Layan

Wednesday, March 30, 2011

Riwayat hidup imamul muttaqin


Assalamualaikum..harap semuanya sihat2 sahaja,alhamdulilah,hari ini saya diberi kesempatan untuk menge'post' suatu ilmu yg dpt dikongsi bersama,insyaAllah..

"Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.” (Hamka)

بسم الله الرحمن الرحيم              

Imam Muslim ialah salah seorang ulama hadis besar yang enam yang memiliki kitab musnad hadis. Imam Muslim dilahirkan pada tahun 206H/820M yang berkat di Nisabur. Nama sebenarnya Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim An-Naisaburi. Beliau berasal dari keturunan Bani Qusyair salah sebuah kabilah Arab.

Pengembaraan dan Kesukaannya Kepada Ilmu :-

Imam kita ini amat suka kepada ilmu dan amat menggemari bersua muka dengan ulama-ulama. Beliau belayar melintasi padang-padang pasir dan menyeberangi lautan. Segala tujuannya ialah menjumpai ulama-ulama terkenal pada masanya dan para cerdik pandai sezaman dengannya dan juga mereka yang bijaksana yang sewaktu dengannya. Beliau belayar ke Hijaz, Iraq, Mesir dan Syria. Beliau telah pergi ke Baghdad lebih dari sekali. Beliau telah mendapat banyak faedah dari penduduk-penduduknya. Dan kali terakhir pemergiannya ke Baghdad ialah pada tahun dua ratus lima puluh sembilan.

Dan bila masa Imam Bukhari telah datang ke Naisabur, pada masa itulah Imam Muslim banyak menghubunginya serta mengakui kelebihannya. Bahkan lebih dari itu, bila masa Imam Bukhari telah tinggal di Naisabur. Pada akhirnya, Imam Muslim terus berdamping dengannya, sebab itulah kita telah mendapatinya, mengikut jejak langkah serta mempunyai banyak kesan dari gurunya Imam Bukhari. Hal ini amat jelas dalam sahihnya.

Tetapi, walaupun beliau berguru dengannya, beliau tidak meriwayatkan dari riwayat-riwayatnya, kemungkinan besar kerana beliau merasa memadailah dengan apa yang telah dikarang oleh gurunya.
Dan sesungguhnya pelayaran-pelayarannya itu telah memudahkan kepadanya penemuan-penemuannya dengan bilangan besar dari ulama-ulama terkemuka dan bijaksana seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Abdullah bin Salamah, Ibnu Rahawaih, Ibnu Mahran, Said bin Mansur dan ramai lagi.
Sememangnya Imam Muslim amat meminati ilmu hadis dari kecil lagi. Ketika beliau mula mendengar hadis dari umur amat muda sangat, iaitu pada tahun 218H. Keadaan sedemikian telah menjadikannya sebagai orang yang amat menguasai serta menunjukkan kebolehan dalam bidang ini. Ini semua telah melayakkannya menduduki tempat yang amat tinggi serta kedudukan amat mulia dan juga mencapai tahap amat istimewa dalam bidang tersebut.
Beginilah imam kita, amat meminati ilmu dan beginilah hasil-hasil ilmiahnya. Ialah pemberian yang tidak terhad mengenai hadis-hadis.

Kemegahannya :-

Imam Muslim, pada masa dahulu amat bermegah dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dari nikmat ilmu serta telah diberi hidayah bagi mencapai segala apa yang beliau telah usahakan. Beliau bermegah dengan perasaan syukur. Beliau pernah berkata, memuji sahihnya, ”Jika seluruh penghuni bumi ini menulis hadis selama dua ratus tahun, pasti huraian mereka berdasarkan sanad ini.
Sesungguhnya ini tidak syak lagi, beliau begit menjaga dan meneliti, peringatannya cukup tajam dan kukuh kajiannya dalam riwayat hadis. Dan dialah yang berkata: ”Saya tidak pernah meletakkan sesuatu melainkan dengan hujah atau meninggalkan sesuatu melainkan dangan hujah pula”.

