Layan

Tuesday, March 27, 2012

FAKTA PENGUKUHAN,KECELARUAN UMMAT

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah,tuhan kami,tiada tuhan melainkanNYA dan Nabi Muhammad adalah pesuruh dan hambaNYA,mudahan dijauhkan dari segala perilaku yang buruk,hanya bagi NYA segala kebaikan,dan yang buruk itu adalah kesilapan manusia.Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan daya serta kekuatan dari NYA...

Pada hari ini,alhamdulilah..dipanjangkan nyawa untuk menjadi sebab-sebab umat Islam beroleh manfaat,dan moga manfaat yang telah saya bina ini dapat memberikan manfaat yang berterusan hingga ke hari kiamat.Saya bersaksi,"bahawa hendaklah orang yang hadir dikalangan kamu menyampaikan kepada orang yang tidak hadir,mudah-mudahan Allah memberi sinar kepada wajah orang yang mendengar ucapan ku (ucapan Baginda s.a.w),kemudian menjaganya dan mengamalkannya sebagaimana yang telah didengari itu".(Muttafaq 'alaihi,tirmidzi,ibnu majah,abu daud dan Hadith ini Sahih).

Dan dengan itu saya hendak berkongsi berkenaan "Hadith Najad",hadith Najad berkenaan bukanlah perihal agama,ianya merujuk kepada suatu tempat negeri didalam geografi,dan kalau di lihat peta sekarang,Negeri Najad telah pun di "Gubah" oleh puak Wahhabiyyah dengan julukan nama Riyadh.InshaAllahu Taala juga dalam masa yang sama ingin membantu sahabat-sahabat dapat berhujjah kepada mereka puak Wahhabiyyah yang menolak hujjah Ahlus sunnah Wal Jamaah berkenaan Hadith berikut.

Kononnya adalah terletak di Negeri Iraq.Perbahasan ini adalah bersifat umum,oleh itu tak perlu lah ada pihak yang mengkritik dan sebagainya.Moga-moga kita tergolong didalam golongan yang berdisiplin didalam mengutarakan pendapat dan FAKTA yang sebenar.Maka dengan itu mari sama-sama satu persatu kita rajin kan diri untuk tambahkan "knowledge/pengetahuan" :-

Didalam Sahih Imam Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,An-Nasa'ie dan Ibnu Majah Rahmatullahi 'alaihi yang berbunyi :-

"YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI." LALU SAHABAT BERTANYA : "NEGERI NAJAD KAMI WAHAI RASULULLAH?" BAGINDA BERSABDA LAGI SAMBIL MENGULANGI DOANYA YANG SAMA : "YA ALLAH,BERKATILAH NEGERI SYAM KAMI DAN DIKAU BERKATILAH NEGERI YAMAN KAMI."

LALU SAHABAT BERTANYA LAGI SOALAN YANG SAMA DAN MENYANGKA BAHAWA RASULULLAH S.A.W AKAN MENDOAKANNYA PADA DOA YANG KETIGA.LALU RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "DISANALAH (NAJAD) TIMBULNYA GEMPA BUMI (KEKACAUAN),FITNAH DAN MUNCULNYA TANDUK SYAITAN."

Sebahagian Ulama mengatakan :-

Jadi dengan sebab hadith berkenaan ini lah,yang membuatkan para-para sahabat tidak ada lagi yang menetap atau bermukim di tempat yang akan timbulnya kekacauan,fitnah dan munculnya tanduk syaitan,yang datang di negeri Najad berkenaan hanyalah datang sebagai ziarah untuk berperang disebab kan berlakunya perang bani hanafiyyah atau peperangan Riddah yang  berlaku pada bulan disember tahun 632 M,yang dipimpin oleh Musailamah pendusta.

Serta wujudnya Muhammad Ibn Abdul Wahhab yang digelarkan Golongan Wahhabiyyah pada tahun 1153 H/1744 M bersama-samanya juga dipimpin oleh Muhammad Bin Su'ud,dan hasil pemberontakan puak Wahhabiyyah ini lah Negara tersebut dinamakan Saudi Arabia(Padahal bukan pun tempat diorang,bukan pun tempat tu asal keturunan diorang,biasalah arab badwi ni -Pent-).

