Layan

Sunday, March 4, 2012

Ulasan oleh saya :- Gejala tranformasi zaman ke zaman yang suka membid'ah kan dalam perkara khilafiyah(perselisihan) adalah satu Natijah(Kesan) KEJAHILAN





                     السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kejadian beberapa fenomena baru atau lama dikalangan penuntut ilmu kini didalam sikap mereka yang amat terburu-buru didalam sesuatu perihal,adalah sememangnya merupakan salah satu sifat yang amat dicela dalam Islam, kecuali dalam beberapa perkara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w.  Didalam hadith-hadith Baginda s.a.w.


 Namun hakikatnya, selain daripada perkara-perkara tersebut,sifat terburu-buru didalam sesuatu urusan atau pun perihal, merupakan satu bentuk tipu daya iblis bersama konco-konconya(pengikut-pengikutnya  ini termasuk manusia atau selainnya) terhadap ketua makhluk(manusia).


Faktor utama pengulasan saya kali ini ialah terhadap suatu tranformasi zaman, dimana mengenai gejala sebahagian penuntut ilmu dewasa ini, yang masih lagi dalam proses pembelajaran dalam bidang ilmu agama Islam atau yg sudah diiktiraf ijazah dan diploma serta sebagainya,kononnya sudah pandai mengkritik, menyalahkan dan berdebat dalam perkara-perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.


(P/S :- Post mengenai ulasan ini telah saya muat kan dalam ulasan saya pada Hari jumaat bersamaan 1 april tahun 2011 pada tajuk :- BERANI BERFATWA....)


 Barangkali mereka merasakan, setelah membaca dan memahami beberapa buku sebahagian para ulama’ yang mengkritik dan membuat ulasan ilmiah terhadap sesuatu perkara ilmiah tersebut, mereka sudah rasa cukup untuk terlibat sama dalam menyuarakan pandangan mereka, sekaligus meletakkan diri mereka setaraf dengan para-para ulama’ yg sudah jauh berpengalaman dan darjat taqwanya disisi Allah dan kelakuannya disisi masyarakat jauh lebih baik jika dibandingkan.


Mari kita lihat sedikit perbualan daripada seorang tokoh imam yang terkenal Abu Hanifah(wafat 150 Hijrah) yang dapat dijadikan satu pengajaran buat kita,dimana suatu tika itu Beliau dilantik menjadi seorang Qadi(iaitu Jawatan yang berperanan mengadili suatu kes dan secara langsung sebagai penasihat kepada pemerintah) oleh Abu Ja'far Al-Mansur yang ketika itu menjadi khalifah(pemerintah).
Beliau lalu menolak jawatan tersebut atas dasar takut terlibat sama dengan kezaliman yang tidak diredhainya.Walaupun sudah disebat dengan 10 kali sebatan setiap hari,namun Beliau tetap dengan pendiriannya serta tidak goyah dengannya,sehingga suatu hari itu Beliau membuat satu helah yang membuatkan Abu Ja'far tidak mampu memaksanya lagi.Apabila ditanya Beliau,mengapa menolak jawatan tersebut???
Imam Abu Hanifah lantas menjawab :-
"Aku tidak layak untuk menjadi Qadi !
Lantas Khalifah  Abu Ja'far membalas :-
"Engkau Berbohong !
Lalu Imam Abu Hanifah menjawab :-
"Lihat,engkau sendiri telah mendakwa aku berbohong,jadi bagaimana mungkin engkau ingin melantik seorang pembohong yang sememangnya tidak layak untuk dijadikan Qadi???
Dengan helah tersebut,Abu Ja'far lantas mati akal dan telah meracuni Imam Abu Hanifah melalui minumannya.Syahidnya Beliau ketika sujud.
Sumber dari :- (Dr.Abdul Razzaq Asyraf Al-Kailani didalam kitabnya,min mawaqif  'uzama al-Islamiyyah m.s 95)


Maka dari kisah tersebut,dapat kita simpul kan menjadi beberapa kesimpulan,salah satunya ialah sifat Beliau didalam merendahkan diri sehingga disebat 10 kali.Ini sendiri oleh beliau yang jauh bandingan nya terhadap kita,apakah kita merasa lebih berhak daripada Beliau? lantas menganggap 100 kitab seperti sudah berada sebati untuk turut menceburi didalam ke khilafan ulama'.
Terutama didalam contoh-contoh berikut seperti Gejala membid’ahkan amalan membaca yasin malam Jumaat,membid’ahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban,membid’ahkan golongan yang berzikir secara kuat dalam keadaan berjamaah, dan sebagainya, merupakan antara ciri-ciri utama golongan penuntut ilmu yang dangkal asasnya dalam bidang ilmu agama itu sendiri.

"Mereka berlagak bagai ulama’ dengan tanjak "Nas-Nas" yang mereka sangka, 
sudah cukup untuk menuduh sesuatu golongan yang lain itu salah atau sebagai pelaku bid’ah".
Nah  hasilnya ! Golongan penuntut ilmu yang bersikap sedemikian sememangnya tidak dapat menjadi seorang ulama’ masa hadapan yang berkualiti. Ini kerana, mereka tergesa-gesa dalam melibatkan diri terutamanya dalam mempersalahkan sesetengah golongan yang mengamalkan sesuatu perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.
Malah ramainya di kalangan golongan penuntut ilmu ini lantang membid’ahkan perkara-perkara tersebut, dengan alasan, tidak menjumpai dalil atau sandarannya dalam Islam. Kalaulah Al-Qur’an dalam kepala, Kutub Sittah (buku hadis yang enam) pernah dikhatamnya, dan buku-buku fiqh Islam yang utama sudah selesai dipelajarinya, tidak mengapalah kalau berani menyatakan sesuatu itu bid’ah kerana tidak menjumpai dalilnya dari nas-nas Islam.
Ini tidak ! Baru setakat pernah baca buku Sifat Solat An-Nabi karangan Sheikh Al-Albani (itu pun  hanya sekadar membaca terjemahan buku tersebut) dan sebagainya,sudah berani menuduh sesuatu amalan itu bid’ah.Memanglah, tidak dapat dinafikan, ada yang membaca jenis buku-buku yang “suka bid’ah membid’ahkan” ini, lalu terpengaruh dengan uslub(kaedah atau cara) dan pemikiran penulis buku tersebut lantas terlibat sama dalam membid’ahkan sesama Islam.
Kami tidak layak untuk membincangkan perkara apa yang telah ulama’ bahaskan sehingga turut "perlu" melibatkan diri didalam kencah “bid’ah membid’ahkan amalan khilafiyah(Perselisihan)” tersebut,kerana para ulama’ yang lebih muktabar sudahpun menjawab pertuduhan-pertuduhan mereka.


Skop perbincangan variasi(kepelbagaian) di sini tidak lebih dari mengajak diri kita sendiri dan saudara seperjuangan yang masih lagi dalam peringkat “penuntut ilmu”,supaya tidak terfitnah dan terkeliru dengan “gejala bid’ah-membid’ahkan” ini,kerana sekurang-kurangnya,untuk menyatakan sesuatu itu bid’ah,mestilah telah atau pernah khatam(habiskan,tamatkan) Al-Qur’an dan fahami tafsirnya oleh berbagai-bagai ulama',Sohih Al-Bukhari,Sohih Muslim dan kitab-kitab sunan yang lain,kaedah Usul Fiqh dan kaedah-kaedah selainnya untuk membuat kesimpulan bahawa sesuatu hal itu merupakan perkara yang amat bid’ah.
Bahaya Membid’ahkan Sesuatu Tanpa Asas Ilmu yang Kuat :-
Dewasa ini, ramai dari kalangan golongan penuntut ilmu yang ghairah membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah kerana terpengaruh dengan karangan-karangan beberapa kerat ahli agama yang menimbulkan perkara-perkara tersebut. Namun, tanpa mencermin diri mereka sendiri, mereka turut berlagak seperti ahli-ahli agama tersebut dengan turut membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah(perselisihan) tersebut.


Padahal, para penuntut ilmu terbabit tidaklah mempunyai latar belakang ilmu seperti golongan ulama’ yang membincangkan mengenainya.


Contohnya :-



Sheikh Al-Albani yang terjerumus dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah” dan berpendapat bahawa, hanya pendapatnya sahajalah yang benar dalam setiap masalah yang diutarakannya (rujuk buku Sifat Solat An-Nabi s.a.w.),namun Beliau sekurang-kurangnya mempunyai sedikit latar belakang ilmu dalam bidang hadith, walaupun ramai ulama’ mempertikaikan beliau kerana tidak mempunyai latar belakang ilmu Usul Fiqh yang mantap. Sekurang-kurangnya, beliau sudah pernah mengkhatamkan buku-buku hadith.


Maka kalaulah kita renung-renungkan balik diri masing-masing sebagai ahli penuntut ilmu,kita masih belum pernah lagi mengkhatamkan buku hadith Sohih Al-Bukhari,tetapi sudah bijak dan pandai bersuara seperti suara-suara ulama’ yang terlibat dalam gejala bid’ah-membid’ahkan tersebut.


Oleh yang demikian, penuntut ilmu tidak selayaknya menjerumuskan diri dalam pertellingkahan para ulama’, apatah lagi menjadi pihak yang menyalahkan golongan yang mengamalkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut.

Ketahuilah, ramai dari kalangan golongan tersebut (penuntut ilmu yang terlibat dalam bidang bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah),suka berpegang kepada Uslub(konsep):- “tiada bid’ah hasanah(yang baik)”.

Walaupun kerap kali bila diajukan,tidak pernah mereka itu mengaku,malah mengatakan pengikut salaf(generasi) soleh.Yang demikian, dalam pandangan mereka, apabila mereka membid’ahkan sesuatu amalan dan pengamal amalan tersebut, secara tidak langsung, mereka telah pun menuduh pengamal-pengamal amalan tersebut sebagai golongan yang sesat.


Hal ini secara tidak langsung  telah menunjuk kan,bahawa golongan penuntut ilmu tersebut sudah sampai berani sugguh menuduh sesama Islam sebagai golongan sesat kerana menuduh amalan yang meraka lakukan sebagai Bid’ah Dholalah(yang sesat sekali,ini kerana tiada bid’ah hasanah di sisi mereka).

Ingatlah ! Bahawasanya Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kita,jika seseorang muslim itu menuduh muslim lainnya sebagai kafir,maka salah seorang darinya akan jatuh kafir.Hal ini menunjuk kan,kalaulah orang yang dituduh sesat tersebut,tidak sesat disisi Allah,maka hukum sesat tersebut akan jatuh menimpa kembali ke atas orang yang menuduh itu.


Serta jangan fikir, memperkatakan sesuatu itu bid’ah, merupakan suatu perkara yang remeh-temeh.Kalaulah kita masih lagi tidak mampu menilai, yang mana dinamakan bid’ah dari sudut bahasa, dan yang mana dinamakan bid’ah dari sudut istilah syarak, maka lebih baik kita menjauhkan diri kita dari menuduh sesuatu itu bid’ah apatah lagi menuduh pelakunya sebagai pengamal bid’ah.

Sedangkan bid’ah dari sudut syarak itu sendiri, menurut ijma'(majoriti) Ulama' Usul Fiqh :- ianya merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan kesesatan, dan pengamalnya akan dijatuhkan hukuman yang berat didalam Islam.


Al-imam Ibnu Lub dalam menyangkal pendapat golongan yg tidak menyenangi amalan berdoa selepas solat mengatakan :-


Paling tinggi alasan yg dikemukan oleh mereka yg menolak amalan berdoa selepas solat ialah perkara tersebut tidak diamalkan oleh generasi salaf.
katakanlah alasan ini benar,namun apa yg tidak dilakukan oleh mereka tidak mewajibkan adanya hukum kecuali keharusan meninggalkannya dan tiada halangan
untuk melakukannya.Adapun yg mengatakan haram atau makruh tidak mungkin,apatah lagi jika perkara yg dilakukan itu mempunyai asas secara umum yg ditetapkan dalam syarak seperti amalan berdoa.


Ibnu Al-'Arabi berkata :- Bid'ah dan Muhdathah itu bukanlah dicela krn namanya demikian dan bukan juga dicela krn maknanya.
Tetapi yg dicela daripada bid'ah itu ialah perkara yg menyanggahi sunnah.Yang dicela daripada muhdathah(perkara baru yg diada-adakan) 
ialah yg membawa kepada kesesatan.


InshaAllah saya akan ulas kan lagi didalam pengulasan lagi satu,agar tidak menjadi pungulasan yang panjang lebar,sehingga mungkin amat menyulitkan pada ummat kini.Allah lebih maha mengetahui apa-apa yang telah saya ulaskan.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
Wasalamu'alaikum Warahmatullah WaBarokatuhu...

Sunday, January 1, 2012

Penjelasan daripada saya mengenai : Adakah benar bahawasanya kita tidak boleh meletak kan gambar pada laman sosial,seperti Facebook?(Khususnya buat kaum hawa).

  


                                            السلام عليكم 

                          بسم الله الرحمن الرحيم


Wah~Cantik tak gambar awek tu,hihihi...dah-dah jgn lebih-lebih pula tujuan kita ini,sebenarnya ini adalah pengisian yg bersambungan atau ada kaitnya daripada posting berkenaan "Adakah benar gambar yg lengkap boleh diubah menjadi bogel".Sedikit sebanyak saya hendak mengatakan,mengapa kita sebagai org islam terlalu tinggi pegangannya sedangkan kita tidak tahu asal usul "yg tepat" terhadap suatu pegangan itu.


Maka pada pendapat kuat diantara 'ulama,bahawasanya meletak kan gambar didalam laman sosial seperti FB adalah "TIADA MASALAH" kerana tiada dalil yg menunjuk kan ke khususan melainkan ianya hanya ditarik masuk melalui dalil Al-Quran Didalam surat An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud :- 


"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,yang demikian itu lebih bersih buat diri mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan.Dan katakanlah kepada orang-orang  wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,dan janganlah menampak kan perhiasan dirinya melainkan yang sudah terbiasa nampak daripadanya,dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke  bawah dadanya dan tidak menampak kan perhiasan dirinya kecuali kepada suaminya........"


Didalam Hadith,demikian pula dalilnya :-


Beliau Shollahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud : "Kedua mata itu turut berzina juga,dan zinanya adalah memandang(kpd yg tidak berhak)" -Riwayat Imam Bukhari-


Demikianlah diantara-antara faktor dalilnya yg membuatkan gambar seorang wanita tidak boleh diletak di FB,dan faktor utamanya adalah berkenaan dgn posting yg lepas,berkenaan dgn" pengubahan gambar kpd gmbr Uncersored".


Dan ternyata memanglah islam terang-terangan mengharamkan dalam permasalahan mengenai tujuan sex ini,iaitu pandangan dari seorang lelaki kepada seorang wanita,ataupun daripada seorang wanita kepada seorang lelaki.


Kerana pandangan mata itu adalah kunci kepada hati,dan dengan pandangan juga boleh membawa kepada fitnah,dan seterusnya terpesona untuk melakukan zina.
Pernah lama dahulu seorang penyair mengungkap kan kata-kata ini :-


كل الحوادث مبؤها من النظر * ومعظم النار من مستغر الشرر


Semua kejadian berlaku bukankah melihat menjadi puncanya?!
Bukankah besarnya api berasal daripada bunga kecilnya?!


Maka dengan sebab itulah Allah menunjukan perintahNYA kepada kaum adam dan hawa sekaliannya supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dengan firmanNYA yang bermaksud :-


"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,yang demikian itu lebih bersih buat diri mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan.Dan katakanlah kepada orang-orang  wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka,dan janganlah menampak kan perhiasan dirinya melainkan yang sudah terbiasa nampak daripadanya,dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke  bawah dadanya dan tidak menampak kan perhiasan dirinya kecuali kepada suaminya........"


Dalam kedua ayat diatas tadi,ada beberapa pengarahan ilahi,di antaranya disyarikati oleh kaum adam dan kaum hawa bersama sekaligus,iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan.Selain daripada itu,kesemuanya ditujukan khas kepada kaum hawa sahaja.


Dan dapat ditarik perhatian juga dari kedua-dua ayat tersebut,bahawasanya Allah menyuruh kita menahan pandangan bukanlah  bermaksud menutup pandangan sama sekali terhadap kaum hawa atau kaum hawa kepada kaum adam.Kerana ini tidaklah seperti suruhanNYA supaya memelihara kemaluan,kerana kemaluan itu mesti dijaga keseluruhannya tanpa boleh dikecualikan pada apa keadaan sekalipun.


Adapun pandangan,telah Allah membenarkan kepada manusia untuk menggunakannya terhadap sesuatu yg perlu guna untuk menghindarkan kesulitan dan menjaga kemaslahatan umum.Sebagaimana yg akan kita ketahui selepas ini.Jadi sebenarnya menahan pandangan itu bukanlah bermaksud menutup mata sama sekali  sehingga tidak boleh memandang dan bukan juga menunduk kan kepala ke bumi.Bukan itu maksudnya yang tepat sekali dan yang benar,dan memang cara sebegitu pun tidak dapat dilakukan oleh manusia sendiri.


Dan demikian syaratnya perlulah dipatuhi seperti apabila bertembung atau berjumpa dgn  jantina lain,tidaklah dia mengamati kecantikannya,atau terus merenungnya dan menoleh-noleh kepadanya.Lantaran sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidina Ali bin Abu Thalib r.anhu yang bermaksud :-


"Hai Ali ! Janganlah engkau ikutkan pandangan mu kepada pandangan yang lain.Engkau cuma berhak kepada pandangan yang pertama,dan tidaklah berhak pada pandangan yang berikutnya ! "
(Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Tirmizi)


Adapun  menunjuk kepada firman Allah,surat An-Nur ayat 31 yang bermaksud :- 


"...dan jangan mereka menampak kan perhiasan dirinya melainkan yang sudah terbiasa nampak daripadanya ! " 


Perhiasan wanita itu ialah segala atau apa-apa yang menampakkannya cantik dan menarik,sama ada merupakan perhiasan penciptanya secara asal,seperti wajah,rambut dan bentuk badan yang menarik dan sebagainya.


Apa pun menurut ijma' 'ulama,apa yang biasanya yang boleh nampak daripada perhiasan wanita ialah bermaksud terbatas daripada wajah dan kedua telapak tangan saja,dan apa yang seumpamanya yang biasa ternampak dari perhiasan dirinya,iaitu yang masuk akal tanpa berlebihan dan tanpa menunjuk-nunjuk umpama nya celak dimata dan cincin dijari.


Justeru dengan itu,Rasulullah s.a.w juga mengirakan pandangan rakus yang gelojoh diantara kaum adam dan kaum hawa antara satu sama lain dengan penzinaan tetapi ianya dgn mata.Sabda Beliau s.a.w yang bermaksud :-


 "Kedua mata itu turut berzina juga,dan zinanya adalah memandang(kpd yg tidak berhak)" -Riwayat Imam Bukhari-


Kerana dinamakan sedemikian,bersebabkan oleh ia akan merasa senang dan lazat serta memuaskan naluri sexnya dengan jalan yang tidak dibolehkan oleh syariat islam seperti  seperti hendak merogol bagi kaum adam,mencabul kehormatan dan sebagainya.


