Layan

Friday, December 24, 2010

Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak....


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

"Sesungguhnya aku hanya diberikan harta itu, kerana ilmu yang ada padaku".
(Surah al-Qasas 28 : 78)

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah al-Ankabut 29 : 2)


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Saturday, December 18, 2010

"Wirid Pelindung Diri"

بسم الله الرحمن الرحيم
Hampir tiap-tiap hari kita dengar dari media masa tentang berita kecelakaan, pembunuhan,rompakan, kes rogol bunuh,dicabul,disihir atau dibuat orang dan bermacam-macam lagi sampai ke telinga kita.
Hari ini kita dengar berita tentang orang lain, mungkin esok atau lusa diri kita menjadi berita bagi orang lain.
Jadi sebaiknya sebelum apa-apa terjadi, harus bagi kita mencari pelindung yang akan melindungi kita dari kecelakaan ini,
Tiada sebaik pelindung melainkan hanyalah Dia Allah.
Yang mengaturkan segala gerak langkah kita dibumi ini.
Jika Dia ingin menjadikan kita bahagia, tiada siapa yang mampu menghalang-Nya
Jika Dia menginginkan kecelakaan bagi kita tiada siapa yang mampu menghalang-Nya.
Kita hamba-Nya perlu berdoa dan merintih dihadapan pintu-Nya agar pelindungan dicurahkan pada kita serta ahli keluarga.

Dibawah ni sya sertakan wirid sakaran yang ianya merupakan benteng bagi diri kita.
Wirid ini di bekalkan serta mendapat ijazah sanad(sandaran) dari Al-alamah Ad-da'eiyah Alhabib Umar bin Muhammad bin hafiz.
Alim ulama ada berkata: "barang siapa yang tidak mempunyai wirid, maka sama halnya dengan kera, barang siapa yang tidak membaca wirid , maka tidak datang padanya keberkahan dan kurnian Allah."
Amalkannya tiap-tiap hari selama mana kita hidup dimuka bumi ini, dalam sehari bacanya selepas solat subuh dan selepas isyak. InsyaAllah Allah akan melindungi dari segala kecelakan yang tak dingini.
Bagi seorang pelajar khususnya yg berada di 'mesir' ini  dan bukan shj dimesir dimana2 shj yg mengenali saya,terutama bagi kaum wanita,sya sarankan sgt2 dia mengamalkan wirid ini supaya menjadi pelindung bagi dirinya...


ورد الإمام أبي بكر بن عبد الرحمن السقاف
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهمَّ إِنِّي اَحْتَطْتُ بِدَرْبِ اللهِ ، طُوْلُهُ مَا شَاءَ الله ، قُفْلهُ لا إله إلا الله ، بَابُهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه و آله سلم ، سَقْفُهُ لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ، أَحَاطَ بِنَا مِنْ ( بسم الله الرحمن الرحيم * الحمد لله رب العالمين * الرحمن الرحيم * .. [الخ الفاتحة]
سُوْرٌ سُوْرٌ سُوْرٌ وَآيَةُ ( الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنةٌ ولا نوم .. [ الخ آية الكرسي ]
بِنَا اِسْتَدَارَتْ كَمَا اِسْتَدَارَتِ الْمَلَائِكَةُ بِمَدِيْنَةِ الرَّسُوْل ، بِلا خَنْدَقٍ وَلا سُوْر ، مِنْ كُلِّ قَدَرٍ مَقْدُوْر ، وحَذَرٍ مَحْذُوْر ، وَمِنْ جَمِيعِ الشُّرُوْر ،