Buktinya sila lihat didalam kitab ( Gambar ) :-



Didalam kitab tersebut yang berbahasa arab,telah menyebutkan ( Gambar dan terjemahan nya ) :-



"Dan sebahagian Ulama mengatakan :- Yang di maksud kan daripada Tanduk Syaitan itu adalah merujuk kepada munculnya Musailamah Pendusta dan Muhammad Bin Abdul Wahhab.."



Dan sebahagian kitab sejarah mencatatkan,setelah berlakunya siri peperangan Bani Hanafiyyah,keluar lah di akhir zaman didalam negeri Musailamah Pendusta akan seorang lelaki yang mengubah Agama Islam.Dan telah datang sebuah Hadith daripada Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu 'Anhum,beliau mengatakan Bani Hanafiyyah itu adalah kaum Musailamah Pendusta,dan didalamnya beliau telah berkata :-

Bahawasanya lembah yang dihuni mereka itu sentiasa mengeluarkan fitnah sehingga ke akhir zaman. Dan sentiasa fitnah itu keluar dari kalangan pendusta mereka sehingga ke hari Kiamat. Di dalam riwayat yang lain disebutkan : Kecelakaanlah bagi Al-Yamamah sebagai satu kecelakaan yang berterusan.-Tamat Nukilan-




Justeru selain daripada siri peperangan tokoh berkenaan,ada beberapa lagi siri peperangan,kekacauan dan kefitnahan agama Islam dan sebagainya telah berlaku dibeberapa kawasan sekitar Negeri Najad antara lain nya peperangan :-

( Thalhah al-Khuwailid )
•Daripada Bani Asad di Najad.
•Antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud dalam solat dan zakat.
•Pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.

( Perang Daumatul Jandal )
•4000 tentera Islam berhadapan dengan 15000 Bani Kilab yang murtad.
•Daumatul Jandal terletak antara Syam dan Kufah.
•Khalid al-Walid datang dengan 6,000 tentera lalu mengalahkan Bani Kilab. 



( Perang Zafar )
•Dipimpin oleh seorang wanita murtad bernama Salma.
•Dibunuh Khalid al-Walid di Zafar. 



( Perang Darin )
•Berlaku di Pulau Darin di Teluk Parsi (sekarang dalam negara Bahrain).
•Diketuai oleh Hutam. Mereka berundur lalu berkubu di Pulau Darin.
•Selepas sebulan, Ala bin Hadrami menyerang ketika tentera Hutam sedang berpesta.
•Hutam berjaya dibunuh. 


Buktinya didalam kitab ( Gambar ) berikut :-





Didalam kitab itu telah menyebutkan ( Gambar berserta fakta Geografi ) :-


الارتداد - adalah perbuatan mengikuti para peramal murtad,seperti Thalhah Bin Khuwailid,Al-Aswad Al-Unsi dan musailamah pendusta.Mereka juga menolak untuk membayar zakat setelah Rasulullah s.a.w wafat.
Didalam peta berkenaan(bertanda "X") adalah kawasan dan sekitarnya bagi Negeri Najad yang mana pernah berlaku  beberapa"kes Murtad".( Untuk keterangan lebih lanjut mengenai siri peperangan berikut,inshaAllah boleh didapati dimana-mana kedai buku berdekatan untuk penambah baik maklumat,kerana apa yang saya mahu bincangkan bukanlah berkenaan ini).

Alhamdulilah setelah ditelusuri dengan beberapa fakta peperangan dan fitnah Musailamah Pendusta dan Muhammad ibn abdil Wahhab serta yang berada di sekitarnya.Anda perlu teliti bahawa kes antara zaman fitnah Musailamah Pendusta dan Muhammad Ibn Abdil Wahhab adalah tidak sama,ini kerana zaman Musailamah Pendusta adalah telah lama berabad berlaku dan setelah itu barulah munculnya fitnah baru iaitu Golongan Wahhabiyyah yang diasaskan oleh Muhammad Ibn Abdil Wahhab.

Mengapa disandarkan kepada Muhammad Ibn Abdil Wahhab itu dengan sandaran Wahhabiyyah.Ini kerana sandaran itu telah diguna pakai sendiri oleh kritikan abangnya (Sheikh Sulaiman Ibn Abdil Wahhab) dalam membendung fahaman aliran sesat adiknya itu(Muhammad Ibn Abdil Wahhab).Bahkan sebenarnya julukan itu adalah adat kebiasaan keturunan Arab,yg akan menyandarkan nama keturunan mereka kepada seseorang yang berketurunan sesama mereka.(Boleh lihat dalam keterangan saya mengenai "Siapakah Wahhabiyyah" di blog ini).

