbagai "fesyen" yang pelik sekali.


    7.Kebanyak kan Wahabi terus bangkit daripada solat dan "cabut lari" sejurus selesai menunaikan solat.Bagi mereka zikir dan wirid berjemaah tidak dilaku kan Nabi Muhammad s.a.w dan ia dinamakan Bid'ah yang sesat.Paling minima,hormatilah mereka yang sedang berzikir,berwirid didalam masjid.Bukannya bersangka buruk terhadap mereka dan menuduh mereka sebagai sesat apabila berzikir secara berjemaah.


    8.Merasa jelek akan suatu Majlis zikir,tahlil,talqin,kenduri arwah,membaca yasin malam jumaat,Qunut,doa selamat,bacaan qasidah,burdah,majlis berselawat dan seumpamanya.Malahan berkata pula amalan berkenaan adalah satu Bid'ah yang sesat.Kita memohon kepada Allah azza wajalla daripada dijangkiti fahaman ekstrem.


    Akhir sekali,jika seseorang itu memiliki salah satu daripada simtom-simtom diatas ternyata kepada kita bahawa dia sebenarnya telah diresapi oleh virus-virus fahaman Wahabi.Ini kerana fahaman dan pemikiran seseorang itu akan dinilai mengikut atau berdasarkan simtom dan metodologinya yang ada.Ia bukanlah sekadar dakwaan,jenama ataupun penafian.


    LALU BAGAIMANA HENDAK MENGEMBALIKAN MEREKA KEPADA METODOLOGI DAN SIMTOM YANG BENAR DI ATAS JALAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH :-


    Dan bagi saya yang berpandukan kepada kebanyakan perkataan Ulama ialah :-

    1. Apabila berhadapan dengan orang awam,anda perlu mendekati dan menasihatinya supaya kembali kepada akidah yang benar serta berpegang dengannya juga kepada pandangan mojoriti jumhur Ulama dan mengikuti fatwa semasa yang berkuat kuasa didalam negerinya.
    2. Jika dia adalah seorang ahli akademik sama ada didalam bidang agama atau dunia,anda perlu lah tampil kan kepadanya serta berbincang dengan membawa kan fakta-fakta,hujjah atau kitab-kitab karangan Ulama tertentu sebagai rujukan kepada mereka.
    3. Jika dia dari kalangan pendakwah tegar Wahabi yang bersifat Radikal dan berpotensi menjadi terrorisme agama,anda perlulah menggunakan kekuatan undang-undang untuk membendung kesemua kegiatan mereka.Mereka patut ditangkap,dipenjara dan perlu menghadiri beberapa sesi pemulihan agar pemikiran mereka kembali ke tahap neutral supaya tidak akan menimbul kan huru-hara dalam masyarakat dan mengancam keselamatan negara.

    Pendek kata,kita wajib lah seharusnya mempunyai pelbagai plan atau pendekatan tersendiri untuk memperbaiki sebarang fahaman dan pemikiran yang tidak selaras dengan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
    Setiap pendekatan perlulah tidak dalam keadaan terburu-buru juga hendaklah meraikan masa,tempat,keadaan dan tahap pemikiran mereka.

    Semoga kita berhasil memulihkan semula fahaman manusia yang menyimpang untuk dibawa ke arah jalanNYA yang lurus...

    ANTARA TOKOH-TOKOH WAHABI :- 

    Tokoh-tokoh Wahabi yang sezaman dan mengiringi perjuangan beliau Muhammad Bin Abdul Wahhab An-Najdi ialah :- 

    1. Ibnu Al-Alusi(1202-1217H).
    2. Sheikh Sidq Hassan Al-Khan Al-Qanuji Al-Hindi.
    3. Sheikh Hamad Bin Nasr Bin Uthman An-Najdi.
    4. Sheikh Ahmad Ibrahim Bin Isa An-Najdi.
    5. Sheikh Jamaluddin Al-Qasimi Al-Dimasyqi.
    6. Sheikh Muhammad Khalil Harras Al-Masri.
    7. Sheikh Abdul Razzaq Afifi.
    8. Sheikh Muhibbuddin Al-Khatib Al-Dimasyqi.
    9. Sheikh Ahmad Syakir Al-Masri.
    10. Sheikh Hamid Al-Faqi(mantan ketua Ansar Sunnah Mesir dan merupaka nsahabat kepada Sheikh Ahmad Syakir Al-Masri).
    11. Muhammad Bin Hussain Nasif(Wafat 1971M).Beliau tinggal di Jeddah tetapi banyak menyalurkan dana bagi penyebaran Wahabi di Mesir,Hijjaz dan sekitarnya.
    12. Sheikh Abdur Rahman Al-Mu'allimi Al-Yamani(1313-1386H).
    Kumpulan Wahabi Nasr Al-Din Al-Albani :- 
    13.Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani.
    14.Sheikh Zuhair Syawisy.
    15.Sheikh Muhammad Nasib Al-Rifa'i Al-Halabi.
    16.Sheikh Mahmud Mahdi Istanbuli.

