Layan

Friday, December 17, 2010

SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.


Maknanya :- 

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Ilmu sangat berguna dalam kehidupan seharian manusia. Jika diamalkan
dan dimanfaatkan oleh individu maka ilmu akan kekal dalam ingatan sepanjang
hayat. Oleh itu, kita mestilah tabah dalam menuntut ilmu. Ilmu sangat berguna
dalam kehidupan seharian. Seseorang itu harus mencintai ilmu pengetahuan
dan perlu mencarinya sehingga ke akhir hayat. Ilmu yang diperolehi sukar untuk
dilupakan jika kita mengamalkannya apa yang dipelajari. Ilmu perlulah dicari
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam diri individu.




Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.


Ilmu tidak ternilai harganya walaupun dibayar dengan sebuah duniasekalipun. 
Kekuasaan ilmu sangat besar dan banyak faedah yang diperolehi
sekiranya seseorang itu berilmu dan manusiamampu membeli alam ini jika ilmu penuh di dada. 
Oleh itu, kita perlulah menghargai ilmu pengetahuan
kerana ilmu ialah harta yang paling bernilai dalam kehidupan. Sekiranya ilmu
yang kita perolehi, kita perlulah berkongsi bersama – sama individu lain supaya
ilmu itu tidak dimamah bumi. Hal ini kerana, ilmu yang diperolehi tidak dapat
dinilai dengan mata wang dimana sukar seseorang itu untuk membelinya.





 Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

ilmu mampu menjadi teman dan penyuluh hidup seseorang dan menjadi sahabat yang memberikan
panduan semasa mengembara. Oleh itu, orang berilmu akan dijadikan sebagai
sumber rujukan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghormati orang yang
kaya dengan ilmu kerana tinggi rendah martabat seseorang itu dapat dilihat pada
ilmunya. Sekiranya kita berada dalam kesusahan, kita perlulah merujuk kepada
orang yang berilmu. Sungguhpun itu, kita haruslah hindari sifat pemarah kerana
sifat pamarah akan menyebabkan diri seseorang itu hilang pertimbangan.




Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
 

ilmu boleh menjadi penghibur orang yang berduka dan ilmu juga mampu menerangi seseorang
yang berada dalam kekeliruan. Oleh itu, hidup seseorang akan bercahaya jika
seseorang itu berilmu. Sesungguhnya itu,, kita perlulah rajin dalam menuntut ilmu
sekiranya kita ingin mendalami ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan perlulah dicari
dan kita mestilah menghargai ilmu itu dengan mempelajari menghayati ilmu yang
diperolehi. Ilmu yang banyak diperolehi dapat menyinari kehidupan seharian kita.





Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

ilmu itu tetap berguna walaupun
seeorang itu sudah mati kerana ilmu tersebut merupakan teras kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat. Dengan itu, seseorang itu berupaya mencapai cita –
citanya. Hal ini kerana, ilmu itu sangat luas cabangnya. Ilmu yang penuh di dada
ibarat lautan yang luas dimana ilmu itu sangat berguna ketika kita perlukan. Ilmu
sangat berguna kepada orang – orang yang berilmu.





Sanad Al-Quran

Antara keistemewaan umat Muhammad s.a.w. ialah mengutamakan Sanad (sandaran) dalam penyampaian ilmu dan syariat Allah s.w.t. Berkata Abdullah Bin Mubarak r.anhu : "Maksudnya: sanad itu sebahagian dari agama, tanpa sanad seseorang akan mendakwa apa yang dia suka tentang apa yang dia suka"  
 Pada permulaan Islam, semua bidang ilmu Islam samada Hadith, Tafsir, Syariah dan sebagainya mempunyai sandaran pengambilannya yang sah samada sandaran yang berpunca dari Rasulullah s.a.w. sendiri, sesuatu yang hanya terhenti dari para sahabat sahaja atau yang berpunca dari guru-guru yang dipercayai keimanan dan taqwa mereka.

Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam memastikan ketepatan bacaan. 
Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran) periwayatan bacaan.  

Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut. Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut. 

Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : “Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32)  

Pembacaan al-Quran yang diambil terus dari sebutan Rasulullah s.a.w. itu kemudiannya diwarisi oleh para sahabat r.a. dan dijaga dari berlaku sebarang kesalahan bacaan. Syaqiq bin Salamah menceritakan bahawa  ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a. berkata: “Demi Allah sesungguhnya aku telah mengambil terus (bacaan) dari mulut Rasulullah s.a.w. lebih daripada 73 surah…”.  

Fatimah r.a. menceritakan sesuatu dari Rasulullah s.a.w yang maksudnya: -Jibril membaca dan menperdengarkan al-Quran bersama Ku setiap setahun sekali, kemudian dua kali setahun, maka aku dapat merasakan kehadiran ajalKu”   

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan supaya mengambil bacaan dari 4 orang sahabat terkemuka dengan sabdanya yang bermaksud: “Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud, Salim, Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad”  

Dalam Hadith yang lain dari Anas ra katanya yang bermaksud: “Nabi saw berkata kepada Ubai bin Kaab r.anhu : Sesungguhnya Allah swt memerintahkan Aku mengajar kamu Al-Quran. Tanya Ubai r.anhu : Adakah Allah menyebut namaku? Jawab Nabi saw; Ya! Tanya Ubai: Namaku telah disebut di sisi Tuhan semesta alam? Jawab Nabi saw; Ya! Maka Ubai pun mengalirkan airmata”.  

Generasi-generasi selepas sahabat telah mempelajari pembacaan al-Quran dari sahabat r.a. dan mewariskan bacaan mereka kepada generasi selepas itu.
Setelah berlalu beberapa generasi, berlaku dakwaan dikalangan umat Islam bahawa bacaan mereka adalah yang paling benar menepati bacaan yang dipelajari dari Rasulullah s.a.w. dan menganggap bacaan pihak yang lain sebagai salah dan terbatal..Perkara ini telah menyebabkan umat Islam pada masa itu berhati-hati dalam pengambilan sesuatu bacaan yang didakwa datang dari Rasulullah s.a.w. dengan mempersoalkan sanad (sandaran) periwayatan bacaan tersebut. Ini berlaku kerana terdapat pihak-pihak yang cuba mempergunakan nama Rasulullah s.a.w. dalam memperkukuhkan dakwaan mereka. Mereka menyandarkan kata-kata mereka dengan mendakwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata seperti kata-kata mereka atau Rasulullah s.a.w. pernah mengakui seperti dakwaan mereka. Sampai di suatu tahap penyandaran seperti ini telah dilakukan sewenang-wenangnya hingga berlaku pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. semata-mata supaya pendapat mereka dihormati dan tidak mungkin ditolak oleh pihak lain.
Bagi seseorang yang mempunyai sandaran yang sah, secara langsung akan dapat membuktikan kesinambungan ambilan mereka itu hingga kepada Rasulullah s.a.w. Bagi mereka yang cuba berdusta, pasti gagal membuktikan sandaran pengambilan mereka itu. Kesahihan sandaran itu pula diperkukuhkan lagi dengan penilaian aspek akhlak, kepercayaan dan kemasyhuran guru-guru yang meriwayatkan bacaan itu.

PERKARA-PERKARA AM BERKAITAN SANAD DAN PENGURNIAN IJAZAH

1.      Pengertian Sanad  Sanad ialah pengiktirafan guru kepada muridnya yang berupa nama guru-guru sampai kepada Rasulullah s.a.w., tentang kemampuan muridnya dalam membaca al-Quran tanpa kesalahan. Pengiktirafan ini adalah suatu pemindahan bacaan al-Quran dari satu generasi ke generasi berdasarkan riwayat bacaan yang dianugerahnya. Murid dituntut mengambil bacaan tersebut secara musyafahah iaitu membaca dan mendengar bacaan al-Quran syeikhnya dari awal al-Quran hingga ke akhirnya. 
Perkara ini adalah suatu sunnah yang diterima dari Rasulullah s.a.w. di mana baginda mengambil terus bacaan al-Quran itu dari Jibril a.s. Walaupun begitu mengambilnya secara membaca sahaja di hadapan syeikh tanpa mendengar sudah memadai kerana diperbetulkan bacaan oleh syeikh itu lebih tepat dari hanya mendengarnya.  

2.      Kategori Para Qurra’ Ada empat kategori Qurra’:-
  1. Qari Mubtadi’: iaitu seorang yang menghafaz keseluruhan al-Quran dan mengambil bacaan secara ifrad (satu riwayat) hingga kepada tiga bacaan ifrad.
  2. Qari Mutawassit: iaitu seorang yang menghafaz keseluruhan al-Quran dan telah melengkapkan pengambilanya hingga lima bacaan ifrad.
  3. Qari Muntahi: iaitu seorang yang telah mengetahui dan mengambil banyak riwayat bacaan dari berbagai qiraat.
  4. Muqri’: iaitu seorang guru yang mahir Qiraat dan telah mengambilnya secara musyafahah serta diberi pengiktirafan untuk mengajar dari guru sebelumnya.
3.      Etika Pengurnian Sanad 
Ada tiga kategori etika : Pertama : etika yang patut dipatuhi bagi kedua-dua pengurnia (mujiz) dan penerima (mujaz). Kedua : etika yang patut dipatuhi bagi murid (qari’). Ketiga : etika yang patut dipatuhi bagi guru (muqri’) 

Pertama : Etika yang patut diikuti bagi muqri’ (guru) dan qari’ (murid) :  Kedua-dua guru dan murid mestilah seorang muslim yang berakal, mukallaf, siqah (dipercayai), amanah, kuat ingatan (tidak pelupa) dan bersih dari perkara-perkara fasiq dan menjatuhkan akhlak.  

Kedua : Etika yang patut dikuti bagi qari’ (murid) : 
  1. Murid mestilah sudah menghafaz al-Quran sebelum pembacaannya bagi memperolehi ijazah sanad. Ini kerana seorang yang sedang menghafaz al-Quran terganggu kerana menjaga mutu hafazannya hingga mengabaikan penjagaan mutu bacaannya. Perkara ini juga menyukarkan guru untuk membetulkan mutu bacaan muridnya yang sibuk dengan ayat-ayat hafazannya.
  2. Murid dimahirkan terlebih dahulu dengan bacaan bertajwid dan fasohah hingga tiada lagi kesilapan bagi setiap huruf yang dibacanya, pada tahap ini murid sudah boleh mengkhatamkan al-Quran keseluruhannya untuk memperolehi sanad.
  3. Menghafaz atau mempelajari kitab-kitab tertentu semasa proses talaqqi seperti Muqaddimah al-Jazariyyah dan Tuhfatul Atfal.
  4. Latihan mengajar bagi melengkapkan muridnya dengan khidmat al-Quran.
 Ketiga: Etika yang patut dikuti bagi muqri’ (guru):
  1. Guru mestilah seorang yang hafaz al-Quran dan menguasai hukum-hukum tajwid secara teori dan praktikal.
  2. Menurunkan riwayat bacaan yang pernah diijazahkan kepadanya sahaja.
  3. Mengetahui ilmu-ilmu berkaitan bacaan seperti waqf, ibtida’, rasm mushaf, dhobt dan fawasil.
  4. Mengetahui Usul al-Qiraat dan Farsh al-Huruf
  5. Guru mestilah juga seorang yang mahir dalam Syariat Islam.
  6. Guru mestilah juga seorang mahir dalam bahasa Arab pembacaan dan penulisan.
  7. Guru mestilah juga seorang mahir dalam ilmu Tafsir dan Ulum Quran.
  8. Guru mestilah juga seorang yang mengetahui periwayatan sanad para Qurra’ dan mampu membezakan sanad-sanad dari segi kesahihan dan ketinggiannya.
4.      Matlamat dari Penganugerahan Ijazah Sanad
Penganugerahan ijazah sanad adalah perkara terpuji yang patut digalakkan, kerana pengorbanan seorang murid dalam mencari pengakuan seorang syeikh adalah suatu sunnah dalam perjalanan mencari ilmu. Fikirkan, bagaimana seseorang itu boleh mendakwa ia berkeahlian dalam bacaan al-Quran sedangkan dia tidak pernah diakui sesiapa! Bukan kertas sijil yang dikejar, tetapi mencapai ketepatan dalam bacaan al-Quran dan mempelajarinya dari seorang yang pakar itu adalah lebih utama.  

 Wa Allahu ‘Alam Bis Sawab....