Mereka yang kebanyakan apabila dikatakan para Ulama bahawa Muhammad Ibn Abdil Wahhab adalah penimbul teras utama dalam perpecahan majoriti umat Islam,kebanyakannya lebih kepada aliran fahaman puak Wahhabiyyah,lantas dengan kritikan itu,telah membuatkan sikap  mereka seperti "Cacing kepanasan",tambahan dalam masa yang sama,boleh pula memalsukan fakta-fakta serta membuta kan diri mengikut telunjuk lubang najis itu(Muhammad Ibn Abdil Wahhab).

Lantas dengan keluarnya Hadith Najad ini,ramai para Ulama tidak kira daripada yang Wahhabiyyah atau Non-Wahhabiyyah,bakal menolak dan berhujjah dengan kebenaran masing-masing,serta ada pula wujud pihak mereka memalsukan Hadith berkenaan demi fahaman menyeleweng mereka itu dan begitulah sebaliknya.Sehingga mungkin kebanyakan kitab yang telah kita teliti daripada golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah(ASWJ) banyak nya telah ditokok tambah dan di tukar-tukar kan,dan hanya sebahagiannya sahaja yang masih selamat untuk dijadikan pegangan bagi menolak dan membendung kegiatan dakyah mereka.
Moga Allah membantu kita..

Maka bagi mereka yang telah berhujjah dengan beberapa hujjah terbatas pengetahuan para Ulama mengenainya(Hadith Najad),akan saya saringnya dan berhujjah secara disiplin ilmiah serta dikuatkan dengan isu-isu fakta terhadap peta dunia kepada mereka.Sebagaimana yang telah dilakukan para Ulama Muktabar,moga Allah membantu saya dan semua umat Islam...

Pertamanya adalah persoalan,yang di hujjah kan kebanyakan para Salafi "Palsu" atau secara metodologinya adalah Wahhabiyyah,antara berikut ialah :-

Soalan 1 :- “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Bukhari, dalam Sahih al-Bukhari, no: 6681]

Hadis ini menunjukkan negeri Najd tersebut adalah tempat keluarnya Tanduk syaitan serta berlakunya gempa bumi dan fitnah daripada tempat tersebut. Persoalannya, "Najd" yang disebutkan dalam hadis ini ialah Najd yang mana? Adakah Najd yang bertempat di Arab Saudi demi meyakinkan ajaran wahabi adalah ajaran yang membawa fitnah..

Untuk mengetahui dengan lanjut makna/ maksud sebenar hadis ini adalah dengan melihat hadis lain yang menerangkan dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut. Hadisnya adalah seperti berikut:

Soalan 2 :- Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”. Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Thabrani dalam Mu'jam al-Ausath (1/246 & 1/4256), Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyik (1/120), Abu 'Ali al-Qusyairy al-Harany dalam Tarikh al-Raqah (2/20/1-2), Abu Nu'aim dalam al-Haliyyah (6/133), dan lain-lain; Rujuk Silsilah al-Sahihah, no: 2246]

Ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dimana Salim Ibn Abdullah Ibn Umar Radhiallahu'anhuma pernah berkata:

Soalan 3 :- Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…” [Hadis riwayat Muslim, dalam Sahih Muslim, no: 2905] 


Soalan 4 :- Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah :
Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah” [Lihat Fathul Bari, Syarah Sahih bukhari, 13/47] 

JAWAPAN NYA :- 
Bismillahir Rahmanir Rahim farrij 'alal muslimin,tawakkaltu 'ala Allah wa la hawla wa la quwwata illa billah.Berkenaan hujjah ini akan dijawab satu persatu oleh saya,inshaAllah moga diberi taufiq dan hidayahNYA... :-

Jawapan 1 :- Hadith berkenaan Negeri Najad ini bukan lah terbatas hanya didalam Sahih Imam Bukhari,bahkan selain daripadanya adalah seperti Imam Muslim,Abu Daud,Tirmidzi,Nasa'ie dan Ibn Majah.Lagi pun tiada satu pun sebenarnya dalam karangan para Ulama Muktabar Hadith yang mengatakan Negeri Iraq.Jadi bagaimana anda boleh membawa hujjah lafaz matan ini adalah riwayat Bukhari sahaja?Dan yang lainnya tiba-tiba "Iraq" ? Maka ternyata hadith berkenaan adalah keluaran versi Ulama Wahhabiyyah iaitu Sheikh Al-Albani yang tertipu dengan kedangkalan diri nya yang bertemakan nafsu.Saya yakin ramai yang sebenarnya tidak tahu darjat sebenar tahap keilmuan Sheikh Al-Albani berkenaan,sudah kah pernah menyelusuri beberapa metodologi beliau? Maka kalau sudah,bererti anda telah tertipu dengan nya.

Disini saya membawa beberapa pendekatan tentang Sheikh Al-Albani yang banyak telah dikritik oleh para Ulama.Antaranya ialah kenyataan Murid Kanan al-Allamah al-Imam al-Muhaddith Sheikh Abdullah bin As-Siddiq al-Ghumari iaitu Al-Allamah Sheikh Mahmud Said Mamduh tentang kesilapan metodologi hadith yang diperjuangkan Al-Albani dan para muridnya. Beliau telah mengarang banyak kitab untuk mendedahkan beberapa kesilapan metodologi Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam ilmu hadith.


Antara karangan beliau ialah : "At-Ta’rif bi Awham Man Qassama al-Sunnan Ila al-Sahih Wa al-Dhaif (Satu pengenalan bagi mereka yang mendatangkan kesamaran dengan membahagikan Al-hadith kepada Sahih dan Dhaif). Kitab ini berjumlah enam jilid bermula bab Taharah (bersuci) sehingga bab kelebihan Makkah. Di dalam kitab ini Allamah Sheikh Mahmud Said Mamduh berjaya menjelaskan metodologi songsang Al-Albani satu persatu. Beliau telah mengesan hampir "1000 hadith" yang telah ditashih (sahih) dan ditad’ifkan (lemah) mengikut selera hawa nafsu Sheikh Al-Albani. Penjelasan ini membuktikan Sheikh al-Albani tidak memiliki konsistensi kukuh dalam pentashihan hadith.


Walaupun menceburi bidang hadith, Sheikh Al-Albani sebenarnya tidak mempunyai silsilah perguruan dalam bidang hadith secara bersanad. Jika dikaji secara "teliti" dalam terjemahan biografi Sheikh al-Albani, tidak diketahui siapakah gurunya yang meriwayatkan hadith kepadanya. Ajaib sekali jika seseorang yang menceburi bidang hadith tidak memiliki guru hadith yang memiliki silsilah yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Disamping itu, Sheikh Al-Albani juga bertanggungjawab merungkai metodologi ilmu hadith yang telah sekian lama disusun rapi oleh para ulamak hadith. Contohnya :- Para ulama hadith telah sepakat membahagikan hadith kepada 4 bahagian Utama : Iaitu Hadith Sahih, Hadis Hasan/Maqbul (yg tidak menepati spesifikasi sahih dan tidak pula dhaif), Hadith Dhaif dan Hadith Maudhu' (Rekaan). Tetapi bila hadirnya Sheikh Al-Albani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadith kepada dua bahagian sahaja. Iaitu Hadith Sahih dan Hadith Dhaif/Maudhu' (rekaan).


Bukan sekadar itu, Al-Albani juga turut menjelaskan bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif berkenaan. Sedangkan para ulama menaskan : ”Para Ulama Hadith, Feqah dan selainnya menjelaskan : Diharuskan dan disunatkan beramal dengan hadith dhaif di dalam kelebihan-kelebihan perkara ibadah, galakan terhadap janji-janji baik Allah dan larangan terhadap janji-janji buruk Allah selagi mana hadith tersebut tidak mencapai tahap hadith  Maudhu' (rekaan),”-Imam As-Suyuthi di dalam Kitabnya Tufah al-Abrar dan Imam An-Nawawi di dalam al-Azkar, hlm 14, Cet Dar al-Makrifah, 1996



Oleh itu, tidak pelik jika ada pihak yang membicarakan ilmu hadith, secara sombong menolak keberhujahan hadith-hadith hasan atau hadith dhaif dalam bidang dan kelasnya sebagaimana yang dibenarkan para Ulama hadith, feqah dan selainnya. Dakwaan mereka,bahawa hadith berkenaan tidak sahih. Atau hadith berkenaan adalah hadith dhaif. Ternyata sikap begini tidak mencerminkan metodologi Ahlul Hadith yang sebenar. Sebaliknya, mencerminkan sikap penolakan terhadap hadith secara halus. Inilah salah satu hasil dari pegangan Ijtihad Al-Albani yang perlu ditolak secara jujur.

Selain itu, Al-Albani juga begitu gigih ingin menilai semula hadith-hadith Nabi s.a.w yang telah dinilai sahih oleh para Ulama Muktabar sebelumnya.Dalam kes ini, perlu dipertanyakan Siapakah Al-Albani dan siapakah gurunya? Dimana sanadnya atau silsilah (penyampaian) periwayatannya? Dimana Standard beliau dalam disiplin ilmu hadith? Apakah beliau Al-Hafiz, Al-Hakim, Al-Hujjah, Pakar Ilal(cacat-cela) Al-Hadith? Pendek kata, Sheikh Al-Albani juga perlu dinilai secara Jarh dan Ta'dil oleh para Ulama yang layak menilai penghadithan nya. jadi, mengapa harus ada "pihak" yang menuduh kita ekstrem bila kita ingin mengadili beliau berdasarkan metodologi Ahli Hadith yang silam? Sepatutnya, ia bukan isu yang perlu dipertikaikan.


Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan Al-Albani, khususnya bab feqah, disana terdapat "beberapa fatwa syaz* Al-Albani yang bertentangan Ijma' Ulama". Contohnya :- 




  • Masalah wajibnya dipindahkan maqam Nabi s.a.w dari masjid Nabawi Asy-Syarif kerana maqam tersebut dianggap sebagai berhala. Nauzubillahi min zalika. Ummuhatul Mukminin Aisyah r.anha didakwa beliau harus utk berzina dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi sa.w. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar-benar berlaku. Dan direkodkan dalam kitabnya. 

Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya? Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah...


    *(Syaz adalah bermaksud suatu fatwa yang sahih,namun ada lagi fatwa yang terlebih sahih sangat daripada fatwa sahih berkenaan,maka fatwa berkenaan adalah ditolak hujjahnya sama sekali kerana ijma' (sepakati) lebih utama berbanding pendapat sendiri tanpa ijma' (sepakati). Wallahu A'lam Bis Sowab...


    Kini sudah 10 tahun Sheikh Al-Albani bersemadi di Tanah Perkuburan Jabal Nasir, di Amman, Jordan . Namun fikrah dan metodologi hadith moden yang dirintisnya mendapat tempat dalam masyarakat disebabkan beliau pernah menjawat Mahaguru Hadith di Universiti Islam Madinah. 


    Memandangkan metodologi hadithnya bertepatan dengan aliran Salafiah Wahhabiyyah, maka namanya dijulang dan beliau diberi penghargaan serta dimasyhur ke tahap Amir Mukminin Fi al-Hadith. Muncul pula murid-murid yang mengagung-agungkan Al-Albani ke serata dunia, dengan sokongan wang ringgit yang banyak menyebabkan fikrah Al-Albani mudah tersebar dengan cepat. Berbanding karya Ulama yang hebat dalam pelbagai bidang tetapi kurang diberi perhatian sesetengah pemerintah. Akhirnya, karya berkenaan terkubur begitu sahaja.


    Apapun kesalahan Al-Albani dalam bidang hadith perlu diperjelaskan. Bukan bermaksud bila kita membicarakan kesalahan seseorang ulama bererti kita mencela keperibadiannya. Tidak sebegitu ! Bahkan tujuannya ialah "ingin diperbetulkan kesilapannya". Dan memberi ingatan kepada umat ini agar tidak tersalah faham dengan pendapat yang sememangnya salah. Apatah lagi untuk mengambil manfaat dari metodologi songsang yang diperjuangkannya.


    Justeru, diperingatkan kepada para pendakwah, penceramah atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam bidang hadith supaya berpegang kepada metodologi yang telah disepakti Ulama hadith. Dan usah mengambil jalan pintas untuk menghukum hadith jika anda tidak mengetahui disiplinnya.Dikhuatiri, jika anda menukil tashih dan tashih al-Albani, anda akan dikenali sekapal dgn metodologi songsang ini. Dan tidak hairanlah jika anda dituduh Wahhabiyyah. Atau di gam oleh negeri-negeri tertentu.

     Bagi mereka yang tidak tahu apa-apa akan hal ini,dia pasti berkata :- Sheikh Al-Albani pun ulama juga... Saya ni siapa? Masalahnya bukan siapa saya, kita dan mereka.Tetapi permasalahannya ialah metodologi songsang, tiada disiplin ilmu dan kesalahan seseorang perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku keracuan dan salah faham sesama Islam. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu bidang yang melibatkan sumber-sumber perundangan Islam iaitu Al-Hadith. Wallahu'alam Bis Sowab.



    Jawapan 2 :- Usul Hadith mana yang dipakai kan ini?Al-Albani? Demi Allah itu semua tidak benar ! Malah amat sekali pelik.Selama yang saya telah kaji hujjah ini,ada beberapa banyak kesalahannya,iaitu :-



    • Hadith lafaz Bukhari adalah Sahih,jadi bagaimana pula tiba-tiba dengan lafaz Thabrani,didalam kajian fakta geografi saya mengenai Najad,tenyata wujud negeri itu,dan hanya kawasan negeri itu sahaja yang digelar najad.Tiada pun mengatakan Negeri Iraq itu sebagai Negeri Najad.Bahkan dinamakan Negeri Iraq itu disebabkan dekat dengan laut,ada juga mengatakan Iraq kerana tanah nya yang datar,jarang terdapat pergunungan yang tinggi.Tanah datar tersebut itu adalah diantara Sungai Tigris dan Eurafat atau Negeri As-Sawad dan Al-Jazirah.MAKA TIADA SATU PUN DINAMAKAN OLEH AHLI KAJI GEOGRAFI YANG MENGATAKAN IRAQ ADALAH NEGERI YANG DINAMAKAN NAJAD JUGA.Maka amatilah kebenarannya...
    Buktinya ( Gambar ) :-  










    Jawapan 3 :- Lafaz matan ini adalah amat  pelik sekali dan sangat bertentangan dengan lafaz matan yang sebenar didalam Hadith riwayat Imam Bukhari No : 7093 :- 



    عن ابن عمر رضي لله عنهما أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو مستقبل المشرق يقول : " ألا إن الفتنة هاهنا من حيث يطلع قرن الشيطان . رواه البخاري

    Ertinya :- "Dari Ibnu Umar r.a. beliau mendengar Rasululullah s.a.w bersabda dalam keadaan mengarah ke bahagian arah timur Madinah : " Ingatlah bahawasanya fitnah datang dari sana dari tempat terbitnya tanduk syaitan".

    Maka setelah diteliti,lafaz matan Hadith pada soalan 3 tadi adalah pelik,kerana Salim bin Abdullah bin Umar berada di Negeri Iraq,jadi mengapa dikatakan Rasulullah s.a.w dengan mengisyaratkan kearah timur? mengapa tidak keluarkan hadith yang mengatakan "Disinilah terletaknya maksud yang dikatakan Rasulullah" tetapi sebaliknya Salim mengatakan arah timur sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w.Ternyata hadith ini lafaznya telah digubah,Na'uzubillahi min zalika...

    Jadi Alhamdulilah,lafaz matan yang sebenar dapat kita ambil didalam hadith riwayat Imam Bukhari.Bahawasanya yang kita fahami ialah ketika itu Baginda Rasulullah s.a.w berada di Madinah Al-Munawwarah dan Ibnu Umar r.anhu mendengarnya ketika itu juga di kawasan Madinah Al-Munawwarah.Maka justeru dengan itu  isyarat Baginda s.a.w adalah ke arah timur madinah,dan timur Madinah adalah Negeri Najad,bukannya Negeri Iraq yang terletak di sebelah utara.Sila lihat sendiri dengan mata bukan lutut pada peta yang telah diberikan.Maka tolonglah mengerti...