تَتَرَّسْنَا بِالله
( ثلاثاً )
مِنْ عَدُوِّنَا وَعَدُوِّ الله ، مِنْ سَاقِ عَرْشِ الله إِلى قَاعِ أَرْضِ الله ، بِمِائَةِ ألفِ ألفِ ألفِ لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ، صِنْعَتُهُ لا تَنْقَطِعُ بِمَائَةِ ألفِ ألفِ ألفِ لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ، عَزِيْمَتُهُ لا تَنْشَقُّ بِمَائَةِ ألفِ ألفِ ألفِ لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ، اللهم إِنْ أَحَدٌ أَرَادَنِي بِسُوءِ مِنَ الجِْن وَالْإِنْس وَالْوُحُوشْ .. وَغَيْرِهِمْ مِنْ سَائِرِ الْمَخْلُوْقَات, مِنْ بَشَرٍ أَوْ شَيْطَانٍ أَوْ سُلْطَانٍ أَوْ وَسْوَاسْ ، فَارْدُدْ نَظْرَهُمْ فِيْ اِنْتِكَاسْ ، وَقُلُوْبُهُمْ فِي وَسْوَاسْ ، وَأَيْدِيَهُمْ فِيْ إِفْلَاسْ ، وَ أَوْبِقْهُمْ مِنَ الرِّجْلْ إِلَى الرَّاسِ .. لا فَيْ سَهْلٍ يُقْطَعْ ، وَلا فِي جَبَلٍ يَطْلَعْ .. بِمِائَةِ أَلْفِ أَلْفِ ألفِ لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم .. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم .
( سُبْحَانَ ربِّكَ رَبِّ العَّزَةِ عَمَّا يَصِفُون * وَسَلامٌ على المرسلينَ * والحمدلله رب العالمين )
فِي كُلِّ لحَْظَةٍ أَبَدَا , عَدَدَ خَلْقِهْ , وَرِضَى نَفَسِهْ , وَزِنَةَ عَرْشِهْ , وَمِدَادَ كَلِمَاتِهْ



Terjemahan wirid Al-imam Abu bakar bin Abdurrahman Assaqqaf :-

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Ya Allah aku jadikan gerbang Allah, panjangnya masha Allah, kuncinya la ilaha illa Allah, pintunya Muhammad rasulullah S.A.W , atapnya la hau la wala quwwata illa billah.

Kami dikelilingi oleh kalimat - "Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, tuhan yang pemurah lagi maha penyayang.. (sehingga akhir surah Al-fatihah.)
Sur 3x(sambil tangan sapu pada seluruh badan-setakat yg mampu- bermula kepala.) dan ayat – Allah tiada tuhan yang di sembah melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makluknya.) sehingga akhir ayat kursi.Ayat ini mengelilingi kami sebagaimana para malaikat mengelilingi madinah rasul tanpa parit dan tanpa tembok, dari semua takdir (buruk) yang telah ditetapkan, semua ketakutan yang ditakuti dan dari semua kejahatan

Kami berlindung dengan perisai Allah 3x, dari musuh kami dan musuh Allah, dari bawah arasy Allah hingga ke dasar bumi, dengan seratus ribu kali kalimah la haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Ciptaan-Nya tak terputus dengan seratus ribu kali kalimah la haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim. Kemulian-Nya tak terhembus dengan seratus ribu kali kalimah la haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim.

Ya Allah jika ada seseorang berkehendak buruk terhadapku baik dari golongan jin, manusia atau binatang buas, atau makhluk apapun dari jenis manusia , syaitan , penguasa atau was-was. Maka tolaklah mereka hingga mereka terbalik, dan jadikanlah hati mereka dalam keadaan kacau , tangan mereka dalam keadaan longlai dan binasakanlah mereka dari kaki hinga kepala. Tiada tanah datar yang boleh di tempuh dan tiada gunung yang boleh ditembus dengan seratus ribu kali kalimah la haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim..
Dan semoga Allah melimpahkan solawat serta salam kepada junjungan kami Muhammad beserta keluarganya.

Maha Suci Tuhanmu, Tuhan Yang Maha Mulia dari segala sesuatuyang mereka sifatkan, dan kesejahteraan dilimpahkan kepada para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Sebanyak bilangan makhluk-Nya, keridhaan dari-Nya, sebesar keagungan ‘arasy-Nya dan sebanyak tinta kalimah-Nya.



Sekian,selamat beramal..moga sentiasa dlm amalan yg istiqomah...yakinlah pada ALLAH..

