Layan

Friday, January 7, 2011

Pondan dan Pengkid/Tomboy



Bagi saya ianya termasuk salah satu perbuatan yang  AMAT "dilarang dalam agama Islam"iaitu adalah wanita yang memakai pakaian lelaki dan lelaki yang memakai pakaian wanita. Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki...  

Istilah 'menyerupai' merangkumi cara bercakap, cara berjalan, berpakaian dan lain-lain lagi.Dan ketahuilah bila Rasulullah s.a.w telah melaknat mereka,apatah lagi Allah subhanahu wa taala pastinya melaknat mereka juga,na'uzubillahi min zalik..

Bencana paling besar bagi kehidupan manusia ialah keluarnya anggota masyarakat dari fitrah dan menyimpang dari watak semula jadinya, termasuk di dalamnya adalah adanya lelaki dan wanita. Tiap-tiap satu daripadanya memiliki karakter dan naluri khusus. Jika seseorang lelaki mempunyai karakter sebagaimana wanita dan sebaliknya, maka keadaan yang ada menjadi racun, kacau dan tidak bermoral.

Dengan alasan tersebut, Rasulullah SAW, melarang kaum lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan warna kuning. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ali. r.a. dia berkata :-

"Rasulullah SAW melarang saya memakai cincin emas, pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan warna kuning."

Diriwayatkan pula dari Ibn Amr r.a. ia berkata: Rasulullah saw melihatku memakai dua pakaian yang berwarna kuning, maka beliau menegur :-

"Sesungguhnya pakaian ini termasuk sebahagian daripada pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."



Disamping itu dikuatkan lagi dengan keputusan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) 


Muzakarah(perbincangan) telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.



Keterangan/Hujah :- 
 
  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
     
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
     
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
     
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
     
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
     
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.

 p/s : ulasan mengenai yg ini telah saya post dahulu termasuk post mengenai pendapat ini,akan tetapi telah ditambahi sedikit sebanyak info-info  semasa ilmu-ilmu mengenainya.

Moga kita terpelihara dan moga ianya ini bermanfaat,amin ya rabbal 'alamin.. 

Wassalam antum.. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.