Layan

Friday, January 7, 2011

Kesegakan seorang lelaki islami dan kecantikan seorang wanita Islami



Disini saya sebutkan ciri cirinya..
Kesegakan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal  atau sebagainya akan tetapi ianya kepada murni  dan rohani.

Da ciri-ciri Lelaki yang segak itu adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.

2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun.

4)Lelaki yang tenang dan berlapang dada.

5)Lelaki yang sentiasa husnuzon (baik sangka).

6)Lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa.

ketahuilah kesegakan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kesegakan yang ada pada 
Nabi Muhammad S.A.W adalah kesegakan yang sempurna bagi seorang lelaki.

Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-


1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.

4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan dan
Kegagahan perempuan itu berdiri di atas keteguhan imannya kpd 6 rukun iman.

Dan ketahuilah seluruh kegagahan yang ada pada Sayyidatina Khadijah R.ANHA adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah S.A.W:-
” Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”

"Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

"Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,

Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar dirimu bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

"Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama yg dicintai"

Salam dan barakaAllah untuk perjuangan sahabatku semua…

Pondan dan Pengkid/Tomboy



Bagi saya ianya termasuk salah satu perbuatan yang  AMAT "dilarang dalam agama Islam"iaitu adalah wanita yang memakai pakaian lelaki dan lelaki yang memakai pakaian wanita. Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki...  

Istilah 'menyerupai' merangkumi cara bercakap, cara berjalan, berpakaian dan lain-lain lagi.Dan ketahuilah bila Rasulullah s.a.w telah melaknat mereka,apatah lagi Allah subhanahu wa taala pastinya melaknat mereka juga,na'uzubillahi min zalik..

Bencana paling besar bagi kehidupan manusia ialah keluarnya anggota masyarakat dari fitrah dan menyimpang dari watak semula jadinya, termasuk di dalamnya adalah adanya lelaki dan wanita. Tiap-tiap satu daripadanya memiliki karakter dan naluri khusus. Jika seseorang lelaki mempunyai karakter sebagaimana wanita dan sebaliknya, maka keadaan yang ada menjadi racun, kacau dan tidak bermoral.

Dengan alasan tersebut, Rasulullah SAW, melarang kaum lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan warna kuning. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ali. r.a. dia berkata :-

"Rasulullah SAW melarang saya memakai cincin emas, pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan warna kuning."

Diriwayatkan pula dari Ibn Amr r.a. ia berkata: Rasulullah saw melihatku memakai dua pakaian yang berwarna kuning, maka beliau menegur :-

"Sesungguhnya pakaian ini termasuk sebahagian daripada pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."



Disamping itu dikuatkan lagi dengan keputusan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) 


Muzakarah(perbincangan) telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.



Keterangan/Hujah :- 
 
  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
     
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
     
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
     
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
     
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
     
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.

 p/s : ulasan mengenai yg ini telah saya post dahulu termasuk post mengenai pendapat ini,akan tetapi telah ditambahi sedikit sebanyak info-info  semasa ilmu-ilmu mengenainya.

Moga kita terpelihara dan moga ianya ini bermanfaat,amin ya rabbal 'alamin.. 

Wassalam antum.. 


Apa kata para-para Salafus Solehin dlm berpegang pada mazhabnya








Diambil oleh : Syeikh Nasiruddin Al - Albani

-Kenyataan para imam untuk mengikuti sunnah dan meninggalkan yang menyalahi sunnah-

kiranya ada gunanya di sini saya paparkan sebagian atau seluruhnya ucapan-ucapan yang saya ketahui dari mereka. Semoga kutipan ini dapat menjadi pelajaran dan peringatan bagi mereka yang 'taqlid(meniru)' kepada para imam atau kepada yang lainnya dengan cara membabi buta, dan berpegang pada mazhab dan pendapat mereka seolah-olah hal itu seperti sebuah firman yang turun dari langit, Allah berfirman:

"Ikutlah oleh kalian apa yang telah diturunkan kepada kalian dari Tuhan kalian dan janganlah kalian mengikuti pemimpin - pemimpin selain Dia. Sungguh sedikit sekali kamu ingat kepadanya." (Al-A'raf 7:3)

Berikut ini saya paparkan pernyataan para Imam Mazhab :-

Imam Abu Hanifah :-

Imam mazhab yang pertama adalah  : Abu Hanifah Nu'man bin Tsabit. Para muridnya telah meriwayatkan berbagai macam perkataan dan pernyataan beliau yang seluruhnya mengandungi satu tujuan,iaitu kewajipan berpegang kepada Hadis Nabi SAW dan meninggalkan sikap taqlid(meniru) pendapat-pendapat para imam bila bertentangan dengan hadis Nabi S.A.W.

Ucapan beliau :-

"Jika terdapat Hadis Sohih, itulah mazhabku."

"Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya."

Pada riwayat lain dikatakan bahawa beliau mengatakan: "Orang yang tidak mengetahui dalilku, haram baginya menggunakan pendapatku untuk memberikan fatwa." Pada riwayat lain ditambahkan: "kami hanyalah seorang manusia. Hari ini kami berpendapat demikian tetapi besok kami mencabutnya."

Pada riwayat lain lagi dikatakan: "Wahai Ya'Qub (Abu Yusuf), celakalah kamu! janganlah kamu tulis semua yang kamu dengar dariku. Hari ini saya berpendapat demikian, tapi esok saya meninggalkannya. Besok saya berpendapat demikian, tapi hari berikutnya saya meninggalkannya."

"Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW, tinggalkanlah pendapatku itu."

Imam Malik bin Anas :-

-Imam Malik berkata :-

"Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang benar. Oleh kerana itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, ambillah dan bila tidak sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah."

"Siapa pun perkataannya boleh ditolak dan boleh diterima, kecuali hanya Nabi SAW sendiri".

Imam Syafi'e :-

Riwayat-riwayat yang dinukil orang dari Imam Syafi'e dalam masalah ini lebih banyak dan lebih bagus, dan para pengikutnya lebih banyak yang melaksanakan pesananya dan lebih beruntung. Beliau berpesan antara lain :-

"Setiap orang harus bermazhab kepada Rasulullah s.a.w dan mengikutinya. Apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal dari Rasulullah s.a.w tetapi ternyata berlawanan dengan pendapatku, apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w itulah yang menjadi pendapatku."

"Seluruh kaum Muslim telah sepakat bahawa orang yang secara jelas telah mengetahui suatu Hadis dari Rasulullah s.a.w tidak halal meninggalkannya guna mengikuti pendapat seseorang."

"Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan Hadis Rasulullah, peganglah Hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu."

"Bila suatu hadis itu Sohih, itulah mazhabku."

"Kalian lebih tahu tentang Hadis dan para rawinya daripada aku. Apabila suatu Hadis itu Sahih, beri tahukanlah kepadaku biar di mana pun orangnya, apakah di Kuffah, Basrah, atau Syam, sampai aku pergi menemuinya."

"Bila suatu masalah ada Hadisnya yang sah dari Rasulullah S.A.W menurut kalangan ahli Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati."

"Bila kalian mengetahui aku mengatakan suatu pendapat yang ternyata menyalahi Hadis Nabi s.a.w yang Sahih, ketahuilah bahawa hal itu bererti pendapatku tidak berguna."

"Setiap perkataanku bila berlainan dengan riwayat yang Sahih dari Nabi S.A.W,
Hadis Nabi s.a.w lebih utama dari kalian,jangan bertaqlid kepadaku."

"Setiap Hadis yang datang dari Nabi S.A.W bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri dari aku."

Imam Ahmad bin Hanbal :-

Ahmad bin Hambal merupakan seorang imam yang paling banyak menghimpun Hadis dan berpegang teguh kepadanya, sehingga beliau benci menjamah kitab-kitab yang memuat masalah furu' (cabang) dan ra'yu(pandangan).

Beliau mengatakan sebagai berikut :-

"Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Syafie, Auza'i, dan Tsauri, tetapi ambillah dari sumber mereka mengambil."

"Pada riwayat lain disebutkan: "Janganlah kamu taqlid kepada sesiapa pun dari mereka dalam urusan agamamu. Apa yang datang dari Nabi SAW dan para sahabatnya, itulah hendaknya yang kamu ambil. Adapun tentang tabi'in, setiap orang boleh memilihnya (menolak atau menerima)." Kali lain dia berkata: "Yang dinamakan ittiba'(ikutan) yaitu mengikuti apa yang datang dari Nabi S.A.W dan para sahabatnya r.anhu wa r.anha, sedangkan yang datang dari para Tabi'in(pengikut) boleh dipilih."

"Pendapat Auza'i, Malik, dan Abu Hanifah adalah ra'yu, Bagi saya semua ra'yu sama saja, tetapi yang menjadi hujjah agama adalah yang ada pada atsar(kebanyakan)maksudnya(Hadis Nabii muhammad s.a.w)."

"Barangsiapa yang menolak Hadis Rasulullah SAW, dia berada di jurang kehancuran."



keterangan :-

Demikianlah pernyataan para imam dalam menyuruh orang untuk berpegang teguh pada Hadith dan melarang mengikuti mereka tanpa sikap kritis. Pernyataan mereka itu sudah jelas tidak boleh dibantah dan diputar belitkan lagi. Mereka mewajibkan berpegang pada semua Hadith yang Sohih sekalipun bertentangan dengan sebagian pendapat mereka tersebut,dan sikap semacam itu tidak dikatakan menyalahi mazhab mereka dan keluar dari Manhaj(kaedah) mereka,bahkan sikap itulah yang disebut sebagai mengikuti mereka dan berpegang pada tali yang kuat yang tidak akan putus.

Akan tetapi, tidaklah demikian halnya bagi seseorang meninggalkan Hadith-hadith yang sohih kerana dipandang menyalahi pendapat mereka.Bahkan orang yang berbuat demikian telah derhaka kepada mereka dan menyalahi pendapat-pendapat mereka yang telah dikemukakan di atas, Allah taala berfirman :-

"Demi Tuhanmu, mereka itu tidak dikatakan beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim dalam menyelesaikan sengketa di antara mereka, kemudian mereka tidak keberatan terhadap keputusanmu dan menerimanya dengan sepenuh ketulusan hati." (An-Nisa' 4:65)

Allah juga berfirman :-

"Orang-orang yang menyalahi perintahnya hendaklah takut fitnah akan menimpa mereka atau azab yang pedih akan menimpa mereka. (An-Nur 24:63).