Layan

Monday, September 6, 2010

Sunnah Berbuka

BERBUKA PUASA
1. Bilakah waktu berbuka ?
- Apabila tenggelam matahari..

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)
- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata :
[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]
Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591][1]
- Mengapakah perlu segera berbuka ?
a. Dapat menghasilkan kebaikan
- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi s.a.w telah bersabda :
[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]
Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan
berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]
b. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w :
- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi s.a.w telah bersabda :
[ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]
Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak
menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891][2]
c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani
- Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda :
[ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]
Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan
berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. [HR Abu Daud : 2353][3]
3. Berbuka sebelum solat maghrib
- Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356][4]
4. Dengan apa berbuka ?
- Dari Anas bin Malik :
[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi s.aw berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]
5. Apakah doa berbuka puasa ?
- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah s.a.w ,
kerana Baginda s.a.w tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah s.aw :
[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]
Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,
imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526][5]
- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi s.a.w ketika berbuka adalah :
[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]
Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357][6]
- Adapun doa :
[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]
Maksudnya : ” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]
Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi s.a.w  ). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi s.a.w.Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi s.a.w sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi  s.a.w. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar[7], menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :
  1. Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
  2. Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i
  3. Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)
Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi s.a.w adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi s.a.w,maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah s.a.w.
6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi s.a.w bersabda :
[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746][8]
- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?
Antaranya[9] : dari Miqdad, Nabi s.a.w  bersabda :
[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]
Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].

[1] Sanadnya Shahih, lihat Fathul Bari : 4/199. [2] Sanadnya Shahih, lihat (صفة صوم النبي) oleh syeikh Salim Al-Hilali dan Syeikh Ali Al-Halabi : mks 63.
[3] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2063.
[4] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani :  2065.  Penyusun telah meringkaskan hadis ini tanpa
mengubah maknanya. Perkara seperti ini diperbolehkan dalam ilmu hadis selagimana ia tidak mengubah makna serta tujuan hadis.
Lihat perbahasan ini dalam Manhaju Annaqd Fi ‘Ulumil Hadis, oleh Dr. Nuruddin ‘Itr : mks : 231.
[5] Sanadnya Shahih, lihat Silsilah Asshahihah, oleh Syeikh Al-Albani : 1797.
[6] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Al-Albani : 2066.
[7] 1/438. Kitab ini bertujuan menilai semula kedudukan hadis-hadis dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Annawawi.
[8] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Ibni Majah oleh Syeikh Al-Albani : 1417.
[9] Untuk mengetahui selain dari doa di atas,lihat (حصن المسلم) oleh Syeikh Said bin Ali Al-Qahthani.

WaAllahu 'Alam bissowab...