    Kumpulan Wahabi Di Saudi Arabi :-

    17.Sheikh Abdul Aziz Bin Baz An-Najdi.
    18.Sheikh Hamud Bin Abdullah Al-Tuwaijri.
    19.Sheikh Hamad Al-Ansari.
    20.Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza'iri.
    21.Sheikh Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin.
    22.Sheikh Abdullah Bin Sa'di Al-Ghamidi.
    23.Sheikh Ali Bin Muhammad Nasr Al-Faqihi.
    24Sheikh Abdullah Bin Muhammad Al-Duwaisy.
    25.Dr. Rabi Bin Hadi Al-Madkhali.
    26.Dr. Soleh Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan.
    27.Sheikh Dr.Bakar Bin Abdullah Abu Zaid.
    28.Sheikh Abdul Latif Bin Abdur Rahman Ali Sheikh.
    29.Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Bin Mani'.
    30.Sheikh Sulaiman Bin Nasr Al-Ulwan.
    31.Sheikh Abdus Salam Bin Barjas Bin Nasr.
    32.Sheikh Ibrahim Al-Saliman Al-Jabhan.
    33.Sheikh Abdullah Al-Ghaniman.
    34. Sheikh Dr. Safar Bin Abdur Rahman Al-Hawali.
    35.Sheikh Khalid Bin Muhammad Al-Anbari.
    36.Sheikh Furaih Bin Soleh Al-Bahlul.
    37.Sheikh Muhammad Bin Saif Al-Ajami.
    38.Sheikh Abdullah As-Sabti.
    39.Sheikh Muqbil Bin Hadi Al-Wada'ie Al-Yamani.
    40.Sheikh Abdul Badi Saqr.
    41.Sheikh Amru Abdul Mun'im.
    42.Sheikh Muhammad Bin Jamil Zainu Al-Halabi.
    43.Abdur Rahman Al-Dimasyqiyah Al-Lubnani.
    44.Abu Abdullah Mahmud Bin Muhammad Al-Haddad Al-Masri.

    Kumpulan Wahabi di Jordan :-
    (Merupakan kumpulan Wahabi yang paling keras dan berbahaya)

    45.Sheikh Abdur Rauf Al-Abbush Al-Zarqa'ie.
    46.Sheikh Yusuf Al-Barqawi.
    47.Sheikh Muhammad Bin Ibrahim Syaqrah.
    48.Sheikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar.
    49.Sheikh Dr. Ahmad Al-Uwaishah.
    50.Sheikh Ali Hassan Al-Halabi.
    51.Sheikh Salim Al-Hilali.
    52.Sheikh Masyur Hasan Al-Salman.
    53.Dr. Muhammad Abu Arhim.
    54.Dr. Marwan Al-Qaisi.
    55.Dr. Iwadh Mansur.
    56.Dr. Muhammad Ahmad Khatib.
    57.Sheik hAZbdul Qader Al-Arnawuth.
    58.Sheikh Murad Shukri.

    Serta ramai lagi nama Tokoh-tokoh Wahabi yang tak disebutkan,disebabkan atas faktor masih panjang lagi perbahasan dan cukup lah sekadar umum begitu.Kerana apa yang penting ialah kita memahami aliran pemikiran mereka sekaligus boleh membantah fahaman mereka serta dapat kita menghindari tokoh-tokoh tersebut agar pegangan kita menjadi kuat.InshaAllah...

    Perlu disedari bahawa Fahaman ini sudah menular kedalam setiap Tokoh,pemimpin dan juga Ahli Akademik dan masyarakat.Bahkan bukan sahaja di tempat kita,malahan di seluruh rata dunia ini.Dan cukuplah sebenarnya bagi kita selaku orang-orang awam berpegang dengan hujjah majoriti Ulama serta mengikuti pandangan terkuat didalam mazhab dan bersikap lapang,juga peganglah kepada fatwa semasa didalam negeri masing-masing.

    Hal ini sangat penting agar Para-para penyampai dan penuntut Ilmu serta masyarakat tidak tetipu dengan dakyah golongan ini.Serta anak-anak kita yang mahu melanjut kan pembelajaran di luar negara supaya berhati-hati dengan virus golongan Wahabi,yang akhirnya akan membawa kepada Manusia Radikal serta Terrorisme dan seumpamanya didalam Agama Islam.Na'uzubillahi min zalika..

    Antara senarai Tokoh-tokoh Ulama yang mengkritik dan menyangkal golongan Wahabi :-

    Sebenarnya terdapat beratus-ratus kitab-kitab mereka dalam menyangkal Golongan Wahabi.Namun saya(penulis) berasa amat sedih sekali dan bengang dengan pemimpin Wahabi,kerana pandai mereka cuba meracuni pemimpin setiap negara di muka bumi ini,sepertimana kaum yahudi dan nasrani meracuni persekitaran bumi.