Assalamualaikum

Friday, December 17, 2010

SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.


Maknanya :- 

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Ilmu sangat berguna dalam kehidupan seharian manusia. Jika diamalkan
dan dimanfaatkan oleh individu maka ilmu akan kekal dalam ingatan sepanjang
hayat. Oleh itu, kita mestilah tabah dalam menuntut ilmu. Ilmu sangat berguna
dalam kehidupan seharian. Seseorang itu harus mencintai ilmu pengetahuan
dan perlu mencarinya sehingga ke akhir hayat. Ilmu yang diperolehi sukar untuk
dilupakan jika kita mengamalkannya apa yang dipelajari. Ilmu perlulah dicari
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam diri individu.




Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.


Ilmu tidak ternilai harganya walaupun dibayar dengan sebuah duniasekalipun. 
Kekuasaan ilmu sangat besar dan banyak faedah yang diperolehi
sekiranya seseorang itu berilmu dan manusiamampu membeli alam ini jika ilmu penuh di dada. 
Oleh itu, kita perlulah menghargai ilmu pengetahuan
kerana ilmu ialah harta yang paling bernilai dalam kehidupan. Sekiranya ilmu
yang kita perolehi, kita perlulah berkongsi bersama – sama individu lain supaya
ilmu itu tidak dimamah bumi. Hal ini kerana, ilmu yang diperolehi tidak dapat
dinilai dengan mata wang dimana sukar seseorang itu untuk membelinya.





 Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

ilmu mampu menjadi teman dan penyuluh hidup seseorang dan menjadi sahabat yang memberikan
panduan semasa mengembara. Oleh itu, orang berilmu akan dijadikan sebagai
sumber rujukan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghormati orang yang
kaya dengan ilmu kerana tinggi rendah martabat seseorang itu dapat dilihat pada
ilmunya. Sekiranya kita berada dalam kesusahan, kita perlulah merujuk kepada
orang yang berilmu. Sungguhpun itu, kita haruslah hindari sifat pemarah kerana
sifat pamarah akan menyebabkan diri seseorang itu hilang pertimbangan.




Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
 

ilmu boleh menjadi penghibur orang yang berduka dan ilmu juga mampu menerangi seseorang
yang berada dalam kekeliruan. Oleh itu, hidup seseorang akan bercahaya jika
seseorang itu berilmu. Sesungguhnya itu,, kita perlulah rajin dalam menuntut ilmu
sekiranya kita ingin mendalami ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan perlulah dicari
dan kita mestilah menghargai ilmu itu dengan mempelajari menghayati ilmu yang
diperolehi. Ilmu yang banyak diperolehi dapat menyinari kehidupan seharian kita.





Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

ilmu itu tetap berguna walaupun
seeorang itu sudah mati kerana ilmu tersebut merupakan teras kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat. Dengan itu, seseorang itu berupaya mencapai cita –
citanya. Hal ini kerana, ilmu itu sangat luas cabangnya. Ilmu yang penuh di dada
ibarat lautan yang luas dimana ilmu itu sangat berguna ketika kita perlukan. Ilmu
sangat berguna kepada orang – orang yang berilmu.





Sanad Al-Quran

Antara keistemewaan umat Muhammad s.a.w. ialah mengutamakan Sanad (sandaran) dalam penyampaian ilmu dan syariat Allah s.w.t. Berkata Abdullah Bin Mubarak r.anhu : "Maksudnya: sanad itu sebahagian dari agama, tanpa sanad seseorang akan mendakwa apa yang dia suka tentang apa yang dia suka"  
 Pada permulaan Islam, semua bidang ilmu Islam samada Hadith, Tafsir, Syariah dan sebagainya mempunyai sandaran pengambilannya yang sah samada sandaran yang berpunca dari Rasulullah s.a.w. sendiri, sesuatu yang hanya terhenti dari para sahabat sahaja atau yang berpunca dari guru-guru yang dipercayai keimanan dan taqwa mereka.

Bidang pembacaan al-Quran amat mengutamakan sandaran dalam memastikan ketepatan bacaan. 
Imam Ibn Jazari (wafat 833H) telah menggariskan antara rukun pembacaan al-Quran yang sahih adalah kesahihan sanad (sandaran) periwayatan bacaan.  

Al-Dani (wafat 444H) menyatakan Kesahihan sanad pembacaan al-Quran adalah suatu yang dituntut, terutamanya bagi seseorang yang bertaraf ahli atau pakar dalam bidang bacaan al-Quran dalam memperteguhkan dakwaan mereka terhadap sesuatu bacaan. Ini kerana pembacaan al-Quran yang tepat itu pasti dikaitkan dengan sumber pengambilan bacaan tersebut dari guru sebelumnya secara pembelajaran sebutan dari mulut ke mulut. Keahlian dan kepakaran seseorang yang bertaraf Qurra’ dalam pembacaan al-Quran hanya akan dapat dibuktikan dengan adanya kesinambungan periwayatan bacaan tersebut tanpa putus kepada Rasulullah s.a.w. yang disertai dengan pengiktirafan guru yang menganugerahkan beliau Sanad tersebut. 

Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah di turunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : “Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”  (Al-Furqan: 32)  

Pembacaan al-Quran yang diambil terus dari sebutan Rasulullah s.a.w. itu kemudiannya diwarisi oleh para sahabat r.a. dan dijaga dari berlaku sebarang kesalahan bacaan. Syaqiq bin Salamah menceritakan bahawa  ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a. berkata: “Demi Allah sesungguhnya aku telah mengambil terus (bacaan) dari mulut Rasulullah s.a.w. lebih daripada 73 surah…”.  

Fatimah r.a. menceritakan sesuatu dari Rasulullah s.a.w yang maksudnya: -Jibril membaca dan menperdengarkan al-Quran bersama Ku setiap setahun sekali, kemudian dua kali setahun, maka aku dapat merasakan kehadiran ajalKu”   

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan supaya mengambil bacaan dari 4 orang sahabat terkemuka dengan sabdanya yang bermaksud: “Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud, Salim, Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad”  

Dalam Hadith yang lain dari Anas ra katanya yang bermaksud: “Nabi saw berkata kepada Ubai bin Kaab r.anhu : Sesungguhnya Allah swt memerintahkan Aku mengajar kamu Al-Quran. Tanya Ubai r.anhu : Adakah Allah menyebut namaku? Jawab Nabi saw; Ya! Tanya Ubai: Namaku telah disebut di sisi Tuhan semesta alam? Jawab Nabi saw; Ya! Maka Ubai pun mengalirkan airmata”.  

Generasi-generasi selepas sahabat telah mempelajari pembacaan al-Quran dari sahabat r.a. dan mewariskan bacaan mereka kepada generasi selepas itu.
Setelah berlalu beberapa generasi, berlaku dakwaan dikalangan umat Islam bahawa bacaan mereka adalah yang paling benar menepati bacaan yang dipelajari dari Rasulullah s.a.w. dan menganggap bacaan pihak yang lain sebagai salah dan terbatal..Perkara ini telah menyebabkan umat Islam pada masa itu berhati-hati dalam pengambilan sesuatu bacaan yang didakwa datang dari Rasulullah s.a.w. dengan mempersoalkan sanad (sandaran) periwayatan bacaan tersebut. Ini berlaku kerana terdapat pihak-pihak yang cuba mempergunakan nama Rasulullah s.a.w. dalam memperkukuhkan dakwaan mereka. Mereka menyandarkan kata-kata mereka dengan mendakwa Rasulullah s.a.w. pernah berkata seperti kata-kata mereka atau Rasulullah s.a.w. pernah mengakui seperti dakwaan mereka. Sampai di suatu tahap penyandaran seperti ini telah dilakukan sewenang-wenangnya hingga berlaku pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. semata-mata supaya pendapat mereka dihormati dan tidak mungkin ditolak oleh pihak lain.
Bagi seseorang yang mempunyai sandaran yang sah, secara langsung akan dapat membuktikan kesinambungan ambilan mereka itu hingga kepada Rasulullah s.a.w. Bagi mereka yang cuba berdusta, pasti gagal membuktikan sandaran pengambilan mereka itu. Kesahihan sandaran itu pula diperkukuhkan lagi dengan penilaian aspek akhlak, kepercayaan dan kemasyhuran guru-guru yang meriwayatkan bacaan itu.

PERKARA-PERKARA AM BERKAITAN SANAD DAN PENGURNIAN IJAZAH

1.      Pengertian Sanad  Sanad ialah pengiktirafan guru kepada muridnya yang berupa nama guru-guru sampai kepada Rasulullah s.a.w., tentang kemampuan muridnya dalam membaca al-Quran tanpa kesalahan. Pengiktirafan ini adalah suatu pemindahan bacaan al-Quran dari satu generasi ke generasi berdasarkan riwayat bacaan yang dianugerahnya. Murid dituntut mengambil bacaan tersebut secara musyafahah iaitu membaca dan mendengar bacaan al-Quran syeikhnya dari awal al-Quran hingga ke akhirnya. 
Perkara ini adalah suatu sunnah yang diterima dari Rasulullah s.a.w. di mana baginda mengambil terus bacaan al-Quran itu dari Jibril a.s. Walaupun begitu mengambilnya secara membaca sahaja di hadapan syeikh tanpa mendengar sudah memadai kerana diperbetulkan bacaan oleh syeikh itu lebih tepat dari hanya mendengarnya.  

2.      Kategori Para Qurra’ Ada empat kategori Qurra’:-
  1. Qari Mubtadi’: iaitu seorang yang menghafaz keseluruhan al-Quran dan mengambil bacaan secara ifrad (satu riwayat) hingga kepada tiga bacaan ifrad.
  2. Qari Mutawassit: iaitu seorang yang menghafaz keseluruhan al-Quran dan telah melengkapkan pengambilanya hingga lima bacaan ifrad.
  3. Qari Muntahi: iaitu seorang yang telah mengetahui dan mengambil banyak riwayat bacaan dari berbagai qiraat.
  4. Muqri’: iaitu seorang guru yang mahir Qiraat dan telah mengambilnya secara musyafahah serta diberi pengiktirafan untuk mengajar dari guru sebelumnya.
3.      Etika Pengurnian Sanad 
Ada tiga kategori etika : Pertama : etika yang patut dipatuhi bagi kedua-dua pengurnia (mujiz) dan penerima (mujaz). Kedua : etika yang patut dipatuhi bagi murid (qari’). Ketiga : etika yang patut dipatuhi bagi guru (muqri’) 

Pertama : Etika yang patut diikuti bagi muqri’ (guru) dan qari’ (murid) :  Kedua-dua guru dan murid mestilah seorang muslim yang berakal, mukallaf, siqah (dipercayai), amanah, kuat ingatan (tidak pelupa) dan bersih dari perkara-perkara fasiq dan menjatuhkan akhlak.  