Sunnah Bersahur

1. Hikmah difardukan suhur
Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa ” [Al-Baqarah : 183]
Sesungguhnya telah difardukan ke atas muslimin ibadah puasa sepertimana difardukan ke atas ahli kitab dari segi hukum dan juga waktu ; jika seseorang itu tidur dan terjaga sebelum tibanya waktu subuh, dia tidak dibenarkan makan, minum serta mendatangi isteri hingga keesokan malam. Apabila perintah ini telah dinasakhkan, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kaum muslimin bersahur untuk membezakan antara puasa muslimin dan puasa ahli kitab.
Dari ‘Amru bin Al-’As, sesungguhnya Rasulullah s.aw  bersabda :
[ فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر ]
Maksudnya : ” Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur “. [HR Muslim : 1096]
2. Kelebihan bersuhur
a. Keberkatan pada makanan suhur
- Nabi s.a.w bersabda :
[ تسحروا فإن في السَحور بركة ]
Maksudnya : ” Bersuhurlah, sesungguhnya, pada makanan sahur itu ada keberkatan ” [Al-
Bukhari : 1923, Muslim : 1095]
b. Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersuhur
- Nabi s.a.w bersabda :
[ السَحور أكلة بركة فلا تدعوه ، ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين ]
Maksudnya : ” Makanan suhur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu meninggalkannya,
walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan
mereka-mereka yang bersuhur “. [HR Ahmad : 3/12 & 44[2], Ibnu Hibban : 3476]
3. Makanan yang terbaik untuk bersuhur
Nabi s.a.w bersabda :
[ نعم سَحور المؤمن التمر ]
Maksudnya : ” Sebaik-baik makanan suhur mukmin itu adalah tamar ” [HR Abu Daud : 2345][3]
- Sekiranya tiada ada makanan, sudah kenyang atau tidak ingin makan, maka minumlah sekurang-
kurangnya seteguk air. Apakah kita tidak ingin keberkatan serta doa dari Allah serta para
malaikatnya? Ini berdasarkan hadis yang lalu di mana Nabi s.a.w  bersabda :
[ ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء ]
Maksudnya : ” Walaupun dengan meneguk seteguk air “. [HR Ahmad : 3/12 & 44, Ibnu Hibban :
3476]
4. Melewatkan bersuhur
- Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit,  telah berkata :
[ تسحرنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم قام إلى الصلاة. قلت : كم كان بين الأذان والسحور ؟ . قال : قدر خمسين آية ]
Maksudnya : ” Kami telah bersuhur bersama dengan Nabi r, kemudian bangun untuk bersolat. Aku telah berkata (Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersuhur ? Dia (Zaid) menjawab : Dengan kadar 50 ayat[4] (bacaan Al-Quran) ” [HR Al-Bukhari : 1821, Muslim : 1097]
- Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr telah berkata : ” Hadis-hadis yang berkaitan dengan mempercepatkan
berbuka puasa dan melewatkan bersuhur adalah mutawatir….. “[5]
- Sekiranya telah dikumandangkan azan, sedangkan minuman masih ditangan kita, apa yang perlu
dilakukan ?
Nabi s.a.w  bersabda :
[ إذا سمع أحدكم النداء، و الإناء في يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته ]
Maksudnya : ” Apabila salah seorang dari kamu telah mendengar azan, sedangkan minuman masih ditangannya, maka janganlah dia meletakkan minuman tadi sebelum dia menunaikan hajatnya ” [Lihat Shahih Sunan Abi Daud : 2060]
5. Hukum bersuhur[6]
- Dari hadis-hadis yang lalu, maka dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, hukum bersuhur adalah
sunnah mu’akkadah. Ini berdasar 3 qarinah :
1. Perintah Nabi s.a.w supaya bersuhur. [تسحروا فإن في السَحور بركة]
2. Suhur membezakan antara puasa muslimin dan ahli kitab.[فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر]
3. Larangan Nabi s.a.w dari meninggalkan suhur. [السَحور أكلة بركة فلا تدعوه]

[1] Di sana ada perbezaan sebutan dan makna antara (السُحور : بضم السين) yang membawa makna ; perbuatan dan waktu, manakala (السَحور : بفتح السين    ) membawa makna : makanan yang dimakan ketika bersuhur. Oleh kerana itu,saya menggunakan lafaz : SUHUR, bagi perbuatan makan, dan SAHUR, bagi apa yang dimakan ketika bersuhur, kerana lebih tepat penggunaannya dari sudut bahasa arab.
Sila lihat perkataan (سحر) dalam Lisaanul ‘Arab : 1/194. Wallahu’alam.
[2] Kata Muhaqqiq Musnad Ahmad, Sheikh Syuaib Al-Arnauth : Hadis ini adalah hadis shahih. Lihat Musnad Ahmad : 3/12 & 44.
[3] Sheikh Al-Albani menshahihkan hadis ini di dalam Shahih Sunan Abi Daud, no : 2055.
[4] Ibn Hajar dalam Fathul Bari :4/199, membawa kata-kata Anas dalam menafsirkan maksud “kadar 50 ayat” : iaitu bacaan yang
sederhana, tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
[5] Lihat Fathul Bari, karangan Ibn Hajar Al-’Asqalaani : 4/199
[6] Ibn Hajar dalam Fathul Bari : 4/139, menaqalkan ijma’ pada sunnahnya bersuhur.

Wallahua’lam..

