Layan

Sunday, January 1, 2012

Penjelasan daripada saya mengenai : Adakah benar bahawasanya kita tidak boleh meletak kan gambar pada laman sosial,seperti Facebook?(Khususnya buat kaum hawa).

  


                                            السلام عليكم 

                          بسم الله الرحمن الرحيم


Wah~Cantik tak gambar awek tu,hihihi...dah-dah jgn lebih-lebih pula tujuan kita ini,sebenarnya ini adalah pengisian yg bersambungan atau ada kaitnya daripada posting berkenaan "Adakah benar gambar yg lengkap boleh diubah menjadi bogel".Sedikit sebanyak saya hendak mengatakan,mengapa kita sebagai org islam terlalu tinggi pegangannya sedangkan kita tidak tahu asal usul "yg tepat" terhadap suatu pegangan itu.


Maka pada pendapat kuat diantara 'ulama,bahawasanya meletak kan gambar didalam laman sosial seperti FB adalah "TIADA MASALAH" kerana tiada dalil yg menunjuk kan ke khususan melainkan ianya hanya ditarik masuk melalui dalil Al-Quran Didalam surat An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud :- 


"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,yang demikian itu lebih bersih buat diri mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan.Dan katakanlah kepada orang-orang  wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,dan janganlah menampak kan perhiasan dirinya melainkan yang sudah terbiasa nampak daripadanya,dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke  bawah dadanya dan tidak menampak kan perhiasan dirinya kecuali kepada suaminya........"


Didalam Hadith,demikian pula dalilnya :-


Beliau Shollahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud : "Kedua mata itu turut berzina juga,dan zinanya adalah memandang(kpd yg tidak berhak)" -Riwayat Imam Bukhari-


Demikianlah diantara-antara faktor dalilnya yg membuatkan gambar seorang wanita tidak boleh diletak di FB,dan faktor utamanya adalah berkenaan dgn posting yg lepas,berkenaan dgn" pengubahan gambar kpd gmbr Uncersored".


Dan ternyata memanglah islam terang-terangan mengharamkan dalam permasalahan mengenai tujuan sex ini,iaitu pandangan dari seorang lelaki kepada seorang wanita,ataupun daripada seorang wanita kepada seorang lelaki.


Kerana pandangan mata itu adalah kunci kepada hati,dan dengan pandangan juga boleh membawa kepada fitnah,dan seterusnya terpesona untuk melakukan zina.
Pernah lama dahulu seorang penyair mengungkap kan kata-kata ini :-


كل الحوادث مبؤها من النظر * ومعظم النار من مستغر الشرر


Semua kejadian berlaku bukankah melihat menjadi puncanya?!
Bukankah besarnya api berasal daripada bunga kecilnya?!


Maka dengan sebab itulah Allah menunjukan perintahNYA kepada kaum adam dan hawa sekaliannya supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dengan firmanNYA yang bermaksud :-


"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,yang demikian itu lebih bersih buat diri mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan.Dan katakanlah kepada orang-orang  wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,dan janganlah menampak kan perhiasan dirinya melainkan yang sudah terbiasa nampak daripadanya,dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke  bawah dadanya dan tidak menampak kan perhiasan dirinya kecuali kepada suaminya........"


Dalam kedua ayat diatas tadi,ada beberapa pengarahan ilahi,di antaranya disyarikati oleh kaum adam dan kaum hawa bersama sekaligus,iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan.Selain daripada itu,kesemuanya ditujukan khas kepada kaum hawa sahaja.


Dan dapat ditarik perhatian juga dari kedua-dua ayat tersebut,bahawasanya Allah menyuruh kita menahan pandangan bukanlah  bermaksud menutup pandangan sama sekali terhadap kaum hawa atau kaum hawa kepada kaum adam.Kerana ini tidaklah seperti suruhanNYA supaya memelihara kemaluan,kerana kemaluan itu mesti dijaga keseluruhannya tanpa boleh dikecualikan pada apa keadaan sekalipun.


Adapun pandangan,telah Allah membenarkan kepada manusia untuk menggunakannya terhadap sesuatu yg perlu guna untuk menghindarkan kesulitan dan menjaga kemaslahatan umum.Sebagaimana yg akan kita ketahui selepas ini.Jadi sebenarnya menahan pandangan itu bukanlah bermaksud menutup mata sama sekali  sehingga tidak boleh memandang dan bukan juga menunduk kan kepala ke bumi.Bukan itu maksudnya yang tepat sekali dan yang benar,dan memang cara sebegitu pun tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri.


Dan demikian syaratnya perlulah dipatuhi seperti apabila bertembung atau berjumpa dgn  jantina lain,tidaklah dia mengamati kecantikannya,atau terus merenungnya dan menoleh-noleh kepadanya.Lantaran sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidina Ali bin Abu Thalib r.anhu yang bermaksud :-


"Hai Ali ! Janganlah engkau ikutkan pandangan mu kepada pandangan yang lain.Engkau cuma berhak kepada pandangan yang pertama,dan tidaklah berhak pada pandangan yang berikutnya ! "
(Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Tirmizi)


Adapun  menunjuk kepada firman Allah,surat An-Nur ayat 31 yang bermaksud :- 


"...dan jangan mereka menampak kan perhiasan dirinya melainkan yang sudah terbiasa nampak daripadanya ! " 


Perhiasan wanita itu ialah segala atau apa-apa yang menampakkannya cantik dan menarik,sama ada merupakan perhiasan penciptanya secara asal,seperti wajah,rambut dan bentuk badan yang menarik dan sebagainya.


