Layan

Tuesday, March 8, 2011

Sedikit posting mengenai peranan ilmu


 Assalamu'alaikum w.b.t

berkenaan posting yg baru ini saya sengaja hendak mengulas ke nasihat ke ntahlah,apa pun jika ada kesalahan,mohon dikritik,tetapi secara rahsia lah,bukan terangan,nk terangan pun tidak apa,yg penting jgn berlebihan sudah~ kan kan kan..ok2,pertamanya..ilmu itu adalah asas segala amalan dan imam segala amalan serta sesuatu yang membaikkan segala amalan kita.Tiadalah faedah sesuatu ilmu itu tanpa amal yang disertai dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. Seterusnya tidak bermanfaat juga sesuatu amalan itu dengan tiadanya ilmu.Maka ilmu dan amal adalah pasangan kembar yang tidak boleh dipisahkan.Banyak kelebihan ilmu yang telah dinyatakan dalam Al-Quran,antaranya ialah :-


" قال تعال: قل هل يستوىالذين يعلمون والذين لايعلمون ” 
الزمر: 9
Allah berfirman :-
Katakanlah(muhammad) : Apakah sama orang-orang yang mengetahui dan(dengan) orang-orang yang tidak mengetahui...

*Rujuk : Kitab Haqaiq 'Anit At-Tasawuf,karangan Seikh Abdul Qadir Isa Al-Halbi.

Ilmu itu umpama nur sepertimana yang dikatakan dalam nasihat Imam Waqi’ kepada Imam Syafie yang mana nur tidak dapat menembusi hati yang membuat dosa.
Tiada dapat tidak,kita perlu tajdid(perbaharui)kan niat menuntut ilmu,adakah untuk mengejar pangkat mumtaz?Adakah untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t dan sebagai bekalan di akhirat?atau apa sahaja persoalan..Moga kita digolongkan daripada golongan Al-Muflihun iaitu untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengharapkan redha dan hidayah dariNya semata-mata.Maka,semakin banyak ilmu kita semakin dekat kita dengan Allah s,w,t,seterusnya semakin jauh kita meninggalkan ma'siat.Oleh itu,dalam menuntut ilmu,kita harus sungguh-sungguh menjauhkan diri daripada perkara ma'siat.lebih-lebih lagi penyakit hati yang kadang-kadang kita tidak perasan akan kehadirannya
Menurut kata Dr.Yusof Al-Qaradawi,ma'siat itu merupakan punca kegagalan dan musnahnya kehidupan seorang syabab(pemuda) muslim dan muslimah.Sesungguhnya ma'siat yang dilakukan oleh manusia itu lebih bahaya daripada sekumpulan musang.Sama-sama kita beringat,ilmu itu milik Allah.
Cuba bayangkan,ketika kita menuntut ilmu Allah s.w.t dan dalam masa yang sama kita masih melakukan perkara-perkara dosa malah banyak beralasan dan masih ingin sembunyikan perkara kebenaran.Nau’zubillah…

Firman Allah Taala yang bermaksud :-
  “Sungguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk,setelah kami jelaskan kepada manusia dalam Al-Quran,mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat” Al-Baqarah : 159












Saya berminat selitkan petikan lirik nasyid ‘Kembara Ilmu’yang boleh kita ambil sebagai iktibar bersama sebagai pengembara ilmu:

“Kembara misi lembah nurani dan titisan ilmu lulusan budi
persiapan dari akal yang murni untuk diuntai mutiara sufi menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci jangan ditinggal gersang dan jangan dibiar hitam,
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda di hati melemahkan minda kembara sufi terasa sukar,sesatlah di dalam pelayaran
Hanya tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan”
Justeru itu,kita sebagai penuntut ilmu agama iaitu fatayat harapan agama,berperanan dalam memberi kefahaman hakikat Islam dengan neraca ilmu yang sebenar bukan dengan emosi dan fahaman sekularisme yang telah lama menular dalam kehidupan kita.Kita perlu bermula di sini,tunaikan hak seorang muslim dan muslimah,seorang 'alim dan 'alimah.Jangan sesekali mengelakkan diri daripada tugas ini.Ini tugas kita bersama...insyaAllah..
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang),nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.Dan Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.” At-Taubah : 39



sekian moga ianya bermanfaat..syukran wassalamu'alaikum