Layan

Friday, April 1, 2011

Sedikit ulasan dari saya mengenai : Berani berfatwa??

                               السلام عليكم 

Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu "Berani berfatwa". Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti maksudnya yg lebih ahli dalam ilmu itu.

Pernahlah,satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara kita,yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasalah kan, Ramailah penceramah yg berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.

Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat??!  adui~masalah2...
Berani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah taala yang termaktub dalam Surah Al-A’raf :-
بسم الله الرحمن الرحيم                             
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنزلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Katakanlah(muhammad) : Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A’raf: 33)

hmmm...Renungkanlah dan fahamilah,jika kita menyedari ayat di atas, dosa bertutur atau memperkatakan(hukum) tentang syariat Allah dengan jahil dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.

                             Tapi malang~


apabila ada dikalangan orang Islam menganggap berfatwa adalah satu hobi yang menarik?? WOW!  
Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai selonggok buku agama ataupun beberapa keping CD maktabah kitab dan ceramah agama.Walhal para ulama yg ahli ilmu dlm itupun masih bertolak-tolak dan mengelak daripada memberikan fatwa.  *Tambahan,aku pun tak berani..sape lah tu??
                                                    

                                                      Hayya masalah ustaz2 ustazah2 ni~




Saya juga sangat hairan kenapalah para ulama yang muktabar cukup berhati-hati dan kerap mengambil jalan tawaqquf (berhenti seketika/berfikir dgn tepat)apabila berdepan dengan hukum hakam Allah taala,akan tetapi orang-orang yang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama apatah lagi sebagai mujtahid begitu berani dan boros dalam  berfatwa! dan nanti saya akan ceritakan sedikit perihal2 ulama muktabar dlm memberikan 'respond' terhadap suatu fatwa.

 Diteruskan lagi perbincangan,hmm..ikutkan golongan ulama2 muktabar merasakan urusan fatwa adalah satu amanah yang sangat besar. Bukan sekadar memberi jawapan segera kepada penyoal bahawa hukum ini halal, dan hukum ini haram dan hukum ini mutashabih(syubhah). Tetapi ia berkait dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka!


Dan begitulah masalah ustaz dan ustazah kita,masyarakat2 kita...sungguh menyedihkanlah~ T____T huhuhu~
baiklah disini saya mulakan cerita hal2 mereka(ulama2 mujtahid/yg ahli dlm berfatwa) dlm memberikan jawapan kpd suatu soalan...

بسم الله الرحمن الرحيم                         

Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.

Imam Malik pernah disoal 50 masalah, tetapi beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, “Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab”

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki.Selama tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”.

Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”.

Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”.

Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”.

Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”. (Selesai sudah kisah ini)


Demikianlah! cermatnya dan waraknya para mujtahid dalam memberi fatwa. Mereka menangguh-nangguh jawapan bukan kerana mereka jahil. Tetapi kerana takut kepada Allah

Ibn Solah berkata, “Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya”.

Sebaliknya, orang-orang yang tidak berilmu pula yang malu untuk tawaqquf,dan malu untuk menyebut ‘aku tidak tahu’.Tetapi tidak pula merasa malu??? dan segan??? kepada Allah untuk bercakap tentang hukum-hakamNya tanpa ilmu.Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa,ketahuilah bahawa Tuhan tidak  akan memberi taufiq(petunjuk) kepada seseorang yg begitu. 

Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.


Dan ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. 

Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.



Maka WAJIBLAH kita berhati-hati dalam berbicara pasal hukum-hakam agama. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia..sekian ulasan dari saya..ada salah silap minta maaf,moga dikritik agar dpt dibaiki tulisan lagi,insyaAllah.. 

Assalamu'alaikum~

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.