Sebenarnya pandangan lazat daripada mata orang yang lapar itu bukan sahaja mengandungi bahaya kepada budi luhur yang mulia,malah ianya mengandungi juga bahaya kepada kestabilan berfikir dan ketenteraman hati,yang kerapkali ditimpa keliaran dan kegoncangan.


Jadi dibolehkan memandang itu dengan syarat aman daripada fitnah manusia dan terhindar daripada nafsu syahwat,tetapi jika terdapat salah satu daripada sebab-sebab ini dengan syarat bahawasanya bahaya itu sudah jelas dan tidak dapat dinafikan lagi,maka akan terangkatlah keharusannya justeru untuk mengelak kan timbulnya bahaya.


Berkata seorang penyair :-


وكنت اذا ارسلت طرفك رائد * لقلبك يوما اتعبتك المناظر


رايت الذي لا كله انت قادر * عليه ولا عن بعضه انت صابر


Ingat! Jika engkau melepaskan pandangan mu secara sesuka hati,
Nanti yang menanggung susah dek pandangan itu ialah hati,
Yang engkau lihat sedikit saja justeru yang lainnya kau tak mampu,
Malah yang sedikit itu pun sudah membuatkan fikiranmu tidak menentu ?!


Selesai nukilah oleh saya,bersambung pada persoalan apakah tahap batasan yang dibolehkan  dalam syarak untuk memandang kepada  kaum adam dan hawa ?


Dari apa yang telah saya sebutkan diatas,ternyata bahawa seorang hawa boleh melihat kepada adam pada yang bukan terbatas pada auratnya,iaitu diatas pusatnya hingga dibawah lututnya.Ia dihukum boleh,selama mana tidak diikuti oleh nafsu syahwat,atau dibimbangi timbulnya fitnah.


Ini kerana dalilnya  yang bermaksud :-


"Rasullah s.a.w telah membenarkan Siti 'Aisyah r.anha melihat kepada orang-orang Habsyi yang menari-nari dengan pedang-pedang bengkok mereka di halaman Masjid Nabi s.a.w,dan Siti 'Aisyah r.anha terus menerus melihat permainan itu,sehingga dia merasa puas dan bosan,lalu dibawa kembali ke Rasulullah s.a.w" (Muttafaq 'Alaihi)


Sama juga seorang kaum adam melihat kepada kaum hawa yang bukan kepada auratnya,iaitu wajahnya dan  kedua telapak tangannya,maka hukumnya dibolehkan selama mana tidak diiringi dengan nafsu syahwat atau dibimbangi timbulnya fitnah.


Kesimpulannya,bahawa pandangan yang suci yang bermaksud dengan tujuan yang baik kepada anggota yang bukan diklasifikasikan sebagai aurat dari kaum adam mahu pun hawa adalah dihukumkan HALAL.Selama tidak dilakukan dengan berulang kali,ini termasuk berulang kali dengan melihat penuh syahwat dan mengamatinya atau merenung-renungnya yang pada kebiasaannya membawa kepada kelazatan yang kelak akan menimbulkan fitnah.


Nah ! maka inilah maksud dan kaedah yang tepat yang perlu kita ketahui.


Adapun pada sesetengah pihak ada mengatakan :-


jikalau kita meletakkan gambar kita maka,kita akan turut berdosa jika kaum manusia melihatnya secara menggelojoh adalah fahaman yang tidak benar,kerana didalam ayat Al-Quran,Allah pernah berfirman didalam surat An-Najmi ayat 38 yang bermaksud :-


"Bahawasanya tidaklah seseorang itu memikul beban dosa(orang)lain"




Maka sebagai orang islam wajiblah mengetahui sesuatu berita itu dengan teliti tanpa lalai,
sebagaimana didalam firmanNYA yang bermaksud didalam surat Al-Hujurat ayat 6 :-




"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan kepada suatu kaum tanpa pengetahun sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan"








Sekian,Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuhu...







Saturday, December 31, 2011

Pendedahan drpd saya mengenai : Benarkah Ada Khabar Angin Yg Mengatakan Gambar Wanita Boleh Ditukar Menjadi "NAKED" ???



                                   السلام عليكم
                           بسم الله الرحمن الرحيم


Saya pernah terfikir dan memang sudah lama mencari-cari dan hendak mengkaji satu khabar angin  konon nya ada wujud satu aplikasi yg dikenali sebagai "editor x-ray" yg boleh membogelkan org didalam gambar.


Dalam erti kata lain,jika seseorang itu memakai pakaian yg lengkap dan dgn menggunakan aplikasi itu,maka gmbr yg lengkap itu boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian yg lengkap.


Sila lihat seperti contoh gambar rajah diatas.
(Harap semuanya berfikiran positif,Terima kasih).


Telah bersabda Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam :- "Kedua mata itu juga turut berzina,dan zinanya adalah memandang".(Memandang kepada yg tidak disah kan oleh syarak -Pent-). (Muttafaq 'alaihi)


Namun harus diingati,Walaupun gambar bertudung diatas telah berjaya diubah,namun belum masih boleh dikatakan begitu sah,ini kerana kemungkinan ia hanya melakukan teknik pertindihan gambar.Kebanyakan daripada hasil kajian saya,ternyata memang lah wujud aplikasi seperti itu,namun ianya tidaklah berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu.


Kerana ianya dilihat lebih berkesan kepada gambar yg kelihatan  samar-samar  atau yg hampir ternampak akan auratnya (akan ditunjuki videonya).Justeru itu,aplikasi ini sebenarnya  tidak mampu untuk menembus,jika seorang wanita itu memakai pakaian dalam,tidaklah jelas namun cukup untuk memalukan seseorang itu jika berpakaian seperti ini :-








Seksinya~hahaha.Ehem! Tegasnya tidak ada lah gambar-gambar yg "MENUTUP AURAT"  yg akan terjadi seperti diatas,inshaAllahu ta'ala,melainkan hanya gambar-gambar seperti yang telah tertera diatas.


Dan dibawah ini juga adalah bukti-bukti serta komen-komen daripada senior-senior yang berpengalaman,dimana saya mengambilnya didalam satu komentar laman web  :-












Dan ini bukti-bukti Videos nya :-










Akhirnya alhamdulilah kerana Allah telah menurunkan asbab-asbab kpd seseorang manusia untuk menjadi penyampai kpd kebenaran akan khabar angin yg tidak berapa jelas.Ditunjuk kan kepada kita,bahawasanya wajiblah kita berhati-hati dalam mendapat dan menyampaikan suatu berita itu agar tidak menjadi  seorang yang berdosa besar disisi Allah.

Sebagaiman FirmanNYA :-


 "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan kepada suatu kaum tanpa pengetahun sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan".(QS al-Hujurat [49]: 6)


Sekian,Allah Lebih  Maha Mengetahui.Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,
wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuhu...

Tuesday, August 9, 2011

Pendedahan daripada saya mengenai : "Kisah Al-qamah dan ibunya"

                         
                                  السلام عليكم
Alhamdulilah,pada hari ini aku telah dapat menge"post" sekali lagi,setelah beberape lamanya tak "update" 
mungkin sbb aku dah malas nk "update" HAHA! sorry to say lah~ apa pun,bersyukur ke hadrat ilahi pada bulan mulia ini aku telah memulakan sekali lagi dan membersihkan ruangan perjalanan DA'WAH  yg telah sekian lama berusang skrg...HUHU! So,hari ini aku nak sebarkan benda yg dah lama aku simpan,tapi tak "tersebar-sebar" HAHA! benda pada hari ibu tu hari,tapi aku malas nak taruk,HAHA! sorry to say lah dear ikhwat dan akhawat sekian...

                                                                      ..بسم الله  

Aku bukan apa,setiap kali sambutan Hari Ibu,seringkali kedengaran samada di radio(terutama ikim.fm! HAHA!) atau televisyen satu kisah yang sangat "ter" masyhur, iaitu kisah "Alqamah" dan "ibunya".Tidak ketinggalan gak pada tahun ini 2011,dalam beberapa rancangan televisyen khasnya berbentuk keagamaan, kisah Alqamah dan ibunya turut menjadi "bahan" pengisian beberapa ustaz dan ustazah kita...fulamak! HEHE! aku tak ber "niat" nak kutuk ke apa,just as pandangan aku lah..ada gak org yg pernah sound aku dgn kisah ini,aku jadi mushkil,aku try cari dan belek2 dalam kitab(campur tanya org yg pakar,cilok2 kitab2 member),last2 jumpa!Alhamdulilah~ HAHA!


                                                         

Hm..sambung topik kita,aku ringkas kan sikit,cerita Alqamah dan ibunya mereka ialah, pada zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, ada seorang pemuda berada dalam keadaan nazak. Malangnya, beliau tidak mampu mengucapkan dua kalimah Syahadah, sekalipun telah berulangkali diajar dan dituturkan di telinganya. Kes ini diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.Ah! aku ringkaskan jelah lagi ceritanya,baginda meminta ibu pemuda tersebut memaafkan dan meredhai terhadap anaknya,selepas si ibu meredhai anaknya, Alqamah, barulah beliau dapat mengucapkan dua kalimah Syahadah dan sejurus selepas itu, beliau wafat...


Tapi ke Namun?mana satu,HEHE!okay2,pernahkah kita terfikir untuk berfikiran kritis,i mean untuk mempersoalkan sejauh manakah kesahihan cerita "ter" masyhur ini, yang kita baca dan dengari sejak di bangku sekolah rendah lagi.(tak silap aku,drpd sekolah tadika kot!HAHA!)Hm..Agak2nyalah,dari sumber manakah cerita ini datang dan disumbat ke masyarakat?dan apakah penilaian para ulama Islam terhadap cerita ini, berdasarkan metodologi ahli hadith....Dekat bawah,meh2 usha sat~ HAHA!


                    "Sumber Cerita Alqamah dan Ibunya"


Antara kitab hadith utama yang menyebut kisah ini ialah, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Tetapi hanya disebut secara ringkas tanpa menyebut nama pemuda tersebut...Didalam kitab tu menyebutkan dalam Musnad Ahmad :-


Telah Berkata Abu Abdul Rahman (Anak Imam Ahmad) :- 

Pada awalnya terdapat dalam kitab ayahku (Imam Ahmad),hadith yang berbunyi :- Telah meriwayatkan kepada kami oleh Yazid bin Harun, katanya :- Telah meriwayatkan kepada kami oleh Faid bin Abdul Rahman, katanya :- Aku mendengar Abdullah bin Abi Aufa berkata :-


“Seorang lelaki datang menemui Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang pemuda yang sedang nazak. Diucapkan kepadanya Lailahaillallahu, beliau tidak mampu menyebutnya”. Baginda berkata, “Tidakkah ketika hidupnya, dia boleh menuturkannya?”. Kata lelaki itu, “Benar”. Baginda bertanya, “Apa yang menghalangnya daripada menyebutnya ketika hampir mati?”. Lalu beliau menyebut hadith itu secara panjang lebar.”


Kata Abu Abdul Rahman :-
Ayahku (Imam Ahmad) tidak meriwayatkan kepada kami hadith ini. Beliau memadamkan hadith ini dari kitabnya, kerana beliau tidak meredhai hadith "Faid bin Abdul Rahman",kerana pada pendapatnya Faid bertaraf Matruk al-Hadith. (Musnad Ahmad 32/155)


Maka jelas kepada kita walaupun kisah ini wujud dalam Musnad Ahmad, tetapi "sebenarnya" Imam Ahmad sendiri tidak menerima kesahihan hadith ini. Bahkan, beliau memadamkan hadith ini daripada kitabnya...

P/S : Didalam kitab Al-mandzumatul baiquniyyah oleh Al-'Allamah Al-Muhadith Umar bin futuh ad-dimashqi ash-shafie,menyebutkan :- Matruk ialah sesuatu hadith bersendirian seorang perawi meriwayatkan sebuah hadith,yg tidak diketahui kecuali beliau seorang sahaja,dan telah "bersepakat" seluruh ulama hadith melemahkannya(hadith tersebut)tidak boleh dibuat "hujahan",maka hadith matruk itu ditolak dan tidak diterima ianya sebagai hadith yg sohih...

Antara sumber-sumber lain yang menyebut kisah ini ialah :-

- (Al-Dhuafa al-Kabir oleh al-Uqaili..)
- (Al-Maudhu’at oleh Ibnu al-Jauzi..)
- (Masawi al-Akhlaq oleh al-Kharaiti..)
- (Syu'ab al-Iman oleh al-Baihaqi..)
- (Dalail al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi..)
- (Al-Tadwin Fi Tarikh Qazwin oleh al-Qazwini..)

Kesemua sumber-sumber tersebut menyebut kisah ini melalui jalur yang terdapat perawi bernama Faid bin Abdul Rahman. Justeru, penilaian hadith ini mesti melalui kajian kedudukan perawi bernama Faid bin Abdul Rahman, adakah beliau perawi yang kepercayaan dan menepati kriteria perawi hadith sohih?? atau sebaliknya.


Rata-rata ulama hadith yang mahir dalam bidang "Jarh wa Ta’dil" (ilmu penilaian terhadap perawi), menilai Faid bin Abdul Rahman sebagai dhaif(lemah). Antara mereka ialah Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibn Maien, Abu Hatim, Ibn Hibban, al-Hakim, dan lain-lain.


Apatah lagi, kisah ini diriwayatkan oleh Faid bin Abdul Rahman daripada Ibn Abi Aufa. Dan ulama hadith lebih mencurigai hadith-hadith Faid yang diriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa.



             "Penilaian Ahli Hadith Terhadap Kisah Ini"


Kisah ini telah didhaifkan(dilemahkan) oleh ramai ahli hadith,antara mereka ialah :-

-Kata Abu Hatim :- “Hadith-hadith Faid daripada Ibn Abi Aufa adalah "batil",hampir-hampir tidak ada asal baginya”. Katanya lagi :- “Kalau seseorang bersumpah bahawa seluruh hadith Faid adalah bohong, maka dia tidak dianggap melanggar sumpah”.


-Al-Hakim pula mengatakan :- “Faid meriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa hadith-hadith palsu”.


- Imam Ahmad, sebagaimana disebut oleh anaknya.


- Al-Uqaili di dalam al-Dhuafa al-Kabir. Katanya :- “Tidak ada mutaba'ah(pengikutan) untuknya kecuali dari perawi yang sama taraf dengannya”.


- Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman. Kata beliau :- “Diriwayatkan secara berseorangan oleh Faid Abu al-Warqa’, dan beliau perawi yang tidak kuat”.


- Ibn al-Jauzi memasukkan hadith ini dalam bukunya al-Maudhu’aat, dan membuat komen :- “Tidak sahih daripada Nabi Shallallahu' Alaihi Wasallam”.


- Az-Zahabi dalam kitabya Tartib al-Maudhu’aat.


- Al-Haithami dalam Majma' az-Zawaid. Beliau berkata :- “Padanya terdapat Faid Abu al-Warqa’, seorang yang bertaraf Matruk”.


- Al-Syaukani dalam Al-Fawaid al-Majmuah. Kata beliau :- “Dalam sanadnya terdapat perawi yang berstatus Matruk dan Pembohong”.


Penilaian kisah ini disebut secara terperinci oleh Syeikh Masyhur bin Hasan Ali Salman dalam kitabnya Qishas La Tatsbut...

Sekian itulah sepanjang kritikan Ahli hadith didalam kisah ini...bapak banyak tak?aku search kitab2 ni?thanks to all myfriends,aku ade cilok kitab korang,nanti aku pulangkan yer?HEHE! pada korang jgnlah tiru aku! HAHAHA!
                                                                 

                                                                                    


                                       "Kesimpulannya"


Jadi berdasarkan kajian ulama hadith terhadap kisah ini, didapati bahawa hadith yang mengisahkan cerita Alqamah dan ibunya adalah DHAIF(lemah).


- Di samping kedhaifan kisah ini, tidak ada dalam mana-mana riwayat pun menyebut bahawa pemuda berkenaan bernama Alqamah!


- Oleh kerana kisah ini "tidak sohih", dan kisah ini lak ada kaitan langsung dengan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, maka tidak harus disebarkan cerita ini tanpa dijelaskan kedhaifannya.


- Para penulis, penceramah, panel-panel syarahan digalakkan membawakan cerita yang lebih sohih tentang kewajipan berbuat baik terhadap ibu. Dan Alhamdulillah, di dalam Al-Quran dan Sunnah yang sohih, banyak kedapatan dalil-dalil dan contoh yang boleh menggantikan kisah Alqamah...

Get it?!kalau tak gak!hantuk kepala korang sume tak pun tepuk dahi!HAHA! jahatnye aku~tak delah sorry lah,kalau daripada awal sampai tamat ini,aku buat korang terasa,boring sidot~HAHA!


Sekian..Wallahu A'lam Bis Sowab 

Wabillahi taufiq wal hidayah,Wassalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...




             

Saturday, June 4, 2011

Apakah hukum menonton wayang?


Soalan: Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat?Contohnya pergi menonton wayang besama isteri filem Nur Kasih?
  
Jawapan: Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradhawi,pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :-

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa yg ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dan sebagainya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang.
Tambahan :- 

Dr.Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanfaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Maka kita sendiri yg menentukannya~ 


WaAllahu A'lam Bis Sowab..

Hukum dan etika berlawak dalam Islam

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu,wahai saudara dan saudari seAgamaku..Alhamdulilah,pada hari ni aku telah diberi kesempatan untuk menyebarkan lagi kalam-kalam dakwah yg menuju keredhaanNya,sekali lagi mohon ampun dan maaf andainya tersalah,yg baik dan buruk itu semua didatangkan oleh Allah,maka yg tentukan perkara itu terkeluar daripada diri kita,adalah dgn kita sendiri yg memuhasabahkannya..maka post kali ini adalah mengenai hukum etika dalam berlawak atau bergurau..

Maka Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.cumanya  kita wajiblah berpada-pada,Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah s.a.w bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata kpd baginda s.a.w “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab, “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda s.a.w bersabda: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (H.R. Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad)


Di sini, Dr. Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam bergurau senda,iaitu :-

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi)

Nabi s.a.w bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasai’e)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ (Al-Hujarat, 49:11)
Nabi saw bersabda: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (H.R. Muslim)

Termasuk dalam menghina ialah dengan meniru perbuatan orang lain.
Aisyah r.anha berkata, “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (H.R. Ahmad dan Baihaqi)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nu'man bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (H.R. Thabrani)

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul.” (H.R. Ahmad)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. 
 Nabi s.a.w bersabda : “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah, 2. Cerai, 3. Membebaskan hamba.” (H.R. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar Al-Quran. Firman Allah swt: “Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm, 53:59-61)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (H.R. Ahmad dan Ibu Majah)

Saidina Ali r.a: “Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

akhirnya sekali,dapatlah kita ketahui hukum-hukumnya dgn bersandarkan kpd Al-Quran dan hadith..
Maka berpada-padalah kita dalam setiap urusan! 

WaAllahu A'lam Bis Sowab..