Layan

Thursday, March 29, 2012

Pembetulan Satu Kewajipan Ummah :- Tafsir Ayat Fitnah

Assalamu’alaikum Wa RahmatuAllahi Wa Barakatuhu..

Alhamdulillah ,kita bersyukur dan memuji sebanyak-banyaknya,meminta ampun dari apa jua kesalahan sama ada yg diketahui atau tidak diketahui dan kita memohon agar dijauhkan daripada segala
Percakapan yg sia-sia dan penyewelengan kata-kata..Aku bersaksi bahawasanya Allah itu tuhanku dan  tidak ada yg sekutu baginya dan aku bersaksi dgn sebenar-benar saksi bahawasanya Nabi  Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah dan hambaNYA yg menjadi kekasih kesayanganNya..Maka sesiapa yg mendapat hidayah daripadaNya,tidak kan didapati pada dirinya kesesatan,dan sesiapa yg disesatkanNya,maka tidak akan didapati penolong yg akan memberinya petunjuk..

Adapun selepas itu,maka Sebaik-baik perkara yg berlaku adalah kitabuAllah yg mulia dan sebaik-baik hidayah adalah Nabi Muhamad kita Shallahu ‘alaihi wasallam,dan seburuk-buruk perkara itu adalah perkara yg dibuat-buat,dan setiap yg dibuat-buat itu adalah bid’ah,dan setiap bid’ah itu adalah sesat,dan setiap yg sesat itu adalah menuju ke neraka..

Dan aku bersaksi bahawasanya benar akan firman tuhanku mengenai ayat "Wal fitnatu ashaddu minal qotli" dan firmanNya "Wal fitnatu akbaru minal qotli..", yg bermaksud "Sesungguhnya fitnah itu adalah lebih dasyat daripada membunuh" dan "Sesungguhnya fitnah itu lebih besar daripada membunuh",jadi apakah maksud disitu?apakah ianya benar-benar satu maksud yg telah difahami kita selama ini iaitu fitnah dgn erti menuduh org?

Alhamdulilah,pada hari ni saya diberi kesempatan lagi membuat satu artikel mengenai kesalahan kita didalam memahami maksud sebenar didalam ayat Al-Quran mengenai “FITNAH” dan membetulkan kesalahan kita adalah satu perkara yg ibadah,yg mana kita akan mendapat pahala dgn membetulkan kesalahan kita,krn memang fitrah manusia itu tidak pernah selamanya baik belaka,dan fitrah juga manusia itu memohon kesalahan diatas apa yg telah berlaku.

Maka dgn itu saya telah mengada-ngadakan satu bid’ah yg baik menurut ijma’(sepakat ulama) iaitu membuat artikel mengenainya,krn apa dikatakan bid’ah,krn tidak pernah ada contoh atau ikutan daripada Rasulullah S.A.W,dan saya memohon ampun daripada setiap kesalahan saya pada para pembaca,krn yg baik itu adalah daripada Allah,dan yg buruk itu adalah daripada kesilapan dan kesalahan saya sendiri,jadi mari kita mulakan pembicaraan mengenainya sekarang tanpa melengahkan masa..

Bismillahir rahmanir rahim..

*(PENDAHULUAN)

Fitnah :  apakah maksudnya dari segi bahasa?

Didalam kamus Al-mu’jamul ‘arabiyyul malizi al-kabir kita akan dapati maknanya seperti berikut :-
Fatana yaftinu fatnan futunan : -
1. dia adalah al-ma’adina – meleburkan,seperti kita katakan : fatanathun nar yg bermaksud sesuatu yg dileburkan.
2. Shahsun menunjuk kan pada seseorang,maka dia bermaksud menyiksa untuk mengubah pendiriannya.seperti didalam (surat Al-Buruj : Nombor  85 ayat ke 10).
3. Dia juga bermaksud ”diuji” seperti dalam (surat At-taubat : Nombor 9 ayat ke 126).
4. Menunjuk kan sesuatu keatas seseorang seperti menarik atau menggoda,contoh dikatakan : fatanahul mal yg bermaksud Harta yg mengujinya atau fatanathul mar-ah yg bermaksud perempuan yg menggodanya.
5. Ataupun menunjukan keatas seseorang yg melakukan sesuatu seperti “berpaling” contoh seperti dalam (surat Al-maidah : Nombor 5 Ayat ke 49).

Ada sesetengahnya juga  yg menujuk kan keatas makna syaitan atau pencuri yg mengaku baik.
Seperti didalam Hadith mengatakan “Al muslimu Akhul Muslimi yas’uhuhal ma-u wash shajaru,wa yata’awanani ‘alal “fattani” yg bermaksud “Seorang muslim itu adalah saudara kpd muslim yg lain,kedua-duanya berkongsi air dan pokok serta saling tolong-menolong untuk menghadapi “syaitan”(Al-Hadith).
Menurut sebahagian lainnya.Fitnah bererti adalah memasukkan emas ke dalam api untuk menguji kualitinya.Perkataan ini biasanya diunakan dgn makna ujian dan cubaan.Kadang-kadang fitnah ini datang dari Allah dan kadang-kadang pula dari manusia,seperti sakit,musibah,kematian,azab dan pelbagai tragedi lain.(selesai nukilannya oleh Ibid.j.4,h.166,167 dan 169).

Maka kesimpulannya fitnah itu adalah diertikan dgn menuduh dia akan seseorang atau mengatakan sesuatu berita terhadap seseorang  tanpa sebarang bukti atau pun adanya bukti akan tetapi sebenarnya tidak benar  akan buktinya.itu daripada segi definisi yg difahami oleh masyarakat kita.
Jadi,apakah maksud yg sebenarnya ?yg betul-betul difahami didalam makna  konteks  ayat Al-Quran?

*(BERAPA KALI KAH DISEBUT AYAT MENGENAI “FITNAH” DIDALAM AL-QURAN AL- KARIM ITU??)
Perkataan fitnah telah disebut dan diulang-ulang didalam Al-Quran sebanyak “34 kali” iaitu didalam  surat Al-Baqarah (2) : 191,217,102,193 dan Ali ‘Imran (3) : 7 dan An-Nisa’ (4) : 91 dan Al-Maidah (5) : 41,71 dan Al-An’am (6) : 23 dan Al-A’raf (7) : 155 dan Al-Anfal (8) : 25,28,38,73 dan At-Taubat (9) : 47,48,49 dan Yunus (10) : 85 dan Al-Isra’ (17) : 60 dan Al-Anbiya’ (21) : 35,111 dan Al-Hajj (22) : 11,53 dan An-Nur (24) : 63 dan Al-Furqan (25) : 20 dan Al-Ankabut (29) : 10 dan Al-Ahzab (33) :  14 dan As-Saffat (37) : 63 dan Az-Zumar (39) : 49 dan Az-Zariyat (51) : 14 dan Al-Qamar (54) : 27 dan Al-Mumtahinah (60) : 5 dan At-Taghabun (64) : 15 dan Al-Muddaththir (74) : 31.
Manakala perkataan Al-Futun jamak kpd perkataan fitnah telah disebutkan sekali sahaja pada surat Taha (20) : 40.Begitu juga dgn perkataan Fatinin telah diulang sekali didalam surat As-Saffat (37) : 162.Perkataan Maftun juga diulang sekali dalam surat Al-Qalam (68) : 6.
(Selesai nukilan mengenai berapa perkataan ayat fitnah didalam Al-Quran)

*(MAKNA KONTEKS SEBENAR-BENARNYA YG DIFAHAMI DIDALAM AYAT AL-QURAN)
Mengikut Ad-Damaghani(1970M) perkataan ayat Al-Quran mengenai fitnah itu mempunyai 11 makna yg digunakan iaitu :-
1.Kemusyrikan.
2.Kekafiran.
3.Azab.
4.Ujian dan Dugaan.
5.Dibakar dgn api.
6.Pembunuhan.
7.Dihalang-halangi dari jalan yg benar.
8.Kesesatan dan Kebingungan.
9.Uzur.
10.Kesukaran.
11.Gila.
(Selesai nukilannya Ad-Damaghani(1970M),op.cit.,h.347,348 dan 349).

*(APAKAH YG DIMAKSUDKAN OLEH AYAT AL-QURAN “WAL FITNATU ASHADDU MINAL QOTLI DAN WAL FITNATU AKBARU MINAL QOTLI,YG MANA SERING DIGUNA PAKAI OLEH KITA DIDALAM MENGHUJAHI SEORANG YG TERKENA FITNAH??)

Mengikut keterangan imam ibnu kathir yg  menjelaskan bahawasanya imam Abu ‘Aliyah,mujahid,said bin jubair,ikrimah,al-hasan,Qatadah,Ad-Dhohak dan rabi’ ibn anas mengertikan “FITNAH” ini dgn makna “SYIRIK” jadi makna sebenarnya disitu ialah “Dan Syirik itu lebih dasyat daripada membunuh”.
(Selesai nukilannya)

Didalam kitab lubabun nuqul fi asbabin nuzul oleh imam jalaluddin as-sayuthi mengenai sejarah penurunan ayat Al-Quran “….WAL FITNATU ASHADDU MINAL QOTLI….”(Surat Al-Baqarah (2) : 190-193) dan ”…..WAL FITNATU AKBARU MINAL QOTLI…..”(Surat Al-Baqarah (2) :  217).adalah sebagai berikut :-
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini diturunka berhubungan dgn peristiwa”Perjanjian di hudaibiyah” iaitu ketika Rasulullah dihalangi oleh kaum Quraisy untuk memasuki BaituAllah.Adapun isi kandungan perjanjian tersebut antara lainnya ialah :-
“Agar kaum muslimin menunaikan umrah pada tahun berikutnya”.
Maka apabila telah sampai masanya mengikut perjanjian,kaum muslimin telah menyiapkan diri untuk menunaikan umrah,Akan tetapi mereka merasa bimbang,jikalau kaum Quraisy tidak menepati janji-janji mereka,malahan mereka memerangi dan menghalangi kaum muslimin untuk memasuki ke masjidil haram,sedangkan mereka(kaum muslimin) enggan berperang pada bulan haram krn pada hari itu adalah diantara bulan yg haram berperang.Maka telah turunlah ayat ini surat Al-Baqarah (2) : 190-193 yg membenarkan berperang untuk membalas serangan musuh.(Diriwayatkan oleh Al-Wahidi dari Al-Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)

Dan ayat lain yg berikutnya,yg semisal atau sama perkataan yg sering diguna lagi oleh kita iaitu
”…..WAL FITNATU AKBARU MINAL QOTLI…..”(Surat Al-Baqarah (2) :  217).
Menurut suatu riwayat,Rasulullah s.a.w telah mengirim suatu pasukan di bawah kepimpinan Abdullah bin jahsy.Mereka telah bertempur dgn pasukan yg dipimpin oleh ibnu Hadhrami.Dan akhirnya telah tewas pasukan musuh dan telah terbunuhlah ketua pasukan musuh itu,dan pada waktu itu sebenarnya tidak berapa jelas mengenai bulan mereka berperang sama ada bulan Rejab atau jamadil awwal dan jamadil akhir.Akan tetapi pihak musyrikin telah menggempar-gempurkan berita bahawa kaum muslimin telah berperang pada bulan haram.Maka Allah telah menurunkan ayat ini (Surat Al-Baqarah (2) : 217).
(Selesai nukilan oleh imam as-sayuthi)

Jadi begitulah keterangan-keterangan mengenainya oleh ulama-ulama masyur,bahawasanya tiada satu pun didalam ayat Al-Quran mengenai apa yg telah dihujahi kita selama ini,AstaghfiruAllahal ‘Azim,inilah yg dikata-katakan oleh ulama adalah satu fitnah dalam agama dan satu bid’ah yg tercela,didalam Al-Quran Allah telah berfirman :- “WAHAI ORANG-ORANG YG BERIMAN,JIKA DATANG KPD KALIAN  ORANG YG FASIK MEMBAWA BERITA,MAKA TELITILAH BERITA ITU AGAR KALIAN TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG KEPUTUSAN KPD SUATU KAUM,TANPA PENGETAHUAN SEHINGGA KALIAN AKAN MENYESAL ATAS APA YG TELAH KALIAN KERJAKAN”(Surat Al-Hujurat (49) : 6),jadi sekiranya kita mendapati ada dikalangan masyarakat kita yg berhujahkan dgn berlatar belakangkan ayat tersebut,maka wajiblah kita  yg telah mengetahui perkara sebenar ini dgn menegurnya,agar tidak terus-menerus membuat bid’ah yg tercela dan fitnah didalam agama yg tidak diketahui,moga dgn ikhlas amalan kita ini dgn menegurnya secara hikmah beroleh pahala yg berganda-ganda..
(Alhamdulilah,selesai nukilan oleh saya)

Dan Allah itu maha mengetahui apa-apa yang telah saya ulas kan,

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

Wasalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.