Kedua : Etika yang patut dikuti bagi qari’ (murid) : 
  1. Murid mestilah sudah menghafaz al-Quran sebelum pembacaannya bagi memperolehi ijazah sanad. Ini kerana seorang yang sedang menghafaz al-Quran terganggu kerana menjaga mutu hafazannya hingga mengabaikan penjagaan mutu bacaannya. Perkara ini juga menyukarkan guru untuk membetulkan mutu bacaan muridnya yang sibuk dengan ayat-ayat hafazannya.
  2. Murid dimahirkan terlebih dahulu dengan bacaan bertajwid dan fasohah hingga tiada lagi kesilapan bagi setiap huruf yang dibacanya, pada tahap ini murid sudah boleh mengkhatamkan al-Quran keseluruhannya untuk memperolehi sanad.
  3. Menghafaz atau mempelajari kitab-kitab tertentu semasa proses talaqqi seperti Muqaddimah al-Jazariyyah dan Tuhfatul Atfal.
  4. Latihan mengajar bagi melengkapkan muridnya dengan khidmat al-Quran.
 Ketiga: Etika yang patut dikuti bagi muqri’ (guru):
  1. Guru mestilah seorang yang hafaz al-Quran dan menguasai hukum-hukum tajwid secara teori dan praktikal.
  2. Menurunkan riwayat bacaan yang pernah diijazahkan kepadanya sahaja.
  3. Mengetahui ilmu-ilmu berkaitan bacaan seperti waqf, ibtida’, rasm mushaf, dhobt dan fawasil.
  4. Mengetahui Usul al-Qiraat dan Farsh al-Huruf
  5. Guru mestilah juga seorang yang mahir dalam Syariat Islam.
  6. Guru mestilah juga seorang mahir dalam bahasa Arab pembacaan dan penulisan.
  7. Guru mestilah juga seorang mahir dalam ilmu Tafsir dan Ulum Quran.
  8. Guru mestilah juga seorang yang mengetahui periwayatan sanad para Qurra’ dan mampu membezakan sanad-sanad dari segi kesahihan dan ketinggiannya.
4.      Matlamat dari Penganugerahan Ijazah Sanad
Penganugerahan ijazah sanad adalah perkara terpuji yang patut digalakkan, kerana pengorbanan seorang murid dalam mencari pengakuan seorang syeikh adalah suatu sunnah dalam perjalanan mencari ilmu. Fikirkan, bagaimana seseorang itu boleh mendakwa ia berkeahlian dalam bacaan al-Quran sedangkan dia tidak pernah diakui sesiapa! Bukan kertas sijil yang dikejar, tetapi mencapai ketepatan dalam bacaan al-Quran dan mempelajarinya dari seorang yang pakar itu adalah lebih utama.  

 Wa Allahu ‘Alam Bis Sawab....

Tuesday, December 7, 2010

اللغة العربية مصر(Bahasa Arab Ammiyah mesir 03)

Dalam bahagian ini kita akan memahami keadaan fe’el (perbuatan).
Setiap perbualan kita bersama org arab mesir ini tak lari dari perkataan fe’el ماضي (telah berlaku) , مضارع (sedang/akan berlaku) , امر (suruhan).
Kaedah dalam bahasa amiyyah ini sama sahaja dengan bahasa arab fushah Cuma ada penambahan huruf pada kalimahnya , nnti kita akan ketahui. Bagi siapa yang sudah mengetahui kaedah dlm bahasa fushah, baginya amat mudah untuk memahami. Mari kita cuba.
Kaedah untuk fe’el ماضي (yg tlh berlaku) :
Asal perkataan dibawah = دَخَلَ = dakhala. - masuk
انا
Saya
انا دَخَلْتُ
Ana dakhaltu
Sy telah masuk
اِحْنَا
Kami
اِحْنَا دَخَلْنَا
Ihna dakhalna
Kami telah masuk
انتَ
Awak(lelaki)
انتَ دَخَلْتَ
Enta dakhalta
Awak dah masuk
انتِي
Awak(wanita)
اِنتِي دَخَلْتِي
Enti dakhalti
Awah dah masuk
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
اِنتُو دَخَلْتُوا
Entuu dakhaltuu
Kamu dah masuk
هُوَّ
Dia(lelaki)
هوَّ دخَلْ
Huwwa dakhal
Dia dah masuk
هِيَّ
Dia(wanita
هيَّ دخَلَتْ
Hiyya dakhalat
Dia dah masuk
همَّ
Mereka(lelaki n wanita)
همَّ دَخَلُوا
Humma dakhalu
Mereka dah masuk
Kaedah bagi fe’el مٌضَارِعْ (sedang/akan berlaku) terbahagi pada 2 keadaan.
1. yang sedang berlaku ditambah ب pada awal perkataan.
Asal perkataan dibawah : يِدْرِسُ = yidrisu. - sedang belajar