Apa pun menurut ijma' 'ulama,apa yang biasanya yang boleh nampak daripada perhiasan wanita ialah bermaksud terbatas daripada wajah dan kedua telapak tangan saja,dan apa yang seumpamanya yang biasa ternampak dari perhiasan dirinya,iaitu yang masuk akal tanpa berlebihan dan tanpa menunjuk-nunjuk umpama nya celak dimata dan cincin dijari.


Justeru dengan itu,Rasulullah s.a.w juga mengirakan pandangan rakus yang gelojoh diantara kaum adam dan kaum hawa antara satu sama lain dengan penzinaan tetapi ianya dgn mata.Sabda Beliau s.a.w yang bermaksud :-


 "Kedua mata itu turut berzina juga,dan zinanya adalah memandang(kpd yg tidak berhak)" -Riwayat Imam Bukhari-


Kerana dinamakan sedemikian,bersebabkan oleh ia akan merasa senang dan lazat serta memuaskan naluri sexnya dengan jalan yang tidak dibolehkan oleh syariat islam seperti  seperti hendak merogol bagi kaum adam,mencabul kehormatan dan sebagainya.


Sebenarnya pandangan lazat daripada mata orang yang lapar itu bukan sahaja mengandungi bahaya kepada budi luhur yang mulia,malah ianya mengandungi juga bahaya kepada kestabilan berfikir dan ketenteraman hati,yang kerapkali ditimpa keliaran dan kegoncangan.


Jadi dibolehkan memandang itu dengan syarat aman daripada fitnah manusia dan terhindar daripada nafsu syahwat,tetapi jika terdapat salah satu daripada sebab-sebab ini dengan syarat bahawasanya bahaya itu sudah jelas dan tidak dapat dinafikan lagi,maka akan terangkatlah keharusannya justeru untuk mengelak kan timbulnya bahaya.


Berkata seorang penyair :-


وكنت اذا ارسلت طرفك رائد * لقلبك يوما اتعبتك المناظر


رايت الذي لا كله انت قادر * عليه ولا عن بعضه انت صابر


Ingat! Jika engkau melepaskan pandangan mu secara sesuka hati,
Nanti yang menanggung susah dek pandangan itu ialah hati,
Yang engkau lihat sedikit saja justeru yang lainnya kau tak mampu,
Malah yang sedikit itu pun sudah membuatkan fikiranmu tidak menentu ?!


Selesai nukilah oleh saya,bersambung pada persoalan apakah tahap batasan yang dibolehkan  dalam syarak untuk memandang kepada  kaum adam dan hawa ?


Dari apa yang telah saya sebutkan diatas,ternyata bahawa seorang hawa boleh melihat kepada adam pada yang bukan terbatas pada auratnya,iaitu diatas pusatnya hingga dibawah lututnya.Ia dihukum boleh,selama mana tidak diikuti oleh nafsu syahwat,atau dibimbangi timbulnya fitnah.


Ini kerana dalilnya  yang bermaksud :-


"Rasullah s.a.w telah membenarkan Siti 'Aisyah r.anha melihat kepada orang-orang Habsyi yang menari-nari dengan pedang-pedang bengkok mereka di halaman Masjid Nabi s.a.w,dan Siti 'Aisyah r.anha terus menerus melihat permainan itu,sehingga dia merasa puas dan bosan,lalu dibawa kembali ke Rasulullah s.a.w" (Muttafaq 'Alaihi)


Sama juga seorang kaum adam melihat kepada kaum hawa yang bukan kepada auratnya,iaitu wajahnya dan  kedua telapak tangannya,maka hukumnya dibolehkan selama mana tidak diiringi dengan nafsu syahwat atau dibimbangi timbulnya fitnah.


Kesimpulannya,bahawa pandangan yang suci yang bermaksud dengan tujuan yang baik kepada anggota yang bukan diklasifikasikan sebagai aurat dari kaum adam mahu pun hawa adalah dihukumkan HALAL.Selama tidak dilakukan dengan berulang kali,ini termasuk berulang kali dengan melihat penuh syahwat dan mengamatinya atau merenung-renungnya yang pada kebiasaannya membawa kepada kelazatan yang kelak akan menimbulkan fitnah.


Nah ! maka inilah maksud dan kaedah yang tepat yang perlu kita ketahui.


Adapun pada sesetengah pihak ada mengatakan :-


jikalau kita meletakkan gambar kita maka,kita akan turut berdosa jika kaum manusia melihatnya secara menggelojoh adalah fahaman yang tidak benar,kerana didalam ayat Al-Quran,Allah pernah berfirman didalam surat An-Najmi ayat 38 yang bermaksud :-


"Bahawasanya tidaklah seseorang itu memikul beban dosa(orang)lain"




Maka sebagai orang islam wajiblah mengetahui sesuatu berita itu dengan teliti tanpa lalai,
sebagaimana didalam firmanNYA yang bermaksud didalam surat Al-Hujurat ayat 6 :-




"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan kepada suatu kaum tanpa pengetahun sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan"








Sekian,Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuhu...