Layan

Wednesday, February 16, 2011

Sedikit biodata ringkas Rasulullah oleh saya

Assalamu 'alaikum wa barakaAllah fikum

"Bertepatan dengan Maulid Nabi Muhammad shollahu 'alaihi wasallam,
saya ingin mengenang akhlak sang Nabi semoga menjadi teladan dan panduan bagi kita semua.
Disini saya meletak kan biodata ringkasnya...


بسم الله الرحمن الرحيم                        

                                     BIODATA RASULULLAH shollahu 'alaihi wasallam :-
                       
                            * Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

                           * Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M 
(dikenali sebagai tahun gajah sempena   peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)

                          * Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

                          * Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

                          * Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf

                         * Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
                           (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

                         * Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

                        * Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah 
                          (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Setiap kali kita membaca kisah Nabi Muhammad shollahu 'alaihi wasallam , ada kerinduan yang memuncak akan peribadi yang luar biasa. Beliau yang dikenal sebagai Al-Aminorang yang sangat dipercaya – 
bahkan oleh musuh-musuhnya sekalipun. Tidak pernah sedikitpun berlaku tidak adil atau berkhianat,bahkan dia senantiasa mengedepankan tindakan mulia kepada kawan mahupun lawan.

Beliau adalah Al-Qur’an yang berjalan. Setiap tindak tanduknya adalah sebuah akhlak perwujudan dari kalam Ilahi. Sebuah contoh hidup bagaimana kitab Allah dijelaskan dalam sebuah perilaku.

Beliau yang memperlakukan semua orang, tua,muda, miskin,kaya, sahabat dan musuh dengan sebaik-baik Akhlak. Salah satu akhlak beliau adalah senantiasa menghadapkan seluruh wajahnya kepada orang yang diajak berbicara, sebagai bentuk penghormatan dan penghargaan kepada setiap orang, tanpa memperhatikan latar belakang orang tersebut.
dan dlm riwayat mengatakan bahawasanya 

"Rasulullah bukanlah seorang yang keji dan tidak suka berkata keji, beliau bukan seorang yang suka berteriak-teriak di pasar dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Bahkan sebaliknya, beliau suka memaafkan dan merelakan". (HR. Ahmad)


Nabi Muhammad shollahu'alaihi wasallam merupakan contoh ikutan yang baik kepada kita semua.
Akhlak yang ditunjukkan elok saya perhalusi agar dijadikan teladan. Antara sikap/amalan dan perbuatan Baginda ialah  :-
  • Seorang pemaaf. Kaum kafir Quraisy yang banyak melakukan perkara buruk (mencerca, membaling najis, menyiksa orang Islam ) dimaafkan oleh Baginda semasa pembukaan kota Mekah.
  •  Berani. Ketikan perang Uhud, Baginda dengan beraninya bertempur di celah musuh.
  • Sabar. Walaupun penduduk Taif melayan buruk kepada Baginda, Baginda bersabar dan mendoakan mereka akan masuk Islam pada masa depan. Walaupun dicaci seorang perempuan Yahudi, baginda tetap sabar, malah mengunjunginya yang sakit. Walaupun dijerut dengan tali perut unta, baginda tatap bersabar.
  • Penyayang. Amat menyayangi umatnya. Ketika di hujung nyawa, Baginda masih menyebut `Ummati..”
  • Gigih. Baginda sama-sama bekerja untuk membuat parit sebelum perang Khandaq. Baginda bukan jadi tuan yang mengarahkan itu ini,tetapi baginda sendiri turut berserta bersama sama..
  • Tegas. Baginda tegas menolak tawaran harta, pangkat dan wanita daripada pemimpin Quraisy agar tidak meneruskan da'wah Islam.
  • Tidak membezakan layanan. Baginda tidak membezakan layanan antara orang kaya dengan miskin, orang cacat atau tidak, dan orang Arab atau bukan Arab. Semuanya dilayan dengan adil. Baginda tiada kroni.
  • Tekun beribadah. Walaupun Baginda seorang Nabi, Baginda tetap tekun beribadah, berpuasa dan berjaga malam kerana mencari keredhaan Ilahi.
  • Rajin membantu keluarga. Baginda turut membantu isteri memasak atau menjahit pakaian yang koyak. Baginda tidak canggung melakukan kerja rumah.
  • Pengasih. Kasih akan isteri-isterinya. Kematian Siti Khadijah amat dirasakan. Baginda mengasihi anak-anaknya serta cucunya Hasan dan Husin. Tuntasnya kasih dan cinta kpd semua orang.
  • kadang bergurau.Ada satu kisah Baginda memberitahu seorang tua, bahawa orang tua tidak masuk syurga. Orang tua itu sedih. Rupanya Nabi bergurau kerana semua orang akan menjadi muda di syurga.
  • Bijaksana. Lihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Rupanya perjanjian itu menguntungkan orang Islam untuk jangka panjang, walaupun tidak diperseutujui sebahagian orang Islam. juga episod peletakan Batu Hajaral Aswad pada usia 35 tahun. Juga peristiwa menyuruh Ali tidur di tempat pembaringan baginda untuk keluar daripada pengepungan pemuda-pemuda Quraisy sebelum baginda berhijrah ke Madinah.
  • Cekap berniaga. Kecekapan berniaga menyebabkan Baginda untung besar ketika memperniagakan harta Siti Khadijah. Pembantu Khadijah, Maisarah, kagum sekali. Kemudian Khadijah meminang Nabi.
  • Gagah. Baginda berjaya mengalahkan jaguh gusti Quraisy dalam perlawanan. Malu besar jaguh gusti itu.
  • Tidak bangga diri. Walaupun Baginda seorang Nabi dan boleh hidup lebih mewah, Baginda tetap hidup ala kadar, tidak mempamerkan kekayaan atau berlebih-lebihan. Makan, pakai dan tempat tinggal ala kadar. Segalanya serba sederhana. Tidak perlu istana besar. Tidak perlu pakaian mahal, malah pakaian baginda bertampung. Baginda pernah tidak makan beberapa hari, tetapi tetap tenang.
  • Hormat kepada orang lain. Lihat sikapnya kepada Halimatussa’diah, kepada Bilal bin Rabah (Habsyi kulit hitam) dan Usamah bin Zaid (anak angkat Baginda). Orang buta dan cacat dapat layanan yang baik drp Baginda.
  • Berkata benar/tidak berbohong. Baginda digelar al-amin kerana boleh dipercayai dan tidak berbohong. 
  • Pendidik yang baik. Tarbiahnya penuh diplomasi dan bijaksana. Ada soal jawab dan soalan disambut dengan penjelasan. Anakandanya Fatimah banyak dididik mengikut akhlak baginda. Baginda kaya ilmu  psikologi dan memberi contoh teladan untuk diikuti umat Islam. Baginda benar-benar dapat dijadikan uswatun hasanah
Pendeknya, sungguh banyak contoh teladan Nabi Muhammad shollahu'alaihi wasallam.
Selayaknya Baginda menjadi idola atau ikutan kita. 

"Jadikan akhlak Baginda sebagai ikutan".

"Jadikan sirah Baginda sebagai teladan".

"Jadikan segalanya itu untuk peningkatan iman".

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (uswatun hasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak berzikir kepada Allah". (Al-Qur’an Surah Al-Ahzab [33]:21)

Hadits dari Abu Dzar, ia berkata bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :-
Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaul lah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”
(Hadist Riwayat Tirmidzi)






Solawat dan salam untuk Baginda Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam, khataman-nabiyyin. 

Moga bermanfaat atas ummat..Salam'alaik warahmatuAllah