Adakah semua ini benar

"Errmmm... enaknya coklat nii.. nak lagi.." "Wah, rangupnya... sedap betul keropok ni.." inilah yang selalunya kita ucapkan ketika makan makanan ringan yang dibeli di mana-mana kedai. Adakah lafaz Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) kita sertakan bersama? Jika ya, tak mengapalah. Tapi, bagaimana kalau tidak? Muhasabahlah.

Tapi, bukan itu sebenarnya yang ini dikupaskan dengan lebih lanjut. Saya teringin untuk bertanya kepada semua pembaca sekalian.. Setiap kali kita beli makanan di kedai, sama ada makanan ringan ataupun makanan mentah, adakah kita terfikir tantang bahan-bahan untuk menghasilkan makanan tersebut? Selalukah kita membelek-belek ruangan bahan-bahan yang tertera di belakang bungkusan makanan tersebut? Ataupun cukup sekadar logo Halal Jakim yang tertera sudah membuktikan bahawa makanan itu benar-benar halal? Bagaimana dengan makanan yang tiada logo halal? Pernahkah kita tersedar, produk yang amat laris di pasaran yang mendapat perhatian semua pembeli muslim khususnya seperti:
Coklat Ferrero Rocher
snek kentang PringlesKedua-dua produk ini sebenarnya TIDAK MEMPUNYAI logo Halal Jakim atau mana-mana logo Halal tapi cukup laris terjual di pasaran. Tidak percaya? sila periksa sendiri.

Namun, bagaimana pula dengan makanan yang diragui yang mempunyai logo Halal Jakim? Adakah kita yakin bahawa makanan ini betul-betul halal? Terfikirkah kita tentang logo halal palsu? Di sini, penulis ingin mengeluarkan beberapa fakta tentang bahan-bahan makanan yang diragui...
Emulsifier (E471) (Mono-and Diglycerides of Fatty Acids) sebenarnya dihasilkan dari LEMAK BABI. Fungsi lemak babi ini digunakan dalam makanan adalah untuk menstabilkan bentuk dan rasa makanan selain menjadi bahan pengawet kepada makanan yang dihasilkan. Ini kerana lemak haiwan lain tidak cukup padat untuk menjadi penstabil makanan yang baik. Bahan ini selalunya terdapat pada makanan segera yang dipek untuk tempoh yang panjang seperti keropok, snek dan sebagainya.
Gelatin pula kebanyakan dihasilkan dari bahan yang berasaskan haiwan terutamanya BABI. Ini kerana gelatin yang dihasilkan dari babi dapat bertahan lebih lama selain proses penghasilannya lebih mudah dilakukan.

Selain itu, makanan yang mengandungi bahan yang diragui ini termasuklah

Coklat Cadbury
Kek lapis Apollo
Dan banyak lagi produk yang tak dapat saya senaraikan kesemuanya di sini.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan yang kita akan makan. Ini kerana setiap zarah makanan yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita. Dan inilah yang akan membentuk diri kita sama ada menjadi daging yang baik atau buruk. Inilah puncanya umat Islam sekarang semakin lemah dan kurangnya semangat mempertahankan agama. Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya: "Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya.." Mahukah kita??

10 wasiat Imam Shafie..

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :-

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." ya'ni....

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

ok..Moga kita dapat amik iktibar dan amalkan...aaamiiinnnn~ ^_____^

'asyarah muwasafat da'ie(10 ciri-ciri penda'wah)




Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dia umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dia adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dia.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dia merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.



WaAllahu 'Alamu bissowab...

Fadhilat Memberi Salam

Assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian...
moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata'ala...disini saya ingin menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut...

Iblis menangis bila orang memberi salam...

Sabda Nabi: "Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri"

Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

Sabda Rasulullah SAW.:"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia."

Lalu bertanya pula sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat: "Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

"Sabda Rasulullah saw.:"Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:"Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas ra berkata: "sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: "Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya".

p/s: mari la kita rajin2kan diri utk memberi salam bila berjumpa ngan sesama muslim...semoga mendapat rahmat ALLAH swt.. Aamminnn...