انا
Saya
انا بِادْرِسْ
Ana bidris
Saya sedang belajar
اِحْنَا
Kami
اِحْنَا بِنِدْرِسْ
Ihna binidris
Kami sedang belajar
انتَ
Awak(lelaki)
انتَ بِتِدْرِسْ
Enta bitidris
Awak sedang belajar
انتِي
Awak(wanita)
انتِي بِتِدْرِسِي
Enti bitidrisi
Awak sedang belajar
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
انتو بِتِدْرِسُوا
Entuu bitidrisuu
Kamu sedang belajar
هُوَّ
Dia(lelaki)
هُوَّ بِيِدْرِسْ
Huwwa biyidris
Dia sedang belajar
هِيَّ
Dia(wanita
هِيَّ بِتِدْرِسْ
Hiyya bitidris
Dia sedang belajar
همَّ
Mereka(lelaki n wanita)
همَّ بِيِدْرِسُوا
Humma biyidrisuu
Merek sedang belajar

2. yang akan berlaku ditambah حpada awal perkataan.

انا
Saya
انا حَادْرِسْ
Ana hadris
Saya akan belajar
اِحْنَا
Kami
اِحْنَا حَنِدْرِسْ
Ihna hanidris
Kami akanbelajar
انتَ
Awak(lelaki)
انتَ حَتِدْرِسْ
Enta hatidris
Awak akan belajar
انتِي
Awak(wanita)
انتِي حَتِدْرِسِي
Enti hatidrisi
Awak akan belajar
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
انتو حَتِدْرِسُوا
Entuu hatidrisuu
Kamu akan  belajar
هُوَّ
Dia(lelaki)
هُوَّ حَيِدْرِسْ
Huwwa hayidris
Dia akan belajar
هِيَّ
Dia(wanita
هِيَّ حَتِدْرِسْ
Hiyya hatidris
Dia akan belajar
همَّ
Mereka(lelaki n wanita)
همَّ حَيِدْرِسُوا
Humma hayidrisuu
Mereke akan belajar

Kaedah bagi fe’el اَمْر (suruhan) :

انتَ
Awak(lelaki)
اِسْتَرِيْح شُوَيَّةْ
Istareh syuwayyah
Rehatlah sedikit
انتِي
Awak(wanita)
اِسْتَرِيْحِي شُوَيَّةْ
Istarehi syuwayyah
Rehatlah sedikit
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
اِسْتَرِيْحُوا شُوَيَّةْ
Istarehuu syuwayyah
Rehatlah sedikit

Anda boleh mencuba perkataan di bawah ini.

قَابِل
Aabil
Jumpa
يقَابِل
Yi-aabil
berjumpa
اِشْتَغَلَ
Isytagal
Kerja
يشْتَغَلَ
Yisytagal
Berkerja
لَبِس
Labis
Pakai
يلْبِس
Yilbis
sedang pakai
شَرَب
Syarab
Minum
يشْرَب
Yisyrab
Sedang minum
أَكل
Akl
Makan
يِئْكل
Yi’kal
Sedang makan
رَاح
raah
pergi
يِرُوح
yiruh
Sedang pergi
كَتَب
kataba
tulis
يِكَْتَِب
yiktib
Sedang menulis
تَعب
Ta’ab
Letih
يِتَْعِب
Yit’ab
Sedang letih
قَرَا
Qara-a
baca
يِقَرَاْ
Yi’ra’
membaca
قَال
aal
Kata
يِقَول
Yu-ul
berkata
عَمِل
‘amil
Buat
يِعْمِل
Yi’mil
sedang buat
فَهِم
fahim
Faham
يِفْهِم
Yifhim
faham
لَعِب
La-I’b
Main
يِلْعِب
Yil’ib
bermain
جَايْ
gai
datang
يِجِيْ
yigi
Sedang datang
اِشتَرَى
ishtara
beli
يِشْتَرِى
yishtari
membeli

Kawan-kawan yang sudah mempelajari bahasa fushah. Anda kena bezakan wazan dan kaedah yang digunakan dalam bahasa amiyyah ini.
Jangan campur adukkan! bahasa fushah anda nanti akan rosak.
pastikan anda dapat membezakannya!!