    Justeru disebabkan keracunan dan bisa mereka itulah Para Ulama kini tidak dapat lagi menyuarakan dan mengkritik mereka dengan bebas,atas kerana faktor politik dan negara,dan juga kerana mereka pemimpin dan pengikut puak Wahabi ada hubungan akrab terhadap kerajaan Bani Saud disamping telah berjasa dalam membina kerajaan sendiri.

    Terkecuali lah hanya Para-para Ulama yang benar-benar mengikhlas kan diri diatas perjuangan terhadap kebenaran dan diberi kekuatan oleh Allah azza wajalla.Antara Ulama Sunni dan kitabnya yang lantang mengkritik Wahabi ialah :-

    1. Kitab Fasl Al-Khitab Fi Radd 'Ala Muhammad Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Sulaiman Ibn Abdil Wahhab.(Ini adalah kitab yang paling terawal didalam mengkritik fahaman adik beliau,kerana Sheikh Sulaiman adalah abang kandung kepada Muhammad Ibn Abdil Wahhab).
    2. Kitab As-Sowaiqul Ilahiyyah Fi Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah,telah dikarang oleh sheikh Sulaiman juga iaitu abang kandung pengasas Wahabi.
    3. Kitab Fitnah Al-Wahhabiyyah oleh Al-'Alim Al-'Allamah Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.
    4. Kitab Ad-Durarus Saniyah Fi Al-Raddi 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Al-'Alim Al-'Allamah Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.(Kitab ini Telah diterjemah kan di dalam bahasa Malaysia yang bertajuk : Permata yang berharga : Hujjah Menolak  Wahabi)
    5. Kitab Khulasatul Kalam Fi Bayani 'Umara Al-Balad Al-Haram karangan oleh Al-'Alim Al-'Allamah Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. (Kitab ini mengandungi kisah-kisah serangan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh tentera Wahabi ke atas penduduk Mekah,Madinah dan Thaif).
    6. Kitab Saif Al-Jabbar oleh Sheikh Fadhlur Rasul.
    7. Kitab Al-Aqwal Al-Mardiyyah Fi Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah karangan oleh Sheikh Al-Faqih 'Atha Al-Kasam Al-Dimasyqi Al-Hanafi.
    8. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Soleh Al-Kuwaisy Al-Tunisi.
    9. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar Al-Mahjub.
    10. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah  oleh Sheikh Muhammad Soleh Al-Zamzami Al-Syafi'ie.
    11. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah  oleh Sheikh Ibrahim Ibn Abdul Qadir Al-Tarabulasi Al-Rayahi Al-Tunisi.
    12. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Abdul Muhsin Al-Asyniqiri Al-Hanbali.(Mufti Madinah)
    13. Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Al-Makhdum Al-Mahdi.
    14.   Kitab Ar-Radd 'Ala Al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Ibn Kiran.(Qadhi Jama'ah di Mahgribi).
    15. Kitab Ar-Radd 'Ala Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikhul Islam Al-Tunisi : Sheikh Ismail Al-Tamimi Al-Maliki.
    16. Kitab Ar-Radd 'Ala Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Ahmad Al-Misri Al-Ahsa'i.
    17. Kitab Ar-Radd 'Ala Muhhamd Ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Muhammad Ibn Sulaiman Al-Kurdi Al-Syafi'ie,gelarannya ialah Ibn Marzuq Al-Syafi'ie.Beliau adalah guru kepada Muhammad Ibn 'Abdil Wahhab : Sheikhnya ini telah berfirasat bahawa,Muhammad Ibn 'Abdil Wahhab akan menjadi orang sesat dan menyesat kan sepertimana firasat Sheikh Muhammad Hayat As-Sindi dan Ayahnya(Ayah kepada Muhammad Ibn Abdil Wahhab).
    18. Kitab Ar-Radd 'Ala Ibn Abdil Wahhab oleh Al-'Allamah Barakat Al-Syafi'ie Al-Ahmadi Al-Makki.
    19. Kitab Tathir Al-Fuad Min Danasi Al-Itiqad oleh Sheikh Muhammad Al-Muthi'ie.(Ulama Besar Di Universiti Al-Azhar Asy-syarif).
    20. Kitab Al-Bayan Al-Qawim Li Tashih Ba'dhil Mafahim oleh Dr. Sheikh Ali Jumuah.(Mufti Mesir).

    Dan Ramai lagi keluaran-keluaran oleh Para-para Ulama,namun kerana ruang yang amat terhad dan tangan yang menaip ini mempunyai had-hadnya,cukuplah sekadar apa yang mampu.Alhamdulilah penulisan dan pengulasan oleh saya daripada karangan kitab-kitab para Ulama,telah tamat dinukil kan.

    Dengan kesempatan ini,marilah sama-sama kita berlapang dada dan mewujudkan disiplin serta kasih sayang diantara sesama Islam.Mudah-mudahan Allah tidak membolak-balik kan kita kepada kafir setelah hidayahNYA.Moga Allah bantu kita didalam menegak kan yang Hak dan menolak yang Batil.

    Allah Maha Mengetahui Apa-apa yang telah saya tuliskan,
    Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
    Wasalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu...