Layan

Friday, November 12, 2010

Sedikit ulasan dari saya mengenai 'Memfitnah'




 oleh saya,ulasan yg pertama :-

Di dalam Al Qur’an surah Al Baqarah ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan..Bahkan dosa syirik juga tidak akan diampunkan oleh Allah ta'ala..

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diizinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah ya'ni pembukaan Kota Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqarah ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli… yang artinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”. Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’idah, Dzulhijjah dan Muharram.

Hakikatnya, Dosa membuat fitnah itu boleh menjauhkan diri kita dari syurga.Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud :- "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah..."
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Dan 'KINAYAH' ya'ni 'PERUMPAMAAN'  Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya & Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti...
Na'uzubillahi min zalik...

Jadi dalam Agama Islam,sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain,jadi Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar??

Imam Ghazali Rahmatuallahi 'alaik dalam buku Ihya Ulumuddin pernah menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah..AstaghfiruAllahal'azim...

Hmm..dan mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang yg berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :- Adakah kamu semua mengetahui apakah  itu ghibah ya'ni  (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?Rasulullah 'alahissalam bersabda lagi: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya..
(Hadis riwayat Abu Hurairah RadiyaAllahu 'anhu)

Dan lagi  Larangan Allah subhanahu wata'ala dalam mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarangnya seperti dalam firman-Nya yg bermaksud :- Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain..(Surah al-Hujurat, ayat 12)

 Dan Justeru itu,maka setiap org Muslim perlulah bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah..

Dan Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita tersebut ialah memastikan sumber berita itu, ya'ni siapakah yang mula menyebarkan berita & rantaian orang yang membawa berita itu..

Tentu anda semua tidak lupa & tahu pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman bin Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah 

Malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu diMelaka tidak terkecuali kerana fitnah juga.. 
 Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Maka,pernah x anda terfikir yg fitnah itu adalah syirik dan dosa lebih besar dari pembunuhan..
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu..jika anda pernah menfitnah sesiapa,cepat2lah meminta maaf dan bertaubat,sesungguhnya Allah itu MAHA PENERIMA TAUBAT..

jazakumulloh khoiron...
was-sholatu was-salam 'ala rosulillah, wa akhiru da'wana,'anil hamdu lillahi robbil 'alamin...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.