Layan

Saturday, January 8, 2011

AGAMA ADALAH NASIHAT

Assalamualaikum,kali ini post saya mengenai seseorang yg ingin memberi nasihat atau sifat2 dan ciri2nya dan kpd siapa yg harus menerima nasihat dan terkecualinya dan apa yg perlu dalam menyebarkan tabur2 hikmah itu dan yg seumpanya,sebagaimana dlm hadith sohih yg berikut :-

 ( عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم  )  

 Dari Abi Ruqayyah Tamim Bin Aus ad-Dary radiyaAllahu'anhu : Sesungguhnya Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda :- Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.
( H.R   imam Muslim )

                                            KETERANGAN :-

        -Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari hadith sohih diatas, ialah :-

1. Agama yang dimaksudkan disini adalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. 
Firman Allah taala :- "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam". (Ali Imran:19).
Dan firmanNya lagi :- "Barangsiapa mencari agama selain Islam, nescaya Allah tidak  akan menerimanya, dan di akhirat dia pasti termasuk golongan yang merugi". (Ali Imran:85).
Luqman Al-Hakim berkata : "Jika di dunia ini kamu memiliki hanya satu, maka satu-satunya itu hendaklah agama".Dan Pepatah Arab berkata : "Manusia tanpa agama, bagaikan kuda tanpa kekang (hidup liar dan tidak terkawal)".

2. Islam adalah nasihat :-

Maksudnya :- Agar kehidupan manusia terkawal maka agama sangat berguna untuk mengawal agar ia menjadi insan yang baik dan sempurna dan selanjutnya mendapat keredhaan Allah taala. 
Agama Islam sangat berperanan membimbing manusia agar menjadi insan yang cemerlang dan bahagia di dunia dan di akhirat kelak. Dan kita mesti ingat bahawa rujukan utama agama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W yg sohihah.
Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku tinggalkan 2 perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat untuk selamanya(Al-Quran & Hadithnya yg sohih)".

3. Ketika Nabi SAW ditanya : Bagi siapa ? Lalu baginda SAW menjawap : Bagi Allah. :-

Ini tidak bermaksud Allah memerlukan nasihat ! tetapi maksudnya : Kita mestilah beriman dan mentauhidkan Allah, jangan buat syirik, buat suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan mengharap redha-Nya; Bagi Kitab-Nya,maksudnya beriman kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup sepanjang kehidupan.Da bagi Rasul-Nya, beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W mencintainya dan menjadikannya sebagai role model dan teladan dalam segala urusan agama, mencintai sesiapa yang mencintainya dan memusuhi sesiapa saja yang memusuhinya dan sunnahnya.

4. Adapun maksud bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin  pula :-

Maksudnya :- ialah الرجاء المساعدة (tolong menolong) dan دعم (menyokong) mereka dalam perkara-perkara kebenaran dan keadilan serta patuh kepada mereka dalam urusan kebenaran. Tegur mereka dengan cara yang sopan dan ingatkan mereka ketika lalai melaksanakan kewajipan. Sedangkan bagi orang awam kaum muslimin pula, ialah membimbing mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka daripada jalan yang salah atau sesat, bertolong-tolongan dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan, saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.

5.Walau nasihat itu berguna, namun jika "tersalah caranya" boleh membawa " bencana". Oleh itu, ketika memberi nasihat kita perlu bijaksana dan tahu caranya. Pepatah Arab : " Memberi nasihat di khalayak ramai adalah suatu penghinaan". Rasulullah S.A.W bersabda : Hak muslim terhadap muslim lain ada 6, (satu diantaranya) : "Jika salah seorang saudara seagamamu meminta nasihat, maka berilah dia nasihat".
Menurut Pandangan Imam An-Nawawi dalam syarahannya : Nasihat itu perlu diberikan kepada org muslim jika dia meminta nasihat hanya dalam hal-hal keduniaan,seperti pertanyaannya tentang pribadi orang yang dia ingin menjadikannya sebagai rakan kongsi dalam urusan perniagaan akan tetapi jika kita melihat kesalahan dalam urusan agamanya, maka kita wajib menegurnya atau memberinya nasihat walaupun org muslim itu tidak meminta nasihat.

6. Nasihat menurut bahasa Arab memilki 3 makna :-

1. menjahit/menampal : ( نَصَحَ الثَّوْبَ ) : Dia menjahit/menampal baju.

2. Menyaring/menapis ( نَصَحَ العَسْلَ ) : Dia menyaring/menapis madu.

3.Ikhlas ( تَوْبَةً نَصُوْحًا ) : Taubat yang ikhlas.

Jika kita rangkumi ketiga-tiga makna tersebut, maka 'suatu nasihat' mestilah memenuhi 3 ciri2 sifat iaitu :-

1. Nasihat mestilah ke arah memperbaiki atau kesempurnaan diri orang yang dinasihati sebagaimana peranan jahitan atau tampalan baju yang koyak.

2.Ketika memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik-baik atau ditapis dan diseleksi, bukan asal cakap yang boleh menyinggung perasaan orang yang dinasihati.

3.Suatu nasihat hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas, bukan cari pengaruh atau pujian atau keuntungan duniawi.

7. Muslim/muslimat jika mendapat nasihat dari seseorang :-
 sama ada dari Ibu Bapa, para guru, para ustaz atau para 'ulama dan Tabligh dan para penda'wah, hendaklah menerimanya dengan baik dan berusaha untuk mematuhinya. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu memenuhi semua kriteria di atas dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W yg sohihah dan sebagaimana dlm
firman Allah S.W.T(dlm menggambarkan ciri2 orang kafir) :- "Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tetap saja tidak mahu percaya (beriman) - (Al-Baqarah : 6) Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memilki sifat atau ciri2 org kafir tersebut, tetapi selalu "Sami'naa Wa Ata'naa" (kita mendengar dan kita menunaikannya).

8.Rasulullah S.A.W bersabda dalam wasiatnya sebelum wafat : " Bertaqwalah kamu kepada Allah taala, dan dengarlah, dan patuhilah, walaupun yang menyampaikan (nasihat atau kebenaran itu) seorang hamba 'abdi(hamba) berbangsa Habsy."

Wasiat diatas itu mengandungi 2 isi :-

1. Untuk mencapai darjat taqwa, seseorang itu mestilah suka mendengar dan mematuhi (kebenaran) yang didengarnya itu.sebagaimana dlm sabdanya :-

 

"Dari abu Bakar r.anhu meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bersabda :-"Jadilah kamu seorg yg 'alim atau org yg belajar ilmu agama atau org yg gemar mendengar pengajiaan agama dgn teliti atau menjadi org yg mencintai ilmu dan ahli ilmu & jgnlah kamu menjadi org yg kelima,yg mana kamu akan binasa.Kelima itu adlh kamu membenci ilmu dan ahli ilmu" (H.R Tabrani)


2. Kebenaran yang disampaikan wajib dipatuhi tanpa mengira siapapun yang menyampaikannya, walau dari orang yang tidak mempunyai status seperti seorang hamba berbangsa Afrika atau selain drpd bangsa itu.

Rasulullah S.A.W bersabda :-

                                               "أنظر ما قال,و ليس تنظر من قال
                                       "Unzur ma qola,wa laisa tanzur man qola"
 yg bermaksud :-

"Hendaklah kamu melihat kepada apa yg dituturkan dan jgnlah melihat kpd siapa yg menutur." (Sodaqoh Rasulullah S.A.W).


Dan jadi ketahuilah kita semua ttg kriteria2 Nasihat itu,moga ada manfaatnya atas ummat islam semua,amin ya rabbal 'alamin~

Sekian dari saya....
Was Salam Wa RahmatuAllah Wa Barakatuhu fikum..