Layan

Saturday, January 22, 2011

Sifat Mahmudah dan Mazmumah

Assalamualaikum,disini saya akan menyatakan antara apakah dia sifat mahmudah dan mazmumah.. 


بسم الله الرحمن الرحيم                       

Dan ketahuilah kalian semua,Bahawa budi pekerti yang baik (SIFAT MAHMUDAH) itu adalah menjadi sifat utama bagi penghulu dari segala para Nabi dan Rasul 'alaihis salam.Ia juga adalah sifat para 'ulama dan dikira sebahagian dari agama. 

Manakala budi pekerti buruk (SIFAT MAZMUMAH) merupakan racun yang membunuh, dan kekejian yang sunguh memalukan serta budi endah yang jelas. Ia bukan sahaja dikira sebagai perkara yang jahat yang boleh menjauhkan manusia dari sisi Allah taala, malah akan menjerumuskan ke dalam perangkap-perangkap syaitan.
                                                   SIFAT MAHMUDAH :-

Adapun pokok-pokok akhlak yang mulia asasnya ada empat :-   
1. Hikmat atau kebijaksanaan.
2. Syuja'ah atau keberanian.
3. 'Iffah atau kebersihan jiwa.
4. 'Adl atau keadilan.
Kebijaksanaan ialah suatu keadaaan dalam diri yang mana menerusinya ia dapat membezakan yang benar dan yang salah dalam semua hal ikhtiyariyah(perbuatan pilihan diri sendiri).

Keberanian ialah keadaaan marah yang sedang meluap-luap itu dapat dikawal oleh akal untuk terus ke depan ataupun menahannya daripada berlaku. 

Kebersihan jiwa pula ialah menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk aqal dan syara'. 

Keadilan ialah suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahwat, lalu membimbing keduanya ke arah kebijaksanaan, serta menentukan bila masanya boleh diikutkan dan bila pula harus dikekang dari berlaku menurut hal dan keadaaan yang dihadapinya. Dengan menegakkan keempat-empat sifat yang tersebut, barulah dapat dilengkapi diri dengan semua akhlak dan budi pekerti yang indah.
Akhlak yang mulia akan membentuk sifat peribadi yang indah. Dengan sifat ini seseorang itu akan dapat menemui jalan hidup Islam yang indah.

Beberapa contoh sifat yang terpuji (MAHMUDAH) ialah :-
1. Benar dalam tutur-bicara.
2. Benar dalam menepati janji.
3. Bersabar dalam menghadapi dugaan.
4. Bersyukur dengan nikmat Allah.
5. Mengingati mati.
Benar dalam bebicara adalah salah satu sifat yang terpuji. Adalah wajar sekali seseorang itu memelihara lidahnya dari memperkatakan sesuatu yang tidak benar, malah janganlah berbicara melainkan yang benar sahaja. Ini kerana ianya hanya membuka kepada jalan untuk berdusta. Sedangkan berdusta merupakan sifat yang tercela (MAZMUMAH).
Menepati setiap perjanjian akan menjadikan seseorang itu ta'at perintah Allah taala.Setiap perjanjian dilakukan kerana terdapat cita-cita. Memang mudah untuk melafazkan janji tetapi amat payah untuk melakukan setelah cita-cita tersebut tercapai.

Sebagaimana Qarun yang telah ditelan bumi kerana perjanjiannya dengan Allah. Azam dan cita-cita itu dikira sebagai janji yang patut dipuji, manakala mengingkarinya dianggap sebagai dusta. Oleh itu hendaklah kita menepati segala janji-janji kita, supaya kita dapat dijumlahkan sebagai orang-orang yang benar.
Setiap kita harus menyakini bahawa sifat sabar sangat penting dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang mana kehidupan dunia ini tidak boleh lari dari dua perkara iaitu :-
1. Sesuatu perkara yang sesuai dengan kehendak kita.
2. Sesuatu perkara yang tidak sesuai dengan kita malah dibenci.
Dalam menghadapi perkara di atas, kita tetap memerlukan sifat sabar. Sabar dengan kemahuan kita agar kita tidak menjadi tamak, alpa dan sebagainya untuk mengelakkan kita dari tercampak ke lembah yang hina. Sabar ketika menghadapi apa sahaja perkara yang tidak disenangi oleh kita seperti sabar ketika orang mencaci kita, menyakitkan hati dan sebagainya. Ini kerana setiap daripada itu akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah malah akan digandakannya pula lagi,subhanaAllah...

Ingatilah nasihat2 drpd saidina 'ali r.anhu :-
iaitu 5 PERKARA yang harus dipegang erat-erat dan nasihat ini sudah sepatutnya di jalankan oleh seluruh umat islam yang bertaqwa...
Kelima perkara tersebut adalah :-

1. Jangan sekali-kali kalian menunjukkan harapan selain kepada Allah taala.
 
2. Jangan sekali-kali kalian merasa takut akan sesuatu selain dosa-dosa kalian sendiri.
 
3. Jangan sekali-kali kalian merasa malu berkata : " Aku tidak tahu" apabila ditanya tentang sesuatu yang memang tidak kalian ketahui.
 
4. Jangan sekali-kali kalian merasa malu hendak belajar sesuatu yang memang tidak kalian ketahui.
 
5. Bersabarlah selalu,krn hubungan antara sabar dan iman,adalah sama seperti halnya kepala dan tubuh. Maka jika tidak ada guna tubuh tanpa kepala, demikian pula iman tanpa sabar.