Sifatnya Merendahkan Diri :-

Beliau amat suka menonjolkan kebenaran walau melalui orang lain, tujuan yang diperlukan dan dikehendaki ialah hanya kebenaran, bagi mengikut perintah Allah serta mencapai keredhaanNya. Kerana itulah, kita mendapaiti dengan sepenuh tawadhuk serta akhlak yang amat mulia menunjukkan kitabnya kepada para hafiz yang dipercayai semasa dengannya, bagi memberikan pendapat serta kritikan mereka mengenainya.
Imam Muslim berkata, ”Saya telah menunjukkan kitab saya ini kepada Abu Zara’ah Ar-Razi, segala apa yang diisyaratkan, bahawa ia mempunyai sesuatu kelemahan yang telah meninggalkannya dan segala apa yang beliau kata ialah sesungguhnya beliau adalah sahih dan tidak mempunyai apa kelemahan yang terbit darinya.”
Dan dengan segala kajian serta penapisan itu, beliau telah mencapai dua belas ribu hadis sahih, beliau telah tamat penulisannya dalam tempoh masa lima belas tahun.
Imam Muslim berkata lagi, ”Saya telah membentukkan kitab hadis ini, dari tiga rauts ribu hadis yang telah didengar”. Dengan ini, dia tidak meletakkan kesemua hadis sahih dalam kitabnya Sahih Muslim, tetapi beliau hanya meletakkan hadis-hadis yang telah mencapai tahap ijmak mengikut ilmu dan penguasaannya.
Kerana itu kita dapatinya berkata, ”Bagi saya, bukan setiap apa yang saya telah dapati sahih, saya hanya telah memuatkan apa yang telah mencapai darjat ijmak”. Beginilah keadaan Imam Muslim dan sifatnya dari hal menjaga, meneliti dan juga dia mempunyai pandangan mengkaji serta menyelidik.

Kedudukannya :-

Sesungguhnya amat molek, apa yang telah dikatakan oleh sebilangan orang, bila mereka membandingan di antara kedua-dua omam yang mulia ini, Imam Bukhari dan Imam Muslim, mereka menggabungkan kedua-dua imam ini seperti seorang yang ssdang sembahyang dan orang yang mengikut dengannya secara langsung.
Mereka berkata: ”Walaupun Imam Bukhari lebih terkemuka dalam bidang hadis sahih serta ilmu mengenai riwayat hadis dan penguasaan serta luasnya daya menghafal. Sebenarnya Imam Muslim, dialah orang yang sedang sembahyang dan dialah orang yang mengikutinya dalam ilmu, fadilat dan kedudukan”.
Keadaan ini tidak langsung menghairankan kerana Imam Muslim adalah muridnya dan juga lepasannya. Mengenai hal sedemikian al-Khatib al-Baghdadi berkata:: ”Sesungguhnya Imam Muslim telah mengikut jejak langkah Imam Bukhari, mengkaji ilmunya dan mencontohinya.

Murid-Muridnya :-

Sesungguhnya kita tidak berupaya dengan mudah dan senang, menyebut mereka yang telah memuji Imam Muslim dengan tepat atau mengagungkannya. Dengan ini, mungkin sudah memadai dengan mengetahui, bahawa Imam Muslim telah mempunyai murid-murid yang telah menjadi di antara ulama-ulama terkemuka pada masa mereka dan telah memenuhkan seluruh dunia dengan ilmu, kebajikan serta berkat. Di antara mereka yang bijaksana ialah Imam At-Tirmizi, Yahya Ibnu Said, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Mubarrak dan ramai lagi yang lainnya.
Mari kita lihat bagaimanakah keikhlasan murid-muridnya dengannya dan bagaimanakah mereka selalu menolongnya, sentiasa menjaga serta berusaha bagi mencapai keredhaannya semata-mata kerana Allah bagi mencapai kebenaran serta mendapat ilmu, walau mereka menghabiskan seluruh umur muda mereka.
Terdapat satu riwayat dari Ahmad Ibnu Salamah, iaitu salah seorang daripada murid-muridnya yang paling berwibawa, bahawa dia telah menulis dengan Imam Muslim semasa beliau mengarang Sahihnya, selama lima belas tahun iaitu sebanyak dua belas ribu hadis.
Beginilah keadaan murid-muridnya dengannya. Hal ini dengan jelasnya menunjukkan, sejauhmana kemuliaan akhlak guru ini, ketinggian ilmunya, sifat tolak ansurnyadan sifatnya yang amat mulia. Dan juga karangannya As-Sahih telah diatur dan disusun dengan paling rapi dan teratur. Di samping ia juga merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan dipercayai selepas Kitaabullah danyang telah diterima oleh umat Islam dengan sebaik-baiknya.

Karya-Karyanya :-

Selain karyanya yang terkenal iaitu Sahih Muslim, Imam Muslim telah mengarang berbagai-bagai kitab serta penulisan-penulisan yang lain yang telah tersebar dikalangan orang-orang seperti tersebarnya angin di tempat yang terbuka, tanpa apa-apa halangan, supaya ia sampai ke hati serta akal para pembacanya. Isi kitab-kitab itu telah bercampur gaul dalam jiwa mereka seperti tercampurnya air dalam segala yang hidup.

Antara karya-karyanya itu ialah :-
1. Al-Musnad al-Kabir
2. Al-Asma’ Wal Kunni
3. At-Tamnyiz
4. Al-Ifrad
5. Sualat Ahmad Ibnu Hanbal
6. Lain-lain lagi

Keistimewaan Sahih Muslim :-

Imam kita Muslim telah melakukan satu cara yang tunggal serta mat istimewa dalam penulisan Sahihnya. Beliau telah melakukannya dengan satu metodologi yang lain dari metodologi Imam Bukhari dalam Sahihnya. Sesungguhnya Sahih Muslim telah mempunyai keistimewaan, bahawa penulisnya telah mengikut satu metodologi yang baik, iaitu dia telah mengumpul matan-matan kesemuanya dengan riwayatnya dalam satu tempat, tanpa ditaburkan dalam bab-bab.
Dia juga tidak memutus-memutuskan dalam berbagai-bagai penjelasan, sepertimana telah dilakukan oleh Imam Bukhari, dia juga tidak mengulang-ulangnya kecuali dalam sesuatu keadaan yang tidak boleh tidak, pasti disebut dan diulang hadis itu yang mempunyai apa-apa tambahan atau sanad yang dibawakan di sebelah sanad lain, dengan suatu sebab. Sesungguhnya ini adalah satu keistimewaan serta kelebihan Imam Muslim dari ulama-ulama yang sebelumnya dari hal penulisan Sahihnya.

Terlalu Banyak Makan Kurma :-

Al-Khatib menceritakan sebab kematian Imam Muslim. Suatu hari Imam Muslim mengadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu adis kepada Imam Muslim, tapi beliau tidak mengetahui akan hadis tersebut. Beliau balik debgan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya.
Sesampainya di rumah, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu.
”Sesiapa pun tidak boleh masuk menjumpaiku pada malam ini.” kata Imam Muslim kepada keluarganya.
Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun di bawa masuk ke dalam biliknya.
Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis, beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi, lalu mencapai sebiji kurma dan memakannya setelaj satu hadis yang dibacanya selesai. Demikianlah seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya dan satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya, beliau sakit perut yang membawa ada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin, 25 Rejab 261H/875M, imam besar itu wafat dan dikebumikan pada esok harinya. Beliau telah menjangkau umur 53 tahun sahaja.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, sesuai dengan segala jihadnya, manfaat yang dia telah menghulurkannya serta jihad dan kesabarannya, bagi membuahkan ilmu yang dia telah tinggalkan....


Sekian drpd saya,moga bermanfaat...
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara da'wahmu, teruskan juga menyampaikan 
kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan 
menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."  (Badiuzzaman Said Nursi)

Rujukan :-
 
- Silsilah Ulama Hadis karya Ali Yusuf Ali
- Ensiklopedia Para Wali susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar