Layan

Sunday, May 8, 2011

Sedikit ulasan lagi mengenai : Bolehkan berkata-kata disaat berwudhu atau mandi?

Oleh : Nabeel Ozir
  
Assalamu'alaikum sahabat2 semua..Alhamdulilah hari ini dapat lagi  saya mengpost suatu masalah yg berkaitan masalah sebahagian org yg mudah berfatwa...masalah itu berkaitan tidak boleh bercakap2 ketika mandi dan berwudhu,dimana dalil yg mengatakan begitu?sedangkan ada hadith yg perbolehkan atau mengharuskan berbicara dan bercakap-cakap saat mandi dan wudhu. Ada beberapa hadith yang  menjadi dalil hal tersebut, antaranya ialah :-

1. Hadith Ummu Hani’ binti Abi Thaalib radliyallaahu ‘anhaa :

عن أم هانىء بنت أبي طالب تقول: ذهبت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم عام الفتح، فوجدته يغتسل، وفاطمة ابنته تستره، قالت: فسلمت عليه، فقال: (من هذه). فقلت: أنا أم هانىء بنت أبي طالب، فقال: (مرحبا بأم هانىء
).

Dari Ummi Haani’ binti Abi Thaalib ia berkata : “Aku pergi menemui Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada satu hari waktu Fathu Makkah.(pembukaan kota makkah) Aku mendapati beliau sedang mandi sedangkan Fathimah(puteri beliau)sedang menutupinya. Kemudian aku ucapkan salam kepada beliau. (Setelah menjawab salam), beliau bertanya : “Siapakah ini ?”. Aku menjawab : “Aku Ummu Haani’ binti Abu Thaalib. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda : “Selamat datang wahai Ummu Hani’” [HR. Al-Bukhari no. 357 dan Muslim no. 336].

2. Hadith ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa :

عن عائشة؛ قالت : كنت أغتسل أنا ورسول الله صلى الله عليه وسلم من إناء، بيني وبينه، واحد. فيبادرني حتى أقول: دع لي، دع لي. قالت: وهما جنبان.
Dari ‘Aisyah ia berkata : “Aku pernah mandi bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dalam satu bejana. Beliau mendahuluiku dalam mengambil air hingga aku berkata : “Sisakan untukku, sisakan untukku”. Perawi (Mu’adzah) berkata : “Mereka berdua berada dalam keadaan junub” [HR. Al-Bukhari no. 261 dan Muslim no. 321].

3. Hadith ‘Amru bin Al-‘Ash radliyallaahu ‘anhuma :

عن عمرو بن العاص يقول بعث الي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال خذ عليك ثيابك وسلاحك ثم ائتني فأتيته وهو يتوضأ فصعد في النظر ثم طأطأ فقال اني أريد ان ابعثك على جيش فيسلمك الله ويغنمك وارغب لك من المال رغبة صالحة قال قلت يا رسول الله ما أسلمت من أجل المال ولكني أسلمت رغبة في الإسلام وأن أكون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا عمرو نعم المال الصالح للمرء الصالح

Dari ‘Amru bin Al-‘Ash, ia berkata : “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang kepadaku, dan kemudian menyampaikan pesan beliau : ‘Ambil baju dan senjatamu, kemudian datanglah kepadaku (Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam)’. Aku pun mendatangi beliau yang saat itu sedang berwudlu. Beliau mengangkat pandangannya kemudian menunduk dan bersabda : “Sesungguhnya aku ingin mengutusmu untuk satu peperangan. Semoga Allah memberikan keselamatan dan harta ghanimah(harta rampasan peperangan) kepadamu. Dan aku berharap kepadamu dari harta yang baik”. Aku berkata : “Wahai Rasulullah, tidaklah aku masuk agama Islam semata-mata mengharapkan harta, namun aku masuk Islam karena aku memang menginginkan Islam”. Dan aku pun (setelah itu) bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Lalu beliau bersabda : “Wahai ‘Amr, sebaik-baik harta yang shalih adalah untuk seseorang yang shaalih” [HR. Ahmad no. 17798 dan Al-Bukhari dalam Al-Adaabul-Mufrad no. 299; sanadnya shahih sesuai syarat Muslim].

Tiga hadith di atas menunjukkan tentang kebolehannya atau keharusannya, sekaligus menepis anggapan "sebagian orang" yang memakruhkannya. Wallaahu A’lam Bissowab.

Wa Salamu'alaikum wa rahmatuAllah wabarakatu..

Friday, April 1, 2011

Sedikit ulasan dari saya mengenai : AURAT BUKANLAH UNDANG2 MANUSIA,TETAPI UNDANG2 TUHAN

Kisah dialog diantara saya dan seorang wanita yg agak tidak puas hati dgn teguran saya,lalu ditomahkan ayat ini pada saya,dan dialog ringkas ini,membuatkan saya tertawa mengenainya..
Dialog itu berbunyi begini(tertera dibawah) :-

  • “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul?!”.
  • “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?!”
  • “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini?!”

 Tengok2 baby ni pun tahu malu ke pening?entahlah tapi umumnya,saya ni dah lebih pening dan malu drpd baby yg comel ni~kawai~(japan plak,hahaha)



"Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat??! hey2 you,what the fish! hahahaha!

Hayya!masalah lah,ikutkan kalaulah alasan sebegini keluar dari mulut seseorang muslimah disebabkan kejahilannya,ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya.


"Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk dalam kategori perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti!".


Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar.

Bak kata pepatah Arab :- “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu! maka musibahnya lebih besar”.

  
Maka wahai kaum wanita semua,umumnya kita ini diciptakan tidak lain,hanyalah untuk beribadah pada Allah,maka apakah kita ini sanggup derhaka padanya,sedangkan jikalau ikutkan,umumnya kita ini kalau suatu barang dah rosak sikit kita tension,baling2..bayangkanlah jikalau Tuhan kita lakukan hal sedemikian,tak nak pulaklah kita ini jadi apa entah kan! huhuhu..Berbalik pada topik asal kita,maka saya akan tolong jawabkan untuk hamba Allah(khasnya kaum hawa yg dikasihi Allah sekalian)..insyaAllah~

Maka dgn itu,jeng3~!! hahaha..hmm,Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasankan demikian?????? maghi2,dibawah ini..hehehe




بسم الله الرحمن الرحيم                            
                         


1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat?

Jawapannya :- Baiklah,mari kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

dan seorang pesalah yang berdepan dgn saman oleh polis trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?


Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajiblah! menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.okay everyone??setuju?! tak setuju,pandai2 koranglah jawab depan Allah taala nanti.. 




2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh???

Jawapannya :- baiklah,cuba sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

No!Tidak sekali-kali!huhuhu..hmm..Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat.??Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain??

                                                             

                                                           Tetapi~jeng3..hahaha~


Adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?wow!!

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling...faham??


3-Alasan ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini???

Jawapannya :- tidak perlulah kita menjaga tepi kain org,dlm satu hadith masyur mengatakan :-
  
 
"Muhasabahkanlah dirimu sebelum dirimu dimuhasabahkan" 
 
                                                                (sodaqoh(benarlah) rasulullah s.a.w.)

Maka.kesimpulannya ketahuilah kita,haruslah menilik diri kita,sebelum menilik org lain..agar kelak nanti tidak ditilik oleh Allah dan malaikat2nya dan masyarakat dipadang masyar dan didunia ini lagi...

Kesimpulannya juga pada semua yg tertera diatas :- Dimaklumi bahawasanya pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

sekian sedikit ulasan drpd saya,maaf andainya melukakan hati kaum hawa,minta maaf,hamba Allah, ini,mengaku mmg lemah,tetapi apalah salahnya,memberikan sedikit tanggapan yg positif..okay,jumpa lagi,insyaAllah..

WAS SALAMU'ALAIKUM WARAHMATUALLAH WABAROKATUHU...

Sedikit ulasan dari saya mengenai : CERITA KEAIBAN MANUSIA USAHLAH DISEBARKAN,SAUDARA DAN SAUDARI

                             السلام عليكم 


Menyebarkan cerita aib seseorang muslim bukan sifat orang yang beriman. Apatah lagi jika cerita aib itu belum pasti benar atau bohong. Orang yang tabiatnya mewar-warkan keaiban orang, sesungguhnya imam dan pemimpin mereka ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, pemimpin munafiq pada zaman awal Islam.
 Allah Taala menyebut dalam Quran :-


بسم الله الرحمن الرحيم                          

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

yg bermaksud :- “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).

AstaghfiruAllahal'azim...Ayat yang cukup memberi ancaman terhadap orang yang suka menyebarkan berita-berita tentang keaiban orang lain. Gembira dan suka dengan tersebarnya keaiban orang pun dicela dan diancam dengan azab pedih oleh Allah, apatah lagi perbuatan menyebarkan keaiban tersebut kepada umum.

Saudara dan Saudari yg dikasihi Allah sekalian,Orang beriman sifatnya adalah suka mengasihi saudara seagamanya dan sedaya upaya menutup keaibannya. Di dalam satu hadith ada menyebutkan :-
 
يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة

Bermaksud :- “Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi Ruj.no. 2032).

Hmm..yg dikasihi Allah sekalian,kita sebagai umat islam wajiblah menghindari dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain. Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup keaiban kita pula di dunia dan di akhirat.amin~ ya rab! 

-sekian sedikit shj ulasan drpd saya..WAS SALAMU 'ALAIKUM WARAHMATUALLAH

Sedikit ulasan dari saya mengenai : Berani berfatwa??

                               السلام عليكم 

Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu "Berani berfatwa". Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti maksudnya yg lebih ahli dalam ilmu itu.

Pernahlah,satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara kita,yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasalah kan, Ramailah penceramah yg berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.

Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat??!  adui~masalah2...
Berani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah taala yang termaktub dalam Surah Al-A’raf :-
بسم الله الرحمن الرحيم                             
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنزلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Katakanlah(muhammad) : Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A’raf: 33)

hmmm...Renungkanlah dan fahamilah,jika kita menyedari ayat di atas, dosa bertutur atau memperkatakan(hukum) tentang syariat Allah dengan jahil dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.

                             Tapi malang~


apabila ada dikalangan orang Islam menganggap berfatwa adalah satu hobi yang menarik?? WOW!  
Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai selonggok buku agama ataupun beberapa keping CD maktabah kitab dan ceramah agama.Walhal para ulama yg ahli ilmu dlm itupun masih bertolak-tolak dan mengelak daripada memberikan fatwa.  *Tambahan,aku pun tak berani..sape lah tu??
                                                    

                                                      Hayya masalah ustaz2 ustazah2 ni~




Saya juga sangat hairan kenapalah para ulama yang muktabar cukup berhati-hati dan kerap mengambil jalan tawaqquf (berhenti seketika/berfikir dgn tepat)apabila berdepan dengan hukum hakam Allah taala,akan tetapi orang-orang yang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama apatah lagi sebagai mujtahid begitu berani dan boros dalam  berfatwa! dan nanti saya akan ceritakan sedikit perihal2 ulama muktabar dlm memberikan 'respond' terhadap suatu fatwa.

 Diteruskan lagi perbincangan,hmm..ikutkan golongan ulama2 muktabar merasakan urusan fatwa adalah satu amanah yang sangat besar. Bukan sekadar memberi jawapan segera kepada penyoal bahawa hukum ini halal, dan hukum ini haram dan hukum ini mutashabih(syubhah). Tetapi ia berkait dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka!


Dan begitulah masalah ustaz dan ustazah kita,masyarakat2 kita...sungguh menyedihkanlah~ T____T huhuhu~
baiklah disini saya mulakan cerita hal2 mereka(ulama2 mujtahid/yg ahli dlm berfatwa) dlm memberikan jawapan kpd suatu soalan...

بسم الله الرحمن الرحيم                         

Ibn Abi Laila berkata, “Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama”.

Imam Malik pernah disoal 50 masalah, tetapi beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, “Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab”

Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki.Selama tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, “Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-”.

Sahnun berkata, “Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya”.

Lelaki itu berkata, “Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit”.

Sahnun berkata, “Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui”.

Sahnun berkata lagi, “Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja”. (Selesai sudah kisah ini)


Demikianlah! cermatnya dan waraknya para mujtahid dalam memberi fatwa. Mereka menangguh-nangguh jawapan bukan kerana mereka jahil. Tetapi kerana takut kepada Allah

Ibn Solah berkata, “Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya”.

Sebaliknya, orang-orang yang tidak berilmu pula yang malu untuk tawaqquf,dan malu untuk menyebut ‘aku tidak tahu’.Tetapi tidak pula merasa malu??? dan segan??? kepada Allah untuk bercakap tentang hukum-hakamNya tanpa ilmu.Pantas berfatwa walau tanpa usul periksa,ketahuilah bahawa Tuhan tidak  akan memberi taufiq(petunjuk) kepada seseorang yg begitu. 

Al-Khatib Al-Baghdadi berkata, “Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya”.


Dan ia juga tanda bahawa kurangnya ilmu seseorang, walau lagaknya seperti ilmuan. 

Al-Sakhtiyani berkata, “Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama”.



Maka WAJIBLAH kita berhati-hati dalam berbicara pasal hukum-hakam agama. Tidak ada keaiban bagi orang yang enggan menjawab soalan atau menjawab dengan kalimah ‘Allahu A’lam’. Tetapi aib yang besar bagi sesiapa yang menjawab segala persoalan dengan kejahilan atau kelewaan. Ibn Mas’ud berkata, “Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila”.
Semoga Allah memberi taufiq kepada kita, dengan menuruti jalan para salaf. Iaitu jalan orang-orang yang warak dalam bertutur terhadap hukum-hakam Allah. Dan hendaklah kita merasa malu dan takut kepada Allah, melebihi malu sesama manusia..sekian ulasan dari saya..ada salah silap minta maaf,moga dikritik agar dpt dibaiki tulisan lagi,insyaAllah.. 

Assalamu'alaikum~

Wednesday, March 30, 2011

Riwayat hidup imamul muttaqin


Assalamualaikum..harap semuanya sihat2 sahaja,alhamdulilah,hari ini saya diberi kesempatan untuk menge'post' suatu ilmu yg dpt dikongsi bersama,insyaAllah..

"Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.” (Hamka)

بسم الله الرحمن الرحيم              

Imam Muslim ialah salah seorang ulama hadis besar yang enam yang memiliki kitab musnad hadis. Imam Muslim dilahirkan pada tahun 206H/820M yang berkat di Nisabur. Nama sebenarnya Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim An-Naisaburi. Beliau berasal dari keturunan Bani Qusyair salah sebuah kabilah Arab.

Pengembaraan dan Kesukaannya Kepada Ilmu :-

Imam kita ini amat suka kepada ilmu dan amat menggemari bersua muka dengan ulama-ulama. Beliau belayar melintasi padang-padang pasir dan menyeberangi lautan. Segala tujuannya ialah menjumpai ulama-ulama terkenal pada masanya dan para cerdik pandai sezaman dengannya dan juga mereka yang bijaksana yang sewaktu dengannya. Beliau belayar ke Hijaz, Iraq, Mesir dan Syria. Beliau telah pergi ke Baghdad lebih dari sekali. Beliau telah mendapat banyak faedah dari penduduk-penduduknya. Dan kali terakhir pemergiannya ke Baghdad ialah pada tahun dua ratus lima puluh sembilan.

Dan bila masa Imam Bukhari telah datang ke Naisabur, pada masa itulah Imam Muslim banyak menghubunginya serta mengakui kelebihannya. Bahkan lebih dari itu, bila masa Imam Bukhari telah tinggal di Naisabur. Pada akhirnya, Imam Muslim terus berdamping dengannya, sebab itulah kita telah mendapatinya, mengikut jejak langkah serta mempunyai banyak kesan dari gurunya Imam Bukhari. Hal ini amat jelas dalam sahihnya.

Tetapi, walaupun beliau berguru dengannya, beliau tidak meriwayatkan dari riwayat-riwayatnya, kemungkinan besar kerana beliau merasa memadailah dengan apa yang telah dikarang oleh gurunya.
Dan sesungguhnya pelayaran-pelayarannya itu telah memudahkan kepadanya penemuan-penemuannya dengan bilangan besar dari ulama-ulama terkemuka dan bijaksana seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Abdullah bin Salamah, Ibnu Rahawaih, Ibnu Mahran, Said bin Mansur dan ramai lagi.
Sememangnya Imam Muslim amat meminati ilmu hadis dari kecil lagi. Ketika beliau mula mendengar hadis dari umur amat muda sangat, iaitu pada tahun 218H. Keadaan sedemikian telah menjadikannya sebagai orang yang amat menguasai serta menunjukkan kebolehan dalam bidang ini. Ini semua telah melayakkannya menduduki tempat yang amat tinggi serta kedudukan amat mulia dan juga mencapai tahap amat istimewa dalam bidang tersebut.
Beginilah imam kita, amat meminati ilmu dan beginilah hasil-hasil ilmiahnya. Ialah pemberian yang tidak terhad mengenai hadis-hadis.

Kemegahannya :-

Imam Muslim, pada masa dahulu amat bermegah dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dari nikmat ilmu serta telah diberi hidayah bagi mencapai segala apa yang beliau telah usahakan. Beliau bermegah dengan perasaan syukur. Beliau pernah berkata, memuji sahihnya, ”Jika seluruh penghuni bumi ini menulis hadis selama dua ratus tahun, pasti huraian mereka berdasarkan sanad ini.
Sesungguhnya ini tidak syak lagi, beliau begit menjaga dan meneliti, peringatannya cukup tajam dan kukuh kajiannya dalam riwayat hadis. Dan dialah yang berkata: ”Saya tidak pernah meletakkan sesuatu melainkan dengan hujah atau meninggalkan sesuatu melainkan dangan hujah pula”.

Sifatnya Merendahkan Diri :-

Beliau amat suka menonjolkan kebenaran walau melalui orang lain, tujuan yang diperlukan dan dikehendaki ialah hanya kebenaran, bagi mengikut perintah Allah serta mencapai keredhaanNya. Kerana itulah, kita mendapaiti dengan sepenuh tawadhuk serta akhlak yang amat mulia menunjukkan kitabnya kepada para hafiz yang dipercayai semasa dengannya, bagi memberikan pendapat serta kritikan mereka mengenainya.
Imam Muslim berkata, ”Saya telah menunjukkan kitab saya ini kepada Abu Zara’ah Ar-Razi, segala apa yang diisyaratkan, bahawa ia mempunyai sesuatu kelemahan yang telah meninggalkannya dan segala apa yang beliau kata ialah sesungguhnya beliau adalah sahih dan tidak mempunyai apa kelemahan yang terbit darinya.”
Dan dengan segala kajian serta penapisan itu, beliau telah mencapai dua belas ribu hadis sahih, beliau telah tamat penulisannya dalam tempoh masa lima belas tahun.
Imam Muslim berkata lagi, ”Saya telah membentukkan kitab hadis ini, dari tiga rauts ribu hadis yang telah didengar”. Dengan ini, dia tidak meletakkan kesemua hadis sahih dalam kitabnya Sahih Muslim, tetapi beliau hanya meletakkan hadis-hadis yang telah mencapai tahap ijmak mengikut ilmu dan penguasaannya.
Kerana itu kita dapatinya berkata, ”Bagi saya, bukan setiap apa yang saya telah dapati sahih, saya hanya telah memuatkan apa yang telah mencapai darjat ijmak”. Beginilah keadaan Imam Muslim dan sifatnya dari hal menjaga, meneliti dan juga dia mempunyai pandangan mengkaji serta menyelidik.

Kedudukannya :-

Sesungguhnya amat molek, apa yang telah dikatakan oleh sebilangan orang, bila mereka membandingan di antara kedua-dua omam yang mulia ini, Imam Bukhari dan Imam Muslim, mereka menggabungkan kedua-dua imam ini seperti seorang yang ssdang sembahyang dan orang yang mengikut dengannya secara langsung.
Mereka berkata: ”Walaupun Imam Bukhari lebih terkemuka dalam bidang hadis sahih serta ilmu mengenai riwayat hadis dan penguasaan serta luasnya daya menghafal. Sebenarnya Imam Muslim, dialah orang yang sedang sembahyang dan dialah orang yang mengikutinya dalam ilmu, fadilat dan kedudukan”.
Keadaan ini tidak langsung menghairankan kerana Imam Muslim adalah muridnya dan juga lepasannya. Mengenai hal sedemikian al-Khatib al-Baghdadi berkata:: ”Sesungguhnya Imam Muslim telah mengikut jejak langkah Imam Bukhari, mengkaji ilmunya dan mencontohinya.

Murid-Muridnya :-

Sesungguhnya kita tidak berupaya dengan mudah dan senang, menyebut mereka yang telah memuji Imam Muslim dengan tepat atau mengagungkannya. Dengan ini, mungkin sudah memadai dengan mengetahui, bahawa Imam Muslim telah mempunyai murid-murid yang telah menjadi di antara ulama-ulama terkemuka pada masa mereka dan telah memenuhkan seluruh dunia dengan ilmu, kebajikan serta berkat. Di antara mereka yang bijaksana ialah Imam At-Tirmizi, Yahya Ibnu Said, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Mubarrak dan ramai lagi yang lainnya.
Mari kita lihat bagaimanakah keikhlasan murid-muridnya dengannya dan bagaimanakah mereka selalu menolongnya, sentiasa menjaga serta berusaha bagi mencapai keredhaannya semata-mata kerana Allah bagi mencapai kebenaran serta mendapat ilmu, walau mereka menghabiskan seluruh umur muda mereka.
Terdapat satu riwayat dari Ahmad Ibnu Salamah, iaitu salah seorang daripada murid-muridnya yang paling berwibawa, bahawa dia telah menulis dengan Imam Muslim semasa beliau mengarang Sahihnya, selama lima belas tahun iaitu sebanyak dua belas ribu hadis.
Beginilah keadaan murid-muridnya dengannya. Hal ini dengan jelasnya menunjukkan, sejauhmana kemuliaan akhlak guru ini, ketinggian ilmunya, sifat tolak ansurnyadan sifatnya yang amat mulia. Dan juga karangannya As-Sahih telah diatur dan disusun dengan paling rapi dan teratur. Di samping ia juga merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan dipercayai selepas Kitaabullah danyang telah diterima oleh umat Islam dengan sebaik-baiknya.

Karya-Karyanya :-

Selain karyanya yang terkenal iaitu Sahih Muslim, Imam Muslim telah mengarang berbagai-bagai kitab serta penulisan-penulisan yang lain yang telah tersebar dikalangan orang-orang seperti tersebarnya angin di tempat yang terbuka, tanpa apa-apa halangan, supaya ia sampai ke hati serta akal para pembacanya. Isi kitab-kitab itu telah bercampur gaul dalam jiwa mereka seperti tercampurnya air dalam segala yang hidup.

Antara karya-karyanya itu ialah :-
1. Al-Musnad al-Kabir
2. Al-Asma’ Wal Kunni
3. At-Tamnyiz
4. Al-Ifrad
5. Sualat Ahmad Ibnu Hanbal
6. Lain-lain lagi

Keistimewaan Sahih Muslim :-

Imam kita Muslim telah melakukan satu cara yang tunggal serta mat istimewa dalam penulisan Sahihnya. Beliau telah melakukannya dengan satu metodologi yang lain dari metodologi Imam Bukhari dalam Sahihnya. Sesungguhnya Sahih Muslim telah mempunyai keistimewaan, bahawa penulisnya telah mengikut satu metodologi yang baik, iaitu dia telah mengumpul matan-matan kesemuanya dengan riwayatnya dalam satu tempat, tanpa ditaburkan dalam bab-bab.
Dia juga tidak memutus-memutuskan dalam berbagai-bagai penjelasan, sepertimana telah dilakukan oleh Imam Bukhari, dia juga tidak mengulang-ulangnya kecuali dalam sesuatu keadaan yang tidak boleh tidak, pasti disebut dan diulang hadis itu yang mempunyai apa-apa tambahan atau sanad yang dibawakan di sebelah sanad lain, dengan suatu sebab. Sesungguhnya ini adalah satu keistimewaan serta kelebihan Imam Muslim dari ulama-ulama yang sebelumnya dari hal penulisan Sahihnya.

Terlalu Banyak Makan Kurma :-

Al-Khatib menceritakan sebab kematian Imam Muslim. Suatu hari Imam Muslim mengadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu adis kepada Imam Muslim, tapi beliau tidak mengetahui akan hadis tersebut. Beliau balik debgan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya.
Sesampainya di rumah, beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu.
”Sesiapa pun tidak boleh masuk menjumpaiku pada malam ini.” kata Imam Muslim kepada keluarganya.
Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun di bawa masuk ke dalam biliknya.
Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis, beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. Kemudian membaca satu hadis lagi, lalu mencapai sebiji kurma dan memakannya setelaj satu hadis yang dibacanya selesai. Demikianlah seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya dan satu bakul kurma telah habis dimakannya. Akibatnya, beliau sakit perut yang membawa ada ajalnya. Maka pada hari Ahad malam Isnin, 25 Rejab 261H/875M, imam besar itu wafat dan dikebumikan pada esok harinya. Beliau telah menjangkau umur 53 tahun sahaja.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, sesuai dengan segala jihadnya, manfaat yang dia telah menghulurkannya serta jihad dan kesabarannya, bagi membuahkan ilmu yang dia telah tinggalkan....


Sekian drpd saya,moga bermanfaat...
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara da'wahmu, teruskan juga menyampaikan 
kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan 
menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."  (Badiuzzaman Said Nursi)

Rujukan :-
 
- Silsilah Ulama Hadis karya Ali Yusuf Ali
- Ensiklopedia Para Wali susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar

Tuesday, March 8, 2011

Sedikit posting mengenai peranan ilmu


 Assalamu'alaikum w.b.t

berkenaan posting yg baru ini saya sengaja hendak mengulas ke nasihat ke ntahlah,apa pun jika ada kesalahan,mohon dikritik,tetapi secara rahsia lah,bukan terangan,nk terangan pun tidak apa,yg penting jgn berlebihan sudah~ kan kan kan..ok2,pertamanya..ilmu itu adalah asas segala amalan dan imam segala amalan serta sesuatu yang membaikkan segala amalan kita.Tiadalah faedah sesuatu ilmu itu tanpa amal yang disertai dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. Seterusnya tidak bermanfaat juga sesuatu amalan itu dengan tiadanya ilmu.Maka ilmu dan amal adalah pasangan kembar yang tidak boleh dipisahkan.Banyak kelebihan ilmu yang telah dinyatakan dalam Al-Quran,antaranya ialah :-


" قال تعال: قل هل يستوىالذين يعلمون والذين لايعلمون ” 
الزمر: 9
Allah berfirman :-
Katakanlah(muhammad) : Apakah sama orang-orang yang mengetahui dan(dengan) orang-orang yang tidak mengetahui...

*Rujuk : Kitab Haqaiq 'Anit At-Tasawuf,karangan Seikh Abdul Qadir Isa Al-Halbi.

Ilmu itu umpama nur sepertimana yang dikatakan dalam nasihat Imam Waqi’ kepada Imam Syafie yang mana nur tidak dapat menembusi hati yang membuat dosa.
Tiada dapat tidak,kita perlu tajdid(perbaharui)kan niat menuntut ilmu,adakah untuk mengejar pangkat mumtaz?Adakah untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t dan sebagai bekalan di akhirat?atau apa sahaja persoalan..Moga kita digolongkan daripada golongan Al-Muflihun iaitu untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengharapkan redha dan hidayah dariNya semata-mata.Maka,semakin banyak ilmu kita semakin dekat kita dengan Allah s,w,t,seterusnya semakin jauh kita meninggalkan ma'siat.Oleh itu,dalam menuntut ilmu,kita harus sungguh-sungguh menjauhkan diri daripada perkara ma'siat.lebih-lebih lagi penyakit hati yang kadang-kadang kita tidak perasan akan kehadirannya
Menurut kata Dr.Yusof Al-Qaradawi,ma'siat itu merupakan punca kegagalan dan musnahnya kehidupan seorang syabab(pemuda) muslim dan muslimah.Sesungguhnya ma'siat yang dilakukan oleh manusia itu lebih bahaya daripada sekumpulan musang.Sama-sama kita beringat,ilmu itu milik Allah.
Cuba bayangkan,ketika kita menuntut ilmu Allah s.w.t dan dalam masa yang sama kita masih melakukan perkara-perkara dosa malah banyak beralasan dan masih ingin sembunyikan perkara kebenaran.Nau’zubillah…

Firman Allah Taala yang bermaksud :-
  “Sungguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk,setelah kami jelaskan kepada manusia dalam Al-Quran,mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat” Al-Baqarah : 159












Saya berminat selitkan petikan lirik nasyid ‘Kembara Ilmu’yang boleh kita ambil sebagai iktibar bersama sebagai pengembara ilmu:

“Kembara misi lembah nurani dan titisan ilmu lulusan budi
persiapan dari akal yang murni untuk diuntai mutiara sufi menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci jangan ditinggal gersang dan jangan dibiar hitam,
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda di hati melemahkan minda kembara sufi terasa sukar,sesatlah di dalam pelayaran
Hanya tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan”
Justeru itu,kita sebagai penuntut ilmu agama iaitu fatayat harapan agama,berperanan dalam memberi kefahaman hakikat Islam dengan neraca ilmu yang sebenar bukan dengan emosi dan fahaman sekularisme yang telah lama menular dalam kehidupan kita.Kita perlu bermula di sini,tunaikan hak seorang muslim dan muslimah,seorang 'alim dan 'alimah.Jangan sesekali mengelakkan diri daripada tugas ini.Ini tugas kita bersama...insyaAllah..
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang),nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.Dan Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.” At-Taubah : 39



sekian moga ianya bermanfaat..syukran wassalamu'alaikum

Thursday, March 3, 2011

Berilah nasihat walau apa jua sekalipun

 Assalamu'alaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم                         

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia?


 Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.


Sebagaimana dikatakan seorang penyair :-

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد                                              

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata :-
Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).



"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara da'wahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."

                                           (Badiuzzaman Said Nursi)


Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.
amin ya rab...

Wassalamu'alaikum w.b.t