Layan

Saturday, November 27, 2010

يا أخي لا يأس(Wahai Saudaraku Janganlah Putus Asa)

Dengan nama-Mu Ya Allah yang mengajar dengan 'qalam

Apa yang ada di langit dan di bumi, sekalian makhluk berhajat yang terbaik untuk dirinya, semua itu telah di tetapkan atau telah di rancang oleh ilahi.

Jika satu ketetapan telah turun kepadamu berupa masalah yang amat berat dirasai , ketahuilah itu hanya 1 dugaan yang cuba untuk mewarnai hidupmu bahkan kegembiraan sangat banyak di turunkan tapi hanya di pandang sekelip mata sahaja.

Dirimu hanya bergelumang dengan kesedihan disebabkan masalah yang turun dari ketetapan tuhan umpama dirimu telah mati dengan satu tikaman sahaja yang tidak mampu untuk menangkis dengan perisai kesabaran ilmu yang engkau miliki.

Jika teliti kembali kesenangan yang diturunkan padamu ia amat banyak dan melimpah luah berbanding kesusahan yang hanya diturunkan sekali sekala yang sepatutnya ianya berupa sekejap shaja waktunya tetapi kerana dirimu membiarkan berada dalam keadaan sedemikian dan berfikir tentang kesusahan itu maka ia dirasai amat panjang waktu itu.

Lihatlah kepada dirimu wahai saudaraku ukurlah semula nikmat kesenangan, kegembiraan yang telah Allah anugerahkan kepadamu selama ini yang dianggap hanya sedikit sahaja sedangkan nikmat itu masih ada pada dirimu bahkan engkau menginginkan kesenangan yang lain.

Kesihatan tubuh badan, ketenteraman tanah air, kemudahan makanan dan pakaian, udara serta air yang bersih, dan disisimu ada dunia yang terbentang luas dan engkau tidak merasainya dan engkau memiliki kehidupan malah engkau tidak tahu, kedua matamu , lidah serta mulutmu, kedua tangan dan kakimu. adakah itu semua bukan satu kesenangan kegembiraan yang engkau miliki?! fikirkanlah wahai saudaraku...

Rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, jangan biarkan dirimu dalam kesedihan selama-lamanya. carilah ia, jangan biarkan ia hilang di arus keadaan.

Cubalah amati dan memahami ayat dari surah asyarh 98:5-8

5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

8. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


penyair ada berkata:
wahai saudaraku janganlah engkau bersedih , bersyukurlah dalam kesabaran kepada Allah.
wahai saudaraku janganlah engkau berputus asa, kelembutan yang tersembunyi itu adalah milik Allah.
berapa banyak peristiwa yang telah berlaku dari kita ini yang telah Allah muliakan,
dan berapa banyak kesabaran kita daripada musibah itu,
ku berwasiat kepadamu gunakanlah sabar kerana ia cantik, itu adalah sebaik-baik wasiat.


waallahu taala 'alam

اللغة العربية مصر(Bahasa Arab Ammiyah mesir)

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa amiyyatil misriyyati – ya'ni dialek orang mesir adalah suatu bahasa yang telah tersebar luas kesuluruh pelusuk Negara Arab. Semua itu atas beberapa faktor yang membuatkan bahasa mereka serta negara mereka dikenali ramai.
Bahasa amiyah ini mudah digunakan serta mudah difahami oleh seluruh kaum arab kerana bahasanya hampir serupa dan tidak jauh beza dari bahasa fushah.
يالاه كلِمْني بالعامية
Yallah kallimni bil amiyyah
Jom berbual denganku amiyah mesir
1. Bahagian Pertama :-
Bahasa arab amiyah ini dia mempunyai perbezaan daripada bahasa arab fushah dari segi sebutan serta kalimah dan cara perbualan. Jadi untuk yang pertama ni kita kenali perubahan dari segi sebutan huruf.
Semua huruf yg terdapat dalam amiyah ini dengan arab fushah adalah sama melainkan huruf ini sahaja yang sebutan berubah seperti berikut :
· ث = ta contoh : كَثِيْر = katiir - banyak.
· ج = ga contoh : جَامَعَةْ = gama’ah - university.
· ظ = dho contoh : بِالظَبْط = bidhobt - tepat sekali!!
· ق = a~ contoh : قَلَمْ = alam - pen.
Sebelum kita pergi lebih jauh, ada sedikit perbezaan sebutan pada huruf diatas untuk orang kampung di mesir ni. Hanya sedikit perbezaan pada huruf ق dan جiaitu :
Dialek orang kampung :
· ق = ga contoh : قَهْوَةْ = gahwah - kopi
· ج = ja contoh : جَايْ = jai - datang.
Ingat! Berbeza ngn dialek orang bandar :
· ق = a~ contoh : قَهْوَةْ = ahwah - kopi
· ج = ga contoh : جَايْ = gai - datang.
jadi hati-hati ya siapa yang berurusan dengan orang kampung jangan tersalah faham.
tapi dalam pebentangan ini Saya hanya akan tumpukan dialek orang bandar. kita sendiri yang membezakannya dengan dialek orang kampung.
Dalam bahasa arab ini dia mempunyai 2 keadaan ; sama ada yang menunjukkan sifat pada lelaki (muzakkar) atau yang menunjukkan pada sifat perempuan (muannas).
Nak mengenalinya mudah sahaja. Kerana muannas itu mempunyai ta marbutoh ة dihujung perkataan. Manakala muzakkar tidak mempunyai tanda apa2 dalam perkataan.
isim isyarah Maksudnya Nama isyarat macam menunjuk kan sesuatu,
 Contoh dlm bahasa fushah :هذا هذه 
 Dan bagi bahasa amiyah adalah :
·  ده = هذا  = da - itu/ini - (digunakan untuk perkataan muzakkar)
· دي  = هذه = di - itu/ini - (digunakan untuk perkataan muannas)
Di bawah ini adalah beberapa contoh penggunaan muzakkar .
· ده كِتَابْ = da kitab -ini buku
· ده قَلَمْ = da alam - ini pen
· ده بَابْ = da bab - ini pintu
· ده شِبَّاكْ = da shibbak - ini tingkap
· ده كُرْسِيّ = da kursiy - ini kursi
· ده بِيت = da bait - ini rumah
· ده شَارِعْ = da syaarie’ -ini jalan
Di bawah ini pula contoh perkataan muannas.
· دي صُوْرَةْ = di suroh -ini gambar
· دي كَرَّاسَةْ = di karraasah -ini notebook
· دي سَاعَةْ = di saa’ah - ini jam
· دي لَمْبَة = di lamba - ini lampu
· دي اُوْضَةْ = di uudoh - ini bilik
· دي طَرَابِيْزَةْ = di tarabiizah - ini meja
· دي جَامَعَةْ = di gama’ah - ini university

Friday, November 26, 2010

( Hargailah Waktumu)نقدر وقتك

Hukum kematian manusia masih terus berlaku,
Sebab dunia juga bukan kekal selamanya,
Adakalanya manusia menjadi penyampai berita,
Dan esok harinya dia menjadi sebahagian dari suatu berita,
Ia dicipta sebagai makhluk yang sentiasa kacau dan gelisah,
Sedang engkau mengharap selalu damai dan tenteram,

Wahai orang yang selalu melawan tabiat,
Engkau mengharap percikan api dari genangan air mata,
Ketika engkau mengharap yang mustahil terwujud,
Engkau sudah membina harapan dibibir jurang yang curam,
Hidup adalah tidur yang panjang dan kematian adalah hidup,
Manusia diantara kedua-duanya dalam alam impian dan khayalan,

Maka selesaikan segala tugas dengan segera,
Nescaya usiamu akan menjadi lembaran sejarah yang akan ditanyakan,
Bersegeralah dalam membuat kebaikan,
bagai kuda yang masih muda,

Kuasailah waktu sebab ia dapat menjadi punca malapetaka,
Dan zaman tidak akan betah menemani anda,
Sebab ia akan selalu lari meninggalkan anda,
Sebagai musuh yang menakutkan,
Dan kerana zaman sememangnya diciptakan sebagai musuh orang-orang yang bertakwa”




Syukran...
*Dari kitab la tahzan - 'aid alqorni..

الله يدعونا(Allah is Calling)


Tuhan memanggilku
Ku sahut sekali sekala
Tuhan memanggilku
Ku cuba menyahutnya
Tapi aku memaksa diriku untuk menerimanya
Itulah diriku tidak jinak dengan tuhan
Tuhan memanggilku
Rabbuna zolamna anfusana wa illam tagfirlana wa tarhamna la nakunanna minal khosirin
Tuhan memanggilku
Ku sahut bertalu – talu
Kerja ku menyahutnya
Ya Allah jinakkanlah diriku dengan-Mu Ya Allah
akan ku hinakan diri ku dengan sebuah penyesalan..
wahai diriku...
tidakkah engkau terfikir
berapa banyakkah Allah telah melihat perbuatan dosamu
yang sering mengumpul kedunian dan lupa kematian..
wahai hatiku....
tidakkah engkau merasakan kepatuhan kepadaNya
yang telah memberikan segalanya yang engkau pinta lalu kau lupa untuk mensyukurinya....
wahai ilmu yang ku dapati...
adakah ia tidak berjaya memberi manfaat kepadamu..
yang sering engkau dengar dan engkau abaikannya...
aduhai malangnya empunya diri ini…
sering leka dengan sendiwara duniawi…
yang cukup untuk menjauhkan rahmat-Mu dari diri ini…

T____T 



Friday, November 19, 2010

Nasihat untuk Ahlud Dai'e

بسم الله الرحمن الرحيم                      

Wahai orang yang telah meletakkan dirinya untuk memberi petunjuk kepada hamba Allah,
Mulailah dari dirimu sendiri, betulkanlah ia, perelokkanlah ia.
Hati-hati jangan sampai perbuatanmu bertentangan dengan ucapanmu.
Sesungguhnya itu adalah sifat buruk dan tercela.
Jika kamu berbuat demikian, maka pengikutmu hanya akan terdiri dari orang-orang yang bodoh yang pertimbangan akalnya tidak boleh dipercayai...

Hmm..Alangkah indahnya bait-bait syair ini yg berbunyi :-


يـا أيهـا الرجـل المعلـم غيـره
هـلا لنفسـك كــان ذا التعلـيـم
تصف الدواء لذي السقام وذي الضنى
كيمـا يصـح بـه وأنـت سقـيـم
وأراك تلقـح بالـرشـاد عقولـنـا
نصحا وأنـت مـن الرشـاد عديـم
لا تنـه عـن خلـق وتأتـي مثلـه
عـار عليـك إذا فعلـت عظـيـم
ابـدأ بنفسـك فانههـا عـن غيهـا
فـإذا انتهـت عنـه فأنـت حكيـم
فهناك تقبـل إن وعظـت ويقتـدى
بالـرأي منـك وينـفـع التعلـيـم
Wahai orang yang mengajar orang lain ,
Mengapa pelajaran itu tak kau sampaikan kepada dirimu sendiri?!
Mulailah dengan dirimu, cegahlah agar ia tak menyimpang,
Jika berhasil, maka kau telah bersikap bijaksana,
Kau senaraikan ubatan bagi si pesakit agar sembuh,
Sedangkan kau sendiri sakit,
Kami lihat kau selalu memperbaiki akal kami dengan petunjukmu ,
Namun kau sendiri jauh dari petunjuk itu,
Jangan kau larang seseorang berperangai tertentu,
sedangkan kau sendiri melakukanya,
jika kau lakukan ini maka sungguh besar aibmu
(jika kau ikuti nasihatku) akan didengar dan di ikuti ucapanmu,
Dan akan bermanfaat ajaranmu.


Aduhai..Wahai saudaraku, janganlah sampai semangatmu menuntut ilmu hanya untuk memperindahkan gaya bahasa dan sususan kata-kata, tidak untuk beramal dan berakhlak. Sikap demikian ini merupakan kerugian yang nyata.

Saidina ali karamallahuwajhah berkata:
“Ilmu orang munafik terletak pada lisannya, dan ilmu orang mukmin terletak pada amalannya”
Beliau juga berkata:
“betapa banyaknya dai’e menyuru ke jalan Allah padahal ia lari meninggalkannya. Betapa banyak orang mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang ia benci. Dan betapa banyaknya pembaca ayat-ayat Allah tapi tidak mengamalkannya”


Wahai saudaraku jangan terlalu berharap untuk menjadi ulama yang tinta mereka disisi Allah lebih berharga daripada darah syuhada, sebelum ilmu merasuki batinmu , bertautan dengan basirahmu, dan mendorongmu untuk memohon, merendahkan diri, takut kepada Allah dan berusaha menyandang akhlak para salaf radhiyallahu anhum.

Jika kamu amati dengan pengamatan yang adil dan bijaksana , kamu akan melihat dengan jelas perbezaan antara ulama yang hanya suka berbicara, mengarang dan pandai meyusun kata-kata dengan ulama pada zaman permulaan seperti hasan al basri yang hidupnya selalu diliputi dengan rasa berhati-hati dan takut kepada Allah, dan seperti juga Muhammad bin wasi’ dan ibnu sirin.

Diriwayatkan bahawa ibnu sirin ketika diminta berfatwa tentang persoalan halal dan haram, wajahnya menjadi pucat kerana takut kepada Allah taala. Begitu juga sufyan athauri yang sangat alim, zuhud, tawadhu’ dan berani berkata yang hak kepada para penguasa yang zalim.

Manusia dewasa ini gemar menulis buku, marangkai kata-kata dihadapan kawan-kawannya dan banyak membicarakan biografi orang-orang soleh. Ia senang dan bersemangat, kerana berbicara itu mudah tapi mengamalkannya sulit.
Ia seperti seorang yang penakut yang berlagak berani , bertingkah seperti seorang pahlawan dan suka menceritakan peperangan. Selama tidak menghadapi musuh, maka ia selamat. Namun, jika di ajak bertempur, terserlahlah sifat-sifat penakutnya.

Jika kamu ingin mendidik seseorang , berperilakulah dengan lemah lembut, nasihatilah mereka. Sesuaikanlah nasihat yang kamu sampaikan dengan tingkatan akal dan fahaman mereka, sehingga nafsu mereka tunduk , dan hati mereka pun mau menerimanya. Ketahuilah , Allah taala telah meletakkan setiap hamba sesuai dengan akal dan kedudukannya. Orang yang bijaksana akan memperhatikan hikmah Allah yang terdapat pada makhluk-makhluk-Nya, mengikuti sunnah-Nya, iaitu bersikap lemah lembut, ramah tamah dan berusaha menutupi aib-aib mereka . 

Jangan berharap dapat merubah salah satu tabiat mereka kerana tabiat itu sulit untuk di ubah . Kecuali, jika pendidikan tersebut dilakukan dengan lemah lembut dan dengan menjaga nafsu mereka agar tidak berubah dan bergelojak. Sebab , jika nafsunya bergelojak ia akan lari. Dan pendidikan tidak akan membuahkan hasil..

WaAllahu A'lam Bissowab..
Sekian Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu'alaikum WarahmatuAllah Wabarokatuhu..

Monday, November 15, 2010

Sedikit ulasan tentang Pengkid & Tomboy

Selamat Pagi 
MalaysiaSelamat Pagi 
Malaysia 
Pagi tadi saya dijemput menjadi tetamu undangan Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan isu gejala PengKid di Malaysia. Ketika saya mula-mula mendengar tajuk slot ini, saya terimbas kembali perkataan PengKid yang saya sudah dengar sejak dulu lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki? Apakah pula beza mereka berbanding dengan ‘Tomboy’ dan ‘Lesbian’.
Menurut sedikit kajian yang saya lakukan, beza antara PengKid dan Tomboy ialah
  • Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.
  • PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.
Apa yang mahu dibincangkan sebenarnya ialah adakah PengKid ini disebabkan genetik (lahir dalam keadaan yang berbeza dan mempunyai naluri yang berbeza sejak lahir) atau ia disebabkan oleh pengaruh. Sebelum saya berikan pendapat saya, bolehkah anda berikan pendapat anda sendiri atau apa yang anda percaya selama ini?
Hasil kajian saya, tidak ada kajian Sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir pun mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay.
Selamat Pagi 
Malaysia
Semasa temubual, saya tegaskan tentang satu perkara. Tidak kira PengKid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian Sains dan kajian Psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu.
Daripada sudut agama pula, seperti kita semua tahu, mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang salah itu tidak berdosa. Namun jika kita bertindak ke atas niat itu, itu yang menyebabkan dosa. Ustaz Razali, pengarah bahagian penyelidikan JAKIM yang turut menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia ini menerangkan kepada kami bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan bahawa gejala PengKid ini ialah sesuatu yang jelas HARAM. Agak menarik juga apabila saya baca mengenai satu kajian barat yang mengatakan bahawa, salah satu faktor mengapa gejala sebegini boleh berlaku ialah kurangnya didikan agama di rumah. Saya percaya anda boleh lihat dan fikirkan sendiri tentang kebenaran kajian ini.
Semasa membuat kajian, saya mendapat bantuan daripada Tuan Abdul Razak  mengenai kedudukan gejala PengKid ini menurut pandangan Islam. Ini adalah sumbangan beliau mengenai perkara ini.

Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

Daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).

Terima kasih Tuan Abdul Razak...


Petikan Diambil Dari : En.Osman Bin 'Affan..

Moga Ada Manfaatnya..Amin ya rabbal 'alamin~
Salam WarahmatuAllah....

Saturday, November 13, 2010

أيها الناس من الدعوة لماذا؟mengapa wahai penda'wah?

Letih :-
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha para Rasul dan para sahabat r.a. Berapa banyak usahaku ini hendak dibandingkan dgn usaha Ash-Shahid Imam Hassan Al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih??

Kecewa :-
 
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa?? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuanganNya! siapalah aku untuk kecewa?!

Sibuk :-
 
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah...aku  hendak dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.


Pedih :-
 
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah ERTI kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah r.a yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa :-
 
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar ya'ni suruhan kpd kebaikan dan cegah kemungkaran yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang???

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, Namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak  bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untuk aku berputus asa. Hanya ada satu jalan untuk aku ya'ni Gigih berusaha! 
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah,maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)
 
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan... 
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.  
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... 
Moga lelah kita dihargai Ilahi walau dicemuh insani...AMINNN...YA RABBB..
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WAN NAJATUHU FIL HAYATAK
ASSALAMU'ALAIKUM