Layan

Friday, December 17, 2010

SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.


Maknanya :- 

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Ilmu sangat berguna dalam kehidupan seharian manusia. Jika diamalkan
dan dimanfaatkan oleh individu maka ilmu akan kekal dalam ingatan sepanjang
hayat. Oleh itu, kita mestilah tabah dalam menuntut ilmu. Ilmu sangat berguna
dalam kehidupan seharian. Seseorang itu harus mencintai ilmu pengetahuan
dan perlu mencarinya sehingga ke akhir hayat. Ilmu yang diperolehi sukar untuk
dilupakan jika kita mengamalkannya apa yang dipelajari. Ilmu perlulah dicari
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam diri individu.




Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pecan.


Ilmu tidak ternilai harganya walaupun dibayar dengan sebuah duniasekalipun. 
Kekuasaan ilmu sangat besar dan banyak faedah yang diperolehi
sekiranya seseorang itu berilmu dan manusiamampu membeli alam ini jika ilmu penuh di dada. 
Oleh itu, kita perlulah menghargai ilmu pengetahuan
kerana ilmu ialah harta yang paling bernilai dalam kehidupan. Sekiranya ilmu
yang kita perolehi, kita perlulah berkongsi bersama – sama individu lain supaya
ilmu itu tidak dimamah bumi. Hal ini kerana, ilmu yang diperolehi tidak dapat
dinilai dengan mata wang dimana sukar seseorang itu untuk membelinya.





 Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

ilmu mampu menjadi teman dan penyuluh hidup seseorang dan menjadi sahabat yang memberikan
panduan semasa mengembara. Oleh itu, orang berilmu akan dijadikan sebagai
sumber rujukan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menghormati orang yang
kaya dengan ilmu kerana tinggi rendah martabat seseorang itu dapat dilihat pada
ilmunya. Sekiranya kita berada dalam kesusahan, kita perlulah merujuk kepada
orang yang berilmu. Sungguhpun itu, kita haruslah hindari sifat pemarah kerana
sifat pamarah akan menyebabkan diri seseorang itu hilang pertimbangan.




Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
 

ilmu boleh menjadi penghibur orang yang berduka dan ilmu juga mampu menerangi seseorang
yang berada dalam kekeliruan. Oleh itu, hidup seseorang akan bercahaya jika
seseorang itu berilmu. Sesungguhnya itu,, kita perlulah rajin dalam menuntut ilmu
sekiranya kita ingin mendalami ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan perlulah dicari
dan kita mestilah menghargai ilmu itu dengan mempelajari menghayati ilmu yang
diperolehi. Ilmu yang banyak diperolehi dapat menyinari kehidupan seharian kita.





Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

ilmu itu tetap berguna walaupun
seeorang itu sudah mati kerana ilmu tersebut merupakan teras kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat. Dengan itu, seseorang itu berupaya mencapai cita –
citanya. Hal ini kerana, ilmu itu sangat luas cabangnya. Ilmu yang penuh di dada
ibarat lautan yang luas dimana ilmu itu sangat berguna ketika kita perlukan. Ilmu
sangat berguna kepada orang – orang yang berilmu.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.