Layan

Saturday, January 1, 2011

Surat ku untuk mu "Wahai HAWA"

بسم الله الرحمن الرحيم                           


Assalamu'alaikum  wahai HAWA..

Semoga sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T selalu. Tujuan utama surat ini ditulis adalah untuk memberi sedikit nasihat dan peringatan kepada saudari HAWA. Ini bukan bermakna ana tidak  pernah membuat kesalahan dan kesilapan.Sudah menjadi fitrah manusia untuk membuat kesalahan, dan turut menjadi fitrah manusia untuk insaf dan bertaubat di atas semua kesalahan yang telah dilakukan. Sebagai manusia yang dhaif, ana terfikir untuk memberi sedikit peringatan kepada saudari, supaya saudari tidak pergi lebih ‘jauh’ dari batas-batas syarak...

Terlebih dahulu ana ingin memohon maaf andai kandungan surat ini akan menyentuh perasaan saudari. Ana hanya ingin menunaikan tanggungjawab ana sebagai seorang muslim dan tidak mahu turut menanggung dosa-dosa yang saudari lakukan dengan membutakan mata dan hati di atas segala perbuatan saudari.Mungkin sahabat-sahabat HAWA tidak pernah meneguri HAWA dan kiranya menjadi tanggungjawab ana untuk menegur sesuatu yang tidak betul pada pandangan masyarakat sekeliling kita. Pertama HAWA, tolonglah menjaga peribadi sebagai seorang muslimah, tidak kira dari segi pemakaian atau dari segi tingkah laku dan adab. Dari segi pemakaian,tolonglah HAWA pakailah pakaian yang longgar dan labuh. Labuhkan tudung hingga ke dada. Tutuplah segala anugerah yang Tuhan berikan kepada kaum Hawa. Sesungguhnya perhiasan-perhiasan pada tubuh saudari itu hanya untuk lelaki yang sah,iaitu suami saudari kelak. Tidak perlu dipertontonkan untuk semua,wahai HAWA. 
Sebagaimana dalam Hadith Rasullullah S.A.W. “sesungguhnya perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikkannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya akan memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kelak.”(Sodaqoh Rasulullah Shollahu 'alaihi wassalam)

Kedua HAWA, berkaitan dengan pergaulan atau pun ikhtilat. HAWA… tiada sesiapa pun yang menghalang hubungan HAWA dengan dengan mana-mana lelaki atau sesiapa sahaja. Kerana kami tahu itu adalah fitrah manusia, mahu disayangi dan menyayangi. Tapi HAWA, setiap perkara harus ada batasnya. Perhubungan antara laki-laki dengan perempuan juga harus ada batasnya. Sebagai muslimah yang sejati HAWA harus tahu menjaga batas-batas perhubungan. ^___^ Maksud ana, kita tidak perlu selalu berjumpa atau keluar berdua-dua untuk membuktikan kita berkasih sayang. 
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." ( HR.Ahmad)  
Drpd Al-Quran :-
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Isra:32).

Ana berharap bahawa ana adalah orang yang pertama dan terakhir menegur HAWA dengan cara sebegini. Bukan niat untuk membuka pekung di dada HAWA tetapi tujuan ana adalah demi kebaikan muslimah sejati yang ana kasihi. Ana berharap agar HAWA tidak mengambil hati dengan apa yang telah dibangkitkan dalam warkah ini. Ana tidak mengharapkan nama untuk membuktikan ana adalah seorang yang baik,tetapi yang ana mahukan adalah hijrah perubahan diri,terutama kaum Hawa.Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk dan kelemahan itu datang dari ana sendiri…
Akhir kalam, ana sentiasa mendoakan kesejahteraan HAWA serta diri kita semua…dan moga terpelihara..Amin ya rab….

Wassalam 'alaik warahmatuAllah….
Aku menyukaimu krn agama yg ada pada dirimu
jikalau engkau hilangkannya maka hilanglah rasa sukaku padamu
-imam nawawi-

solat dan sembahyang mana satu yg betul?


بسم الله الرحمن الرحيم                          

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin ya rabbb...

Dialog antara Nabi Shollallahu 'alaihi wasallam bersama isterinya r.anha

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina 'Aisyah ” Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara :-

1-Mengkhatam Al-Quran.

2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.

3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.

4-Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah.


Kemudian Baginda  SAW  mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : ” Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang”.


Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :-


Apabila kamu :-


1-Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.

2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya  kami telah menjadi  penolongmu di Akhirat nanti.

3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.

4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan Haji dan Umrah.

masyaAllah...