Layan

Tuesday, December 7, 2010

اللغة العربية مصر(Bahasa Arab Ammiyah mesir 03)

Dalam bahagian ini kita akan memahami keadaan fe’el (perbuatan).
Setiap perbualan kita bersama org arab mesir ini tak lari dari perkataan fe’el ماضي (telah berlaku) , مضارع (sedang/akan berlaku) , امر (suruhan).
Kaedah dalam bahasa amiyyah ini sama sahaja dengan bahasa arab fushah Cuma ada penambahan huruf pada kalimahnya , nnti kita akan ketahui. Bagi siapa yang sudah mengetahui kaedah dlm bahasa fushah, baginya amat mudah untuk memahami. Mari kita cuba.
Kaedah untuk fe’el ماضي (yg tlh berlaku) :
Asal perkataan dibawah = دَخَلَ = dakhala. - masuk
انا
Saya
انا دَخَلْتُ
Ana dakhaltu
Sy telah masuk
اِحْنَا
Kami
اِحْنَا دَخَلْنَا
Ihna dakhalna
Kami telah masuk
انتَ
Awak(lelaki)
انتَ دَخَلْتَ
Enta dakhalta
Awak dah masuk
انتِي
Awak(wanita)
اِنتِي دَخَلْتِي
Enti dakhalti
Awah dah masuk
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
اِنتُو دَخَلْتُوا
Entuu dakhaltuu
Kamu dah masuk
هُوَّ
Dia(lelaki)
هوَّ دخَلْ
Huwwa dakhal
Dia dah masuk
هِيَّ
Dia(wanita
هيَّ دخَلَتْ
Hiyya dakhalat
Dia dah masuk
همَّ
Mereka(lelaki n wanita)
همَّ دَخَلُوا
Humma dakhalu
Mereka dah masuk
Kaedah bagi fe’el مٌضَارِعْ (sedang/akan berlaku) terbahagi pada 2 keadaan.
1. yang sedang berlaku ditambah ب pada awal perkataan.
Asal perkataan dibawah : يِدْرِسُ = yidrisu. - sedang belajar

انا
Saya
انا بِادْرِسْ
Ana bidris
Saya sedang belajar
اِحْنَا
Kami
اِحْنَا بِنِدْرِسْ
Ihna binidris
Kami sedang belajar
انتَ
Awak(lelaki)
انتَ بِتِدْرِسْ
Enta bitidris
Awak sedang belajar
انتِي
Awak(wanita)
انتِي بِتِدْرِسِي
Enti bitidrisi
Awak sedang belajar
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
انتو بِتِدْرِسُوا
Entuu bitidrisuu
Kamu sedang belajar
هُوَّ
Dia(lelaki)
هُوَّ بِيِدْرِسْ
Huwwa biyidris
Dia sedang belajar
هِيَّ
Dia(wanita
هِيَّ بِتِدْرِسْ
Hiyya bitidris
Dia sedang belajar
همَّ
Mereka(lelaki n wanita)
همَّ بِيِدْرِسُوا
Humma biyidrisuu
Merek sedang belajar

2. yang akan berlaku ditambah حpada awal perkataan.

انا
Saya
انا حَادْرِسْ
Ana hadris
Saya akan belajar
اِحْنَا
Kami
اِحْنَا حَنِدْرِسْ
Ihna hanidris
Kami akanbelajar
انتَ
Awak(lelaki)
انتَ حَتِدْرِسْ
Enta hatidris
Awak akan belajar
انتِي
Awak(wanita)
انتِي حَتِدْرِسِي
Enti hatidrisi
Awak akan belajar
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
انتو حَتِدْرِسُوا
Entuu hatidrisuu
Kamu akan  belajar
هُوَّ
Dia(lelaki)
هُوَّ حَيِدْرِسْ
Huwwa hayidris
Dia akan belajar
هِيَّ
Dia(wanita
هِيَّ حَتِدْرِسْ
Hiyya hatidris
Dia akan belajar
همَّ
Mereka(lelaki n wanita)
همَّ حَيِدْرِسُوا
Humma hayidrisuu
Mereke akan belajar

Kaedah bagi fe’el اَمْر (suruhan) :

انتَ
Awak(lelaki)
اِسْتَرِيْح شُوَيَّةْ
Istareh syuwayyah
Rehatlah sedikit
انتِي
Awak(wanita)
اِسْتَرِيْحِي شُوَيَّةْ
Istarehi syuwayyah
Rehatlah sedikit
انتو
Kamu(lelaki n wanita)
اِسْتَرِيْحُوا شُوَيَّةْ
Istarehuu syuwayyah
Rehatlah sedikit

Anda boleh mencuba perkataan di bawah ini.

قَابِل
Aabil
Jumpa
يقَابِل
Yi-aabil
berjumpa
اِشْتَغَلَ
Isytagal
Kerja
يشْتَغَلَ
Yisytagal
Berkerja
لَبِس
Labis
Pakai
يلْبِس
Yilbis
sedang pakai
شَرَب
Syarab
Minum
يشْرَب
Yisyrab
Sedang minum
أَكل
Akl
Makan
يِئْكل
Yi’kal
Sedang makan
رَاح
raah
pergi
يِرُوح
yiruh
Sedang pergi
كَتَب
kataba
tulis
يِكَْتَِب
yiktib
Sedang menulis
تَعب
Ta’ab
Letih
يِتَْعِب
Yit’ab
Sedang letih
قَرَا
Qara-a
baca
يِقَرَاْ
Yi’ra’
membaca
قَال
aal
Kata
يِقَول
Yu-ul
berkata
عَمِل
‘amil
Buat
يِعْمِل
Yi’mil
sedang buat
فَهِم
fahim
Faham
يِفْهِم
Yifhim
faham
لَعِب
La-I’b
Main
يِلْعِب
Yil’ib
bermain
جَايْ
gai
datang
يِجِيْ
yigi
Sedang datang
اِشتَرَى
ishtara
beli
يِشْتَرِى
yishtari
membeli

Kawan-kawan yang sudah mempelajari bahasa fushah. Anda kena bezakan wazan dan kaedah yang digunakan dalam bahasa amiyyah ini.
Jangan campur adukkan! bahasa fushah anda nanti akan rosak.
pastikan anda dapat membezakannya!!

Friday, December 3, 2010

(Kesusahan itu kasih dari-Nya)الشدائد هو حب له




Ketika seorang yang soleh bertemu dengan penguasa yang bertaburan emas, perak, kenderaan, binatang ternak dan tanaman, orang soleh itu berkata: "dengarkanlah sepatah kata dari ku"

Penguasa itu berkata: " apa dia?"

Orang soleh itu lantas mendendangkan bait-bait syair yang berbunyi.

Demi Allah seandainya ada seorang yang hidup,

selama seribu tahun dengan pelbagai kesenangan,

bersenang-senang dengan pelbagai kenikmatan,

bersenang-senang di dalam istana yang mewah,

tak satupun kesusahan yang menodai sepanjang hidupnya,

tak ada kesulitan yang menyesakkan dadanya,

maka itu semua tidak akan bermanfaat,

pada malam pertamanya di dalam kubur.

اللغة العربية مصر(Bahasa Arab Ammiyah mesir 02)

بسم الله الرحمن الرحيم
Contoh perbualan dalam bahagian ni.
1. صَبَاحُ الْخَيْر يا استاذ = sobaahul khoir ya ustaz - selamat pagi tuan
2. صَبَاحُ النُّوْر = sobahun nur - selamat pagi
Atau boleh jawab
2. صَبَاحُ الْفُلْ = sobahul ful - selamat pagi.
jika petang.
1. مَسَاءُ الْخَيْر = masaa ulkhair -selamat petang
2. مَسَاءُ النّوْر = masaa unnur - selamat petang
-----------------------------------
1.اَهْلا وَسَهْلا = ahlan wasahlan - selamat datang
2. اَهْلا بِيكْ = ahlan biik - (jawab kepada seorang lelaki)
2. اَهْلا بِيْكِي = ahlan biiki - (jawan kepada seorang wanita)
2. اَهْلا بِيْكُو = ahlan biiko - (jawab kpd 2 org atau lebih x kira lelaki atau wanita)
-----------------------------------
1.؟ اِزَيَّكْ = izzayyak - apa khabar?
2. الحمدلله ,كُوَيِّس = Alhamdulillah kuwayyis. - Alhamdulillah baik.(seorang lelaki)
2. الحمدلله ,كُوَيِّسَهْ = Alhamdulillah kuwayyisah - Alhamdulillah baik (seorang wanita)
1. اِزَيِّكُو = zayyiko - semua apa khabar? (kpd 2 orang atau lebih x kira lelaki atai wanita
2. الحمدلله كُوَيِّسِيْن = Alhamdulillah kuwayyisin - Alhamdulillah kami baik
----------------------------------------
1. اِسْمَكْ اِيْه؟ = ismak ea? - nama siapa?
1. اِسْمَكْ حَضْرِتَكْ اِيْه؟ = ismak hadritak ea? -nama tuan siapa?
1. اِسْمَكْ حَضْرِتِكْ اِيْه؟ = ismak hadritik ea? - nama puan siapa?
2. اِسْمِيْ......... = ismi….. - nama sya….
----------------------------------------
1. حَضْرِتَكْ\ حَضْرِتِكْ مِنِيْن = hadritak\hadritik minin? - tuan\puan dari mana?
2. اَنَا مِن مَنْصُوْرَه = ana min mansurah. - sy dari mansurah.
1. يعني انتَ مَنْصُوْرِيْ؟ = ya’ni enta mansuri? - bermakna awak (lelaki) org mansurah?
1. يعني انتِ منصورِيَّه؟ = ya’ni enti mansuriyyah? - bermakna awak (wanita) org mansurah?
2. لا, انا ساكن \ساكنه في منصوره بَسْ = la, ana saakin\sakinah(wanita) fi mansurah bas -tak sy hanya tinggal di mansurah sahaja
1. و انتَ\انتيِ اصلا منين؟ = wa enta\enti aslan minin? - dan awak(lelaki) \ (wanita) asal dari mana?
2. انا اصلا من ماليزيا = ana aslan min malizia - sy asal dari Malaysia.
1. انتَ ماليزي \انتيِ ماليزيه = enta malizi \ enti maliziyyah - awak org malaysia
------------------------------------------
Perbualan di atas menunjukkan perbezaan penggunaan beberapa huruf yang melibatkan individu lelaki , wanita dan kelompok ramai.
Dalam bahagian yang kedua ini kita akan mengetahui tentang pertanyaan.
· مِيْن = min? - siapa?
Contoh: 1. اِنْتَ مِيْن؟ = enta min. - awak siapa?
2. انا طَالِبْ الأَزْهَرِي = ana tolib azhari. - sy pelajar azhari
· فِيْن = feen? - dimana?
Contoh: 1. فِيْن عِمَارَةْ وِزَارَةُ التَّعْلِيْم؟ = feen imarah wizaaratut ta’lim? - dimana bangunan kementerian pelajaran sini?
2. هِيَّ فِي تَحْرِيْر = hiyya fi tahrir. - ianya di tahrir.
· اِيْه = ea? -apa?
Contoh: 1. اِيْه دَهْ, بَعِيْد وَلا اِيْه؟ = ea da? Baie’d wala ea? - apa tu, jauh ke apa?
2. شُوَيَّه, مِشْ بَعِيْد قَوِي = syuwayyah, mish baie’d awi. - sikit je, x jauh mana.
· مِنِيْن = minin? - dari mana?
Contoh: 1. حَاِرْكَبْ مِنِيْن مِنْ هِنَا بِاُتُوْبِيْس؟ = hairkab minin min hina bi utibis? - sy akan naik dari mana dari sini dgn bas?
2. حَتِرْكَبْ مِنْ نَحْيَهْ ثَانِيَ بِاُتُوبِيْس رَقَمْ ... = hatirkab min nahyah taniya bi utibis rokom… -awak akan naik dari sebelah sana dgn bas nombor ….
· لِيْه = ley? - kenapa?
Contoh: 2. حَتْرُوْح هُنَاك لِيْه= hatruh hunak ley? - nak pergi sana kenapa?
1. عَشَانْ فِي اِجْرَاءَاتْ مَعَهُم= ‘asyan fi igraa~at ma’ahum. - sebab ada urusan brsama mereka.
· اِمْتَى = imta? - bila?
Contoh: 1. اِنْتَ بِدْرِسْ هِنَا مِنْ اِمْتَى؟= enta bidris hina min imta? -awak blajar sini sejak bila?
2. مِنْ سَنَةْ اَلْفَيْن اِثْنِيْن = min sanah alfain itnin. - dari tahun 2002
· اِزَّايْ = izzai - macam mana?
Contoh: 1. اِزَّايْ الجَوْ النَهَارْدَهْ؟ = izzai ilgau nahardah? - mcm mana cuaca hari ni?
2. اِلْجَوْ النَهَارْدَهْ جَمِيْل جِدَّا = ilgau nahardah gamil giddan. -cuaca hari ok sgt.
· كَمْ = kam? -berapa?
Contoh: 1. اِلدَّرْس, حَتِبْدَاْ سَاعَةْ كَمْ؟ = iddars, hatibda’ sa’ah kam? - kelas akan mula pukul brapa?
2. تَقْرِيْبًا سَاعَةْ ساَبِعَة صباحا = takriiban sa’ah sab’ah sobaahan. - lebih kurang pukul tujuh pagi.

Saturday, November 27, 2010

يا أخي لا يأس(Wahai Saudaraku Janganlah Putus Asa)

Dengan nama-Mu Ya Allah yang mengajar dengan 'qalam

Apa yang ada di langit dan di bumi, sekalian makhluk berhajat yang terbaik untuk dirinya, semua itu telah di tetapkan atau telah di rancang oleh ilahi.

Jika satu ketetapan telah turun kepadamu berupa masalah yang amat berat dirasai , ketahuilah itu hanya 1 dugaan yang cuba untuk mewarnai hidupmu bahkan kegembiraan sangat banyak di turunkan tapi hanya di pandang sekelip mata sahaja.

Dirimu hanya bergelumang dengan kesedihan disebabkan masalah yang turun dari ketetapan tuhan umpama dirimu telah mati dengan satu tikaman sahaja yang tidak mampu untuk menangkis dengan perisai kesabaran ilmu yang engkau miliki.

Jika teliti kembali kesenangan yang diturunkan padamu ia amat banyak dan melimpah luah berbanding kesusahan yang hanya diturunkan sekali sekala yang sepatutnya ianya berupa sekejap shaja waktunya tetapi kerana dirimu membiarkan berada dalam keadaan sedemikian dan berfikir tentang kesusahan itu maka ia dirasai amat panjang waktu itu.

Lihatlah kepada dirimu wahai saudaraku ukurlah semula nikmat kesenangan, kegembiraan yang telah Allah anugerahkan kepadamu selama ini yang dianggap hanya sedikit sahaja sedangkan nikmat itu masih ada pada dirimu bahkan engkau menginginkan kesenangan yang lain.

Kesihatan tubuh badan, ketenteraman tanah air, kemudahan makanan dan pakaian, udara serta air yang bersih, dan disisimu ada dunia yang terbentang luas dan engkau tidak merasainya dan engkau memiliki kehidupan malah engkau tidak tahu, kedua matamu , lidah serta mulutmu, kedua tangan dan kakimu. adakah itu semua bukan satu kesenangan kegembiraan yang engkau miliki?! fikirkanlah wahai saudaraku...

Rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, jangan biarkan dirimu dalam kesedihan selama-lamanya. carilah ia, jangan biarkan ia hilang di arus keadaan.

Cubalah amati dan memahami ayat dari surah asyarh 98:5-8

5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

8. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


penyair ada berkata:
wahai saudaraku janganlah engkau bersedih , bersyukurlah dalam kesabaran kepada Allah.
wahai saudaraku janganlah engkau berputus asa, kelembutan yang tersembunyi itu adalah milik Allah.
berapa banyak peristiwa yang telah berlaku dari kita ini yang telah Allah muliakan,
dan berapa banyak kesabaran kita daripada musibah itu,
ku berwasiat kepadamu gunakanlah sabar kerana ia cantik, itu adalah sebaik-baik wasiat.


waallahu taala 'alam

اللغة العربية مصر(Bahasa Arab Ammiyah mesir)

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa amiyyatil misriyyati – ya'ni dialek orang mesir adalah suatu bahasa yang telah tersebar luas kesuluruh pelusuk Negara Arab. Semua itu atas beberapa faktor yang membuatkan bahasa mereka serta negara mereka dikenali ramai.
Bahasa amiyah ini mudah digunakan serta mudah difahami oleh seluruh kaum arab kerana bahasanya hampir serupa dan tidak jauh beza dari bahasa fushah.
يالاه كلِمْني بالعامية
Yallah kallimni bil amiyyah
Jom berbual denganku amiyah mesir
1. Bahagian Pertama :-
Bahasa arab amiyah ini dia mempunyai perbezaan daripada bahasa arab fushah dari segi sebutan serta kalimah dan cara perbualan. Jadi untuk yang pertama ni kita kenali perubahan dari segi sebutan huruf.
Semua huruf yg terdapat dalam amiyah ini dengan arab fushah adalah sama melainkan huruf ini sahaja yang sebutan berubah seperti berikut :
· ث = ta contoh : كَثِيْر = katiir - banyak.
· ج = ga contoh : جَامَعَةْ = gama’ah - university.
· ظ = dho contoh : بِالظَبْط = bidhobt - tepat sekali!!
· ق = a~ contoh : قَلَمْ = alam - pen.
Sebelum kita pergi lebih jauh, ada sedikit perbezaan sebutan pada huruf diatas untuk orang kampung di mesir ni. Hanya sedikit perbezaan pada huruf ق dan جiaitu :
Dialek orang kampung :
· ق = ga contoh : قَهْوَةْ = gahwah - kopi
· ج = ja contoh : جَايْ = jai - datang.
Ingat! Berbeza ngn dialek orang bandar :
· ق = a~ contoh : قَهْوَةْ = ahwah - kopi
· ج = ga contoh : جَايْ = gai - datang.
jadi hati-hati ya siapa yang berurusan dengan orang kampung jangan tersalah faham.
tapi dalam pebentangan ini Saya hanya akan tumpukan dialek orang bandar. kita sendiri yang membezakannya dengan dialek orang kampung.
Dalam bahasa arab ini dia mempunyai 2 keadaan ; sama ada yang menunjukkan sifat pada lelaki (muzakkar) atau yang menunjukkan pada sifat perempuan (muannas).
Nak mengenalinya mudah sahaja. Kerana muannas itu mempunyai ta marbutoh ة dihujung perkataan. Manakala muzakkar tidak mempunyai tanda apa2 dalam perkataan.
isim isyarah Maksudnya Nama isyarat macam menunjuk kan sesuatu,
 Contoh dlm bahasa fushah :هذا هذه 
 Dan bagi bahasa amiyah adalah :
·  ده = هذا  = da - itu/ini - (digunakan untuk perkataan muzakkar)
· دي  = هذه = di - itu/ini - (digunakan untuk perkataan muannas)
Di bawah ini adalah beberapa contoh penggunaan muzakkar .
· ده كِتَابْ = da kitab -ini buku
· ده قَلَمْ = da alam - ini pen
· ده بَابْ = da bab - ini pintu
· ده شِبَّاكْ = da shibbak - ini tingkap
· ده كُرْسِيّ = da kursiy - ini kursi
· ده بِيت = da bait - ini rumah
· ده شَارِعْ = da syaarie’ -ini jalan
Di bawah ini pula contoh perkataan muannas.
· دي صُوْرَةْ = di suroh -ini gambar
· دي كَرَّاسَةْ = di karraasah -ini notebook
· دي سَاعَةْ = di saa’ah - ini jam
· دي لَمْبَة = di lamba - ini lampu
· دي اُوْضَةْ = di uudoh - ini bilik
· دي طَرَابِيْزَةْ = di tarabiizah - ini meja
· دي جَامَعَةْ = di gama’ah - ini university