    Jawapan 4 :- Saya pelik lah dan sangat-sangat hairan,dengan kata-kata Al-khattabi :- "Dia kata Najad sebelah timur,lepas tu tiba-tiba pula kata orang yang duduk dekat Madinah itu najadnya Negeri Iraq,dia dekat mana masa tu agak-agaknyalah,dekat planet Marikh kot.Takkanlah tak boleh tengok peta atau menanyakan kepada yang lebih pakar.Padahal Negeri Iraq adalah disebelah utara daripada Kota Madinah Al-Munawwarah,dan di kawasan belah timur Madinah adalah kawasan Negeri Najad,Ada banyak tanda soalan,apakah Al-Khattabi melihat kepada peta dahulu ataupun peta politik ketika itu?Lantas mengeluarkan pendapat yang amat bertentangan dengan hadith dan kedudukan para kaji geografi yang terlebih afdhal? Dan apakah Al-Khattabi Ulama pakar Geografi Dunia? Apakah Sheikh Ibn Hajar Al-'Asqolani termasuk Pakar Geografi Dunia juga?

    Lepas itu dikatakan pula oleh beliau mengikut bahasa,apa kena bahasa dengan fakta Ilmu Geografi Peta Dunia?Perbincangan Najad adalah satu perbincangan mengenai suatu Negeri,bukannya perbincangan mengenai agama,seperti Fiqh atau Aqidah.Tidak bahkan sama sekali tidak,kerana perbincangan ini adalah mengenai "Tempat" tidak perlu ada Ijma' ulama,yang memerlukan dari segi bahasa atau pun syarak.Akan tetapi ianya perlu ada kajian  khusus Peta atau Tempat oleh  Ijma' Ahli Geografi mengenainya.Maka berfikirlah...

    Kalau nak ikut juga bahasa,tak apa.Mari kita lihat sendiri sejauh mana kebenaran bahasa itu mengikut ijma' Ahli yang pakar Geografi dunia  :-

    Najad dikatakan tanah tinggi,sedangkan itu sebenarnya bukanlah mengikut bahasa pun,memang Najad itu  sendiri kawasannya adalah kebanyakan tanah tinggi,bukanlah satu kawasan yang terlalu tinggi. (umumnya) Setiap kawasan tanah tinggi dari Tihamah(Jalan pesisir pantai laut merah) dikatakan Najad.Ternakan yang dipelihara di Najad diberi minum airnya di Tihamah sebab Tihamah itu kawasannya di pesisir pantai laut merah. Dan setiap tanah tinggi dari lembah Al-Rummah (sumur) dikira Najad sehinggalah ke penghujung Dzatul Iraq dari Wilayah Al-Hijjaz keseluruhannya,barat Al-Yamamah,timur Al-Hijjaz. 

    Kotanya pada hari ini dikenali dengan Riyadh dan kawasan sekitarnya adalah al-Qashim, Sudair, al-Aflaj. "Suatu ketika dahulu manusia akan mengira,apa-apa jarak selepas 100km dari Timur Madinah Al-Munawwarah adalah Najad.”


    Buktinya  ( Gambar ) :-


    Dan ini ( Gambar  B.Arab )  peta nya :- 



    Atau dalam bahasa kita ( Gambar ) :-



    Lagi satu pula,beliau kata "Najad" : kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada Ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah”.

    Ini sangat-sangat bertentangan dan pelik,mengapa mereka berhujjah dengan perkataan ini,sedangkan mereka bodoh tak faham maksud perkataan Ulama ini dan tidak mengkajinya,lantas dengan "Haprak" lebih nak lawan ASWJ,tengok-tengok kena batang hidung sendiri.sebab Negeri Najad sebenarnya adalah sebelah timur madinah.Demikian pula adalah Daerah Tihamah kebanyakan nya pergunungan dan sedikit tanah tinggi,Kalau kita tengok Geografinya pun sudah tahu,buat apa mahu banyak bertanya dan masih lagi mahu "Tegak kan benang yang basah" ?



    Buktinya tengok peta dan kedudukan Geografinya ini sekali lagi dan silalah amatinya dengan kebenaran dan berfikir lah sebaiknya :-









    Akhir sekali,semoga dengan fakta-fakta,bukti-bukti logik akal berserta kedudukan Najad didalam Geografinya,dapat kita berfikir,kerana "Sebaik-baik orang yang berfikir adalah orang-orang yang tidak terlalu bodoh lagi sombong".



    Dan Allah maha mengetahui apa-apa yang telah saya tuliskan,

    Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, 

    Wasalamu'alaikum Warahmatullahi Wa barakatuhu...


    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.