Bersyukurlah pada setiap rahmatNya.ini kerana setiap kali kita melafazkan syukur, semakin dekatlah diri yang hina ini dengan Allah taala. Setiap nikmat yang disyukuri itu nanti akan ditambah oleh Allah taala kelak. Jika tidak mensyukuri dengan apa yang dikurniakan oleh Allah taala, maka kita berkemungkinan akan ditarik drpd ni'matNya.

Maka janganlah kita mencemuh makanan yang berada di depan kita, sepatutnya kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah taala kepada kita itu.dan akan jadilah kita orang-orang yang mensyukuri setiap pemberian Allah.Insyaallah(dgn izin Allah) nanti Allah akan melimpahkan rezeki yang berlipat ganda.Alhamdulilah~ 
Mengingati hari kematian adalah salah satu sifat yang terpuji ini kerana ia akan mendekatkan diri kita dan taqwa(rasa takut dlm berbuat apa shj yg baik atau jahat) kepada Allah. Bila kita mengingati mati, segala perbuatan ma'siat akan segera ditinggalkan.Maka timbullah penyesalan dalam setiap diri kita.

Setiap penyesalan adalah taubat. Setiap taubat akan diterima oleh Allah sekiranya kita melakukannya dengan ikhlas. Dengan ini juga, ma'siat akan ditinggalkan dan masuklah kita dalam golongan orang-orang yang terpuji. Begitulah kehidupan ini di dunia yang dicipta oleh Allah taala. 


                                                       SIFAT MAZMUMAH :-


Di dalam dunia ini terlalu banyak yang tercela (SIFAT MAZMUMAH) dari yang baik. Sebagai contohnya ialah :-
1. Riya'.
2. Marah, dendam dan dengki.
3. Bahaya lidah.
4. Tamak kekayaan.
5. Tipudaya.
Riya' ialah menuntut pangkat dan kedudukan menerusi perbuatan ibadat. Mereka ini meminta agar dipuji dalam setiap amal ibadat mereka. Dan disebabkan amalan ibadat ini juga, mereka dapat dinaikkan pangkat. Pelbagai jenis riya' seperti riya' dalam tubuh, riya' dalam pemakaian, riya' dalam perbuatan, riya' dalam ucapan, riya' dalam banyaknya pengikut dan hal-hal lain yang di luar diri. 

dan telah berkata para penyair :-

PAKAIAN RIYA' ITU TIPIS DAN MENUTUPI YG SEBAHAGIANNYA SHJ,MAKA JIKALAU ANDA MEMAKAINYA SAMA SHJ HALNYA ANDA BERBOGEL..

Sifat marah, dendam dan dengki telah ada semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. lagi. Sifat marah adalah berasal dari api dan api itu ialah syaitan dan syaitan itu adlh sebaik2 tmpt dineraka dan neraka itu panasnya berganda2 drpd kepanasan dunia ini,maka jikalau anda merasakan hendak berbuat dosa,silalah membakar diri anda pada api didunia ini.

Dari sifat marah ini mucul lah sifat dendam dan dengki.Sifat-sifat ini adalah sifat-sifat kemusnahan,kebinasaan dan kecelakaan, maka adalah perlu bagi mereka mengetahui apa yang mendorong mereka menjadi begitu dan hendaklah ia menghindarkannya agar mereka dapat menjaga hati mereka.
Lidah merupakan bahaya yang amat besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dengan bahaya ini melainkan bertutur mengenai perkara yang baik sahaja. Lidah yang tidak dapat dikawal dari bercakap perkara yang bukan-bukan adalah dipengaruhi syaitan.

Sebagaimana dlm firman Allah taala drpd Hadith Qudsi :- 

Hai anak adam! lidahmu itu bagaikan singa,jikalau kamu lepas semahumu,maka ia pasti akan membinasakanmu..
Tamak harta kekayaan menyebabkan seseorang itu lupa untuk beramal ibadah. Rezeki ini adalah rezeki Allah yang dikurniakanNya untuk makhlukNya melakukan 'ibadah dgn khusyu'(khusyuk) dan khudu'(patuh). Melakukan pembaziran adalah sifat yang tercela, sebaliknya harta hendaklah di belanjakan dengan berekonomi dan penuh dengan kesederhanaan.

Tamak dan haloba adalah berbeza iaitu tamak ialah inginkan apa yang ada pada tangan orang lain manakala haloba pula ialah tidak yakin dengan orang lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tamak merupakan sejahat-jahat perkara antara dua sifat ini.

BERKATA SAIDINA 'ALI radhiyaAllahu 'anhu :-

SESIAPA YG BAKHIL APA YG BERADA PADA TANGANNYA(PADA DIRINYA) ADALAH TIDAK MEMPERCAYAI ALLAH TAALA..

Tipudaya merupakan punca segala kecelakaan dan induk segala sifat yang membinasakan. Tipudaya ialah ketenangan jiwa terhadap sesuatu yang ditunjuk oleh hawa nafsu, manakala tabiat sangat cenderung pula kepadanya disebabkan oleh kekeliruan ataupun penipuan daripada syatian. Barangsiapa yang beranggapan diri mereka itu dalam keadaan selamat dari perkara-perkara yang merosakkan, maka orang itu sebenarnya tertipu.

Kebanyakan orang di dunia tertipu oleh diri mereka sendiri. Angan-angan dan harapan adalah berbeza dan ianya akan menimbulkan kekeliruan bagi ummat. Kebanyakkan angan-angan ini ditipu oleh syaitan dan dijadikannya sebagai harapan. Bila seseorang itu menyangkakannya itu adalah harapan, maka orang itu akan sendirinya  lalai akan tanggunggjawabnya terhadap Allah taala,diri sendiri dan masyarakat...  

Sekian itu lah drpd saya..moga ianya bermanfaat..amin ya rab :)

Salam 'alaikum